Tuesday, November 30, 2010

Bila Harus Memilih....


Minggu lepas terpaksa buat keputusan dan terpaksa memilih untuk pergi ke kenduri yang mana sebab ramai sangat jemput pergi ke kenduri kahwin! Dah hujung-hujung tahun ni, memang musim orang kahwin sana-sini. Tapi kalau yang kenduri awal bulan tu, kira okla. Ada gak bajet aku nak gi. Ni kalau dahlah jauh, kahwin time gaji aku tak masuk lagi, memang kena fikir panjang sama ada nak pergi atau tak. Adeh. Ampunkan saya.

Paling unik, semalam, dua orang ex-roommates aku masa di Matrik UIA kahwin. Roommates yang pertama hanya sempat jadi roommates aku setahun manakala yang kedua menjadi kawan dan roommates setahun juga. 


Aku sebenarnya tak nak gosip pasal yang kedua tu kat sini. Tak baik. Tapi aku nak beri pengajaran kepada semua orang yang ingin berkawan baik dengan orang. Kisahnya, aku dan *D* (Suka benar ambil pangkal nama) berkawan baik sebab kami satu kelas untuk semua subjek di Matrik UIA. Kami sama-sama kena masuk matrik dua tahun sebab English dan Arab tak lepas *piawaian* untuk hanya belajar di matrik satu tahun. (Tak patutkan?) Huhu. Jadi bila dah pergi kelas semua sama-sama, makan sama-sama dan buat group work pun sama-sama, maka kami berdua sangat rapat. Banyak rahsia kami kongsi bersama.

D adalah seorang yang cantik. Serius aku tak cemburu sebab setiap orang ada kelebihan masing-masingkan? Jadi dalam masa aku kenal dengan D ni, adalah gak berapa kali dia couple dengan orang lain-lain. Tapi itu hal dialah. Aku malas nak masuk campur. Tapi sumpah, aku kawan dengan dia, bukan kerana paras rupa dia. Aku cuma mementingkan persahabatan yang *setia* dan *jujur* daripadanya.

Setahun kemudian, selepas roommate aku yang pertama dah blah masuk ke UIA Gombak (Sebab dia berjaya matrik setahun je) aku apply jadi roommate dengan D. Kebetulan kami satu bilik dengan dua orang lagi roommates lain yang juga satu course dengan kami dan salah seorang daripada mereka memang kami berdua tak suka sangat. (Tapi sekarang dah ok.)

Aku tak tahu apa yang terjadi selepas itu bila tiba-tiba, D menjauhkan diri daripada aku. Masuk bilik, aku tengok dia dan 2 orang lagi roommates gelak-gelak dan berkawan baik. Tapi bila dengan aku, sikapnya berubah dingin. Paling menyakitkan hati, kami dah jarang pergi kelas bersama lagi dan walaupun dia duduk di sebelah aku, dia hanya diam tak mahu bercakap dengan aku. Boleh tak bayangkan, bila orang yang tidur sebelah katil kita, duduk sebelah dengan kita dan sama kelas dengan kita, langsung tak mahu bercakap dengan kita! Tak ke *annoying*?

Jadi sejak itulah aku mula belajar hidup berdikari. Belajar pergi ke kelas sendiri, belajar cari kawan-kawan baru yang lebih baik dan ada dengan aku waktu susah dan senang. Sahabat aku bernama *Tim* (Baca sini) cadangkan aku baca *Doa Rabitah* yang ada di belakang kitab Al-Maksurat yang sebelum ni aku jarang nak baca sampai habis. Doa tu, adalah permohonan aku kepada Allah supaya memberi petunjuk sama ada patut terus bersahabat baik dengan D atau tak. Aku doa betul-betul sebab hati ni sakit sangat bila orang layan kita macam tu. Ditakdirkan Allah s.w.t., bila masuk UIA Gombak untuk sambung Degree, kami pilih course yang berlainan. Lantas, hati-hati kami memang berjauhan selepas itu selama 4 tahun belajar! Kalau bertegur sapa memang hanya bercakap sepatah dua kata. Mungkin ada sebab Allah tentukan persahabatan kami renggang selepas itu. Wallahualam.


Ditakdirkan selepas bersahabat dengan D, aku memang jadi tambah berhati-hati bila nak baik dengan roommate. Masa awal-awal masuk UIA Gombak, aku macam *terpaksa* ajak Lyn atau Cik Haslinda satu bilik dengan aku. Satu sebab masa tu dia takde geng nak sebilik dan satu lagi sebab kami satu course! Memang agak berhati-hati aku masa tu nak jadi roommate dengan dia. Tapi alhamdulillah, persahabatan kami masih kukuh sampai sekarang. Sebabnya dia memang sahabat yang baik, setia dan *masuk* dengan aku. Lagi-lagi kami sama-sama minat warna *purple*. Haha. Gile.



*Bergambar dengan Cik Haslinda masa konvo setahun yang lepas!*


Walau bagaimana pun, pada tahun kedua aku belajar di UIA Gombak, aku terpisah dengan Lyn tak jadi satu bilik. Adalah masalah pentadbiran kolej ni. Jadi aku tercampak kat Blok E yang jauh daripada Lyn di Blok H. Aku satu bilik dengan 3 orang asing yang berlainan course dengan aku. Seorang Dayah, budak Engineering dan dua orang lagi Junior muda setahun- Fadh dan Amy course Human Science. Dua semester duduk dengan mereka, memang aku boleh katakan, mereka adalah roommates terbaik aku sepanjang belajar di UIA Gombak. Sebabnya mereka tak pernah buat aku sakit hati. Kami rapat. Keluar sama-sama, makan sama-sama dan kalau borak memang meriah. Hingga sekarang, aku masih rapat dengan Amy dan Fadh, cuma Dayah aku dah jarang contact. Apa-apa pun aku hargai friendship yang mereka dah beri kepada aku selama ini.



*Gambar kenangan dengan roommates E4.8*


Tahun ketiga aku belajar, aku satu bilik dengan Lyn kembali. Ada roommate lain pula muncul iaitu Farhah dan Kak B @ Habibah. Dengan Kak B, aku sangat rapat, dia macam kakak aku. Dia seorang pendengar yang baik dan aku memang senang dengan dia. Banyak rahsia yang kami kongsi bersama malah sampai sekarang, kami masih berhubung.


Tapi final year aku di UIA, hanya satu semester aku satu bilik dengan Suraya dan seorang lagi budak course aku bernama *G*. Kenapa pakai huruf pangkal? Sebab aku pun ada kes lagi dengan dia. Aduhai. Serius yang ni aku malas nak gosip. Huhu. Senang cerita, aku memang baik sangat dengan Suraya, budak Law yang aku kalau borak dengan dia sangat susah untuk berhenti! Huhu. Itulah aku, bila rapat sangat dengan roommmates, memang akan rapat sampai bila-bila. Tapi bila ada masalah atau bergaduh?


Jadi aku telah memilih untuk pergi ke kenduri Roommate Pertama aku di Matrik UIA bernama Husna Ishak. Serius aku happy sangat dapat ada di kendurinya, melihat dia berkahwin dengan lelaki yang boleh tahan..Hehe.. 



*Husna & Zhafiri di atas pelamin. Sweet kan?*


*Sahabat-sahabat Husna, paling kiri ialah Laily*


Tahniah Husna & Zhafiri! Dua-dua bakal *Arkitek* beb. Seronoknya pergi ke kenduri Husna ialah tiba-tiba dia kahwin dengan orang yang tak disangka. Tiba-tiba aku buat keputusan last minute pergi dengan Laily, ex-schoolmate aku dan sama-sama belajar di UIA dulu. Memang sangat gembira lihat Husna bertemu jodoh dengan lelaki yang baik. Aku doakan dia dan suaminya berjodoh hingga akhir hayat mereka. Amin~.


Buat *D* yang turut berkahwin Ahad yang lepas, aku doakan yang terbaik untuknya juga. Walaupun persahabatan kami kembali terjalin sejak ada Facebook, tapi pasti tak sama selepas tahun-tahun yang berlalu. Aku maafkan segala dosanya dan aku harap dia maafkan aku juga. Semoga dia juga berbahagia dengan suaminya. Amin~



2 comments:

  1. kak husna da kawen?!
    x tau pun..wah dgn bdk senior plak tu..wah lagi..ok xtau plak diorg ade pape..hehe..

    ReplyDelete
  2. haha..smua org tak tahu mereka *ada apa2*.Macam berita mengejut ye gak..tapi mmg nampak *sesuai* la dua org tu...kahwin skali dgn kembar zhafiri..huhu

    ReplyDelete

Oh,anda sangat comel bila anda tinggalkan pesanan!