Wednesday, February 22, 2017

Melawat Kilang Pembuatan Kabinet Melamine


Demi menghasilkan kabinet dengan kualiti yang baik dan bermutu tinggi, sebagai ID, kami perlu pilih carpenter yang berpengalaman dalam pembuatan perabot. Jadi untuk kabinet dengan kayu melamin atau melamine board, kami memang stick dengan carpenter yang merangkap ex-boss ku Levin Koh di mana kilangnya terletak di Balakong. (area Jade Hills)



Masa mula-mula jadi Interior designer, tak pernah terfikir pun akan datang tempat macam ni. Tak pernah terfikir nak tengok pintu kabinet buat macam mana, ada handle ke takde, edging pintu macam mana, siapa carpenter dan siapa installer, etc.
Tapi bila dah ada dalam industri ni dan ada bisnes ID sendiri, kena *paksa* diri supaya ambil tahu semua detail ni. Kalau asyik fikir design dan drawing, tak ada inisiatif untuk bergerak dan tak berani tanggung risiko, sudah tentu sekarang masih kerja hadap PC duduk di bawah aircond office. Huhu.




Tak salah bekerja dengan orang dan berkuli untuk menuntut ilmu. Tak salah juga perlahan-lahan kayuh bina nama dalam industri. Tak perlu tamak ambil projek banyak-banyak dan nak buat semua kerja (padahal boleh pass kerja kepada orang lain yang lebih arif). Bisnes yang baik ialah bisnes yang menolong orang lain kaya bersama-sama. Haha. 😂😂
Congratulations to my sifu Levin Koh for opening his own factory in Balakong. May 2017 bring more project & productions to us. 👏🎉🎊
P/s: *I help you, you help me.*Haha.


#ilusihafiezddesign
#kilangkabinet

Saturday, February 11, 2017

3D dan Realiti - Rekabentuk Dalaman


Salah satu cara Perekabentuk Dalaman atau Interior Designer membentangkan design kepada pelanggan adalah dengan menggunakan imej 3D Visual. Kalau dahulu, Perekabentuk Dalaman menunjukkan design melalui hand sketch atau lakaran. Tapi sekarang, kebanyakan designer perlu tahu menggunakan perisian 3D atau 3D software supaya hasil perbentangan lebih jelas dan menarik.
3D visual dapat menunjukkan efek warna, material, pencahayaan dalam ruang dan yang paling penting, susun atur dalam ruang dalaman tersebut. Antara software 3D yang selalu digunakan oleh pereka dalaman atau Interior Designer ialah 3D Studio Max, SketchUp dan InteriCad.

Alhamdulillah kebanyakan 3D visual yang Ilusi Hafiezd Design hasilkan berjaya menjadi realiti. Client pun puas hati sebab apa yang mereka nampak daripada 3D visual boleh jadi 75% sama di site.
Tips menghasilkan 3D visual yang boleh menjadi realiti:

1. Perlu faham construction dan carpentry works. Kena tahu sama ada apa yang kita design itu LOGIK atau boleh tak dihasilkan oleh contractor atau carpenter. Dalam situasi ini, kita perlukan pengalaman di site semasa proses construction dan cabinet installation dijalankan.

2. Pilih material dan perabot yang betul-betul ada di pasaran dan apply ke dalam 3D. Ada banyak jenis material di Malaysia dan kita boleh dapatkan imej material (dalam JPEG), download daripada website atau minta daripada supplier material dan kemudian apply ke dalam 3D.
Untuk perabot pula, pilih model designer furniture sebagai perabot dalam 3D. Kebanyakan 3D model perabot boleh download daripada website 3D model secara percuma. Jika client mahu menggunakan perabot mereka yang sedia ada, hormat pilihan mereka dan cuba sebaik mungkin modelling semula perabot itu ke dalam 3D.


3. Perlu faham penggunaan jenis lampu dan pencahayaan dalam 3D visual. Basic lightings yang kami gunakan ialah downlight, concealed lighting dan sun light. Kalau boleh, dapatkan arah matahari sebenar di site sebelum mengaplikasikan sun light.
Untuk downlight dan concealed lighting pula, pilih ambience sama ada white, warm white atau yellow. 3 jenis ambiences ini akan menentukan effect ruang dalaman sebenar nanti.

4. Pilih contractor atau carpenter yang faham cara kerja kita dan dapat bekerjasama dengan kita. Komunikasi dengan contractor dan carpenter adalah sangat penting supaya mereka faham apa yang kita mahukan. Selain itu, dua orang penting ini juga perlu faham 3D visual dan drawings kita supaya apa yang kita visualisasikan dapat menjadi realiti.


Pengalaman dalam industri Rekabentuk Dalaman ini mengajar kami bahawa 3D Visual dan drawings sangat penting demi memastikan proses renovasi berjalan lancar. Kami sentiasa perlu meyakinkan client supaya invest sedikit untuk 3D Visual dan drawings demi mendapatkan design yang berkualiti dan boleh menepati citarasa mereka.