Showing posts with label Interior Decorator Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Interior Decorator Malaysia. Show all posts

Thursday, September 3, 2020

Galeri Rekabentuk Dalaman / Interior Design Showroom 2



Dalam proses menyiapkan design untuk Galeri Rekabentuk Dalaman Interior Design showroom ni tak ingat dah berapa kali tidur lewat siapkan 3D Visual, datang ke kilang consult design & design kena reject oleh investor kami. Haha.

Investor kami merangkap ex-boss saya yang kena approve semua 3D Design ni. Dia yang banyak keluar duit jadi kami kena pastikan design 'kena' dengan selera dia juga.




Memang mencabar nak design showroom sendiri ni. Kena pastikan design boleh trending atau kekal relevant bertahun-tahun. Material yang dipilih juga tak cepat outdated. Sebab sepanjang pengalaman saya lebih 10 tahun ni, design trend memang cepat sangat berubah.







Even cabinet colour trending change rapidly. So kalau tersalah pilih warna dan material memang habislah showroom ni. Kebanyakan pintu material yang kami gunakan ialah material melamine. Ada juga kabinet diperbuat daripada material glass & spray paint. Untuk permukaan atas dapur atau kitchen top, kami mungkin akan gunakan Quartz Stone.





Alhamdulillah dalam proses design & production ni, semua staff di kilang tu banyak bagi input. Kiranya kita tak design syok sendiri. Sebab kita work as a team. ID Showroom ni bukan milik Ilusi Hafiezd Design je tau. Showroom ni juga milik AVL Interior Industries & Glanz Accessories.

Bukan senang nak buka showroom dengan saiz keluasan 2600sqft, ada 3 set kitchen cabinet with different materials, wardrobe, TV cabinet, bedhead, etc.




Lepas tu kena fikir bagaimana nak letak beratus-ratus aksesori kabinet dan susun dalam setiap kabinet tu. Seriously kalau fikir seorang diri boleh pecah kepala ok.

Alhamdulillah ada kabinet yang dah start production di kilang. Nanti masa install saya update lagi progress.



Excited ni nak buka showroom sendiri. Walaupun kena keluar duit sikit tapi kita harap akan bercambah duit tu bila showroom buka. InsyaAllah. Aamiin. 😁

Friday, February 21, 2020

Galeri Rekabentuk Dalaman / Interior Design Showroom 1


Kalau ada sesiapa yang follow my journey as an Interior Designer mesti tahu cita-cita kami nak buka showroom dan ofis Interior Design.


Sejak tahun 2017, hari-hari lalu depan deretan shop lot Setia Ecohill Taipan ni akan doa:

"Dapatlah kami buka ofis / showroom di sini."

Ditakdirkan beberapa bulan lepas my ex-boss yang juga my sifu tiba-tiba decide nak buka showroom di Semenyih. Minggu tu juga hari Ahad dia terus sign rental agreement.


Bila kami datang ukur showroom tu memang rasa sebak dan tak percaya juga. Kami aim shop lot tengah dan tingkat 3 (sewa murah sikit). Boss sewa corner lot, tingkat 1 dan ada lift pula tu!




Boss cakap, inilah 'peluang' dia bagi kat kami. Kami collaborate buka showroom dan ofis tu, tapi at the same time kena bagi bisnes kepada dia juga. Senang nak bawa client tengok design, workmanship & accessories daripada company boss yang kami guna selama ni.


Lokasi showroom ni sangat strategik bila ada kedai Setia / RM2 di bawah, Mr DIY di sebelah dan terbaru Family Mart di hujung block. InsyaAllah tahun depan akan ada shopping mall di belakang showroom (Setia Ecohill Walk), siap ada pawagam MBO lagi tau.

Paling best, showroom ni berada di sebelah kawasan perumahan kami. Hanya 5 minit perjalanan dari rumah, tak perlu hadap tol dan jam. Terus sampai ofis. 😁



Alhamdulillah showroom ni sekarang dah siap hampir 70%. Tapi kali ni kami share pemasangan pasang vinyl flooring dulu. Kos lantai ni kami bayar sebab serba salah bos tanggung cost rental, cabinet, aircond, etc. Nangis juga keluar duit ribu-ribu. Nasib ada supplier bagi murah sikit berbanding harga pasaran. Haha.



Doakan dipermudahkan semua ya. Jemput datang kalau nak buat ID, kalau nak buat kabinet pun boleh cuma bukan under kamilah. Huhu.

Lokasi showroom: 16-2, Jalan Ecohill 1/5A, Setia Ecohill, 43500 Semenyih, Selangor

Sunday, April 7, 2019

Teknik Cat Dinding Ombre / Ombre Wall Paint


Tengah buat research untuk warna cat dinding client, terjumpa satu teknik mengecat yang menarik yang dinamakan Ombre Paint.



Ombre ni diambil daripada perkataan French bermaksud 'shaded' atau tona. Sebab tu cara mengecat Ombre ni bermula dengan warna gelap dan seterusnya bertona makin terang.



Menariknya teknik ni kita akan dapat main beberapa campuran warna ke atas satu dinding. Bermula daripada satu tona warna, beralih ke tona seterusnya. Warna pun nampak senada bila diaplikasikan berlapis-lapis dengan tona yang berbeza.



Teknik mengecat dinding Ombre ni macam menggunakan warna air atau water colour di atas kanvas. Jika nakkan warna lembut, gabungkan warna pastel macam biru langit dengan ungu violet. Kalau warna gelap semestinya warna merah bata dan jingga.




Tona warna yang dihasilkan dengan teknik ombre menjadikan ruang tenang dan unik. Pastikan anda bijak menggabungkan warna pastel yang lembut untuk ruang bilik tidur atau warna garang seperti merah dan jingga di ruang makan sebagai penarik selera makan.




Berminat untuk mendapatkan khidmat Rekabentuk Dalaman daripada Ilusi Hafiezd Design?

Hubungi kami melalui emel untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma tentang Hiasan dalaman di ilusihafiezd@gmail.com

LIKES Ilusi Hafiezd Design untuk lebih Tips Hiasan dalaman!

Friday, July 27, 2018

Projek Dekorasi Taman Kelab Ukay, Ampang


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Sempena hari raya yang lepas, kami berkesempatan membuat Projek Dekorasi di rumah pelanggan Ilusi Hafiezd Design di Taman Kelab Ukay, Ampang. Projek ini mengambil masa hanya lebih kurang seminggu untuk proses design proposal, manakala hanya 2 minggu untuk menyiapkan proses dekorasi. 

*Ruang Tamu*

*Ruang Pintu Masuk*

Ruang yang terbabit untuk dekorasi ini ialah di Ruang Pintu Masuk dan Ruang Tamu. Kami juga memasang wallpaper di Ruang Keluarga dan Ruang Makan.

*Ruang Makan*

*Ruang Keluarga*

Ketika menghubungi kami, pelanggan meluahkan masalah mereka untuk membuat dekorasi di dua ruang tersebut. Mereka menghadapi masalah untuk membuat susun atur perabot ke dalam ruang kerana perabot sofa yang dibeli agak besar dan ruang juga kurang pencahayaan walaupun mempunyai banyak tingkap dan pintu di sekeliling.

*Ruang Tamu asal yang memanjang & ada banyak tingkap dan pintu*

*Ruang Pintu masuk dengan perabot sofa yang besar*

Oleh yang demikian, kami membantu menyelesaikan masalah susun atur perabot tersebut dengan menyediakan pelan susunan perabot atau furniture layout plan sebelum memulakan proses dekorasi. Pelanggan memilih option kedua selain memilih option perabot dan barangan deko berdasarkan bajet yang mereka ada.




Konsep dekorasi moden ini juga asalnya hanya bertemakan warna coklat, biru dan hijau. Namun kami juga telah menambah elemen berwarna emas di dua ruang tersebut dengan meletakkan perabot berelemen warna emas dan dekorasi bertemakan warna tersebut.

*Kaki pasu bunga dengan elemen warna emas*

*Kaki meja kopi dengan elemen warna emas*

*Kaki meja sisi atau side table dengan elemen warna emas bersama pasu emas dengan tumbuhan renek*

Hasilnya, ruang berjaya digunakan sepenuhnya bila ruang tamu yang memanjang dipenuhi perabot sofa asal dan ditambah dengan 2 designer armchairs, coffee table, side table, standing lamp, Kanvas Khat dan designer rug dengan corak geometri berwarna-warni.


Ruang Pintu Masuk pula menjadi berseri bila adanya kertas dinding bercorak Moroccan bersama meja konsol kayu dengan elemen emas di bahagian handle dan kakinya. Cermin yang tergantung di dinding juga menjadikan ruang nampak ekslusif dan elegan. Lebih menarik, kami menambah aksesori seperti dulang emas, bunga dan tumbuhan dalaman yang diletakkan dalam pasu berkaki emas.



Berminat untuk mendapatkan khidmat dekorasi atau rekabentuk dalaman daripada Ilusi Hafiezd Design?


Hubungi Ilusi Hafiezd Design melalui emel untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma tentang Hiasan dalaman:

ilusihafiezd@gmail.com




Jangan lupa untuk melihat design portfolio kami:


Follow INSTAGRAM kami:


LIKES 

Facebook Ilusi HafiEzd Design untuk lebih Tips Hiasan dalaman!