Aku beria janji dengan Huda, pukul 11 nak jumpa. Tapi kerana aku yang memang *zahir* ini tidak *punctual*, aku sempat makan Nasi Pelangi mak aku lagi sebelum pergi, lepas tu bayar bil telefon dan bayar duit kereta di Ambank. Tiba-tiba teringat tak beli apa-apa lagi hadiah, aku singgah Tesco Ampang. Padahal beli Coklat dan kad je. Ambik kau, panjang berjela orang kat kaunter nak bayar, padahal baru pukul 12 tengah hari!
Maka aku sampai UIA dalam pukul 1 petang. (Bukan pukul 11 ye.) Masya-Allah, jalan dah bersimpang-siur sebab area Kaed tak boleh masuk jadi aku parking kereta jauh sangat kat area bangunan Kulliyyah Economics. *Bercinta* gak la berjalan menuju ke Masjid UIA untuk bertemu *Gf* pertama, cik Farah.
Cik Farah my Gf ♥
Mungkin ada kebaikannya aku terus datang jumpa dia yang seorang diri dah lupa macam mana nak pakai *robe* yang memang susah kot nak pakai sendiri. So, aku tak pasal-pasal jadi P.A dia tolong pakaikan jubah berwarna biru itu. Erm... Lepas tu sempatlah jumpa *tunang* cik Farah. Kesian tunang dia duduk seorang diri dalam dewan tu. Aku minta tiket masuk dewan kat Farah, dia *jeles* pula. Dah rugi satu tiket kot. Haha. Takpelah Farah, aku tak pergi masuk dewan tu, aku boleh pergi tempat lain.
Sementara tunggu Konvo kat dalam dewan tu habis, aku pergi melepak kat bilik junior aku- Anita. Sempatlah makan lunch dengan dia. Lepas tu, ajar dia cad & 3D sikit-sikit. Teringat memori silam ketika menjadi *student* dulu bila berjalan seorang diri ke Mahallah Asma. 4 tahun duduk kolej tu, memang meninggalkan banyak kenangan...(Ok. Ada sedikit sayu.)
Selepas melepak dengan Anita yang macam tak nak bagi aku balik, (sebab nak ajar dia 3D lagi. Lain kali ok adikku. Kena buat kelas dengan Nita ni..huhu) aku kemudiannya pergi bertemu seorang lagi *sahabat* iaitu Wawa. Kebetulan abang Wawa yang buat servis Fotografi untuk konvo tu jadi aku pergilah jumpa dia sekejap. Pada asalnya, aku ingat dia datang sebab adik dia yang konvo, rupa-rupanya sebab abang dia ada kat situ. Heh. So, sempatlah *chit chat* dengan dia kejap sebelum budak-budak kat dalam dewan habis konvo.
Bila dah habis, aku tunggulah Dik Huda pula. Memang asalnya nak jumpa Huda waktu pagi, tapi sebab tak sempat, aku tunggulah dia sampai habis Konvo dalam dewan dan dia jamu minum dan makanan VIP. (Sabar jelah minah ni. Tiap-tiap tahun menu VIP lepas konvo dia dapat rasa. Haha.)
Dik Huda yang banyak bunga
Jadi puas hatilah juga dapat menyambut konvo Huda ni. Siap tolong angkut bunga-bunga yang dia dapat. Sebab tahun lepas beria janji dengan huda nak datang konvo dia tahun ni. Walau lagi dua orang manusia lain-Lyn & Izat berjanji, tapi mereka tak dapat datang, jadi akulah yang mewakili mereka. =P
Bila tengok orang lain konvo, antara persoalan yang terbit ialah, adakah selepas mereka konvo ni, mereka berjaya mendapat pekerjaan yang tetap? Aku teringat masa aku datang konvo tahun lepas, berapa kerat je kawan-kawan aku yang dah kerja. Aku sendiri masa tu dah berapa bulan kerja. Tengok air muka mak dan ayah, keluarga yang support mereka, aku harap, bila dah berjaya, janganlah mereka lupa wajah-wajah yang sanggup bersesak-sesak datang pada hari konvokesyen itu.
Persoalan lain yang timbul, ramai juga aku tengok yang konvo, datang dengan isteri atau suami, bersama *stroller baby* atau mengusung anak-anak masing-masing. Dalam hati terdetik, mereka ni baru konvo, dah ada anak. Aku yang dah setahun konvo ni, *suami* pun takde lagi. Isk isk... (Sebabnya, *bakal suami* baru nak konvo 23hb Oktober ni kat UTM. Takde harapan aku nak pergi. Kot.)
Apa-apa pun aku nak ucapkan tahniah kepada semua yang konvo pada tahun ini. Tak kira di universiti atau kolej mana. Semoga berjaya menjadi insan yang berjaya di dunia & akhirat. Amin. Insya-Allah.
So, kalaulah hidup ni berakhir esok, apa akan jadi?
Tak dapatlah aku pergi ke konvokesyen anak-anak aku pula. Teringin nak ambil gambar family. Sebab masa konvo aku hari tu, hanya mak dan adik aku datang. Ambil pakai kamera sendiri saja. Huhu.