Wednesday, May 17, 2017

Rekaan Bilik Almari Pakaian / Walk-in Wardrobe Design


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada sesiapa yang menyinggah ke blog saya ini. Blog ni akan selalu di-update untuk menunjukkan kerja-kerja seorang Pereka Dalaman macam saya ni yang *kononnya* sibuk sangat. Huhu.

Ada masa tengah sibuk buat design, selalunya saya akan godak-godak folder dalam komputer, tengok gambar-gambar projek yang kami dah berjaya siapkan. Tiba-tiba tengok Ya Allah, banyaknya almari pakaian atau wardrobe yang saya dah buatkan untuk client!

Ruang almari pakaian ni sangat penting terutama kepada orang perempuan. Heh. Sebabnya, tanpa tempat simpanan pakaian yang banyak, pakaian akan bersepah dan tidak terurus. Kami sentiasa peka dengan keperluan client kami dengan mencadangkan mereka buat built-in wardrobe tinggi hingga ke siling supaya ruang dalam rumah dapat digunakan semaksima yang boleh.

Jadi hari ni saya nak kongsikan beberapa design Bilik Almari Pakaian atau Walk-In Wardrobe yang saya dah pernah buat untuk clients Ilusi Hafiezd Design.


Rekaan almari pakaian untuk rumah yang pertama ini adalah untuk sepasang suami isteri di Sunway Cheras. Ruang almari pakaian ini terletak di tingkat dua dan bersambung dengan bilik tidur utama.

Konsep ruang almari pakaian ini ialah Inggeris Moden atau Modern English. Material yang digunakan untuk Walk-in Wardrobe ini juga ialah kayu yang dicat putih (White Spray Paint) untuk bingkai pintu dan kaca hitam atau black glass.

*Meja Solek dilengkapi Cermin*

Apa yang menarik tentang ruang ini ialah selain ada almari pakaian, kami juga sediakan ruang penyimpanan beg tangan atau Handbag Display dan meja solek atau Dressing Table. Di dalam almari pakaian juga ada aksesori almari yang praktikal untuk menggantung dan menyimpan pakaian.

*Handbag Display with Lights*


 
*Wardrobe Accessories*


Rumah kedua yang ada Walk-in Wardrobe ialah di TTDI Grove, Kajang. Rumah teres corner lot ini mempunyai ruang almari pakaian yang kecil. Sebab itu, kami gunakan material cermin atau mirror as sliding door manakala untuk swing door material yang digunakan ialah Melamine Board.


Walaupun ruang almari sempit namun kami turut menyediakan ruang meja solek dan tempat menyimpan beg tangan. Lebih menarik, ruangan meja solek turut diserikan dengan cahaya lampu terang atau vanity dressing table with mirror. Laci meja solek juga disertakan dengan aksesori penyimpanan barang-barang kecil seperti barang kemas, brooch tudung, etc. Cantik kan?

 *Aksesori Laci Meja Solek*


*Almari Beg Tangan*

Seterusnya ialah rekaan bilik almari baju terbaru oleh Ilusi Hafiezd Design di Alam Impian, Shah Alam. Kami baru siap pemasangan almari ini bulan lepas. Disebabkan rumah ini ada empat buah bilik, client kami telah menggunakan salah satu bilik di rumah teres tersebut sebagai walk-in wardrobe nya. 

*Aksesori Almari pakaian*

 *Almari Beg Tangan*

*Almari Beg Tangan*

Istimewanya walk-in wardrobe ini ialah selain ada aksesori dalam almari dan vanity lighting dressing table, ruang ini juga ada kabinet pulau atau island cabinet di tengah-tengah bilik! Best kan?

*Kabinet Pulau*

*Wardrobe Island with Bench*

Material yang digunakan untuk ruang almari pakaian ini ialah melamine dan glass. Untuk island cabinet, kami tambahkan fabrik di tempat duduknya. Memang best kalau ada bilik begini sebab kalau nak bersolek beramai-ramai boleh tumpang duduk sekali. Huhu.


Jika anda berminat untuk dapatkan ruang almari pakaian ala-ala designer begini jangan segan-segan email ke ilusihafiezd@gmail.com ok. Kami tak dapat buat hanya wardrobe saja kerana kami Interior Designer. Kami buat project design & built, perlu buat design & drawings & kami ada charge design fee.

Jika nak buat wardrobe saja dengan kos kurang daripada RM5000, bolehlah cari cabinet  atau wardrobe specialist. Mereka boleh bagi harga ikut bajet anda. 

Terima kasih singgah! Wassalam

#IlusiHafiezdDesign
#InteriorDesigner
#WalkInWardrobe

Tuesday, May 2, 2017

Rekaan Dapur Inggeris Moden / Modern English Kitchen Design


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca blog. 

Sepanjang penglibatan hampir 8 tahun dalam bidang Rekaan Dalaman atau Interior Design, kami telah menghasilkan beberapa Rekaan Dapur Inggeris Moden atau English Modern Kitchen Design untuk pelanggan kami.




Kebanyakan pelanggan yang menggemari rekaan dapur Inggeris moden ini sukakan stail sebegini kerana rekaannya yang eksklusif dan klasik. Material yang digunakan ialah kayu yang dicat dengan warna khas supaya kabinet kayu tidak reput dan tahan lama. 



Pelbagai warna boleh diaplikasikan untuk dapur moden Inggeris namun warna putih adalah pilihan yang paling digemari kebanyakan orang. Warna ira kayu juga menarik untuk menampakkan ciri-ciri rustic dalam ruang dapur.





Walau bagaimanapun kos untuk membuat dapur sebegini adalah agak tinggi. Hal ini demikian kerana material pintu dapur dibuat dengan material *spray paint* dan kaunter seeloknya menggunakan batu Quartz.







Jika anda berminat dengan rekaan dapur sebegini, anda boleh hubungi kami di ilusihafiezd@gmail.com.

Terima kasih