Sunday, March 24, 2013

Beza Bercinta Fasa Pertama dan Kedua




Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Alhamdulillah, inilah entri pertama untuk tahun 2013. Haha. Jangan marah ye orang-orang yang datang blog ni. Tengok muka depan entri yang sama sejak tahun lepas. Teruk betulkan? Nak buat macam mana.. dah namanya orang *busy*...

Mukadimah di atas tu sekadar ayat *gula-gula* pemanis bicara je. Sedar diri ni tak sempurna dan blog ni bukanla hebat mana pun. Kalau tak update lama-lama hanya kawan-kawan dan bloggers yang rapat je tanya - "kenapa lama tak update blog?" Tapi apa-apa pun jangan risau, ruang comment kat bawah tu kalau ada orang tanya tak kesah pasal topik apa pun aku akan jawab. Sebab tak mahu pembaca tertanya-tanya sendiri. Baikkan saya? ^_~

Baiklah.. Mari kita buka topik kehidupan ku. Ewah, macam interesting sangatlah kan... Untuk orang yang hati *berbunga-bunga* cinta memanglah interesting sangat. Hihi. Tapi alhamdulillah, hidup sekarang memang bahagia sangat dengan kehadiran peneman yang selalu di sisi iaitu suami ku, Hafizsham.

Alhamdulillah tanggal 16 September 2012 yang lepas aku dan suami telah diijabkabulkan dengan satu lafaz. (Terer kan suami ku? Huhu) Manakala majlis resepsi kami buat lambat sikit iaitu pada 1 Disember 2012. Jadi sebab itulah blog ni susah nak update sebab tanggungjawab dah bertambah. Dulu hidup sorang-sorang uruskan diri kita je. Sekarang dah berdua kenalah jaga suami pula kan?


*Pic credit to my uncle : Abd Aziz*

Selepas 4 tahun lebih bercinta *fasa pertama* bila bercinta *fasa kedua* ni memang laaaiiin sangat rasanya. Tak boleh nak kata bercinta fasa pertama dulu tak best cuma dulu kami *bercinta jarak jauh*. Hari-hari sms dan call, jumpa pun sebulan sekali dua. Jadi bercinta fasa kedua atau selepas bernikah ni memanglah berganda-ganda best


*Gambar cium tangan suami...huhu*

Apa yang aku kongsi ni bukan untuk menunjuk-nunjuk ke apa. Cuma nak kongsi perbezaan bercinta aku masa fasa pertama dengan fasa kedua. Masa bercinta fasa pertama dulu, dalam tahun 2008 kami masih dua-dua student. Harapkan duit PTPTN aku dengan pinjaman MARA dia jangan haraplah nak kahwin masa belajar. Pastu tahun berikutnya 2009 baru nak mula kerja. Nak bina kerjaya bukan senang. Hafiz, suami ku bermula gaji dalam 6 ratus lebih je, bayangkan nak kahwin macam mana. Namun alhamdulillah bila dah banyak pengalaman kerja, rezeki beliau bertambah dan barulah boleh merancang nak kahwin dengan serius.

*Alhamdulillah dah selamat bernikah + halal!*

Dalam tempoh 4 tahun bercinta fasa pertama tu memang ada banyak sangat ujian yang kami terpaksa face sama-sama. Contohnya macam mama Hafiz meninggal dunia bulan April tahun lepas pastu aku pula kena pindah rumah tiba-tiba dalam bulan berikutnya. Itu belum fikir ujian sebelum nak kahwin. Banyak benor prosedurnya. Tak larat nak cerita panjang-panjang. Tapi apa yang aku nampak, melalui ujian-ujian tersebut menjadikan hubungan kami bertambah kuat dan ikatan perkahwinan ini bertambah utuh. Insya-Allah.

Kadang-kadang orang tak faham situasi orang yang bercinta lama-lama sebelum kahwin ni. Sebenarnya bukan orang macam kami ni tak nak kahwin. Tapi sebabnya belum *sampai waktunya*. Siapa kita nak suka hati cakap kat orang, "cepat-cepat kahwin." Aku paling menyampah orang yang dah kahwin cakap macam ni kat orang belum kahwin. Sorry to say, siapa kita untuk tentukan jodoh orang tu cepat atau lambat, bila tarikh dan di mana tempatnya dan paling penting siapa jodohnya. Contoh dialog yang selalu aku dengar masa majlis perkahwinan selalu macam ni. 

Tetamu / orang yang belum berkahwinTahniah dah berkahwin. Semoga bahagia hingga ke  anak cucu. (Sampai ada anak cucu je? Lepas tu jadi apa? erk...)
Pengantin / orang baru berkahwin: Terima kasih. Kau bila? Tak elok bercinta lama-lama. Cepat-cepat kahwin ye.

Amboi. Sedapnya bahasa. Mari aku ajar cara berbahasa yang lebih *cantik dan manis*.

Tetamu / orang yang belum berkahwin: Tahniah dah berkahwin. Semoga bahagia hingga ke  syurga. (Aamiin!)
Pengantin / orang baru berkahwin: Terima kasih. Semoga Allah s.w.t permudahkan perkahwinan kau juga dan bertemu jodoh yang terbaik bila sampai waktunya nanti. (Aamiin!)

Realitinya memang adatlah orang bertanya-tanya soalan *kurang bijak* macam ni. Masa belum kahwin orang tanya bila nak kahwin. Dah kahwin tanya bila nak ada anak. Lepas dah ada anak tanya bila nak tambah anak... Aduhai... Sabar jelah ye orang yang selalu kena tanya soalan-soalan macam ni. Erm..

Seterusnya kisah tatkala bercinta fasa kedua atau selepas bernikah ni. Alhamdulillah segala-gala yang berkaitan dengan majlis nikah dan kahwin dah lepas. Kami bertunang dalam setengah jam je, lepas tu terus nikah. Aku sangat menggalakkan orang buat majlis tunang dan nikah sekali gus (terutama yang dah bercinta lama tu) sebab semestinya kedua-dua majlis ni boleh menjimatkan wang dan waktu bila dilakukan sekali gus!



*Credit pic to our official photographer time bertunang dan nikah: Izzati*

Cuma majlis resepsi aku tak berapa nak best. Ada benda-benda yang aku tak berapa puas hati terutama dengan orang yang buat pelamin. Ikutkan hati nak aja aku bagitau siapa nama orang yang buat pelamin ni tapi sebab majlis dah berlalu. Redha jela. Cuma nak nasihatkan pereka-pereka pelamin di luar sana, sila belajar tentang *skema warna* dan kalau nak bagi pelamin dengan harga bajet janganlah bagi barang-barang yang paling buruk dan berdebu! Ok. Nak tutup topik. Tak mahu dikenangkan benda yang sudah. Lalala...


*Kek dibuat dek mak dan adik saya... Baju suami pakai kot ayahanda... Baju saya tempah dan design copy sikit dari majalah Perkahwinan.. Hihi*

Bercinta fasa kedua atau selepas bernikah seperti yang aku cakap memanglah best, seronok, bahagia dan macam-macam lagi. Kadang-kadang mesti ada punya pasang surutnya. Tapi kita hidup berdua kenalah belajar menerima kelebihan dan kekurangan masing-masing kan? Kena banyak sabar dan bertolak-ansur. Ok. Ayat-ayat biasa pakar motivasi..



Ayat-ayat luar biasa pula, aku sangat suka kahwin sebab dapat suami yang ringan tulang. Selalu buat kerja rumah sama-sama macam basuh kain, sidai kain, etc. Pastu aku suka kahwin sebab rasa sentiasa selamat lagi-lagi bila nak keluar sama-sama. Lagi ada teman nak membebel, nak luah perasaan, nak makan, jalan-jalan dan banyak lagilah. Paling penting ada orang nak tolong aku buat freelance dan tambah income sebab sejak akhir-akhir ni aku memang maaalaas sangat.


*Gambar candid oleh official photographer masa majlis resepsi: Abd Aziz *

Alhamdulillah juga ada suami yang kerja dalam satu bidangmemahami dan menerima aku seadanya. Kesabaran suami aku adalah perkara terhebat yang dia ada. Bila kita pandang benda yang hebat tu maka kekurangan yang lain akan tertutup terus selamanya. Insya-Allah.


*Lets moving forward for a better FUTURE... Pray for us!*

Aku doakan pembaca-pembaca blog ni dan orang-orang sekeliling aku yang belum berkahwin akan menemui jodoh yang terbaik untuk mereka. Dalam hidup ni jangan impikan yang sempurna namun berdoalah yang *terbaik* akan datang buat kita. Semoga anda semua berjaya merasai keindahan bercinta *fasa kedua* ini. Aamiin.