Saturday, May 7, 2011

Selamat Hari Mak!


Selamat Hari MAK, untuk Mak saya. Saya tak panggil 'Ibu', tapi panggil 'MAK'. Jadi esok hari istimewa untuk mak saya. ^_^

Kelebihan MAK Saya.
1. Ibu tunggal yang membesarkan 6 orang anak seorang diri. 5 daripada kami semua berjaya masuk ke universiti.
2. Menjadi Guru sejak dari tahun 1979. Bermakna sudah 32 tahun menjadi pendidik dan bakal menyambut Hari Guru juga pada 16 Mei ini. ^_^
3. Lahir pada 14 Februari 1955 dan setiap tahun akan dapat banyak hadiah daripada anak-anak, guru-guru dan anak-anak murid yang menyenangi beliau.
4. Sangat pandai membuat kek dan kuih-muih. Malah, menjadikan perniagaan menjual kek dan kuih sebagai pendapatan sampingan untuk menampung kehidupan diri sendiri dan anak-anak. Boleh dikatakan setiap pagi sebelum pergi ke sekolah akan mengadun kek coklat, kek Carrot atau muffin yang ditempah pelanggan. 
5. Sangat sabar dan tabah, sangat rajin, sangat periang dan sangat suka bermain dengan cucu!


Terima kasih buat MAK kerana tabah membesarkan kami adik-beradik dan tak pernah sekali pun mengalah biarpun terpaksa menempuh pelbagai halangan dan dugaan di dunia ini. Semoga Allah s.w.t. merahmati hidupnya dan menggolongkan dirinya di kalangan penghuni syurga. Amin~



Akhir sekali, saya tujukan lagu *Kasih Tak Bersyarat* ini untuk semua ibu-ibu, mak-mak, mama-mama, dan semua yang pernah melahirkan, membesarkan dan menjaga anak-anak tanpa bersyarat. Selamat Hari Mak! ^_^

Tuesday, April 26, 2011

Jom Conteng Dinding


Masa kecik-kecik dulu siapa suka conteng dinding angkat tangan! Di sini aku nak buat pengakuan, aku antara pelukis *mural* tak bermoral conteng dinding rumah masa kecik. Huhu. sampai sekarang, cita-cita aku kalau ada rumah, aku nak conteng tangga rumah aku. Nak buat macam graffiti camtu. Berangan. Hihi.

Nasiblah mak aku tak marah teruk atas perbuatan aku tu. Kalau tak, tidaklah saya menjadi seorang *designer*, kan mak? Huhu. Mungkin pelukis dari British bernama Charlotte Mann ni juga suka conteng dinding masa kecil. Tengoklah hasilnya sekarang....



Cantikkan? Lukisan dinding ini dilukis menggunakan pen marker berdakwat tebal dalam skala 1:1. Lukisan dinding yang dihasilkannya juga nampak dalam bentuk 3 dimensi atau 3D walaupun sebenarnya dilukis di atas permukaan rata berwarna putih dalam 2D. Berapa banyak penlah dia gunakan agaknya ya?


*Agak creepy tengok orang-orang ni.*