Showing posts with label Dekorasi. Show all posts
Showing posts with label Dekorasi. Show all posts

Thursday, December 21, 2017

Pejabat Wanita Pink & Gold


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kali ini aku ingin kongsikan rekaan eksklusif pejabat Dayang Beauty Secret bertemakan warna merah jambu atau pink dan emas atau gold. Pejabat ini kami reka khas buat pemiliknya yang sukakan warna yang feminin namun masih kelihatan ekslusif.


Pejabat Dayang Beauty Secret terletak di Alam Damai, Cheras. Ruang dalaman pejabat ini terdiri daripada Reception Area (Ruang Menunggu), Pejabat Pemilik, Training Room (Bilik Latihan) dan Pantry Area. Setiap ruang dihiasi sesuai dengan warna tema barangan dekorasi yang sweet & sleek.


Dinding Ruang Menunggu kami sediakan satu signage besar Dayang Beauty Secret yang diperbuat dengan special decorative panel & acrylic signage. Agak mencabar memasang signage ini kerana panel acrylic yang agak fragile atau mudah patah. Kami juga menyediakan ruang pameran atau product display untuk produk-produk keluaran Dayang Beauty Secret. Produk-produk ini diletakkan di rak berwarna emas berlatar belakang kertas dinding atau wallpaper bercorak halus berwarna pink.






Untuk bilik pemilik, tema pink & gold masih dikekalkan namun warna putih turut ditambah ke atas warna perabot demi menampakkan ciri-ciri korporat pemilik. Selain kertas dinding, kami juga menyediakan divider panel khas untuk pemilik membuat live video dan memasarkan produk beliau. Kami turut menyediakan sendiri barang-barang dekorasi untuk ruang tersebut bagi menambahkan seri bilik pemilik.









Ruang bilik latihan atau Training Room ini disediakan untuk pemilik mengadakan kelas motivasi. Demi mencantikkan ruang ini, kami tambahkan kertas dinding berwarna emas dan kata-kata hikmah bagi menjadikan bilik ini nampak lebih eksklusif.




Akhir sekali ialah ruang pantri dimana pemilik dan staff boleh makan dengan santai. Istimewanya ruang ini kami tambah jubin berwarna pink yang cantik dan unik selain meletakkan Designer Chair - Eames Chair, menjadikan ruang ini nampak santai dan relaks.






Bagi kami pengalaman menguruskan projek ini agak menarik kerana kami berjaya menampilkan identiti pemilik syarikat Dayang Beauty Secret sendiri. Warna tema pink dan gold sangat sesuai dengan beliau dan produk yang beliau keluarkan juga sinonim untuk kegunaan wanita di luar sana.




Jika anda berminat untuk mempunyai pejabat dengan ciri-ciri dan identiti tersendiri:


Hubungi Ilusi Hafiezd Design melalui emel untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma tentang Hiasan dalaman:


ilusihafiezd@gmail.com

Jangan lupa untuk melihat design portfolio kami:


Follow INSTAGRAM kami:


LIKES 

Facebook Ilusi HafiEzd Design untuk lebih Tips Hiasan dalaman!


Tuesday, April 4, 2017

Rekaan Dalaman dan Dekorasi Perpustakaan Jepun




Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Hari ni saja nak kongsi salah satu projek dekorasi Perpustakaan yang Ilusi Hafiezd Design dah buat pada tahun lepas. Projek ni boleh dikatakan antara projek dekorasi komersial pertama yang kami berjaya siapkan. Paling tak sangka, hanya kami suami isteri uruskan projek ni berdua dalam tempoh waktu sebelum bersalin dan selepas bersalin. Huhu.



Perpustakaan Shizuoka atau Shizuoka Library terletak di MARA JAPAN INDUSTRIAL INSTITUTE, Beranang, Semenyih. Perpustakaan ini merupakan bangunan 2 tingkat yang terdiri daripada ruang masuk, lobi, kawasan tangga, makmal komputer, bilik perbincangan, ruang kelas, pejabat pustakawan dan ruang perpustakaan di tingkat dua. Selain itu kami juga diminta untuk upgrade Bilik Mesyuarat berdekatan perpustakaan tersebut.

Sebelum memulakan proses dekorasi, kami telah membuat beberapa research terutama tentang konsep rekaan Jepun atau Japanese Concept. Rekaan asal perpustakaan tidak banyak ciri-ciri Jepun, jadi kami bantu menjadikan ruang nampak ada identiti Jepun dan mengaplikasikan warna-warna yang lebih menarik untuk membuatkan perpustakaan nampak lebih ceria!






Hasil daripada research tersebut juga, kami telah berjaya mengubah setiap ruang di dalam perpustakaan tersebut dengan imej dan identiti Jepun yang lebih menarik. Boleh tengok gambar-gambar transformasi perubahan perpustakaan di bawah ini.

*Ruang Tangga Masuk - Sebelum*

*Ruang Tangga Masuk - Selepas*

Di ruang tangga masuk kami telah diminta untuk menyediakan landskap kecil berkonsepkan Zen. Lanskap ini dilengkapi pokok buluh renek dan lampu pagoda selain rumput artificial.


*Ruang Lobi - Sebelum*




 *Ruang Lobi - Selepas*

Ruang lobi juga telah diubah apabila di ruang masuk kami telah menambah tirai pintu masuk atau Noren Curtain. Di atas Noren curtain kami lukiskan sendiri perkataan Yosoko yang bermaksud "Selamat Datang" dalam Bahasa Jepun. Kami juga mengubah dekorasi lobi dengan menukar bidai kepada warna biru lembut, menambah karpet, meja kopi, kerusi dan sedikit barang-barang tembikar Jepun bagi menjadikan ruang nampak lebih moden dan eksklusif.


 *Ruang Tangga - Sebelum*


  *Ruang Tangga - Selepas*

Ruang di bawah tangga menjadi tempat lepak favorite student. Kami ubah ruang yang asalnya berwarna merah menjadi warna pink. Sweet kan? Haha. Lantai yang flat kami tambahkan tatami mat dan kerusi Jepun - Zaisu Chair. Kami juga menghias dinding ruang tersebut dengan poster klasik Jepun selain menukar rak buku yang lama kepada yang lebih moden.


*Ruang Perpustakaan - Sebelum*




 *Ruang Perpustakaan - Selepas*

Ruang perpustakaan yang asalnya berwarna suram telah diceriakan dengan perubahan warna dinding iaitu biru, merah jampu dan kelabu. Lebih istimewa setiap tiang kami telah balut dengan wallpaper yang betul-betul diimport dari Jepun! Ruangan tangga ke tingkat atas juga kami tambahkan gambar pemandangan Jepun dan payung ala-ala Jepun supaya bila student menaiki tangga mereka dapat fefeeling Jepun gitu!

 *Ruang Kelas - Sebelum*

 *Ruang Kelas - Selepas*

  *Makmal Komputer - Sebelum*

 *Makmal Komputer - Selepas*

  *Bilik Perbincangan - Sebelum*

  *Bilik Perbincangan - Selepas*

   *Bilik Mesyuarat - Sebelum*


   *Bilik Mesyuarat - Selepas*

Kami turut mengubahsuai ruang Bilik Mesyuarat dengan menukar skirting baru untuk meja mesyuarat. Bilik yang pada asalnya tidak mempunyai banyak source power point kami tambahkan dengan sistem power point mudah alih - Eubiq system.

Alhamdulillah kami berjaya mengubahsuai keseluruhan Perpustakaan Shizuoka dengan imej yang lebih moden dan menarik apabila menggunakan skema warna yang tepat dan bersesuaian dengan perpustakaan tersebut. Untuk melihat hasil keseluruhan perpustakaan anda boleh klik link ini.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Perpustakaan Shizuoka, MJII terutama kepada Pustakawan bernama Puan Hidayah kerana memilih kami untuk melaksanakan dekorasi perpustakaan tersebut. Jika anda juga berminat untuk mengubahsuai pejabat atau perpustakaan, boleh email kami di ilusihafiezd@gmail.com. Terima kasih.