Thursday, October 21, 2010

KAU NI KAWAN YANG BAIK KE?

Kau ni kawan yang baik ke?

Kenapa masa susah kau cari aku, masa senang kau *berpesta muda-mudi *dengan kawan-kawan lain? Kenapa masa kau nak menangis, mengadu masalah, baru cari aku? Ingat aku ni kaunselor free ke? Atau kau ingat aku ni *biro pengaduan awam? Kalau aku bagi kau pinjam telinga aku ni, kau akan ingat tak kata-kata aku selepas ni? Kau akan hargai tak aku kalau aku tolong menjadi pendengar setia dan beri kau pandangan yang terbaik untuk masalah kau tu? Tapi yang paling penting, kau akan terus jadi kawan baik aku lagi tak lepas ni, bila aku perlukan pertolongan kau pula?



Kau ni kawan yang baik ke?

Kenapa kau suka cakap pasal aku kat *belakang*? Aku bukan minta kau *puji* aku pun tapi kalau tak puas hati dengan aku, cakaplah depan-depan. Tegur secara berhemah. (Tapi kalau aku *melenting* masa tu jangan marah pula. Haha) Bukankah *sahabat yang baik ialah sahabat yang berkata benar denganmu, bukan yang membenarkan kata-katamu?* Jadi cakap *direct* dahlah kat aku ni. Lagipun, tak perlulah *gosip* aku kat belakang, tambah pahala aku lagi adalah. Betul tak?

Kau ni kawan yang baik ke?

Kenapa duit aku jadi duit kau, kenapa gak, barang aku yang kau pinjam 5 tahun lepas dah jadi harta kau ni? Lepas tu baru-baru ni kita lepak kat mamak kau pesan teh ais limau suam dengan roti tisu tinggi 10cm kenapa aku pula yang tolong bayarkan ni? Sejak bila aku kena bagi kau *nafkah zahir*? Takpelah. Nanti kalau kita keluar lagi, aku ajak kau pergi makan kat Old Town, kau pula yang bayar ye?



Kau ni kawan yang baik ke?

Kau ni suka mungkir janji tau. Eh, minggu lepas kita dah janji nak keluar kan? Kenapa cancel pula ni? Oh, BF kau ajak pergi tengok wayang ye? Erm… BF kau bukan jumpa kau hari-hari ke? Aku yang dah berkurun ni kau tak nak jumpa ke? Kau ingat lagi ke *tinggi* aku ni berapa, maklumlah, kan kita dah lama tak jumpa? Takpe, nanti kau kahwin, aku tak nak datang ye. =P

Kau ni kawan yang baik ke?

Tadi kau telefon ke aku yang telefon kau tadi? Oh, aku yang call. Aku sendiri lupa. Sebab apa ya aku call? Oh, aku lupa lagi, sebenarnya nak cerita kat kau masalah aku, tiba-tiba kau cerita pula masalah kau, BF kau ada perempuan lain. Erm… BF kau tahu tak kau ada lelaki lain ni? Eh, apa masalah aku ni? Takkanlah aku nak bocorkan rahsia kau macam kau kantoikan aku kat Ex-BF aku yang dulu tu. Tapi aku memang ada masalah ni, sebab tu aku call kau.. Takpelah, aku call BF kaulah…Erk…



Kau ni kawan yang baik ke?

Janganlah ajak aku buat jahat! Kau ajak aku pergi tempat tu buat apa, bawalah aku kat tempat yang elok sikit. Sakit mata aku tengok perempuan seksi-seksi ni. Oi, aku bukan *tunjuk baiklah!* Ok, aku tak bawa kau pergi Ceramah Agama. Sebab aku pun jarang pergi. Jadi aku *SHARE* kat Facebook kau *Tazkirah* ni k. *wink*

Kau ni kawan yang baik ke?

Kau janganlah cakap bahasa kasar dengan aku! Hei, kenapa kau tuduh aku yang bukan-bukan ni? Bila masa aku buat fitnah pasal kau. Cuba siasat dulu lain kali sebelum kau percaya cakap *pengadu domba* tu. Kau tak percaya cakap aku ke? Aku kan dah lima tahun duduk satu bilik dengan kau, tidur sebilik tapi lain bantal, takkanlah aku nak tipu kau pula?

AKU NI KAWAN YANG BAIK KE?

Tepuk dada, tanya iman.
Tanya hati, cari ikhlas.
Tenung diri, muhasabah peribadi.
Ampunkan khilafku, sahabat-sahabatku yang sejati. ^_^





Benda yang TAKDE pun SUSAH, ADA pun SUSAH (Mengikut penilaian aku)

KERETA

TAKDE SUSAH sebab:

1. Nak pergi kerja. Pernah satu time, kereta aku masuk workshop. (Accident motor langgar pintu, pintu kemek, kena RM800! Gile miskin aku masa tu.) Masa tu aku naiklah LRT Star. Walaupun LRT belakang ofis aku ni je, tapi nak kena turun naik tangga, letihla juga. Lepas tu kena tukar LRT kat Chan Sow Lin, agak ambil masa lama. Kalau waktu malam, jangan harap nak sampai rumah awal. Nak tunggu bas LRT, lagilah bercinta! Adeh.

2. Nak pergi keluar *beronggeng* dengan kawan-kawan susah. Dulu masa kat UIA geng aku antara yang selalu minta *simpati* kawan-kawan lain untuk pergi mana-mana sebab masing-masing tak berkereta. Sekarang Alhamdulillah aku ada kereta. Kalau nak pergi kenduri ke apa, bolehlah aku jadi driver. Tapi dengan syarat, tolonglah top-up duit minyak dan *alert* jalan k. Maklumlah, aku ni *miss sesat*!



*Vivah di awal kemunculan. Sekarang...Erm...Tanya burung!*


ADA SUSAH sebab:

1. Nak kena fikir kos minyak. Tak boleh jangka harga minyak sekarang ni. Suka-suki kerajaan nak naik bila-bila. Nasib aku pakai Perodua Viva. Tempat kerja pun tak jauh dari rumah. Seminggu boleh tahan RM20-RM25. Kira oklah kot. Erm..

2. Perlu fikir servis kereta. Servis kat pusat servis tu satu cerita. Nak kena alert berapa kilometer kereta dah jalan. Duit lagi. Servis sendiri pula, nak kena pam tayar, check air aircond, bateri, viper, etc. Serius sebelum ni aku tak penah fikir. Tapi sejak ada kereta sendiri, kenalah jaga. Sebab kereta bukan pakai duit mak bapak, tapi duit sendiri!

3. Nak kena jaga penampilan kereta. Serius malu kalau kereta bersepah-sepah dengan tisu, plastik, etc. Kalau orang nak tumpang tu, awal-awal cakap, “maaflah kereta bersepah.” (Kalau tak sepah pun cakap gak. Sebab masih segan. Haha. Apala aku ni!) Lepas tu kena basuh gak kereta tu. Lagi-lagi kereta aku ni warna hitam. Sejak akhir-akhir ni *burung* suka benar melontarkan *benda* mereka ya. Benci! Kalau nak basuh kat kedai, *abang bangla* basuh mahu kena RM6-8. Padahal beli pencuci kereta tu RM10 boleh basuh berapa kali entah. Cuma aku kena *rajin* kan diri untuk cuci *manual* selepas ini.*wink*

4. Insurans kereta, road tax, saman (RM30 yang masih belum dibayar), etc. Oh, sangat tension benda ini! Minggu depan Road Tax aku mati. Masa ni la baru nak belajar bayar sendiri insurans kereta dan road tax ye. Memang kena jadi *berdikari* (Walaupun tak reti masak kari) untuk bayar semua benda-benda tu. Huhu.

KOMPUTER

TAKDE SUSAH sebab:

1. Susah nak buat kerja. Kalau dulu masa aku kat Matrik UIA, boleh bilang dengan jari, siapa ada PC kat bilik. Siapa yang ada, kira *orang kaya* la. Selalu mengharapkan Cyber Café jela. Lagipun, boleh online internet sambil tu kan. Tapi sebaik saja aku melangkah ke UIA Gombak-Main Campus, memang semua orang mesti ada PC atau Laptop. Jangan haraplah nak pinjam-pinjam PC orang lain. Kalau budak course aku, satu PC pun sebenarnya tak cukup ok. Kalau boleh satu PC nak buat autoCAD, satu PC nak buat 3D atau render 3D yang berjam lamanya dan satu lagi nak buat presentation board guna Photoshop. Sekarang ni pun PC yang ada satu ni tak cukup sebab tengah render 3D, kerja lain tak boleh buat. Nak buka internet pun tak boleh. (Sebab tu aku taip isi blog ni kat Words dulu, baru copy kat Blog. Heh)

2. Nak online internet. Aku teringat, dulu aku nilah antara yang paling *rajin* dalam family aku pergi Cyber Café atau CC kat area rumah aku tu. Siap pagi raya (masa tu takde kereta nak balik kampung) aku pergi CC untuk online. Zaman dulu yang glamer ialah MIRC, nak chat kat situ jela. Berbanding sekarang ada Facebook atau Yahoo Messenger untuk berhubung. Twitter? Maaflah, aku tak berkesempatan nak ada lagi buat masa ni. Tak tahu kenapa, mungkinkah sebab aku punya telefon belum cukup canggih untuk ada Twitter? Setakat ni, cukuplah Facebook untuk menghubungi teman-teman lama dan baru. ^_^

3. Back-up File. Sesetengah orang ada cara masing-masing untuk back-up file mereka. Ada yang guna *external hardisk* dan buat *partition hardisk* banyak-banyak kat dalam PC. Macam aku, aku paling suka back-up pakai CD atau DVD. Satu sebab sampai sekarang aku tak mampu nak beli external hardisk tu (sebab aku rasa harga dia macam lambat turun berbanding pendrive) dan aku risau kalau sekali Hardisk tu masuk virus, habis semua file kita kat dalam tu. Tu belum kira hardisk jatuh dan file corrupt lagi. Jadi aku banyak simpan fail-fail aku dalam CD especially untuk gambar atau file-file yang bersaiz kecil manakala DVD untuk movies yang aku download atau fail-fail kerja aku yang *berat* ni. Adeh.



*Bukti aku memang 'celik IT' sejak kecil. Haha.*

ADA SUSAH sebab:

1. Komputer Rosak. Benda ni aku dah perasan semasa jadi *student* dulu. Komputer memang menyusahkan bila dia ada virus yang boleh buat file hilang, software tak boleh guna, komputer lembab, etc. Dulu masa kat UIA jenuh cari antivirus *percuma*.  Aku ingat, antivirus pertama aku pakai ialah Kaspersky. Lepas tu nak update susah. Kedua AVG, update percuma tak detect banyak virus. Ada gak cuba Norton, habis berat PC. Lepas tu guna Kaspersky balik, sebab nak dapat update senang pula, ramai budak-budak studio pun pakai, update boleh share. Lepas tu (banyak pula antivirus) Kaspersky dah block update, hanya untuk yang beli original. Last sekali aku pakai NOD32. Ini paling bagus. Aku dapat free (ambil dari PC ofis lama aku sebenarnya) tapi baru-baru ni dia pun dah block *free lifetime license* tu rupanya. Hampeh! Kesimpulannya, sekarang PC aku kat rumah dah takde antivirus. Sebab takde sesiapa yang sebarkan virus kot?

2. Nak cari software. Benda ni jadi untuk orang-orang macam aku ni yang banyak gunakan PC untuk kerja. Takde satu software, jangan harap kerja boleh siap. Satu lagi kalau PC kena format. Masa nila nak cari CD Windows. Alhamdulillah aku ni reti jugalah *format* PC. Software pun aku banyak kumpul dan banyak simpan kat rumah. Original ke? Hehe…

TELEFON BIMBIT (HANDPHONE)

TAKDE SUSAH sebab:

1. Susah nak berhubung. Aku rasa semua orang ada sebab yang sama ni. Tapi kalau sesiapa yang hidup *sezaman* dengan aku mesti boleh ingat suatu ketika dahulu kita semua boleh hidup tanpa telefon bimbit. Dulu aku dahlah takde telefon rumah, harapkan HP kaka aku jela untuk telefon dari asrama. Sedih sangat waktu tu. Nak dengar suara mak pun susah. Sekarang kalau takde telefon, tertinggal kat rumah sekali, macam tak tenang hidup kat ofis. Risau si dia message, kita tak balas. Maka balik rumah akan penuh dengan *miss call* dia. (Tapi ini selalu terjadi kepada dia. Pelupa!)

2. Susah nak tahu waktu. Jam memang ada. Tapi mesti nak tengok HP gak sebab *jarum jam* kecil sangat. Haha. Lagi satu, HP juga penting sebagai *alarm* untuk set waktu bangun tidur. Itu bagi aku dan Hafizlah. Aku rasa korang pun ada macam tu, betul tak?
3. Sekarang HP kebanyakannya mempunyai banyak aplikasi lain seperti kamera, reminder, internet, chat, etc. Misalnya aku guna HP nak simpan no akaun bank aku yang banyak tu, no. akaun kereta, no IC Hafiz dan alamat rumah orang. Haha. Tapi HP aku sekarang yang aku paling selalu guna ialah kamera sebab kadang-kadang nak cepat masa kat site, aku ambil gambar terus dari HP aku. Selain tu, aku punya HP ada radio dan MP3 player yang ber*speaker*. Walaupun tak canggih, tapi kira berbaloi jugalah HP aku ni. Huhu.



* NOKIA X3 yang aku guna sekarang. Ok cuma 'casing' susah nak buka. Adeh*

ADA SUSAH sebab:

1. Bil telefon. Jika dahulu menggunakan top-up boleh dikatakan dalam sebulan lebih RM200 aku habis, tapi kini tak sampai RM100. Itupun sebab aku dan Hafiz pakai satu line. Call 15 jam free dan sms 1500 free. Tapi seriuslah, bila tengok bil telefon sekarang kira ok la juga. Beberapa bulan yang lepas wujud juga *kontroversi* tengok bil ni. Haha. Sila rujuk ini. =P

2. Kena charge telefon. Ha, aku rasa part ni mesti ramai bising. Lagi-lagi bila time emergency la pulak, telefon bateri low. Memang hangin gak kan? Ha, tulah! Lain kali *plak* elektrik cuba kat sebelah katil macam aku. Kan senang, sebelum tidur charge dulu telefon siap-siap. Tak pun, apa kata, bawa je charger tu dalam beg ke mana-mana? Uiks.

3. Panggilan dan Message bertubi-tubi masuk. Pernah tak rasa, nak *silent* kan je telefon dalam satu masa tu? Mana taknya, masa time nak rehat atau tidurlah ada orang nak call, main miss call dan message. Aku memang cukup pantang ni. Sebabnya, aku sangat senang terjaga daripada tidur bila dengar bunyi telefon atau message. Paling senang terjaga bila ringtone *kelip-kelip* berbunyi pukul 2 pagi pula tu! Ish! Paling tak boleh blah ialah orang salah nombor, pastu siap nak berkenalan bila dengar suara yang *sedap* ni. Haha. Hampeh!

4. Memori mengingati nombor lemah. Ini kenyataan dan fakta ok. Kalau dulu orang akan selalu ingat nombor telefon orang lain sebab kat telefon rumah atau public phone sebelum dail mesti tekan satu-satu nombor. Tapi sekarang, *scroll* je nama orang kat HP, tekan call, dah bersambung panggilan. Sebab tu, percayalah, nombor famili aku yang aku hafal ialah mak dan abang aku, (sebab dia tak pernah langsung tukar nombor) nombor Hafiz (Sebab dulu kalau takde kredit kat UIA aku telefon guna public phone dan nombor dia hari-hari aku dail. Heh) dan nombor bos aku. Haha.

Jadi korang rasa, ada tak lagi benda-benda yang menyusahkan korang kalau ADA dan TAKDE? Ada lagi untuk aku sebenarnya, tapi tak naklah cerita panjang-panjang lagi. Penat dah nak taip ni. Huhu. Sampai ketemu lagi! 


P/S: Melaka maju 2010! Tapi kenapa tak maju ada LRT menghubungkan Kuala Lumpur dan Melaka ni? Haha. ^_^