Wednesday, January 12, 2011

Deeply Love



P/s: Saja main Brush Photoshop. Speaker rosak. 
Terbantut nak tengok cerita Korea. =(

Tuesday, January 11, 2011

Abang Angkat Dari *Korea*

(AMARAN: Entri ini agak sarkastik. Sila jangan baca kalau tak suka.)

Hari ni aku bosan sorang-sorang kat ofis selepas diarahkan oleh bos supaya memecat orang semalam. (Aku hanya mengikut arahan. Sumpah, I tak rela you!) Kerana terlalu sunyi, kecuali bunyi air-cond lama yang dah banyak kali rosak, aku blogwalking. Aku buka blog ~Wan Gerrard~ yang seronok main futsal dengan orang Korea. Siap belajar *skipping* Korean lagi tu. Huhu. 

Tiba-tiba bila tengok team futsal Korea tu, aku teringat abang-abang angkat aku yang dah lama aku tak jenguk kat Korea. Maklumlah, sejak kerja ni aku sibuk nak jenguk diorang. Huhu. Kalau aku nak tengok diorang berlakon pun, aku tengok filem online je. Nak tengok drama aku malas. Sebab panjang sangat nak tunggu upload kat internet. 

*Tinggal Kenangan. So Ji Sub. Ex-BF aku. Baju purple tu aku yang bagi.*

Lainlah dulu, masa kat UIA, ramai *murah hati* nak bagi aku pinjam CD atau DVD Korea terbaru. Terima kasih kepada dua orang bestfriend merangkap ex-studiomates aku- *Wang* dan *Ben* (Bukan nama sebenar) Diorang nila *supplier* cerita-cerita Korea dan Jepun untuk aku. Best woo masa tu. Aku siap buat *sewa CD* lagi tu sebab banyak sangat koleksi cerita Korea yang aku... Ehem...ehem daripada kawan-kawan aku. (Tolong jangan report. Aku dah tak buat kerja tu ok. Hihi.)

Sorry melalut panjang. Pasal apa tadi? Oh, pasal abang-abang angkat aku. *Abang-abang* maksudnya ramai. Hihi. (Gelak gedik. Sedar tak umur tu berapa oi?) So, korang nak berkenalan tak dengan abang-abang angkat aku ni? Kalau dah kenal baguslah. Cuma sebelum tengok, mengucap panjang dulu ya. Kot-kot tak sangka aku ada abang angkat *hot* cam dorang ni. Ahaks! (Gedik lagi!)

No 6
Lee Jun Ki

Abang angkat pertama aku ni aku kenal masa dia berlakon drama Korea yang famous pada tahun 2005- My Girl. Walaupun hanya berlakon sebagai hero kedua, tapi watak dia sebagai Seo Jung Woon dalam cerita tu cukup comel dan bersahaja. Maklumlah, berlakon as *playboy*. Kalau ganas-ganas sangat orang tak suka kan?