Sunday, November 7, 2010

Link Hati...


Pernahkah korang menonton filem *The Sixth Sense* ? Aku tak pernah tapi kalau tak silap aku ceritanya tentang deria keenam iaitu boleh nampak hantu, betul tak? Pernah tak korang menonton film *Avatar*, antara film box office yang menggunakan teknik visual dan grafik yang sangat hebat ditayangkan tahun lepas? Tengok tak scene di mana mereka beramai-ramai sambung ekor untuk hidupkan *pokok* kat tengah-tengah tempat mereka tu? 


*Pokok Pandora berlampu LED- PURPLE!*

Bila tengok scene tersebut, nampak macam *network* atau jalur lebar yang berhubung antara satu sama lain menggunakan salah satu bahagian tubuh. Bila ramai berhubung atau jika kuatnya network tersebut, maka kuatlah tenaga yang disalurkan kepada pokok tu. Betul tak?

Ok. Macam berbelit pula aku rasa pembukaan karangan aku ni. Heh. Maafkan saya. Sebenarnya aku nak cerita yang aku ni bukan nak kata ada the sixth sense tu. Aku juga takde jaringan network atau ekor yang bersambung-sambung tu (Kalau ada gila aneh orang tengok belakang aku. Adeh.) Tapi aku nak beritahu aku kadang-kadang mempunyai *link hati* atau *sambungan hati* yang kuat dengan sesetengah orang yang rapat dengan aku.



Aku tak tipu hal ni. Kawan-kawan yang rapat dengan aku ramai yang pernah alaminya bila bersahabat dengan aku. Even dengan mak aku pun, aku ada *link hati* yang kadang-kadang aneh. Contoh, kalau dalam hati aku berkata, "Hai, teringin nak makan roti canai." Maka esoknya pagi-pagi mak aku keluar pergi belikan roti canai. Walhal aku tak suarakan pun kehendak aku kepada dia. Kadang-kadang terasa nak makan nasi lemak, balik rumah makan malam nasi lemak dah dibeli. Haha. Hebat tak?

Kalau dengan kawan, benda ni boleh terjadi antara dua-dua belah pihak. Contoh di pihak aku, aku teringin nak berbual dengan si A, tiba-tiba si A muncul di Facebook untuk aku chat dengan dia. Ada juga kawan yang aku rindu sangat, tiba-tiba akan telefon aku bertanya khabar.



Banyak kali juga bila aku tiba-tiba call kawan-kawan aku ayat diorang mesti, "Ezd, aku baru teringat kau, kau call!" Punyalah excited dengar suara aku macam suara aku ni sedap macam *artis*. Haha. Tapi aku memang tak kedekut dah call kawan-kawan sejak aku pakai bil ni. Hihi. Sebab kalau message, tak best sangat. Takleh gosip panjang-panjang. Ops!

Satu lagi, banyak kali terjadi dalam hidup aku bila dalam satu hari tu, ramai sangat orang akan contact aku. Hari itu seolah-olah *Hari Merindui Ezdiani* atau *Hari Memperingati Ezdiani* bila seorang demi seorang sahabat akan contact aku sama ada di Facebook, telefon atau email. Nasib baiklah aku ni hari-hari online. Kalau tak, mesti line telefon aku sibuk mengalahkan artis... (Artis lagi. Haha)

Tapi *link hati* yang paling dekat antara aku dengan seorang manusia ialah dengan si dia yang kini berada di Sabah bercuti bersama company. Banyak kali terjadi antara kami, bila aku message dia dan pada waktu atau minit yang sama, dia serentak hantar message kepada aku. Kadang-kadang jadi serabut bila dia tanya lain, aku baru message benda lain kat dia. Nak balas takut benda bersilang topik. Adeh. Tapi dia sendiri selalu cakap, "Eh, saya baru teringat awak." Begitu juga aku. Kadang-kadang hanya perlu sebut nama dia banyak kali, dia akan muncul di telefon bersama alasan, "Sorry, ada kerja." Atau. "Sorry, baru charge telefon." Alasan yang sama setiap minggu. Huhu.


Apa-apa pun aku nak beritahu, *link hati* yang terbaik bagi aku adalah *link hati* antara aku dan Allah s.w.t. yang selalu mendengar doa, keluhan, ratapan hambaNYA yang lemah ini. Kadang-kadang kita takkan ada orang untuk mengadu masalah, tapi DIA Maha Mendengar. Aku malu untuk mengadu kat DIA sebab terlalu banyak dosa aku ni. Tapi DIA dengar apa yang aku adukan, apa yang aku minta dan apa yang aku hajati. DIA selalu penuhi apa yang aku minta dalam hati ini. Syukur, alhamdulillah. ^_^



Aku rasa *link hati*  ni terjadi bila wujudnya kasih sayang sesama makhluk DIA dan hubungan antara kita dengan mereka kerana Allah s.w.t.. Semestinya aku sayang kawan-kawan aku dan ukhuwah yang terjalin dengan mereka adalah kerana DIA. Hanya DIA yang mampu menghubungkan hati antara dua sahabat atau kasih sayang antara dua makhluk sebab semua itu adalah kurniaanNYA di bumi ini.

Jadi sesiapa yang terasa nak ada *link hati*  dengan aku, mari kita ikhlaskan hati, rapatkan ukhuwah hanya kerana DIA, Lillahitaa'la... Wallahualam.



2 comments:

  1. cuba bayangkan kita mempunyai sahabat yang telah lebih 25 tahun ke atas tidak bertemu. Tiba-tiba pada satu tengah malam yang sunyi, kita teringatkan mereka. Allah uji perasaan kita ketika itu dengan satu kehibaan yang amat sangat.

    kalaulah sahabat yang kita rindui itu masih ada, mungkin kita boleh bertemu, tetapi andai dia telah kembali ke negeri asal, perasaan kita tentu bagai dipupuk segenggam garam ke pangkal luka..sedih sangat.

    ReplyDelete
  2. Sahabat yang sudah tiada, ingatannya sedekah *Al-Fatihah*. Sahabat yang masih ada hadiahnya *doa sejahtera* & Al Fatihah juga.Ukhuwah itu bukan berakhir bila kita tidak bersama, tapi akan terus hidup bersama *kenangan* yang pernah ditempuh bersama..^_^

    ReplyDelete

Oh,anda sangat comel bila anda tinggalkan pesanan!