Showing posts with label Hiasan Dalaman. Show all posts
Showing posts with label Hiasan Dalaman. Show all posts

Friday, December 27, 2019

Aksesori Almari & Laci - Drawer Accessories




Client Ilusi HafiEzd Design yang buat projek Interior Design Renovation dengan kami lebih RM50K kami bagi hadiah Drawer Accessories atau Aksesori Almari & Laci ni.

Drawer Accessories ni sesuai untuk letak barang kemas tak kira jenama Habib, Poh Kong, atau Zullian (ada lagi ke?). Boleh juga letak brooch kita yang kerap hilang secara misteri tu. Huhu.


Rekaan terbaru drawer accessories oleh GLANZ ni juga sesuai untuk simpan barang orang lelaki. Tengok dah ada siap tempat letak jam (ruang hitam), boleh letak cufflinks, belt & banyak lagi barang. Maka tak perlu panggil isteri cari barang suami lagi. 😅


Aksesori ni hanya muat laci atau saiz rangka kabinet 600mm & 900mm. Sebab tu kami kena sediakan design & drawings dulu, baru boleh masukkan aksesori ni dalam almari atau meja solek.


As an Interior Designer, we will make our wardrobe design different from other wardrobe or cabinet specialist.



Kita akan buat almari atau kabinet dengan rekaan khas, mengikut spesifikasi dan keperluan client, paling best akan penuh dengan aksesori. Haha.


Jadi kalau nak buat Interior design renovation & dapat aksesori best boleh contact kami ya. Kalau nak buat almari saja buat dengan wardrobe specialist ok.

Monday, December 2, 2019

Bilik Kucing / Cat's Room


Rekaan Bilik Kucing atau Cat's Room ini direka khas untuk pelanggan Ilusi Hafiezd Design di Bandar Seri Putra, Bangi. Bilik kucing ini bakal didiami oleh kucing bernama 'Minah' & Alex.



Perabot dalam bilik kucing ini diperbuat dengan material melamine. Saiz kotak besar lebih kurang 900mm & 600mm panjang dan 450mm tinggi, manakala tapak ruang bermain dan memanjat pula lebih kurang 400mm panjang dan 100mm lebar.




Pada asalnya kami telah mengupah sebuah syarikat kecil bernama Artiflag Pet Furniture tapi sedihnya mereka telah menipu kami. Mereka memberi pelbagai alasan sehingga akhirnya langsung tidak menyiapkan perabot bilik kucing yang kami tempah.

Malah syarikat ini turut menipu ramai lagi orang. Kebanyakan yang ditipu adalah penggemar kucing yang mahu membuat perabot atau rumah kucing. Ada yang ditipu beribu-ribu ringgit malah sehingga 300K. Paling kesian ada perabot yang mereka buat menyebabkan kucing tercedera kerana hasil kerja mereka sangat teruk. Jadi jika anda terbaca entri blog ini, sila hati-hati dengan syarikat ini ya.


Alhamdulillah kami berjaya cover balik kerja pembuatan perabot dalam bilik kucing ini. Walaupun kami rugi hanya duit deposit, tapi kami lega kerana pelanggan kami tak menerima nasib yang buruk seperti orang lain.

Jika ada yang bertanya, kos pembuatan bilik kucing ini bergantung kepada saiz ruang, rekabentuk dan material yang digunakan. Kami sebagai Interior Designer atau Pereka Dalaman hanya dapat bagi harga setelah buat design & drawings dengan kami. Jadi anda perlu upah kami untuk design & drawings sebelum kami menyiapkan rekabentuk bilik kucing anda ok.

Design Bilik Kucing dalam bentuk 3D Visual


Lukisan Bilik Kucing dalam bentuk 2D Detail Drawing


Hubungi Ilusi Hafiezd Design melalui emel untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma tentang Hiasan dalaman:

ilusihafiezd@gmail.com

Jangan lupa untuk melihat design portfolio kami:


Follow INSTAGRAM kami:


LIKES 


Facebook Ilusi HafiEzd Design untuk lebih Tips Hiasan dalaman!





#IlusiHafiezdDesign
#InteriorDesigner
#PerekaDalaman
#BilikKucing
#RekaanBilikKucing









Friday, July 12, 2019

Rekabentuk Ruang Tangga / Staircase Area Design


Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat pembaca blog sekalian.

Jarang orang tahu bagaimana nak memanfaatkan ruang tangga atau bawah tangga sepenuhnya. Tapi client Ilusi HafiEzd Design di Taman Seri Mas, Hulu Langat ni sangat bijak kerana tak nak bazirkan segenap ruang dalaman rumah yang beliau ada.


Beliau request kami untuk buat stor dan letakkan tempat duduk tambahan di tepi tangga. Kebetulan ruang bawah tangga beliau agak tinggi dan lebar, jadi kami tolong naikkan dinding penghadang dan pintu supaya menjadi ruang stor tambahan di bawah tangga.

Ruang asal bawah tangga yang luas dan kosong

5 kontraktor dan supplier diperlukan untuk buat ruang stor dan bench ni: 

1. Partition Contractor 
- Naikkan partition & pintu. Cat undercoat putih dan pastikan dinding gypsum rata dan kuat. Kami arahkan mereka tambah banyak besi terutama di bahagian tempat duduk supaya bila nak sandar dinding tak tercabut. Heh.

Contractor Partition naikkan besi partition

Besi siap dinaikkan mengikut bentuk ruang tangga

Gypsum partition ditampal ke besi

2. Electrician
- Tarik point lampu baru supaya stor ada lampu. Kalau bergelap nak ambil barang macam mana kan.

Raw partition siap pasang ke tangga

3. Carpenter & Installer
- Kami ukur bench muat-muat antara ruang partition yang terkeluar dengan tangga. Bench dibuat daripada material melamine dan perlu kukuh untuk orang duduk. Bench juga kena ikat atau skru ke dinding supaya tak bergerak-gerak bila duduk.

Partitionsiap cat undercoat putih.

Pintu masuk ke ruang stor yang luas.

4. Contractor Wet Work
- Tambahkan cat dengan warna yang sama dengan dinding ruang sekeliling.

Bench perlu tambah papan di hujung untuk support cushion. Dinding partition siap dicat.

Bench siap tanpa cushion

5. Supplier Cushion
- Cushion panjangnya 8' dan perlu ditempah dah ambil masa beberapa minggu baru siap. Nasib muat kereta angkut ke site. Haha.

Bench dengan cushion panjang.

Jadi boleh nampakkan kenapa orang hire Interior Designer untuk buat ruang tangga ni saja? Huhu. Kalau anda mampu handle 5 orang kontraktor dan supplier yang berbeza, aturkan masa siapa mula kerja dulu dan kemudian, sediakan drawings supaya mereka faham saiz dinding, bench, etc, dan monitor kerja mereka di site sampai siap so takde masalah nak buat sendiri.

Kos untuk buat partition dan bench ni lebih kurang RM8000. Harga bergantung kepada saiz, material dan design. So kalau nak harga yang betul-betul tepat memang kena buat design dan drawings dulu. Nak main agak-agak rugilah akak. Akak tak reti kira cincai. Nanti keluar harga VO client marah pulak kan.

Hubungi Ilusi Hafiezd Design melalui emel untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma tentang Hiasan dalaman:

ilusihafiezd@gmail.com

Jangan lupa untuk melihat design portfolio kami:


Follow INSTAGRAM kami:


LIKES 

Facebook Ilusi HafiEzd Design untuk lebih Tips Hiasan dalaman!

Belanja satu lagi pandangan Ruang Tangga & Ruang Tamu

Sunday, April 7, 2019

Teknik Cat Dinding Ombre / Ombre Wall Paint


Tengah buat research untuk warna cat dinding client, terjumpa satu teknik mengecat yang menarik yang dinamakan Ombre Paint.



Ombre ni diambil daripada perkataan French bermaksud 'shaded' atau tona. Sebab tu cara mengecat Ombre ni bermula dengan warna gelap dan seterusnya bertona makin terang.



Menariknya teknik ni kita akan dapat main beberapa campuran warna ke atas satu dinding. Bermula daripada satu tona warna, beralih ke tona seterusnya. Warna pun nampak senada bila diaplikasikan berlapis-lapis dengan tona yang berbeza.



Teknik mengecat dinding Ombre ni macam menggunakan warna air atau water colour di atas kanvas. Jika nakkan warna lembut, gabungkan warna pastel macam biru langit dengan ungu violet. Kalau warna gelap semestinya warna merah bata dan jingga.




Tona warna yang dihasilkan dengan teknik ombre menjadikan ruang tenang dan unik. Pastikan anda bijak menggabungkan warna pastel yang lembut untuk ruang bilik tidur atau warna garang seperti merah dan jingga di ruang makan sebagai penarik selera makan.




Berminat untuk mendapatkan khidmat Rekabentuk Dalaman daripada Ilusi Hafiezd Design?

Hubungi kami melalui emel untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma tentang Hiasan dalaman di ilusihafiezd@gmail.com

LIKES Ilusi Hafiezd Design untuk lebih Tips Hiasan dalaman!

Tuesday, February 19, 2019

Quartz Stone Top & Undermount Sink Installation



Dalam rekabentuk dapur, ada banyak jenis sink yang boleh digunakan supaya menjadikan ruang dapur lebih praktikal dan kemas. Kebanyakan orang gemar menggunakan top mount sink kerana mudah dipasang dan senang didapati selain harganya yang murah. Tapi sebagai Interior Designer, kami sentiasa mahukan dapur pelanggan kami nampak cantik dan kemas. Jadi kami akan proposed undermount sink kepada client kami dan alhamdulillah, semua sukakannya!


*Rekaan Dapur Kering / Dry Kitchen untuk client di Serene Heights, Bangi*

*Rekaan Dapur Basah / Wet Kitchen untuk client di Serene Heights, Bangi*

Ramai orang tak tahu perbezaan top mount sink dan undermount sink. Kedua-duanya ada pros and cons. Kali ni kami juga akan kongsi tentang cara pemasangan Undermount Sink di bawah Quartz Stone top.

Untuk Dry Kitchen, kami pilih Quartz Stone berwarna hitam atau Black Flash, manakala Wet Kitchen warna off white with small brownish effect stone. Kedua-dua quartz stone ini dipilih sesuai dengan warna tema pintu kabinet dapur jadi bila pasang tu serasi je warnanya. Heh.



Ok, nak cerita pasal Undermount sink ni. Mungkin ramai tak tahu, ada banyak jenis sink dan kebanyakan orang gunakan top mount sink dimana sink tersebut diletakkan di atas kitchen top. Top mount sink harganya lebih murah, senang install namun boleh membuatkan air bertakung di sekeliling bahagian luar sink.

*Single Bowl Undermount Sink yang dipasang di Dry Kitchen*


Undermount sink pula dipasang di bawah permukaan kitchen top lantas menjadikan rekaan dapur lebih cantik dan kemas. Penggunaan undermount sink menjadikan air mudah dialirkan masuk ke dalam sink berbanding top mount sink. Permukaan dapur juga nampak lebih luas kerana undermount sink berada di bawah permukaan ruang kerja dapur.

*Double Bowl Undermount Sink yang dipasang di Wet Kitchen*

Walau bagaimanapun, undermount sink ini tidak sesuai diaplikasikan untuk kitchen top tile atau concrete top, laminate atau permukaan dapur yang tak tahan air. Sebab tu kami suka gunakan quartz stone top yang lebih tahan lasak berbanding permukaan dapur yang lain.

*Double bowl undermount sink yang sudah siap dipasang bersama white off white quartz stone top yang cantik*

Selain harganya yang sedikit mahal, undermount sink juga agak susah dipasang. Sebab tu kena pastikan kitchen specialist atau golongan pakar yang pasangkan sink. Nak jimat macam mana pun, jangan pandai-pandai pasang sendiri ok.

Boleh tengok gambar dan baca caption untuk tengok step bagaimana undermount sink dipasang bersama quartz stone top. Boleh nampak dapur rekaan Ilusi HafiEzd Design nampak elegan bila dipasang undermount sink dan quartz stone.


*Lukisan rujukan undermount sink mengikut ukuran sink*


*Permukaan kayu dipotong mengikut ukuran tadi.*

*Siap potong!*


*Masukkan sink dan gam bahagian rim undermount sink*



*Quartz Stone top diletakkan secara berhati-hati selepas bahagian top kayu tadi digam*

Siap sudah pemasanagn Quartz Stone & Undermount Sink. Paip boleh dipasang selepas permukaan quartz ditebuk lubang.



Hubungi Ilusi Hafiezd Design melalui emel untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma tentang Hiasan dalaman:

ilusihafiezd@gmail.com

Jangan lupa untuk melihat design portfolio kami:


Follow INSTAGRAM kami:


LIKES 

Facebook Ilusi HafiEzd Design untuk lebih Tips Hiasan dalaman!