Monday, October 4, 2010

KELUH . BEBEL . TAIP

Bukan mahu mencoret keluh
Tapi mahu meluah rasa
Letih tak habis
Penat tak kurang
Mengantuk tak celik...

Bukan mahu membebel panjang
Tapi mahu mempamer diri
Yang hilang arah tuju
Yang tak keluar buntu
Yang kadang-kadang disapa sendu...

Aku menaip baris ayat
Kekunci komputer berhuruf konsonan
Tanpa matlamat
Tanpa tujuan
Mata kuyu
Menunggu waktu pulang

Tapi dalam hidup
Aku lakukan mana yang mampu
Matlamat samar
Tujuan kadang-kadang sesat
Mata celik
Tapi benak fikir balik...
Kepada DIA..yang akan ambil nyawa...bila-bila masa...

MENGELUH~~


Hidup ni kalau tak mengeluh dalam sehari tak boleh ke?

Benda pertama aku mengeluh hari ni. Aku selsema. Kerja tak siap lagi. Malam tadi bangun-tidur-bangun-tidur check 3D aku tengah render kat PC. Satu 3D view dekat2 jam gakla render. Adeh. Lepas tu pagi-pagi masa nak buat kerja- Layout Plan aku selsema lagi. Tapi untuk menjadi positif, Selsema tu kan *ujian Allah s.w.t.* untuk kita? Dia nak ampunkan dosa, kenalah terima dengan Redha. Jadi kenapa mengeluh?

Kedua, aku mengeluh sebab nak kena jumpa client. Cuak gak bila ada client orang kaya ni. Lepas tu nak kena bawa laptop bos yang harga RM5000 tu. (Bos yang beritahu. Risau sebab baru-baru ni wife dia punya laptop hilang, orang *kopak bonet*) Nak isi minyak pun cuak, kot-kot ada orang tiba-tiba *terkam* buka kereta, ambil laptop. Naya je. Dahla aku sorang-sorang. Dalam kereta masa drive, selsema tak hilang lagi. Doa banyak-banyak, janganlah bersin atau ada air keluar dari hidung ke apa...Haha. Tak suka pula aku cakap kotor ni...Sampai area rumah client, sempat bergaduh dengan *guard* lagi sebab aku lupa nombor rumah. Tapi aku ingat rumah yang mana. Maka guard yang *bangsanya* tidak kuketahui itu mengiringi kereta aku sampai ke hadapan rumah client yang kosong. (aku ni mcm VIP la, ada pengiring masuk area rumah orang. =P) Tunggu client dalam 15 minit camtu, mereka datang. Bincang sikit-sikit, balik. Ok je kan? Tapi aku mengeluh camtu, buat apa? Ish!

Area rumah *clients* aku (Sebab ada dua orang client aku pegang di situ)

Sampai ofis sekarang, berada di tahap mengantuk petala ke-5. Tengah tahan mengantuk inilah, aku taip blog ni. Aku mengeluh lagi. Sebab aku mengantuk. Mata. Tolonglah mata...

Ok.. Nak pergi solat Asar. Dan kalau terlelap tu, maafkanlah aku yang tidur selepas asar ini. Huhu~~