Wednesday, February 2, 2011

ANGKA Dan Karektor Anda


Hari ni tarikh cantik 2.2.2011. Heh. Tapi tak tahulah pada tarikh yang cantik macam ni ada tak orang kahwin. Maklumlah, manusia ni kadang-kadang agak taksub dengan angka atau nombor. Kalau orang Cina paling suka nombor 8 sebab nombor 8 membawa erti kekayaan dan tuah. Tapi ramai juga orang suka kahwin pada tarikh cantik macam 9.9.2009. Tahun lepas pun ada je kawan aku kahwin pada 10.10.2010. Huhu. Macam-macam kan?

Jadi kat sini aku nak kongsi sikit kaitan angka dan lambang karektor seseorang itu. Aku sendiri tak pasti nak kata angka ni berdasarkan tarikh lahir seseorang itu atau angka kegemaran masing-masing. Benda ni aku salin daripada sebuah majalah pada tahun 2004. (Lama dah aku salin dalam *Kitab Ros* aku. Sekarang baru nak tulis balik kat sini)

SATU

  • Berdikari, motivasi, bekerja keras dan bercita-cita tinggi untuk menjadi juara
  • Suka kritik diri sendiri dan orang lain jika tidak puas hati terhadap orang tersebut

DUA
  • Inginkan kedamaian dan sentiasa menjadi orang tengah bila berlaku perbalahan
  • Suka bermuka-muka
TIGA

  • Kemampuan komunikasi yang bagus
  • Suka membesar-besarkan fakta
  • Karektor mudah diketahui daripada renungan mata, suara dan senyuman

EMPAT

  • Sukakan suasana aman dan tenteram
  • Rumah baginya adalah syurga
  • Ada idea cemerlang dan semangat tinggi untuk merealisasikan idea

LIMA

  • Ingin mencari kebebasan dan kesenangan
  • Hidup baginya satu permainan, jika tak, hidup akan bosan
  • Takut berada dalam keadaan tersepit dan terjebak ke dalamnya
ENAM

  • Selalu memelihara sesuatu dan suka menolong orang.
  • Berbakat besar dalm memimpin atau melaksanakan tanggungjawab dengan berhati-hati tanpa ingin merosakkannya.
  • Gemar mengendalikan orang lain.
  • Berkarisma dan mood mereka mampu menarik orang untuk bekerjasama dengan baik.
TUJUH
  • Suka menyendiri.
  • Punya karisma, penampilan yang kuat dan sering menjadi perhatian masyarakat.
  • Tak takut cuba perkara baru dan punya semangat jatidiri yang kuat.

LAPAN

  • Wang adalah segalanya bagi menyelesaikan segala kebuntuan yang ada.
  • Susah menerima pandangan orang lain.
  • Perlu yakin supaya pilihan yang mereka pilih itu adalah keputusan yang tepat.
  • Jujur dan terbuka.
  • Adakalanya sifat yang ditonjolkan bukan sifat yang sebenar.
SEMBILAN
  • Pemimpin yang baik.
  • Ringan tulang.
  • Gemar berterus-terang.
  • Sukar melupakan kisah lama.
  • Akrab dengan keluarga.

Jadi korang suka nombor berapa? Nombor kegemaran aku ialah 627. Nombor 6 dan 2 aku suka sebab aku nombor kat IC aku dan 7 tu aku pun tak tahu kenapa aku suka. Kebetulan juga, plat nombor kereta aku 9067 manakala kereta Hafiz 4067 tanpa kami rancang. (Heh, nak cakap ada *link* di situ)

Apa-apa pun aku tak tahulah benda ni boleh percaya ke tak. Tapi sekadar nak suka-suka bolehlah. Jangan terlalu taksub sangat dengan nombor. Takut terjejas akidah ok. Sentiasalah bersangka baik dengan setiap nombor. Selamat malam!


6 comments:

  1. saya suka no 5

    namr

    ReplyDelete
  2. suka 5 dan 7.

    best entry ni. Kitab Ros?? =)

    ReplyDelete
  3. @namr
    aku dah beli buku Faisal Tehrani.3x seminggu.rupa2nya ada byk cerpen dalam tu..huhu.kesimpulannya aku dah beli 5 buah buku.^_^

    @Sophie
    Kitab ros..kitab rahsia..haha

    ReplyDelete
  4. huhu..agk2 sy cmne nk tau angka bpe?hehe.. trkh lhir ok x?17april1989..huhu..bley tgok x agknye?haha

    ReplyDelete
  5. dla xtaw suke no. ape..hehe..1515 kot..hnp hp dla..haha

    ReplyDelete
  6. @ARJUNA.Inc
    tarikh lahir awak mcm tarikh lahir xs skandal sy..haha..

    @dLa
    hanphone 1515 tu ada kamera tak?hoho

    ReplyDelete

Oh,anda sangat comel bila anda tinggalkan pesanan!