Showing posts with label Ukhuwwah Fillah. Show all posts
Showing posts with label Ukhuwwah Fillah. Show all posts

Thursday, October 21, 2010

KAU NI KAWAN YANG BAIK KE?

Kau ni kawan yang baik ke?

Kenapa masa susah kau cari aku, masa senang kau *berpesta muda-mudi *dengan kawan-kawan lain? Kenapa masa kau nak menangis, mengadu masalah, baru cari aku? Ingat aku ni kaunselor free ke? Atau kau ingat aku ni *biro pengaduan awam? Kalau aku bagi kau pinjam telinga aku ni, kau akan ingat tak kata-kata aku selepas ni? Kau akan hargai tak aku kalau aku tolong menjadi pendengar setia dan beri kau pandangan yang terbaik untuk masalah kau tu? Tapi yang paling penting, kau akan terus jadi kawan baik aku lagi tak lepas ni, bila aku perlukan pertolongan kau pula?



Kau ni kawan yang baik ke?

Kenapa kau suka cakap pasal aku kat *belakang*? Aku bukan minta kau *puji* aku pun tapi kalau tak puas hati dengan aku, cakaplah depan-depan. Tegur secara berhemah. (Tapi kalau aku *melenting* masa tu jangan marah pula. Haha) Bukankah *sahabat yang baik ialah sahabat yang berkata benar denganmu, bukan yang membenarkan kata-katamu?* Jadi cakap *direct* dahlah kat aku ni. Lagipun, tak perlulah *gosip* aku kat belakang, tambah pahala aku lagi adalah. Betul tak?

Kau ni kawan yang baik ke?

Kenapa duit aku jadi duit kau, kenapa gak, barang aku yang kau pinjam 5 tahun lepas dah jadi harta kau ni? Lepas tu baru-baru ni kita lepak kat mamak kau pesan teh ais limau suam dengan roti tisu tinggi 10cm kenapa aku pula yang tolong bayarkan ni? Sejak bila aku kena bagi kau *nafkah zahir*? Takpelah. Nanti kalau kita keluar lagi, aku ajak kau pergi makan kat Old Town, kau pula yang bayar ye?



Kau ni kawan yang baik ke?

Kau ni suka mungkir janji tau. Eh, minggu lepas kita dah janji nak keluar kan? Kenapa cancel pula ni? Oh, BF kau ajak pergi tengok wayang ye? Erm… BF kau bukan jumpa kau hari-hari ke? Aku yang dah berkurun ni kau tak nak jumpa ke? Kau ingat lagi ke *tinggi* aku ni berapa, maklumlah, kan kita dah lama tak jumpa? Takpe, nanti kau kahwin, aku tak nak datang ye. =P

Kau ni kawan yang baik ke?

Tadi kau telefon ke aku yang telefon kau tadi? Oh, aku yang call. Aku sendiri lupa. Sebab apa ya aku call? Oh, aku lupa lagi, sebenarnya nak cerita kat kau masalah aku, tiba-tiba kau cerita pula masalah kau, BF kau ada perempuan lain. Erm… BF kau tahu tak kau ada lelaki lain ni? Eh, apa masalah aku ni? Takkanlah aku nak bocorkan rahsia kau macam kau kantoikan aku kat Ex-BF aku yang dulu tu. Tapi aku memang ada masalah ni, sebab tu aku call kau.. Takpelah, aku call BF kaulah…Erk…



Kau ni kawan yang baik ke?

Janganlah ajak aku buat jahat! Kau ajak aku pergi tempat tu buat apa, bawalah aku kat tempat yang elok sikit. Sakit mata aku tengok perempuan seksi-seksi ni. Oi, aku bukan *tunjuk baiklah!* Ok, aku tak bawa kau pergi Ceramah Agama. Sebab aku pun jarang pergi. Jadi aku *SHARE* kat Facebook kau *Tazkirah* ni k. *wink*

Kau ni kawan yang baik ke?

Kau janganlah cakap bahasa kasar dengan aku! Hei, kenapa kau tuduh aku yang bukan-bukan ni? Bila masa aku buat fitnah pasal kau. Cuba siasat dulu lain kali sebelum kau percaya cakap *pengadu domba* tu. Kau tak percaya cakap aku ke? Aku kan dah lima tahun duduk satu bilik dengan kau, tidur sebilik tapi lain bantal, takkanlah aku nak tipu kau pula?

AKU NI KAWAN YANG BAIK KE?

Tepuk dada, tanya iman.
Tanya hati, cari ikhlas.
Tenung diri, muhasabah peribadi.
Ampunkan khilafku, sahabat-sahabatku yang sejati. ^_^





Wednesday, June 16, 2010

Hilangnya Seorang Sahabat Sejati...

Aku takkan lupa pada minggu lepas. Aku contact Fauzan, kawan kepada Zaini yang pernah tolong aku repair PC awal tahun hari tu untuk betulkan PC adik aku. Tapi tak jadi. Aku cancel dan message dia. Tapi balasan message dia, sangatlah mengejutkan aku.

"Taukan, Zaini dah meninggal..."

Masa tu hanya Allah s.wt. yang tahu betapa jantungku berdegup kencang, hati jadi tak keruan. Lalu aku terus dail nombor Fauzan. Aku cuba tanya kesahihan berita itu.

"Betul, dah lama dah. Dekat sebulan rasanya. 3hb Mei."

3 haribulan Mei 2010 dan aku hanya tahu sebulan selepas itu, pada tarikh 10 Jun 2010. Apa perasaan korang kalau dapat message:

"Taukan, Zaini accident. Dia kat hospital sekarang."

Ayat ni mungkin boleh diterima walau sebulan baru korang terima berita. Sebab kita tahu dia masih hidup dan kita boleh melawat dia. Tapi apabila dia sudah tiada...Dia pergi buat selama-lamanya?

Aku takkan lupa kali terakhir aku jumpa dia. 20 Februari yang lepas. Masa tu aku baru balik dari jumpa Hafiz dan asalnya aku tolak nak jumpa dia. Mujur aku balik cepat hari tu, jadi dia ambil aku dari LRT Wangsa Maju. Macam biasa naik kereta dia pergi lepak kat kedai mamak NZ dekat area situ gak.

Kami berborak macam-macam hari tu. Terutama tentang pertunangan dia yang baru berlangsung minggu sebelumnya. Dia seronok bercerita dengan aku. Macam biasa, kami kalau berborak semua topik *masuk*. Daripada hal komputer, politik sampailah ke isu semasa, kami akan cerita dan kongsi. Dia belanja aku makan capati kat situ. Sampai Maghrib jugala kami melepak.

Selepas tu dia hantar aku kat LRT Cempaka untuk ambil kereta aku. Seronok aku sebab dia sempat gak tengok kereta aku dan dia terpaksa ikut kereta aku untuk keluar dari area situ sebab dia tak familiar jalan. Erm... Sampai ke depan rumah dia ikut. Dan aku tak sangka... itulah kali terakhir kami bertemu.

Aku tak berapa ingat macam mana kami mula kenal. Apa yang aku ingat, masa aku sekolah menengah, aku selalu chatting dekat laman MIRC. Mungkin masa tu aku kenal dia dan aku selalu telefon dia kat rumah dia bila balik cuti bulanan, sedangkan aku tau dia kat asrama. Entah kenapa, sampai habis sekolah aku masih telefon dia dan email dia. Jadi daripada situlah kami buat *blind date* (berani pula aku masa tu) dan akhirnya kami bertemu.

Bagi aku muka dia boleh tahan. Dia memang lagi tinggi dari aku. Paling aku tak lupa, kali pertama kami keluar, baru habis SPM, jadi sama-sama takde duit sangat. Kami hanya makan muffin yang aku bawa dari rumah. Dia tak mengeluh pun. Sempoi je...

Bila tahu result SPM, dia punya result lagi bagus dari aku. Lepas tu dia dapat masuk UTM Jalan Semarak manakala aku masuk Matrik UIA PJ. Sepanjang aku kat sana, ada juga kami keluar berdua, selalu berhubung dan dia rajin buat kerja part time. Tak silap aku dia kenal tunang dia masa kerja part time kat Burger King dan bila dia dah ada girlfriend, hubungan kami masih rapat cuma ada batas untuk saling berhubung untuk jaga hati Gf dia..erm...

Sepanjang hubungan persahabatan kami, hanya sekali dia pernah buat aku marah. Aku takkan lupa, dia pergi message lirik-lirik lagu yang aku tak faham apa tujuannya. Bila aku tanya dia kenapa tak balas. Dia terus hantar lirik-lirik tu sampai aku risau sangat, aku tanya kawan dia kenapa dia jadi macam tu. Langsung takde jawapan sampailah akhirnya dia kata message tu untuk uji siapa kawan dia yang dapat bersabar dan aku adalah antara kawan yang bersabar dengan dia sedangkan ada yang terus putus kawan dengan dia.

Masa tu aku memang marah. Tapi marah aku tak lama. Kami terus berkawan. Sebab aku menang ikhlas kawan dengan dia. Dia layan aku sangat baik. Dia pernah tolong aku cari kotak untuk buat project group, sanggup angkut satu group aku naik van abang dia. Dia juga sanggup turun dari Kluang, Johor untuk tolong aku betulkan PC. Dia satu-satunya lelaki yang paling banyak kali datang rumah aku. Masa Open House, masa Hari Raya, masa kenduri kahwin kakak aku. Dia juga pernah pos pakai tangan kad raya dan kad birthday untuk aku. Dia naik motor, jadi kad yang dia pos takde setem. haha.. :)

Bila dia dah kat Johor, aku kat KL, kami banyak berhubung melalui Yahoo Messenger. Dia rajin YM nak tunjuk design website yang dia buat untuk sekolah dia. Dia ajar aku macam-macam tentang hal-hal komputer. Dia beritahu aku website yang menarik. Macam-macamla... Aku dengan dia memang sangat *masuk* sampai aku tertanya-tanya, kenapalah Allah tak *satukan hati* kami?

Mungkin ada sebab Allah s.w.t tak beri kami bersama. Aku redha dengan ketentuanNya. Aku ambil masa selama beberapa hari untuk berhenti menangis. Setiap kali teringat kebaikan yang dia pernah buat untuk aku, kenangan yang kami kongsi sama-sama dan apa saja yang berkaitan dengan dia- Kereta Proton Saga (kereta dia), warna kuning (warna motor dia), komputer aku (dia selalu betulkan) dan macam-macam lagi. Kali terakhir kami berhubung tak silap aku, masa tengah YM, aku merayu-rayu minta dia tolong keluar dalam pukul 1 pagi, semata-mata untuk belikan aku top up. aku perlukan top up masa tu sebab nak pujuk Hafiz, tapi dia sanggup keluar malam-malam buta semata-mata untuk aku! Terharu sangat masa tu...

Aku masih tak percaya dia dah pergi dari dunia ni. Bila membayangkan situasi dia kemalangan (mengikut cerita sepupu dia) - Dia baru balik dari KL lepas jumpa tunang dia, kat Batu Pahat, pagi (mungkin pukul 3, menurut Fauzan) masa dia nak U-turn ada kereta lain laju dan langgar dia, kereta dia berpusing dan tengkuk dia patah, dia meninggal dunia di tempat kejadian. Innalillah..

Aku pula sebagai seorang sahabat takde langsung orang beritahu. Memang aku terasa aku ni orang asing. Sebab tak ramai tahu pasal persahabatan kami terutama keluarga dia. Masa ni la aku sedar betapa pentingnya Facebook. Sekurang-kurangnya bila ada sesuatu terjadi kat kita, orang lain boleh tahu tentang kita. Dia pernah cakap dengan aku dia tak nak ada Facebook sebab product Israel. Entahla, tak tau nak cakap apa. Tapi aku masih kesal kerana tahu berita tentang kematiannya lambat. Kecewa sangat.

Perginya dia memang memberi kesan besar kepada aku. Aku menangis berhari-hari sampai makan pun mata aku boleh keluar air mata. Sedih sangat. aku telefon semua kawan-kawan baik aku yang tahu tentang kami. Terima kasih kepada mereka kerana layan panggilan aku masa time kerja. Tapi tak juga berjaya lawan kesedihan yang sarat dalam diri aku.

Jadi aku larikan diri ke Melaka jumpa Hafiz. dalam perjalanan pun aku masih susah nak lupakan dia. Aku nampak tulisan *Johor* pun hati aku terusik. Kesian Hafiz, susah sangat dia layan aku untuk hilangkan sedih aku. Dia bawa aku ke Taman Botanikal, pergi Perkampungan Buku. Dia bawa aku lawat masjid-masjid kat Melaka bagi aku ambil gambar. Terima kasih jugala kepada dia sebab temankan aku hari tu.

Walaupun aku dah ada boyfriend, mereka tetap bukan orang yang sama. Aku hargai sangat persahabatan yang Zaini telah bagi kepadaku. Semua kenangan yang kami ada bersama, takkan aku lupa sampai bila-bila.

Aku doakan dia tergolong di kalangan orang yang beriman. Semoga Allah permudahkan ujiannya di alam sana. Amin~~

Al-Fatihah buat sahabatku Ruzaini Azrin. Terima kasih Ya Allah kerana beri aku seorang sahabat sebaik dia. Aku sayang Zaini sampai bila-bila...♥♥


Sunday, February 21, 2010

my Boyfriend VS my Best-boyfriends


seperti yang smua org tau...saya ada bf bernama hafizsham yang sgt penyabar dgn kerenah saya...sgt2 sabar ok...klu adalah anugerah dlm dunia ni utk bf yg plg sbr ngan gf,mmg dialah orgnya...huhu...

tapi dalam ms yg sama,saya juga mpunyai ramai kawan2 baik lelaki @ best-boyfriends yang saya knl sejak bangku skolah rendah...plg lama...yusbi...last cntct dia ms time besday saya aritu sbb dah lm tak cntct dia..diapun bz nak abiskan study kat uitm tu..hrp2 dia cpt2 grad dan bleh blanja sy nnti..huhu...

saya sbnrnya taktau knp saya leh ada ramai kawan lelaki...sbb dlu nawaitu saya,kawan2 laki ni tak elok rapat sgt...sbb nnti dah kawen msti kn ada batasan dlm pergaulan ngan kawan2 laki..maklumla,dah ada suami...kenala setia n tak curang..huhu...

tapi recently, kawan2 laki saya bkn berkurang..makin bertambah lg adalah...mmg saya takde perasaan sayang mcm ada kat bf saya..tapi ikatan fship tu sgt best sbb dorg ni tak emosi mcm kawan ppuan...(certain gf la yg emosi tak bertempat ni..)...klu kita ada mslh,dorg takkan bg kita mslh dorg plak sbb dorg phm time tu kita ada mslh...so cite lain kali...klu pndpt dorg bg pun lagi bernas berdasarkan fakta yg lagi tepat...dan rasional...huhu

sbb tu kdg2 saya lg suka borak ngan kawan laki bila kpala sy serabut..klu borak ngan kawan2 ppuan ni time happy mmg best...sbb leh gosip2..haha...(nmpak sgt aku ni suka bergosip ye..huwahuwa) so kawan2 laki ni best sbb leh merumuskan certain mslh...tanpa byk herba2 atau perasa2 tiruan yg leh buat kita lemah smgt...

walau bagaimanapun... saya dah ilang rmai kawan2 laki sblm ni...either sbb lost cntct atau yg dah taknak cntct dgn alasan...sudah ada gf...klu sbb ada bini lehla trima..tp klu sbb ada gf dah taknak lyn..tak mesra atau *pura2 ctrl macho* camtu..tak bestla...org klu takut gf tu jeles,knalkanla kat kite kan..apa da..uiks...takpela..msg2 ada sbb and alasan tersendri...huhu...

tapi saya ada sorg best boyfriend yg sgt2 baik..dia bru tunang mgu lps...smlm bru jumpa ngan dia...kami sgt2 *masuk*...dr f4 saya baik ngan dia dan sy sayang sgt dia..s kawan laki yg btul2 baik ngan saya....mmg agak rs serba-salah sbb kuar ngan tunang org smlm..uiks...tapi tula..sblm jadi laki org...baik sy berhubung ngan dia sbb lps ni knla hormat bini dia..uiks...

dlu saya mmg ada mslh ngan dia psl isu gf yg jeles kami berkawan...tapi pd waktu itu...sy meminta pndpt bf saya-hafizsham yg ketika itu masih baru berjinak2 bersahabat dgn saya..(jinak2 merpati gitu..kahkah..apakah?) kemudian ayat hafiz pd waktu itu sgt best...dia kata...klu dah ada gf, buat apa nak ada bestfren ppuan...huhu...mmg ms tu saya bagai ditampar atau tersedar atau terpempanla ngan kata2 dia..uiks...

maka..kerana itu..dia takde best-girlfriend smpai sekarang sbb best-girlfriend dia ialah saya...cik ezdiani yg setia...huhu...mn taknya...hr2 cntct sy yang msg bru 1 sen ni je..huhu...(dia tak kedekut ngan saya..tapi ngan org lain..taktau..sila interview sndri..hihi)

berbalik kpd best-boyfriends yg saya ada...sy ni ssh nak baik ngan kawan sekelas,kawan sekolah...mostly kawan2 yg saya knl ni random...cthnya izzat fitri-xs client saya ms praktikal..last2 jd kamceng sbb klu borak pasal bola & politik,mmg takkan abis!! diapun risau borak lm2 ngan saya sbb nnti dia tdo lmbt coz esk nak g kolej..huhu

lagi...kawan kpd izzat-salleh yg asalnya sy tlg buat 3d dia ms dia study..huhu...last2 mcm2 bnda leh borak gak...sbb saya suka design salleh...suka gak,pemikiran dia psl bnda2 isu semasa yg org2 lain tak peduli..huhu

one more is nik...nik adalah senior kpd bf saya yg sy suka minta pndpt ttg design...nik sgt *grand* & gila2 mcm sy..huhu...statement klakar dr hafiz, dia kata...sy baik ngan nik lebih dr dia n nik yg hanya baik as senior & junior smasa di kolej..huhu...sy menanti nik m'tag gambar laut utk saya...g bercuti...sronok je dia tu..uiks..(buat2 jeles)

namun...walau berpuluh2 atau ber*Sa* saya ada kawan laki...hny satu dlm hati...sbb dialah kawan lelaki terbaik sy...pendengar terbaik saya..peneman saya...org yg selalu ada dgn saya walaupun saya selalu sgt merajuk ngan dia...dialah kawan lelaki terbaik saya...saya menghargai kawan2 lelaki saya termasuk dia...yg ternyata begitu berharga utk saya...

sbb tu...dialah best-boyfriends yang paling saya sayang...^_^

My only ♥Hafizsham♥...my Bestfriend...

Sunday, January 31, 2010

Missing-♥sahabat dunia& akhirat♥....



Malam ni lps ckp2 skit2 dgn tim@ Fatimah Adi, aku tiba2 jadi sayu bila teringatkan 3 org kawan2 aku ni...yang aku knal sejak dr matrik uia Pj...yg byk tlg aku masa senang & susah...yg byk tegur aku...yang byk nasihat aku...yg terima baik & buruk aku...aduhai..rindu & sayangnya kat dorg...huhu...

Jodoh tu Allah bg bkn utk jd pasangan hidup je..(suami)...tapi juga jodoh dlm persahabatan...sbb kalau kita ikhlas dlm bersahabat, niat lillahitaa'la...insya-Allah kawan2 kita tu akan tetap ingt kat kita...akan sentiasa doakan kita...akan setia dgn kita walau apapun jadi kat kita....


Biarla aku citekan ttg 3 org kawan2 aku ni...org pertama yg aku knal ialah As@ Noraswasimah ...aku ingt ms tu time *Taaruf week* kat matrik...aku g kafe dgn rmate aku husna..nmpakla As bli mknan sorg2...lps tu kitorg knal2 skit2...aku tny dia skolah mn smua...jadi kamipun berkawanla & mnjadi geng spanjang taaruf-termasuk laily, alin, husna & izyan...huhu...

Kebetulan plak As duduk btul2 dpn blik aku n nm kami sm2 mula huruf *N*, jadi kami dijodohkan satu klas English n adala beberapa kelas lagi...oh, kebetulan gak..kami satu studio! mmg lagi rapatla...dlm kelas gak, kami slalu satu grup..aku ngan As mmg selalu ada pertelingkahan pendpt...aku ingt,ada satu time aku gaduh truk gakla ngan As, smpai aku naik suara kot..tak tegur dlm sehari lebihla...haha...(mesti ko pun ingt As...) aku tringat ms tu brapa hari aku tak g blik dia... tapi ms satu time kat studio, kami bersalam..n jd ok balik..alhamdulillah...

Ditakdirkan gak...ms kat uia gombak, kami di*jodoh*kan lagi satu kolej, jadi kami pilih utk dok 1 blik...sbnrnya berat hati gak sbb kami takut kami gaduh bila dekat...haha...mmg kdg2 gaduh2 *manja* gitu tapi fship aku ngan As mmg takkan putusla...

Sebabnya aku ngan As ni..klu borak mmg byk sgt topik kami akan borak...kami saling amik tau psl hal family msg2,study,kawan2...mmg byk bnda aku share dgn As...walaupun ms degree kami lain cos...As amik QS n aku amik AAD,kami stil lagi berjumpa bila ada ms n borak2,luah bnda smua...

Paling best ms final year, bilik aku n As sebelah je..haha...mmg *jodoh* abisla...leh dikatakan hr2 aku g blik as n as g blik aku...ada je bnda kami borak,luah...As gak byk ajar aku...apa2 yg aku buat slh,dia akan tegur & nasihat aku...dia mmg *garang* skitla...walaupun dia anak bongsu..tp dia plak macam kakak aku..haha...

Sahabat kedua aku....Izat@Nurizzati ...kalau aku ckp camna aku knal dia...mcm lawak je...sbb izat ni hobi dia suka *basuh baju*...especially ms kat matrik, waktu mlm2...dia suka basuh baju...jadi kami knal kat toilet kolej khadijah @ KC level 8...haha...kebetulan ms borak2,aku tau izat ada adik skolah kat skolah lm aku n dia org n9...so mcm rmai gakla kawan2 skolah aku kawan2 dia gak..huhu...tula *jodoh* persahabatan kami...

Izat pun duduk dpn blik aku gak..jiran bilik n classmate klas english gakla kami ni...dan jodoh classmate kami berterusan bila kat main campus uia gombak bila kami satu course-AAD cuma majoring je lain...aku Interior Design, dia Conservation Design...

Izat pun byk kongsi bnda ngan aku...kami sbnrnya sgt jarang gaduh...tapi ms kat uia gombak,ntah mcm mn kami tergaduh skit smpai aku tengking dia..tula bnda plg truk kot aku pnah buat kat dia...

Dengan izat, leh cite mcm2 sbb izat adalah seorg pndgr yg sgt baik...klu bg opinion pun bagus gak..sbb dia byk mbaca n knowledge dia mmg bykla...klu pasal *feeling* pun leh gak..walaupun dia takde pengalaman..(haha...ye ke zat?)

Aku banggala kawan ngan izat sbb dia jd best student kat AAD beb...bkn sng tuh...klu ada org yg dengki,tak patutla...sbb dia mmg usaha keras nak grab apa yg dia nak..bila dia buat sesuatu,dia akan buat smpai *puas hati..* tu yg aku tabik springla kat dia...

Satu sikap izat yg slalu buat aku pening..dia sgt2 pelupa...huhu...(zat,jgn marah aku reveal ni..sori) kadang2 tensi gak..bila dia tgal2 brg ntah mn2..haha..lawak ko ni zat...tapi bnda2 mcm nila yg *rapatkan* kami...sbb setiap org ada baik n buruk...we accept each other no matter what...tu yg lebih pentingkan?

Tim@ Fatimah ialah kawan ketiga dlm grup ni yg aku baik ms kat uia... aku ingt, aku mula baik ngan dia ms 2nd year kat matrik uia sbb ms tu dia,izat & as satu blik kat level 7 and hny selang satu blik dr blik aku...mmg aku slalu lepak blik dorg...mkn cr dorg...borak cr dorg..muhasabah dri pun cr dorg...sbbnya,dorg selalu g usrah, n bila balik msti share ngan aku apa dorg dpt dr usrah tu...best n alhamdulillah aku dapat kawan2 cam dorg ni...huhu...

Berbalik kpd Tim...satu perangai tim yg aku takkan lupa ialah..tim adalah seorg yg sgt2 *positif*...hehe..ssh kot nak jumpa org positif cam dia..dia takkan peduli apa org lain ckp pasal dia selagi bnda tu tak salah...dia buat je...sikap positif dia tu msti dpt dr ayah dia yg jugak kaunselor kat skolah dia..huhu...

Tim gak seorg yg happy go lucky..jarang tgk dia sedihla...kecuali ms kat main camp kot..kdg2 bila jumpa dia,ada gak tgk dia bermuram durja...uiks..napa agaknya?

Ms kat gombak aku mmg dah tak rapat sgt ngan tim berbanding ms matrik..tp fship tetap diteruskan...lagi2 bila ms abg & akak dia kawen,aku ngan izat sgup jalan jauh ke perlis smata2 nak dtg knduri tu...fuh..pengalaman yg tak dpt dilupakan kot...brapa jauh beb g perlis yg kat ujung msia tu?

Anyway, mmg aku hargai sgt2 ketiga2 kawan baik aku ni dan aku bersyukur sgt knal dorg...tak silap aku ms kat matrik aku ada tulis essay utk subject apatah psl dorg...huhu...sbbnya,ada sekali tu, kami g ar umah izat kat jelebu...pastu esknya tu family izat takde, jadi kami hny dok melepak kat umah izat...kami tak bercakap...msg2 buat hal msg2...tp ms tu,aku rs tenang sgt...happy & bahagia sgt...meaning, even we're quiet, we could still feel the *bonding* between us...Masya-Allah...Maha suci Allah yg menghubungkan hati2 kami dalam persahabatan yg sgt2 indah!

Bkn sng nak dpt sahabat2 macam dorg ni...dapat share everything..ssh sng sm2...they really accept me as what I am...aku yg sgt2 jht ni...dapat kwn2 yg solehah cam dorg ni..erm...tringt ada org pernah tny aku-"ez,kawan2 ko smua tudung labuh..kau bila lagi?"...actually mmg terusik skitla hati aku bila aku ditny camtu..tp dorg tak pnah ckp apa2..asalkan aku tutup aurat, tak selempang tudung..ok jer..huhu...tak mcm ada sesetgh org yg pndg rendah kat org lain krn penampilan...mereka terima aku seadanya...aku slh dorg tegur...aku sedih dorg pujuk...aku happy dorg happy gak...bestnya dapat kawan2 macam dorg ni kan?

Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

“أوثق عرى الإيمان الموالاة في الله والمعاداة في الله والحب في الله والبغض في الله عز وجل”

“Ikatan iman yang paling teguh ialah setiakawan kerana Allah, berkonfrantasi kerana Allah (SWT), berkasih kerana Allah (SWT), dan membenci kerana Allah (SWT).” [Riwayat at Tabrani]

Makanya aku ni mmg sgt beruntungla dapat kawan2 mcm As, Izat n Tim ni...sekarang ni mood sgt rindukan dorg...smoga persahabatan ini diredhai Allah s.w.t selalu...




Buat As, Izat & Tim:

Aku sayang korg bertiga...maafkan smua slh silap aku kat korg...thnks for everything...Ukhuwah fillah....slm

Monday, May 25, 2009

kawan yang baik...

Kawan yang baik....
ialah kawan yang akan membacakan Yasin setelah kita tiada...
Bukan yang mengumpat kita sentiasa...
Kawan yang baik...
ialah kawan yang mengungkit kebaikan kita untuknya...
Bukan yang mengungkit kebaikannya untuk kita...
Kawan yang baik....
ialah kawan yang memberi nasihat,
bukan yang ajak mengumpat!
Kawan yang baik....
ialah kawan yang membuat kita senyum,
bukan yang mengejek kita senyum tak cantik!
Kawan yang baik....
ialah kawan yang menyokong kita dari depan,
bukan yang menolak kita dari belakang.
Kawan yang baik....
sanggup berkorban bila-bila masa,
bukan yang mengorbankan kita bila tiba masa.
Kawan yang baik....
bercakap benar dengan kita,
bukan yang membenarkan kata-kata kita sentiasa.
Kawan yang baik....
menerima kita seadanya,
bukan yang mengutuk setiap kelemahan kita, malah dengki dengan setiap kelebihan kita.
Kawan yang baik....
bukan yang memberi bunga di depan,
melempar najis di belakang.
Kawan yang baik....
bukan yang kerjanya memfitnah,
tapi yang menutup aib kita dari punah.
Kawan yang baik....
bukan mulutnya mengeluarkan perkataan yang sia-sia, mencarut dan mengarut,
tetapi yang baik bicaranya hingga ungkapnya tak terdengar dek telinga,
sedangkan hatinya berdoa untuk kebahagiaan kita...

Buat semua kenalan-terima kasih kerana sudi berjabat tangan.
Buat semua teman-terima kasih kerana sudi berjalan seiringan.
Buat semua kawan-terima kasih kerana banyak memberi sokongan.
Buat semua sahabat-terima kasih kerana menjadi sahabat yang terhebat!

Ditujukan khas kepada semua kawan2 di UIA (6 thn terindah mengenali smua), studiomates AAD (4 thn terhebat mengenali semua) dan semua kawan2 terbaik yang aku pernah ada....
Terima kasih...maaf atas segala salah silap...sayang semua..^_^