Monday, January 10, 2011

Warna & Konsep Kediaman Impian (Bahagian Kedua)



Seronok kan tengok rumah kita ada *warna*? Lagi-lagi kalau tema warna yang kita pilih ialah warna kegemaran kita. Selepas artikel pertama mendapat sambutan yang menggalakkan, aku sambung Bahagian Kedua pula. (Bahagian Pertama, Klik Sini). Untuk bahagian kedua ni, aku paparkan konsep kediaman impian melalui warna KUNING, JINGGA dan COKLAT.

KUNING



Kebaikan
-Warna yang ceria, menyeronokkan dan memberikan kegembiraan.
-Dapat membantu menghilangkan letih dan sedih.
-Mudah diadaptasi dan fleksibel kerana sifat warnanya yang positif dan neutral.
-Membantu meningkatkan energi dan aktiviti mental serta meringankan fikiran.

Ruang Pilihan
Ruang Kerja: Dapat memberikan idea dan mengaktifkan otak kiri untuk berfikir. 
Ruang Berhias / Make-up: Energi warna kuning agak unik kerana dapat membantu membersihkan pori-pori kulit wajah.
Kamar Mandi: Bantu mengurangkan sembelit dan gangguan pencernaan.








Friday, January 7, 2011

Wanita & Eksploitasi


Sejak akhir-akhir ni mood aku malam dah malas sikit nak melepak depan PC. Sejak ada FOX Channel kat Astro aku layan cerita NCIS yang lawak pastu sambung Bones yang sweet! Kalau rajin aku tengok gak Criminal Mind yang mendebarkan. Tapi yang tak bestnya, Astro ni walaupun siaran berbayar, iklan dia sikit punya panjang. Sama je macam TV3 tu. Adeh. Kacau mood aku nak tengok TV pula.

Paling kacau bila sejak akhir-akhir ni, banyak kali pula iklan *Rexona* ditayangkan. Aku rasa ramai mesti perasan iklan tu yang memaparkan dua orang perempuan, tayar pancit lepas tu ramai lelaki datang tolong elok lepas mereka koyakkan baju. Mereka tolong sebab apa? Sebab tengok *ketiak* mereka! Gila! Apa motif iklan tu? Adakah kalau kat Malaysia ni, asal tayar pancit, kena tayang bahagian badan yang cantik, baru orang tolong?

*Tunjuk produk aku berani. Sebab dia warna purple!*