Wednesday, November 6, 2013

Realiti Perkahwinan - Pasangan Terbaik


Selamat Menyambut Tahun Baru Muharam 1435 Hijrah.

Sekejap je kan dah tahun baru. Tahun ni berlalu dengan begitu pantas dan sekejap je dah setahun aku kahwin. Oh, lepas tu dah ada anak! (Hooray!) Sekejap je aku dah kerja di company yang aku baru kerja tahun lepas, dan minggu lepas aku dah berhenti.(Erk) Seriously, macam banyak sangat benda dah jadi dalam tempoh setahun kan?

*Our Family.1 Year Wedding Anniversary* 

Aku malas nak cerita panjang pasal pekerjaan aku. (Because now I'm jobless. Quite *freaking out* but I know Allah's plan's better. Right?) Disebabkan aku seronok dah kahwin lebih setahun jadi aku nak taip panjang-panjang pasal life perkahwinan yang *real* punya, untuk aku kongsi dalam blog aku ni.

Realiti perkahwinan sangatlah berbeza dengan kehidupan dalam drama atau novel. (Terutama novel terbitan Alaf 21 yang jalan ceritanya hampir sama je - Pasangan kahwin *terpaksa*, pastu suami atau isteri *ego*, pastu kisah cintan-cintun suami atau isteri masa nak pikat pasangan masing-masing. Hello, where are the reality of marriage, exactly?) Aku dah lama banned novel-novel macam tu sebenarnya tapi baru-baru ni terlayan cerita *Love You Mr. Arrogant dengan mak aku. Pastu mak aku suruh aku baca novelnya. Erm... Aku rasa drama lagi best daripada novel kot sebab aku suka cara pelakon tu berlakon kot... So, enough said...



Realiti perkahwinan sebenarnya bergantung kepada pasangan masing-masing. Semua orang tahu, pasangan kita bukanlah sempurna dan takde perkahwinan yang *perfect* dalam dunia ni. Jadi aku nak kongsi ciri-ciri pasangan yang patut best, kalau-kalau korang nak cari calon suami atau isterilah. Kalau nak cari... Hihi...

Menjaga Agama


Well, aku rasa ni benda basic. Semua orang nak pasangan yang menjaga agamanya. Tahu solat, jaga aurat, etc. Terus-terang suami aku dan aku sendiri taklah *sempurna* dalam hal ni. Nak kata solat jemaah hari-hari memang taklah. Lagi-lagi bila ada anak ni. Nak solat dan makan pun selalu kena ikut turn. Erk. 

But alhamdulillah, suami aku jenis yang mengingatkan aku solat. Kalau pagi, waktu subuh dia kejut dan tarik tangan aku perlahan-lahan, takut anak terjaga lagi. Pastu kalau tudung aku tersingkat sikit dia tolong tarikkan kasi labuh tutup dada. Dia tolong ingatkan aku, aku tolong ingatkan dia kalau aku alpa. Itu sudah cukup bagi aku. Insya-Allah.

Jadi aku tak rasa kita patut cari atau kahwin dengan golongan *ustaz* saja, untuk jaga agama kita kan?

Penyokong Terbaik (Good Supporter)

Sejujurnya, orang yang hidup sekeliling aku memang tak ramai yang selalu support apa aku buat. Even mak aku pun kadang-kadang kurang yakin dengan aku. Boleh ke anak dia ni masak, boleh ke anak dia ni bawa kereta dan yang paling latest, boleh ke anak dia ni dapat kerja? Aku tak salahkan mak aku sebab dia yang lahirkan dan kenal kita sejak kecil, kan? Dia yang ajar kita jalan, nampak kita jatuh pastu cedera kat lutut dan kita nangis. Mungkin sebab tu confident level mak aku untuk menyokong penuh tindakan aku tu *kureng* sikit la kot.

Tapi suami aku... Dia memang penyokong terbaik. Bila aku kata aku nak berhenti kerja, nak buat kerja freelance, dia bagi sokongan 100%. Bila aku tak dapat kerja lepas pergi 2 interview dia bagi kata-kata semangat beserta doa supaya aku tak down lama sangat. Tambahan lagi, suami aku juga yang bagi sokongan kat aku supaya masak untuk dia hari-hari. Seronok je dapat buatkan sarapan untuk dia sebelum dia pergi kerja macam pagi tadi. (Senyum) 

Aku memang suggest korang cari suami atau pasangan yang dapat bagi confident level korang tinggi. Walaupun dah jatuh tapi dia macam tolong *sambut* balik supaya tak jatuh terus. Pasangan yang boleh jadi supporter dan motivator buat kita bukan saja boleh baiki mood kita malah boleh jadikan kita terus positif untuk meneruskan kehidupan yang sangat mencabar sekarang ni. Huhu. 

Boleh Bekerjasama

Pasangan suami isteri mesti boleh bekerjasama dalam melakukan banyak benda supaya perkahwinan tu nampak seimbang. Bila tinggal satu rumah, macam-macam aktiviti boleh dilakukan bersama. Aku tak boleh bayangkan kalau aku dengan suami aku terpaksa hadap *PJJ- Perkahwinan Jarak Jauh* macam sesetengah pasangan lain. Kadang-kadang memang aku serba-salah sikit ajak suami aku pindah dan kerja di KL. Tapi aku rasa, kalau kami jauh dan jumpa hari minggu je lagilah payah. So, aku sangat bersyukur kami dua-dua ni bekerja dalam sektor swasta dan tak terikat dengan mana-mana company hingga kena PJJ. (Semoga yang PJJ tu bertabahlah ye... erm)

Seronok sangat bila dapat buat kerja rumah bersama dengan pasangan kita tau. Bila pasangan kita ringan tulang tolong kita buat kerja rumah sikit taklah kita rasa terbeban nak hadap semua. Rasanya selepas kahwin ni terlalu banyak benda yang aku buat dengan suami aku sama-sama. Sidai kain, masak, mandikan dan jaga anak, pasang kabinet dan meja, shopping, layan movie online, etc. 

Lebih bagus bila kami dapat bekerjasama dalam bisnes *ILUSI-HAFIEZD* kami. Alhamdulillah selepas setahun lebih kami kahwin dah lebih 5 projek kami handle sama-sama dan berjaya collect lebih 10 ribu untuk belanja tambahan kami. Kalaulah kami tak bekerjasama buat freelance ni, memang tak dapatlah kami bayar deposit rumah yang kami baru sewa dan beli barang-barang keperluan asas macam peti sejuk dan mesin basuh. Huhu.

Susah Senang Bersama

Like I said before, married life isn't always perfect. Kehidupan berkeluarga sekarang cabarannya agak berbeza dengan zaman dulu. Rasanya dulu memang ok kalau isteri jadi suri rumah sepenuh masa. Tapi sekarang ni bila tengokkan keadaan ekonomi yang tak stabil, isteri yang dulunya suri rumah pun dah kena buat part time jaga anak orang atau jual barang online. Erk. Lagi-lagi selepas pilihanraya, kami yang kononnya kuat *membangkang* ni terpaksalah hadap juga tempias harga *Barang Naik* akibat ada orang kurang cerdik pergi undi *BN* tu. Pfft... Susah dan mencabar sungguh bila harga barang makin naik, gaji je yang tak naik-naik!

Maka kehidupan suami isteri mestilah boleh ditempuh jika sanggup bersusah senang bersama. Jika korang mendapat pasangan yang memang sejak lahir anak orang kaya, pastu belajar oversea, pastu lepas grad terus kerja di company besar, agak-agak boleh ke dia kenal erti kesusahan untuk *survive*? Yup, marriage is also about two person that have to survive in real life. Demi menjadi survivor anda berdua mestilah rela dan redha untuk susah senang bersama


Aku harap suami aku tak kesah makan apa saja yang aku masak, waima hanya sebiji telur. Tak kesah bawa kereta Viva aku yang dua-dua pintu dah cedera, satu kena spray, sebelah lagi calar kena tiang parking kat Vivahome. Tak kesah dapat balik Melaka sebulan sekali, sebab kadang-kadang bajet tak cukup. Aku harap dia tak kesah hidup dengan aku yang selalu susahkan dia juga... Erm...

Penyabar

Kalau kita adalah seorang yang *angin* atau *baran*, carilah pasangan yang penyabar. Semestinya ini amat penting! Seperti perumpamaan, "api tak boleh bertemu api, jika tak makin maraklah nyalaannya. Namun seeloknya biarlah api bertemu air, supaya terpadamlah panasnya." (Sorry, berbelit sikit ayat perumpamaan aku. Inilah akibat dah lama sangat tak menulis!)

Kita memerlukan pasangan yang penyabar terutamanya bila anak kita menangis atau ajak main pukul 1 pagi. (Sengih-sengih pulak tu!) Lalu pasangan kita yang dah tidur kenalah bersabar tolong dukung anak kita sampai dia nak tidur. Pasangan kita juga perlu bersabar bila kita *angin*, roti jala tak berapa nak jadi jalanya sebab api kuat sangat. Sampai pasangan kita tu lambat makan sarapan dan tengah hari. (Pengalaman yang menguji kesabaran suami semalam. Kui kui.)


Asam garam dalam kehidupan rumah tangga, jatuh naik, ujian datang tak pernah diduga, yang penting perlu sama-sama kuat dan selalu berdoa kepada yang Esa, agar dipermudahkan semuanya. Apa yang aku tulis ni berdasarkan pengalaman dan realiti kehidupan aku sendiri. Takde niat nak menunjuk ke apa. Kalau orang nak baca, bacalah. Kalau tak nak takpe. Sebab ni blog aku, in the future mungkin aku boleh jadikan bahan bacaan sebab kenapa aku boleh berjaya kahwin dengan suami aku lebih setahun. Hihi.

Last but not least, aku nak share quotes yang aku reka sendiri sejak subuh tadi. Haha.


Hadapilah realiti, teruskan berdoalah moga hari-hari yang mendatang lebih baik berbanding hari-hari yang kelam di masa silam. Wassalam

Saturday, May 11, 2013

ALHAMDULILLAH.








*Self Reminder... Be Thankful to ALLAH SWT. Always..*

Sunday, March 24, 2013

Beza Bercinta Fasa Pertama dan Kedua




Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Alhamdulillah, inilah entri pertama untuk tahun 2013. Haha. Jangan marah ye orang-orang yang datang blog ni. Tengok muka depan entri yang sama sejak tahun lepas. Teruk betulkan? Nak buat macam mana.. dah namanya orang *busy*...

Mukadimah di atas tu sekadar ayat *gula-gula* pemanis bicara je. Sedar diri ni tak sempurna dan blog ni bukanla hebat mana pun. Kalau tak update lama-lama hanya kawan-kawan dan bloggers yang rapat je tanya - "kenapa lama tak update blog?" Tapi apa-apa pun jangan risau, ruang comment kat bawah tu kalau ada orang tanya tak kesah pasal topik apa pun aku akan jawab. Sebab tak mahu pembaca tertanya-tanya sendiri. Baikkan saya? ^_~

Baiklah.. Mari kita buka topik kehidupan ku. Ewah, macam interesting sangatlah kan... Untuk orang yang hati *berbunga-bunga* cinta memanglah interesting sangat. Hihi. Tapi alhamdulillah, hidup sekarang memang bahagia sangat dengan kehadiran peneman yang selalu di sisi iaitu suami ku, Hafizsham.

Alhamdulillah tanggal 16 September 2012 yang lepas aku dan suami telah diijabkabulkan dengan satu lafaz. (Terer kan suami ku? Huhu) Manakala majlis resepsi kami buat lambat sikit iaitu pada 1 Disember 2012. Jadi sebab itulah blog ni susah nak update sebab tanggungjawab dah bertambah. Dulu hidup sorang-sorang uruskan diri kita je. Sekarang dah berdua kenalah jaga suami pula kan?


*Pic credit to my uncle : Abd Aziz*

Selepas 4 tahun lebih bercinta *fasa pertama* bila bercinta *fasa kedua* ni memang laaaiiin sangat rasanya. Tak boleh nak kata bercinta fasa pertama dulu tak best cuma dulu kami *bercinta jarak jauh*. Hari-hari sms dan call, jumpa pun sebulan sekali dua. Jadi bercinta fasa kedua atau selepas bernikah ni memanglah berganda-ganda best


*Gambar cium tangan suami...huhu*

Apa yang aku kongsi ni bukan untuk menunjuk-nunjuk ke apa. Cuma nak kongsi perbezaan bercinta aku masa fasa pertama dengan fasa kedua. Masa bercinta fasa pertama dulu, dalam tahun 2008 kami masih dua-dua student. Harapkan duit PTPTN aku dengan pinjaman MARA dia jangan haraplah nak kahwin masa belajar. Pastu tahun berikutnya 2009 baru nak mula kerja. Nak bina kerjaya bukan senang. Hafiz, suami ku bermula gaji dalam 6 ratus lebih je, bayangkan nak kahwin macam mana. Namun alhamdulillah bila dah banyak pengalaman kerja, rezeki beliau bertambah dan barulah boleh merancang nak kahwin dengan serius.

*Alhamdulillah dah selamat bernikah + halal!*

Dalam tempoh 4 tahun bercinta fasa pertama tu memang ada banyak sangat ujian yang kami terpaksa face sama-sama. Contohnya macam mama Hafiz meninggal dunia bulan April tahun lepas pastu aku pula kena pindah rumah tiba-tiba dalam bulan berikutnya. Itu belum fikir ujian sebelum nak kahwin. Banyak benor prosedurnya. Tak larat nak cerita panjang-panjang. Tapi apa yang aku nampak, melalui ujian-ujian tersebut menjadikan hubungan kami bertambah kuat dan ikatan perkahwinan ini bertambah utuh. Insya-Allah.

Kadang-kadang orang tak faham situasi orang yang bercinta lama-lama sebelum kahwin ni. Sebenarnya bukan orang macam kami ni tak nak kahwin. Tapi sebabnya belum *sampai waktunya*. Siapa kita nak suka hati cakap kat orang, "cepat-cepat kahwin." Aku paling menyampah orang yang dah kahwin cakap macam ni kat orang belum kahwin. Sorry to say, siapa kita untuk tentukan jodoh orang tu cepat atau lambat, bila tarikh dan di mana tempatnya dan paling penting siapa jodohnya. Contoh dialog yang selalu aku dengar masa majlis perkahwinan selalu macam ni. 

Tetamu / orang yang belum berkahwinTahniah dah berkahwin. Semoga bahagia hingga ke  anak cucu. (Sampai ada anak cucu je? Lepas tu jadi apa? erk...)
Pengantin / orang baru berkahwin: Terima kasih. Kau bila? Tak elok bercinta lama-lama. Cepat-cepat kahwin ye.

Amboi. Sedapnya bahasa. Mari aku ajar cara berbahasa yang lebih *cantik dan manis*.

Tetamu / orang yang belum berkahwin: Tahniah dah berkahwin. Semoga bahagia hingga ke  syurga. (Aamiin!)
Pengantin / orang baru berkahwin: Terima kasih. Semoga Allah s.w.t permudahkan perkahwinan kau juga dan bertemu jodoh yang terbaik bila sampai waktunya nanti. (Aamiin!)

Realitinya memang adatlah orang bertanya-tanya soalan *kurang bijak* macam ni. Masa belum kahwin orang tanya bila nak kahwin. Dah kahwin tanya bila nak ada anak. Lepas dah ada anak tanya bila nak tambah anak... Aduhai... Sabar jelah ye orang yang selalu kena tanya soalan-soalan macam ni. Erm..

Seterusnya kisah tatkala bercinta fasa kedua atau selepas bernikah ni. Alhamdulillah segala-gala yang berkaitan dengan majlis nikah dan kahwin dah lepas. Kami bertunang dalam setengah jam je, lepas tu terus nikah. Aku sangat menggalakkan orang buat majlis tunang dan nikah sekali gus (terutama yang dah bercinta lama tu) sebab semestinya kedua-dua majlis ni boleh menjimatkan wang dan waktu bila dilakukan sekali gus!



*Credit pic to our official photographer time bertunang dan nikah: Izzati*

Cuma majlis resepsi aku tak berapa nak best. Ada benda-benda yang aku tak berapa puas hati terutama dengan orang yang buat pelamin. Ikutkan hati nak aja aku bagitau siapa nama orang yang buat pelamin ni tapi sebab majlis dah berlalu. Redha jela. Cuma nak nasihatkan pereka-pereka pelamin di luar sana, sila belajar tentang *skema warna* dan kalau nak bagi pelamin dengan harga bajet janganlah bagi barang-barang yang paling buruk dan berdebu! Ok. Nak tutup topik. Tak mahu dikenangkan benda yang sudah. Lalala...


*Kek dibuat dek mak dan adik saya... Baju suami pakai kot ayahanda... Baju saya tempah dan design copy sikit dari majalah Perkahwinan.. Hihi*

Bercinta fasa kedua atau selepas bernikah seperti yang aku cakap memanglah best, seronok, bahagia dan macam-macam lagi. Kadang-kadang mesti ada punya pasang surutnya. Tapi kita hidup berdua kenalah belajar menerima kelebihan dan kekurangan masing-masing kan? Kena banyak sabar dan bertolak-ansur. Ok. Ayat-ayat biasa pakar motivasi..



Ayat-ayat luar biasa pula, aku sangat suka kahwin sebab dapat suami yang ringan tulang. Selalu buat kerja rumah sama-sama macam basuh kain, sidai kain, etc. Pastu aku suka kahwin sebab rasa sentiasa selamat lagi-lagi bila nak keluar sama-sama. Lagi ada teman nak membebel, nak luah perasaan, nak makan, jalan-jalan dan banyak lagilah. Paling penting ada orang nak tolong aku buat freelance dan tambah income sebab sejak akhir-akhir ni aku memang maaalaas sangat.


*Gambar candid oleh official photographer masa majlis resepsi: Abd Aziz *

Alhamdulillah juga ada suami yang kerja dalam satu bidangmemahami dan menerima aku seadanya. Kesabaran suami aku adalah perkara terhebat yang dia ada. Bila kita pandang benda yang hebat tu maka kekurangan yang lain akan tertutup terus selamanya. Insya-Allah.


*Lets moving forward for a better FUTURE... Pray for us!*

Aku doakan pembaca-pembaca blog ni dan orang-orang sekeliling aku yang belum berkahwin akan menemui jodoh yang terbaik untuk mereka. Dalam hidup ni jangan impikan yang sempurna namun berdoalah yang *terbaik* akan datang buat kita. Semoga anda semua berjaya merasai keindahan bercinta *fasa kedua* ini. Aamiin.