Thursday, February 17, 2011

Nota: Persediaan Pelajar Sebelum Menjadi Pekerja



Setiap graduan atau pelajar yang sudah tamat belajar sememangnya tidak sabar-sabar untuk melangkah ke alam pekerjaan. Seterusnya bila sudah bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri sudah pasti kita mengimpikan kehidupan yang selesa, selain dapat menebus hutang pinjaman dan membalas jasa ibu bapa kita, betul tak? (Sila angguk.)

Aku terfikir nak tulis entri tentang Persediaan Pelajar Sebelum Menjadi Pekerja ni sebab aku nak kongsi pengalaman yang aku pernah lalui sebelum ini. Walaupun aku baru bekerja dekat 2 tahun, tapi aku rasa apa yang pernah aku alami akan terus berlarutan walaupun dikatakan *ekonomi negara* kini semakin pulih. Erk. 



Jadi buat bakal-bakal graduan, sila catat nota ini. Heh.



1. Kaji pasaran kerja
Sebelum graduasi, bila ada masa terluang, cuba search atau Google kat Internet market kerja untuk bidang korang. Daripada asyik main game kat PC, layan movie atau main Facebook, apa kata korang buka laman-laman web seperti Jobstreet,  Careerjet.com, Jawatan Kosong Kerajaan dan banyak lagi website cari kerja yang ada di Malaysia ni. (Surat khabar pun banyak ok.) Tujuannya supaya korang sudah ada target syarikat untuk bekerja atau korang tahu kehendak pasaran semasa sebaik korang bekerja nanti.


2. Ada Keputusan yang Baik
Kalau korang rasa pointer korang sekarang belum capai 3 pointer, berusahalah pada akhir semester untuk sampai 3 sekurang-kurangnya. Bukan apa, pointer tu juga menjadi 1st impression korang juga bila nak minta kerja nanti. Tapi kalau dapat 4 pointer jangan terlalu angkuh pula. Tak semestinya pointer korang tinggi, majikan akan terus ambil. Keputusan pelajaran mesti seimbang dengan perwatakan. Cuba jadi humble sikit walaupun dipuji. Korang ingat bos korang *ikhlas* ke puji? Heh.


3. Baiki Sikap
Kepada yang susah nak datang awal kelas, kena belajar jadi punctual. Kepada yang susah nak bekerja di bawah orang atau bekerja sebagai satu pasukan, sila turunkan ego anda. Kepada yang tak boleh terima arahan, sila belajar mendengar dan mematuhi arahan. Sikap atau attitude sangat penting bila kita mula bekerja. Tanpa sikap yang baik, kita takkan dapat bertahan lama dalam sesebuah syarikat itu dan kalau asyik tukar syarikat juga menandakan kita tak sesuai bekerja dengan orang! Nak jadi bos? Modal ada ke?





4. Tidak Terlalu Terburu-buru Mencari Kerja
Maksud aku kat sini bukan tak nak kasi korang cari kerja cepat-cepat. Sebenarnya nak beritahu, jangan terlalu cepat cari kerja elok selepas habis belajar. Sekurang-kurangnya berehat dalam 2 minggu atau sebulan sebaik habis belajar sebelum terus kerja. Benda ni berdasarkan pengalaman aku yang beria cari kerja padahal baru habis Portfolio Day. Bila dah kerja memang dah tak banyak cuti dan akhirnya pancit atau kepenatan yang tak tau nak cakap macam mana. =(

Tapi jangan pula korang cuti berbulan-bulan lamanya. Ingat korang boleh survive ke hidup goyang kaki kat umah? Hello, anak raja pun pergi kerja tau. Paling lewat, lepas konvo dan ada scroll atau sijil korang kena ada kerja untuk menampung perbelanjaan sendiri. Sampai bila nak harapkan harta mak ayah? Uiks.



5. Niat untuk Belajar dan Mencari Pengalaman
Disebabkan baru grad, niat untuk belajar dan mencari pengalaman tu mesti ada. Macam aku cakap tadi, jangan ingat pointer atau kelulusan kita tinggi, kita hebat. Hakikatnya banyak lagi yang kita tak tahu tentang *ilmu pekerjaan* yang perlu kita belajar daripada orang lain. Contoh ilmu pekerjaan yang kita patut belajar ialah menggunakan mesin fax dan mesin fotostat yang besar dan suka tersepit kertas tu. (Serius masa belajar dulu aku tak tahu guna mesin fax!) 

Selain tu kita juga kena rajin bertanya dengan senior. Tanya baik-baik apa yang kita tak tahu. Jangan takut kena marah sebab kalau dia marah-marah tandanya senior tu ada masalah mentallah tu. Haha. (Ada pengalaman ni. Hihi)



6. Kaji Pasaran Gaji
Ok, ini poin paling penting. Sebelum nak *demand* gaji tinggi-tinggi, sila kaji pasaran gaji bidang anda dulu sebelum berangan gaji tinggi ok. Korang kena tahu, majikan takkan sewenang-wenangnya bagi gaji tinggi sebab tak tahu korang boleh buat kerja ke tak. Pengalaman aku, ada bekas officemate yang demand gaji RM2500, beratus kali ganda daripada gaji aku hanya sebab dia ada beberapa bulan pengalaman lebih daripada aku. Pastu dia tak berapa boleh buat kerja, selalu merungut itu ini dan selalu sangat ambil cuti! (Mesin fax pun dia tak reti guna. Hello, 1 and half year working don't know how to use fax machine? Erk?) Akhirnya cukup sebulan dia kerja bos suruh berhenti. Amik!

Oleh itu, jangan terlalu memikirkan soal gaji dalam bekerja. Pandang juga aspek keselesaan dan kepuasan bekerja itu. Aku sendiri pernah ada pengalaman kerja yang gaji memang ok, tapi tekanan bekerja buat aku stress dan sakit-sakit. Jadi apa guna gaji banyak, tapi tak sihat? Lepas tu gaji yang ada pula terpaksa dihabiskan untuk beli ubat. Isk isk.

Tapi korang jangan risau, lepas setahun atau lama bekerja, korang demandlah gaji berapa korang nak. Tapi pastikan korang memang layak ya. Huhu.



7. Tidak Terlalu Memilih Kerja
Aku akui, kita memang berhak untuk memilih yang terbaik untuk diri masing-masing. Tapi nak memilih sangat tu berpada-padalah ok. Bukan apa, sekarang ni orang yang celik pandai ramai. Jadi masing-masing berebut untuk mendapat kerja namun peluang pekerjaan yang ditawarkan tak sebanyak permintaan yang ada. Selain itu, perbanyakkan skill atau kebolehan kita supaya kita dipilih sebagai pekerja. Majikan sukakan pekerja yang serba boleh dan boleh diharap. Jadi sebagai fresh grad kita mestilah membuat perancangan dan keputusan yang bijak bila memilih kerjaya kita. Jangan bila dah terdesak, baru kita menyesal bila menolak peluang-peluang yang terlepas sebelum ini. (Oh, pesanan untuk diri sendiri juga!)



8. Cari Lokasi Tempat Kerja yang Sesuai
Benda ni juga poin penting sebab kadangkala kita tak fikir sama ada lokasi tempat kerja kita itu akan memudaratkan atau menyusahkan kita atau tak. Pengalaman aku 7 bulan bekerja di company pertama selepas aku grad, aku terpaksa naik teksi selama 4 bulan tiap-tiap hari pergi kerja. Dasyatt! (Efek suara Nazmi Raja Lawak bergema! Haha.) Sebabnya lokasi tempat kerja aku takde bas yang senang aku ambil dari rumah. Nak naik LRT kena tukar dua LRT, STAR dan PUTRA. Padahal aku naik teksi tak sampai 20 minit dah sampai. Tapi tambang teksi sebulan takyah cakaplah. Alhamdulillah sepanjang menaiki teksi tiada benda buruk yang terjadi. Erm...

Selain kenderaan ke tempat kerja, bagi yang punya masalah tempat tinggal juga perlu alert tentang lokasi tempat kerja. Seeloknya tempat tinggal yang disewa tu berada di kawasan yang selamat dan dekat untuk korang ulang-alik. (Tapi serius aku kasihan dengan kawan-kawan yang terpaksa duduk menyewa bilik di KL. Dahlah mahal, persekitaran juga ada yang tak bersih. Aku harap mereka tabahla.)


9. Ada Lesen Memandu
Kenapa aku pesan benda ni? Sebab aku dapati, punca kesukaran orang nak kerja ialah masalah pengangkutan. Aku tahu kebanyakan orang bukan berduit untuk berkereta masa awal-awal bekerja. (Kecuali mak ayah sponsor) Tapi cadangan aku, korang memang patut ada lesen kereta dan bila dah berapa lama kerja, insya-Allah Tuhan murahkan rezeki untuk sambar sekurang-kurangnya Perodua Viva satu. Heh. Satu lagi lesen kereta juga adalah aset untuk kerjaya korang pergi jauh sebab kadangkala ada majikan yang memerlukan pekerjanya mampu memandu untuk urusan syarikat. (Jumpa client, meeting atau beli lunch untuk bos. Haha)



10. Niat Mencari Kerja Demi Allah s.w.t
Setiap perkara dimulakan dengan niat. Maka ingatlah, kita bekerja kena ikhlas keranaNYA. (Pesanan untuk diri sendiri juga! Wahai Ezdiani oi!) Bila kita nak kerja, kita kena fikir sama ada rezeki yang kita dapat tu halal atau tak. Tak guna kalau kita kerja, gaji banyak dan kita asyik terlepas solat dan puasa kerana kerja. 

Lagi satu, aku tak tahulah korang, tapi aku memang tak selesa kerja kalau company aku tu ada orang yang tak solat dan tak puasa. Ingat, kita hidup di bumi Allah dan tempat kerja kita tu kena jaga juga. Jangan sebab orang yang tak solat tu, kita juga dapat bala.

Aku harap apa yang aku kongsikan ni bermanfaat untuk semua. Aku pun jadi *termotivasi* kejap dengan apa yang aku tulis ni sebab sejak akhir-akhir ni aku *down* sikit pasal kerja. Heh. Aku ucapkan selamat belajar kepada semua student atau pelajar-pelajar di Malaysia dan serata dunia. Oh, termasuk adik aku yang nak balik dari Jepun Ahad ni! (Bilalah dia nak belanja aku IPod Touch dari Jepun. Erk.)


24 comments:

  1. nice info!! thanx...

    sudah kena wat persediaan da ni..huhu..

    ReplyDelete
  2. ya...persediaan awal amat penting supaya kita telah menemui jalan atau hala tuju untuk diteruskan selepas tamat pengajian.

    ReplyDelete
  3. @Ezal R
    Yup.Sila buat persediaan awal..

    ReplyDelete
  4. @Singalautmetro
    Betul Tuan..persediaan tu penting supaya tak terkejut bila menghadapi realiti sebenar...

    ReplyDelete
  5. betul tu. first job jangan la memilih sangat :)

    ReplyDelete
  6. @papabear
    1st job adalah punca job2 seterusnya..^_^

    ReplyDelete
  7. fuh! bagus entri ni! nak ikutkan dah hampir 3 bulan tak kerja. Tapi support diri sendiri dgn swimming class la..gaji ok laaa..boleh survive..heheheh.. apa2 hal pun, mmg takut lah nak start keje..

    ReplyDelete
  8. @Sophie..
    If u're enjoying what u do is good.But make sure *skill* archi tu tak ilang..lama tak main cad,tak sketch takut lupa tau..huhu

    ReplyDelete
  9. kerja ?
    nelly belum ada lagi pengalaman .
    hehehehe

    nice entry .

    ReplyDelete
  10. @Nelly
    sbb takde pengalamanlah kn kerja & ada pengalaman.Thanks comment ^_^

    ReplyDelete
  11. aja2..mmg perlu persedian sikit..sbb nt akan jmpe mcm2 peel org kat ofis..huhu

    ReplyDelete
  12. @dla
    btul..kalau makin ramai pekerja..makin byk peel & gosip..haha

    ReplyDelete
  13. The best article in Bahasa Melayu about facing the industry, on the net. Thanx a lot.

    ReplyDelete
  14. salam wak.. mohon kongsi di fb ya.. time kasih

    ReplyDelete
  15. @Anon
    boleh.sila link ke blog ni blk k.thnks.

    ReplyDelete
  16. thanks untuk info yg sgt berguna.insyallah next year baru betul2 abes study n nak melangkah ke alam pekerjanan yg sebenar-benarnya :)

    ReplyDelete
  17. Assalamu'alaikum...
    Terima kasih atas perkongsiannya...
    Saya minta izin untuk gunanya untuk tugasan saya...
    Semoga ianya berguna utk sy dn yg lain..
    Tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik. silakan. semoga bermanfaat untuk semua.

      Delete

Oh,anda sangat comel bila anda tinggalkan pesanan!