Pernahkah korang menjadi Orang Ketiga dalam perhubungan? Pernahkah hubungan korang diganggu Orang Ketiga? Siapakah Orang Ketiga itu?
Aku ulas topik ni sebab sejak akhir-akhir ni aku sedih bila mendengar nasib sahabat-sahabat yang hubungan mereka berantakan angkara Orang Ketiga yang muncul entah dari mana. Aku juga sakit hati bila ada kawan yang menjadi Orang Ketiga, tapi langsung tak punya rasa bersalah. Bagi mereka, kesalahan utama patut diletakkan kepada orang yang berlaku curang itu. Tapi kalau takde angin, masakan pokok bergoyang kan?
Maksud
Maksud Orang Ketiga mengikut tafsiran aku ialah insan yang muncul di antara pasangan yang bercinta, berkasih sayang ataupun yang sudah berkahwin. Orang Ketiga juga kadangkala tidak sedar diri mereka ialah Orang Ketiga melainkan diri mereka dilukai oleh salah seorang daripada pasangan terbabit. Pasangan itu pula terdiri daripada *pencurang* (betul ke ayat aku ni?) dan *mangsa curang*.
Ciri-ciri Orang Ketiga
1. Pentingkan diri sendiri
Mereka hanya mahu orang lain memahami situasi diri mereka, sedangkan mereka tak mahu memahami nasib mangsa yang mengalaminya.
2. Tamak
Selalunya orang ketiga tak rela berkongsi. Kalau mereka kata rela, cuma pada awal-awal perhubungan. Sampai masa, mereka kaut semua yang mereka nampak di depan mata.
3. Pandai berkata-kata
Ayat-ayat yang lahir daripada mulut Orang Ketiga selalunya wangi mengalahkan bunga. Semua yang diucapkan sedap didengar halwa telinga membuatkan pencurang terpedaya dengan kata-kata pujukannya.