Monday, November 22, 2010

Mereka Di Sekeliling..

Kita hidup dalam harapan. Kita hidup dalam kepentingan orang lain yang memerlukan kita. Kita hidup dalam kebahagiaan, bila orang yang bersama, beri kita senyum, beri kita gembira dan beri kita ketawa. Tapi orang sekeliling yang kadang-kadang menjatuhkan kita, yang buat kita kecewa dan yang paling sinis, mereka melukai kita, sedangkan kita berkorban apa saja untuk mereka.

Kita selalu berharap, kita tak jumpa mereka yang melukakan. Kita belajar hidup sendiri. Pedulikan orang lain. Itu hidup mereka. Tapi sedarkah kita, tanpa orang lain, kita bukan siapa-siapa? Di bumi Tuhan yang kita sembah ini, kunci syurga itu salah satunya berbakti kepada orang lain. Sedangkan untuk masuk syurga, doa anak-anak soleh, amal jariah dan ilmu yang tersebar, bukankah melibatkan orang lain?

Jadi siapa kita tanpa mereka? Mereka yang membuat kita menangis? Mereka yang buat kita berduka? Kesakitan itu datangnya daripada hati. Hati ini. Kita derita kerana punya sayang. Diberi kepada orang yang salah. Dikongsi bersama orang yang tak patut. Perlukah begitu?

Malangnya kita bukan punya kuasa. Bisa menilik hati manusia. Yang kadang-kadang penuh penipuan. Penuh dengan tipu daya. Penuh dengan hasad dengki. Tapi kita yang punya dua mata, dua telingat, mulut dan satu hati hanya mampu berserah kepadaNYA. Dia yang bantu kita, tunjuk kita, orang yang benar.



Tapi layakkah kita? Bertemu hanya dengan orang yang baik. Bertemu dengan orang yang ikhlas. Yang bicaranya tak menyakitkan, tapi luhur. Yang tak racunkan kita dengan nista? Yang tak tembak kita dengan ancaman sinis. Yang mahu melihat kita jatuh. Itukah orangnya?

Kita sering jumpa orang begini. Yang gemarkan provokasi. yang mahu suaranya didengari. Yang mahu orang nampak dia ada. Yang mahu ketawakan orang, tapi tak rela dirinya diketawakan. Yang mahu lihat orag sedih. tapi bila dia sedih, disalahkan orang lain pula. Mahukah begini?


Sesungguhnya, malam ini. Aku kenali diri. Yang memang pantang bila disentuh, disentap, diganggu, ditomah dicerca dan dilukai oleh orang yang tak pernah aku lakukan kesemuanya. Sebab aku tak layak diperlakukan begitu. Jangan mereka kata, aku pernah melakukan itu kepada orang lain. Itu hal aku. Cerita aku dan kisah aku. Jangan peduli. Jangan sibukkan diri. Mencari siapa aku. Sebab yang paling kenal aku hanya DIA yang Satu.

Tapi DOAkanlah aku. Seteruk-teruk teguran, tegurlah dengan hati. Ikhlas. Bukan kerana dengki melihat aku gembira di sini. Moga Allah s.w.t memberi rahmat buatmu. Amin~




3 comments:

  1. password untuk masuk ke gerbang kehidupan tak pernah berubah, iaitu sabar, usaha dan doa.

    ReplyDelete
  2. Sabar.Usaha.Doa & Tawakal.Tapi hidup,masih dipenuhi *orang2* itu.Huhu

    ReplyDelete
  3. kena sabar juga sehingga kita rasa bahawa sabar itu rupanya masih banyak dalam hati kita.

    ReplyDelete

Oh,anda sangat comel bila anda tinggalkan pesanan!