Wednesday, June 20, 2018

Tips Deko Bingkai Gambar / Frame Decor



Selamat Hari Raya diucapkan kepada semua pembaca blog Airaniez's Life.

Sempena nak raya ni, mesti ramai semangat nak deko atau makeover rumah kan? Sebagai Interior Designer yang buat kerja deko juga, salah satu benda yang kami suka buat untuk deko rumah client Ilusi HafiEzd Design adalah dengan menggantung frame atau bingkai gambar.

*Feature Wall dengan frame decor untuk rumah client di D'pines, Ampang*

Ada pelbagai cara untuk menggantung frame gambar ni sebenarnya. Ada juga orang yang mengambil upah pasang atau gantung frame ni kalau nak gantung menggunakan skru atau paku yang sesuai. Apa yang penting, kerja ni perlu dilakukan sekurang-kurangnya 2 orang. Seorang tukang gantung dan tanda, seorang lagi tukang check ketinggian dan keseimbangan frames.


*Frame kanvas untuk MARA Japanese Library berlatarkan gambar bunga Sakura di Jepun. Resolution gambar sangat tinggi diambil supaya imej tak pecah.*


Seeloknya tinggi gambar yang hendak digantung ialah 57" dari lantai atau pada ketinggian eye level. Jarak frame kami suka buat 1"-3" sebab kalau jarak sangat nampak frame longgar dan susah untuk menyeimbangkan ketinggian semua frame supaya berada di aras yang sama.


*Frame gambar kanvas / gambar family dalam mood sepia (reddish-brown color)*


Kebanyakan frame kami beli di IKEA, Kaison atau MR DIY. Tapi the best is IKEA's frame, selain harga murah dan ringan, frame juga ada rujukan saiz gambar atau artwork. Anda boleh pilih untuk gantung frame yang sama material atau boleh mix & match different frame patterns. Boleh juga gabungkan frame dengan huruf, lampu atau jam seperti yang kami buat untuk client di Bandar Tun Hussein Onn baru-baru ni.


*Frames yang dibeli dari IKEA yang kami gantung untuk ofis Dayang Beauty Secret di Alam Damai. Warna frame dipilih ikut tema warna Interior - Pink, Gold & White.*



*Frames yang dipasang dalam bilik bos Dayang Beauty Secret*


Terpulang kepada kehendak masing-masing nak gantung gambar keluarga, gambar konvo atau gambar Agong pun boleh. Haha. Kalau nak murah dan senang, boleh print gambar dalam mood hitam putih. Tapi kami suka guna quotes yang kami ambil di internet dan adjust size pakai photoshop dan letak frame hitam supaya mudah untuk dipotong dan digunting.

*Gabungan jam & quotes untuk projek deko rumah di Alam Impian, Shah Alam*

Selalunya bajet untuk frame ni dalam RM100 boleh dapat lebih 5 frame. Nak jimat boleh je beli daripada kedai RM2 tapi kena pandailah pilih design yang menarik. Boleh juga print gambar kanvas dalam harga lebih kurang RM30 dan ke atas. Pastikan resolution gambar tinggi supaya gambar atas kanvas frame tak pecah.


*Special custom sandblast quotes on glass / acrylic*

Di sini kami kongsikan sedikit tips cara-cara menggantung frame atau steps to hang decor frame.

1. Susun dulu frame sebelum gantung. Jangan gantung terus!

2. Pilih quotes yang dah siap gambar atau corak. Quotes dicetak atas kertas A4 je. Size boleh edit menggunakan apps atau software seperti Photoshop.

3. Gantung guna hook yang sesuai. Hook ni kami beli daripada kedai MR DIY. Senang nak ketuk berbanding paku tapi hanya sesuai untuk frame gambar yang ringan.

4. Tandakan kedudukan paku atau tempat frame untuk gantung. Boleh gunakan ubat gigi yang diletakkan belakang frame sebelum tebuk paku.*

5. Hasil dekorasi bilik tidur untuk rumah di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras*


Sesiapa yang berminat nak deko rumah sempena open house hari raya ni boleh contact Ilusi HafiEzd Design ya. Selamat Menyambut Hari Raya dan mengemas rumah!