Thursday, January 13, 2011

Lagu Muhasabah Diri (Kiblatku-Hazami)



Kiblatku - Hazami 

Sejauh mana pun ku lari
Menggapai hasrat yang terpendam
Biar berkali rebah ku bangun
Walau payah

Kuhimpun kudrat dan harapan
Mengiringi azam yang usang
Sinar seakan pudar

Chorus
Bila terbit sang suria
Begitulah semangat tegar
Meskipun musim kan silih berganti
Ku terus melangkah
Daku gagahi
Mencari arah
Oh Tuhan
Sinarilah kiblatku

Keringat diteman embunan
Kicau unggas turut berdoa
Purnama bagai tenangkan perang
Di dalam hati

Kuhimpun kudrat dan harapan
Mengiringi azam yang usang
Sinar seakan pudar

Kala sujud ku ada kesyukuran
Dalam mimpi ada sedih
Menghantui andai ku alpa
Langit kejayaan ku
Berkiblat pada Mu
Hanya satu…

Lama aku tak post entri *lagu* kat blog ni. Disebabkan kesibukan flirting meeting with *client*, aku post lagu ni. Lagu ni aku selalu dengar kat Hot.fm Refleksi dari pukul 7 hingga 8 malam. Tengah-tengah drive memang *layan* la.

Pendapat aku, bagus Hot.fm Refleksi ni sebab dia siarkan lagu-lagu nasyid dan lagu yang menenangkan berbanding lagu-lagu yang buat *sakit jantung* masa driving. Hoho. Lebih bagus bila diselangi tazkirah daripada Prof. Madya Izzi (Izzudin) Haji Ali. Best gak dengar dia beri peringatan dan berceloteh. Apa yang tak best Hot.fm tak siarkan azan masa tu. Adeh. Maka terpaksalah aku tukar Era.fm untuk dengar azan berkumandang. Huhu.

Berbalik kepada lagu *Kiblatku* ni, aku tak sure ni album Hazami yang ke berapa. Kalau Hot.fm tak pasang, mesti tak pernah dengar. Walaupun ni bukan lagu nasyid, tapi lagu ni juga sebagai salah satu cara kita nak *muhasabah diri*. Liriknya menunjukkan seseorang tu ingin berubah kepada yang lebih baik. Harapan insan yang ingin berubah itu, Allah s.w.t. menunjukkannya ke *kiblat* atau jalan yang benar andai dia alpa dengan kehidupan di dunia ni.

Jadi berbanding lagu Ana Raffali yang menang AJL tu, aku 100 kali lebih suka dengar lagu ni. Haha. Maaf ya peminat Ana, saya tak suka orang nyanyi dalam *sangkar* pastu buat magik tukar baju pula. (Ada kena-mengena dengan lagu ke?) Rasa macam tiru persembahan Faizal Tahir dengan Hafiz pun ada gak. Hoho.

Oh, maaf termelalut! Sila layan lagu di atas. Tata.

Wednesday, January 12, 2011

Deeply Love



P/s: Saja main Brush Photoshop. Speaker rosak. 
Terbantut nak tengok cerita Korea. =(