Mandi gaya orang kaya bukan bermakna mandi dengan *duit-duit* bertaburan kat bath up. Maksud aku sebenarnya, mandi dengan persekitaran yang selesa, tenang dan bersih. Orang kata, kalau nak tahu rumah tu *bersih* atau tak, tempat pertama patut tengok ialah bilik airnya.
Sebagai designer, adalah juga beberapa kali aku kena design bilik air untuk client. Bilik air yang baik ialah yang mempunyai sistem pengudaraan yang baik iaitu dengan mempunyai tingkap untuk menghantar *bau* atau udara yang tak elok dicium lama-lama. (Haha, faham-fahamlah ya.)