Sunday, July 3, 2011

ARCHIDEX 2011



ARCHIDEX 2011 ialah sebuah pameran Senibina (Architecture), Hiasan Dalaman (Interior Design) dan industri pembinaan (building industries) yang mengumpulkan Arkitek, Pereka Dalaman dan mereka yang terlibat dalam industri pembinaan tak kira dari Malaysia atau luar negara. Seperti tahun-tahun yang sudah, bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, aku pergi ke pameran tersebut dengan Hafiz untuk melihat sendiri produk-produk terbaru yang ada di sana.


*Special view aku ambil dari atas tempat salah satu exhibition booth.*

Untuk pengetahuan korang, Archidex yang diadakan pada tahun ini merupakan pameran yang ke-12 dan boleh dikatakan aku jarang miss pameran ni setiap tahun semata-mata nak tengok produk-produk interior design dan architecture yang terbaru. Aku juga beruntung sebab Hafiz kerja dalam bidang yang lebih kurang sama dengan aku dan setiap tahun dialah yang jadi *bodyguard* (merangkap tukang angkat barang) aku bila pergi sana. Haha.


*Glass with steel railing - Hafiz suruh ambil gambar benda ni.Huhu.*

*Designer door - Besar pintu ni. Uiks.*

*Wall Panelling - Cantik untuk Feature Wall*

Apa yang best tentang pameran ini ialah kita dapat tengok macam-macam benda yang berkait rapat dengan dunia architecture dan interior design. Selain boleh mengetahui material dan produk-produk terbaru industri pembinaan, ada juga forum atau talk yang diadakan untuk memberi informasi tentang design yang ada di muka bumi ni dan segala yang berkaitan dengan dunia pembinaan. (Tapi aku tak pergilah talk ni sebab mahal kot.)


*Rasin Glass Panelling - Cantik untuk Penghadang Dua Ruang (Divider)*

*Glass Mosaic Tiles - Sesuai untuk Kitchen Backing.*

Saturday, June 25, 2011

Hidup Dalam Kertas!


Dalam hidup ni macam-macam perkara yang tak terjangkal dek akal boleh berlaku. Manusia kian pintar dan bertambah kreatif terutama bila menggunakan gabungan teknologi yang sangat maju. Contohnya projek yang dihasilkan oleh crudeladies.com dari Mexico. Daripada lakaran di atas kertas, akhirnya terhasillah video yang sungguh unik ini!



Projek yang diberi nama SCRIBE "Mundo de papel" atau *Dunia Kertas* dalam Bahasa Sepanyol ini dihasilkan untuk pelanggan mereka - Lemon Films. Video ini juga berkonsepkan idea iaitu bermula daripada sehelai kertas daripada sebuah buku tulis, seterusnya boleh bertukar menjadi sebuah bandar yang semuanya dibina dari kertas!



Demi menghasilkan iklan ini, hampir sebulan mereka beramai-ramai kena kurung dalam studio. Video ini juga dihasilkan menggunakan software seperti Nuke, After effects, 3Dmax dan Photoshop


Sebenarnya zaman aku belajar dulu kami juga pernah diberi tugas buat video untuk projek yang menggabungkan tiga course dalam studio kami - Industrial Design, Conservation Design dan Interior Design. Nak buat video ni bukan senang. Sebab itu demi memastikan video itu berjaya, perlu ada sebuah kumpulan yang boleh bekerja dalam sebuah pasukan dan ada ketua yang dapat memberi arahan dalam memastikan anak-anak buah buat kerja masing-masing. (Tak curi tulang!)


Ok. Tiba-tiba rindu zaman belajar pula. Selamat menjadi kreatif!