Tuesday, April 19, 2011

Rekaan Kabinet Dapur - AVL Living Concept


Dah lama nak kongsi salah satu projek Kabinet Dapur yang dihasilkan oleh aku dan company tempat aku cari rezeki - AVL Living Concept. Tahun ni alhamdulillah projek agak banyak dan kami masing-masing dah mula diberi kepercayaan untuk uruskan projek seorang diri tapi masih dalam pantauan bos. Maklumlah, ni company dia. Kalau salah nanti yang rugi dia gak. Hoho.

Lokasi projek ni dekat je dengan ofis aku iaitu di Kondominium Vista Amani, Cheras. Jadi hari tu client ni datang, hari tu gak aku pergi ukur saiz dapur dia. Nak tengok gambar asal dapur? 

*Gambar dapur asal*

Dapur ni asalnya kecik je tapi setelah dinding yang menutup stor di sebelahnya dirobohkan, maka dapur menjadi bertambah luas dan lebih praktikal berbanding sebelumnya. Selain kabinet dapur, client ni juga request untuk buatkan kabinet atau tempat simpan barang-barang dia. Jadi kabinet tersebut direka sebagai tempat simpan barang dan juga 'dinding baru' yang memisahkan ruang dapur dan stor baru yang lebih kecil. Tak faham? Cuba tengok plan ni.

*Layout Plan - Susunan Pembahagian Dapur*

Maaflah, rupa kabinet tu aku tak dapat tunjuk kat sini. Lagipun kalau tunjuk nampak barang-barang je kot. Huhu. Anyway, dapur client ni direka khas untuk client bersesuaian dengan saiz dapur dan bajet yang beliau ada. Material yang digunakan juga murah tapi tahan lasak, sesuai untuk aktiviti masak-memasak di dapur. 

*Melamine Chipboard. 1-Kabinet Dapur. 2- Exposed Panel. 3- Kabinet/ dinding baru*

*Solid Surface Top*

Pemilihan material dan design dilakukan bersama-sama dengan client yang super cool dan tak cerewet ni. Serius aku suka client ni dan boleh melepak dengan dia borak-borak dan gosip-gosip bersama-sama. Haha. Bila dah kamceng camni proses pengubahsuaian pun tak banyak masalah dan berjaya disudahkan dalam masa yang sepatutnya.



Sunday, April 17, 2011

Tanda Harga & TESCO.



Semua orang mesti suka membeli-belah atau shopping. Semua orang mesti pernah pergi ke pasaraya besar seperti JUSCO, TESCO, GIANT, CARREFOUR, etc. Tapi bagi aku antara pasaraya yang boleh dikatakan terkenal dan ada di kebanyakan kawasan petempatan ialah Pasaraya Tesco.

Pasaraya Tesco yang paling dekat dengan rumah aku ialah Tesco Ampang (tepi MRR2). Manakala Tesco yang paling dekat dengan area ofis aku ialah Tesco Extra Cheras. Aku lagi suka pergi Tesco Extra Cheras sebab orang tak begitu ramai berbanding Tesco Ampang. Tesco Ampang tu gile sibuk. Pukul 11 pagi orang dah ramai. Paling menyakitkan hati bila nak pergi bayar, kaunter punyalah banyak tapi masih kena beratur panjang. Tak suka betul!


*Gambar: Lokasi Kejadian- Tesco Extra Cheras.*

Nak dijadikan kisah klasik masa depan, aku teman Najwa, officemate merangkap ex-studiomate aku (senang cerita kawan aku) pergi beli barang kat Tesco Extra Cheras. Sebenarnya aku yang nak beli barang, tapi akhir sekali aku hanya beli sikit je barang. Kot. Barang pertama yang aku nak beli ialah pelindung kereta (car sunshade) yang dijual dengan harga murah. Tengok kat tanda harga - RM3 je. (Semangat aku masuk dalam troli.)


*Benda yang sepatutnya nak dibeli. Tapi..*

Lepas tu Najwa usha nak beli selipar untuk digunakan kat ofis. (Untuk ambil wuduk.) Tengok ada selipar ni murah harganya, tak sampai RM5 tak silap aku. Sekali bila jalan ke depan sedikit dan tengok lokasi sebenar selipar tu diletakkan, dekat RM15 gakla harganya. Nasib tak terbeli. Mungkin sebab ada orang tak jadi beli main letak je barang tu kat bahagian selipar yang salah. Ish ish ish. (Geleng kepala.)

Seterusnya kami terpikat (macam tengok mamat hensemla pulak kan) tengok tuala berwarna kelabu yang tergantung bersama hanger. Nampak mahal, tapi di tanda harga tertulis hanya lebih kurang RM10 je. Mula-mula ada was-was gak. Tapi bila tengok tuala tu tersusun cantik di atas rak bersama warna-warna yang pelbagai tak mungkin harganya silap. Jadi Najwa sambar satu, masuk dalam troli. (Tak berapa semangat macam aku tadi sebab dia risau bajet lari malam tu. Haha.)


*Lebih kurang macam inilah rupa tuala tu. Tapi..*