Wednesday, June 2, 2021

12 Tahun sebagai Pereka Dalaman

Assalamualaikum & Hi.

Alhamdulillah. Tanggal 1 Jun 2021 semalam genaplah 12 tahun saya berkerja sebagai Pereka Dalaman atau Interior Designer. Saya pernah bekerja di beberapa syarikat ID sebalum memulakan perniagaan sendiri sejak tahun 2014.

Bila melihat semula semua hasil projek oleh syarikat saya dan suami, Ilusi Hafiezd Design terus terimbau kembali segala kenangan kami menguruskan projek reka bentuk dalaman untuk pelanggan-pelanggan kami.

Setiap projek adalah hasil design & drawings kami berdua dan tak terikat kepada satu jenis konsep. Kami juga mampu menghasilkan reka bentuk yang versatil dan kekal lama atau 'timeless'. Pengalaman kami menguruskan setiap projek, monitor site, dealing with clients, buat deko dan segala hal berkaitan membuatkan kami belajar banyak tentang bisnes ID.

Saya sangat gembira bila melihat kebanyakan design kami berwarna-warni, praktikal dan menepati kehendak client. Ramai client yang senang dengan khidmat ID kami dan berpuas hati dengan hasil design rumah mereka Alhamdulillah.

Jadi di blog ini saya akan share sedikit info mengenai setiap projek yang kami hasilkan sejak 2014 hingga 2021.



1. Sunway Cheras Project
Projek ini adalah projek pertama company kami yang hasilkan pada tahun 2014. Projek rumah teres 3 tingkat ini merangkumi ubahsuai keseluruhan satu rumah. Apa yang menarik tentang projek rumah ini ialah setiap tingkat mempunyai Kabinet TV & Bangku atau Bench dengan design dan konsep yang berbeza. Tingkat paling atas yang merupakan bilik tidur utama direka dengan konsep Inggeris atau English Concept dimana setiap kabinet menggunakan material spray paint dan digabungkan dengan wall panelling & wallpaper.



2. TTDI Groove, Kajang Project
Projek ini adalah projek yang kami hasilkan pada tahun 2015. Projek rumah teres 2 tingkat corner lot ini juga merangkumi ubahsuai keseluruhan satu rumah. Untuk rekaan rumah ini kami banyak design bahagian siling dengan rekaan yang 'grand' dan eksklusif. Rekaan siling di ruang makan sangat tinggi dan direka dengan lapisan siling bersama lampu gantung yang berjuntaian jatuh ke bawah. Menariknya baru-baru ini client sekali lagi panggil kami untuk makeover atau deko semula rumah dengan rekaan yang baru supaya menampakkan kelainan setelah 5 tahun tinggal di rumah tersebut.


3. D'Pines Condominium, Ampang
Projek yang dihasilkan pada tahun 2016 ini adalah projek kondominium pertama oleh Ilusi Hafiezd Design dan projek paling mahal yang kami pernah buat. Rekaan rumah sangat unik, siling bercorak hexagon, ruang balcony direka dengan bench dan planter box dan setiap ruang mempunyai kabinet pasang siap yang lengkap. Rumah ini juga pernah tersiar di Majalah Impiana dan menjadi cover depan majalah tersebut.


4. Taman Jati Indah, Shah Alam
Rumah ini sebenarnya ialah rumah mak saya sendiri yang kami siapkan pada tahun 2016. Rumah ini adalah rumah satu tingkat yang mempunyai banyak penambahbaikan kerana kondisi rumah yang banyak kerosakkan dan terlalu lama. Rekaan exterior atau luar rumah dihasilkan oleh suami saya dengan idea kami bersama. Mak saya turut merancang sendiri susun atur rumah supaya menepati kehendak beliau. Kami juga menemani beliau memilih barang construction sendiri seperti tiles, aksesori bilik air dan langsir supaya beliau berpuas hati dengan rekaan rumahnya. Selain ubahsuai rumah, kami juga terpaksa menguruskan proses submisson drawings kepada pihak majlis yang sangat sukar dan mencabar akibat sikap birokrasi pihak PBT. Alhamdulillah kini mak saya bahagia dan sudah mendiami rumah ini lebih 5 tahun sejak pencen daripada menjadi Guru Besar.


5. Dayang Beauty Secret Office Showroom Project
Projek Dayang Beauty Secret Office Showroom ini antara projek komersial yang kami hasilkan. Konsep design sangat feminin, sesuai dengan identiti dan perwatakan pemilik jenama Dayang Beauty Secret sendiri, Puan Tun Nurul Huda. Kombinasi warna merah jambu dan emas dijadikan warna tema reka bentuk dalaman office showroom ini. Projek ini siap pada tahun 2017 dan kami turut membantu client membuat dekorasi tambahan untuk setiap ruang ofis.


6. Vista Mahogani, Kajang Project
Konsep rekaan dalaman untuk projek kondominium ini adalah tema Inggeris atau English concept namun digabungkan dengan warna biru laut yang lembut. Warna biru laut dijadikan elemen tambahan disebabkan pemilik rumah merupakan pengumpul cengkerang dari laut dalam. Kabinet TV direka khas bersama ruang pamer atau display yang dijadikan tempat meletakkan barang-barang perhiasan mengikut saiz barangan itu sendiri. Selain mengubahsuai ruang tamu dan ruang makan, kami juga menambah kabinet di ruang dapur basah yang sempit di belakang. Kami seronok membuat deko untuk rumah ini kerana berpeluang shopping perabot, barang deko dan lukisan sendiri mengikut bajet yang client sediakan.

7. Bandar Tun Hussein Onn Project
Projek ubahsuai ini pada asalnya hanya melibatkan ruang keluarga dan bilik tidur utama sahaja. Namun setelah memasang lantai vinyl dan wallpaper di tingkat atas, client berminat untuk memasang material yang sama dengan corak yang berbeza di tingkat bawah pula. Projek ini agak menarik kerana kabinet yang dihasilkan mempunyai dwi-fungsi. Storage cabinet di Family Area ini juga dijadikan study table dan book cabinet, manakala TV cabinet di Master Bedroom juga berfungsi sebagai kabinet menyangkut pakaian.


8. Taman Kelab Ukay, Ampang Project
Ini adalah salah satu projek dekorasi yang kami hasilkan beberapa minggu sebelum hari raya pada tahun 2018 untuk rumah yang sudah didiami di Ampang. Client mempunyai masalah dalam space planning rumah disebabkan 'terbeli' dua buah sofa yang agak besar dan tidak menepati saiz ruang sedia ada. Jadi selain membuat deko dan memasang wallpaper, kami juga membantu client menyusun semula ruang sedia ada dengan perabot lain. Kami telah menambah designer chair, designer lamp, designer rug dan beberapa item dekorasi yang lain supaya menjadikan ruang nampak lebih bergaya dan kemas.


9. Bandar Seri Putra, Bangi Project
Proses design dan ubahsuai rumah banglo ini mengambil masa selama setahun untuk siap. Kami hanya mereka bentuk bahagian dalaman rumah, membuat kabinet dan beberapa bahagian ID lain manakala bahagian renovasi lain diuruskan oleh kontraktor yang dilantik oleh pemilik rumah. Kos renovasi mencecah sehingga RM250 ribu, antara kos tertinggi renovasi yang kami dapat walaupun job scopes kami hanya bahagian ID. Antara ruang menarik di rumah ini selain dapur yang berharga lebih RM80 ribu ialah ruang bilik kucing. Boleh baca artikelnya dengan klik di sini.



10. AVL & Ilusi Hafiezd Design Showroom Project
Setelah bertahun-tahun bekerja dari rumah, akhirnya kami berpeluang mempunyai pejabat dan showroom sendiri. Alhamdulillah kami telah diberi peluang berkolaborasi dengan ex-boss saya di AVL Interior untuk membuka Interior Design Showroom di Setia Ecohill Taipan, Semenyih. Showroom ini direka bentuk oleh kami dan melibatkan idea daripada pihak AVL juga. Terdapat 3 set dapur, dapur pulau, 2 set almari pakaian dan 2 kabinet TV di dalam showroom yang menggunakan pelbagai material. Apa yang best, kos kabinet dan deposit sewa dibiayai oleh boss dan kami hanya perlu menanggung beberapa item tambahan dalam kos renovasi. Walau bagaimanapun disebabkan pandemik Covid-19, showroom ini belum siap sepenuhnya tapi insya-Allah selepas habis PKP, anda boleh datang jika berminat untuk buat ID dengan kami ok. Boleh baca perjalanan renovasi showroom di lik ini & ini.



11. Acacia Serene Heights, Bangi Project
Rumah ini adalah rumah keempat yang kami berjaya ubahsuai di kawasan perumahan Serene Heights, Bangi. Selain client sangat baik, projek ini sangat menarik kerana konsep warna tema yang berbeza di aplikasikan di setiap ruang dalam rumah. Ruang tingkat bawah bertemakan warna biru, turquoise dan warna neutral. Bilik tidur utama pula dengan tema biru dan kelabu. Bilik anak bertemakan warna kegemaran anak client iaitu hijau manakala satu lagi bilik bertemakan warna merah jambu. Walaupun rumah hanya dijadikan sebagai weekend house, tapi client sanggup melaburkan wang untuk membuat dekorasi keseluruhan rumah bersama-sama dengan kami. Hasil ubahsuai dan deko rumah ini bagi kami sangat menarik dan elegan, lantas menjadi antara projek yang menjadi kegemaran kami.


12. Taman Tasik Semenyih Project
Di celah-celah keributan pandemik Covid-19, kami berjaya menyiapkan projek ubahsuai rumah di Taman Tasik Semenyih ini dalam tempoh lebih kurang 3 bulan iaitu dari bulan Ogos 2020 hingga Oktober 2020. Sebaik PKP 1.0 berakhir, kami cepat-cepat memulakan proses renovasi rumah Semi-D yang berusia 7 tahun ini dan hasilnya agak memuaskan. Antara rekaan yang menarik adalah Kabinet TV yang turut dijadikan penghadang atau divider antara ruang tamu dengan ruang makan. Selain mendapat kerjasama yang baik daripada pihak client, alhamdulillah Tuhan permudahkan urusan renovation tanpa banyak masalah yang crucial. Boleh tengok di Facebook kami bagaimana kami makeover rumah ini daripada rumah lama dan menjadikannya lebih praktikal dan cantik.



13. Elmina Green Project
Projek ubahsuai rumah ini bermula sebaik PKP 2.0 berakhir dan baru siap sebelum bulan puasa 2021. Rumah ini adalah rumah rakan sekolah rendah saya di SK Convent Bukit Nanas 1 dahulu. Kebanyakan idea design adalah daripada rakan saya sendiri dan suaminya seorang graduan senibina. Tema warna rumah kelabu bersama wainscoting dan wallpaper di bahagian ruang tamu dan ruang makan menjadikan ruang nampak elegan dan moden. Ruang dapur pula telah direka dengan gabungan material melamine bertekstur textile dan kayu gelap, diterangi pula lampu LED Strips bersama kitchen porcelain top.




I'm proud with all my design, I'm thankful to all my clients that keep their trust to hire me as their designer, I appreciate the people that support me & thanks to Allah swt for HIS blessings & guidance towards this journey.

Terima kasih atas sokongan anda semua. More Interior Design project coming soon by Ilusi Hafiezd Design. Insya-Allah 💜