Monday, February 7, 2011

060211: Kisah Suatu Hari


Semalam 6 haribulan Februari genaplah usia aku 26 tahun. Alhamdulillah, Allah s.w.t. makbulkan doa aku untuk hidup sampai ke saat dan detik ini. Dulu macam tak pernah fikir akan jadi *setua* ini tapi kalau DIA dah bagi peluang hidup sampai sekarang, aku pun dah cukup bersyukur. Pada usia 26 aku dah ada kerjaya, dah ada harta sikit, masih ada family dan kawan-kawan dan masih single. Ohps! Single maksudnya masih belum berkahwin. Insya-Allah ada rezeki tahun depan. Amin~ (Doakan panjang umur!)

Nak cerita saat pukul 12.02 malam si dia sudah menelefon tanpa mahu menyanyi lagu apa-apa. Takpelah, dimaafkan. Cukuplah dia ingat (kot) dan temankan sepanjang siang hari semalam. ^_^ 
*Encik Peneman yang Baik*

Hadiah pertama yang aku dapat keesokan paginya ialah daripada *Maxis*. Terima kasih kerana potong line aku sampai takleh call out dan message sebab bil dah exceed limit! Aiyo. Aku dengan gelabahnya call Maxis Service Centre dan mengucapkan "Maaf mengganggu" sebab aku tak biasa call orang pagi-pagi lepas Subuh. Alhamdulillah dia dapat betulkan line aku sebab aku bayar pakai *Maybank2u* hari Jumaat hari tu. Nasib dia faham bila aku cakap cuti CNY Maxis Centre tutup, sebab tu aku terpaksa bayar last minute by online. Nasib baik gak line telefon ada, kalau tak aku nak dating telefon dua-dua takleh contact sebab share line. Huhu.

Pukul 9 pagi aku drive pergi Bandar Tasik Selatan untuk ambil Hafiz kat TBS (Terminal Bersepadu Selatan) memandangkan bas dia dari Melaka turun situ. Pastu kami gerak ke Tesco Ampang bersarapan pagi di Kluang Station. Pagi-pagi orang dah ramai sampai lambat sampai roti bakar aku. Huhu.

*Sorang muka bengang roti lambat sampai dan sorang lagi muka excited makan roti bakar kaya + butter!*


Dah habis Sarapan kami bertolak ke Taman Metropolitan Kepong untuk pergi main layang-layang! Kami tersesat sikit masa nak cari pintu masuk taman tapi Hafiz yang drive sangat bersabar membuat U-turn di highway. (Sabar jelah dengan Cik Ezdiani yang selalu sesat ni ya. Hihi) Sampai sana baru pukul 12 camtu dan orang tak berapa ramai. Jadi aku mengambil kesempatan mengajak Hafiz *bersenam* (jalan je) melalui trek kat taman tu. (Padahal cuaca superb panas masa tu!)

*Bersenam sambil pegang payung. Hihi.*

Penat berjalan kami berehat jap kat pondok. Aku suruh Hafiz bawa sketchbook kami dan mula sketch pokok-pokok kat situ. Masa tu aku sedar aku memang tak layak ambil Landscape Architecture sebab aku malas sangat nak lukis daun. Begitu juga dengan Hafiz yang lukis sungai tapi nampak cam..Erk.. Mungkin kami sama-sama patut stick je dengan ID dan Architecture. Haha.

*ID yang belajar lukis pokok. Lama tak praktis oi!*

*Encik Draftsman pulak lukis. Hihi*

*Hasil tangan Encik Draftsman*

*Hasil tangan Cik ID*

Habis sketch kami berlatih jual *insurans* sesama kami. Hafiz selaku agent Insurans MAA Takaful nak jual produk baru. Jadi aku tolong dia berlatih *public speaking*. Lastly dia suruh aku jual Insurans macam dia gak tapi aku tak pergi training kat kelas, so aku tak yakin aku dapat jual. (Tapi kalau ada orang nak beli, nak aku jadi orang tengah pun boleh gak. Semalam aku dah beli Medical Card yang cover bil hospital RM300K!)

*Muka serius pegang borang Medical Card. Hihi*

Selepas berehat lama kami berhenti bersolat sekejap. Bagusnya taman tu ada banyak toilet dah setiap area toilet ada surau gak. Jadi takde masalah nak kena jalan jauh-jauh semata-mata nak pergi toilet ke apa. 

Habis solat kami beli layang-layang berharga RM13. Ada layang-layang lagi murah tapi sebab *design* layang-layang ni lawa kami belilah. Hihi. Seronok sangat main layang-layang sampai aku lari sana-sini nak bagi layang-layang tu naik tinggi. Hafiz pun sama. Dia tipu aku tak reti main padahal kawan dia siap jual layang-layang kat Melaka! Hampeh.

*Tu dia main layang-layang!*

*Ok. Rasa gemuk ya dalam pic ni.*

Kami stop main layang-layang sebab angin dah takde dalam pukul 3 petang camtu. Uiks. Pastu kami berkelah makan pisang goreng dan air bandung yang manis-semanisnya. Adui, terus-terang semalam banyak sangat makan benda-benda manis. Macam tak guna bersenam jalan jauh-jauh tapi makan semua benda-benda manis camni. Balik dari taman pun kami singgah Jusco Kepong makan ABC dan Donut yang aku beli kat Tesco sebelum tu.


*Makanan manis untuk hari yang manis ^_^*

Aku nak ucapkan terima kasih kat Hafiz sebab ini dah kali keempat dia teman dan sambut birthday aku. Walaupun aku suka minta benda-benda mengarut daripada dia (pakai baju ungu dan main layang-layang) tapi dia tunaikan gak permintaan aku. Doakan kami dimurahkan rezeki nak bernikah pada tahun depan. Amin~ 



Terima kasih juga kepada semua yang wish birthday aku semalam. Bila aku kira-kira lebih 100 orang jugalah orang wish- daripada Facebook, Message Handphone dan blog ni ha. Thank You! 

Oh, paling terharu wish daripada Mak aku yang peluk aku selepas Subuh. Ayat dia yang mengizinkan aku kahwin tahun depan sebab umur dah 27 masa tu, cukup mengharukan. Terima kasih mak kerana melahirkan saya!


Sekian. Kisah 6 Februari saya. ^_^

8 comments:

  1. @Arief
    Banyak aktiviti,setahun sekali..^_^

    ReplyDelete
  2. ok.jap..maybe agak kejam,tp sy nk ketawa dlu!

    hahahahahaha!

    mmg btul la,lukisan hafiz tu xde rupa sungai pun,skali tengok mcm tasik beku(err..phm kn?).dua kali tengok rs konpius.hehe..

    jgn cter kat dia tau? :p

    erm,rupanya awk berpangkat kakak dr sy..so perlukah sy panggil anda kakak?tak syok gak panggil yg lbh senior 'awak-saya'..huhu.

    ReplyDelete
  3. @Intan Junsu
    haha..silalah gelakkan dia..dia mmg tak reti lukis sungai sbb dia guna *autocad* lukis bangunan.

    Tak perlu panggil kakak...saya-awak sudah..^_^

    ReplyDelete
  4. huwaaa..lepas ni panggil Kak Aira jelah..dah tahu dah umur 26 tahun..heheeeeee..

    kak, suweet sgt lah gambar2 dlm entri ni..kalau nak kawin tu bgtahu ehhh..i'm sooo happy fo u..=)

    ReplyDelete
  5. @Sophie..
    aduh..malula org panggil *kak*.ceh..thnks Sophie..nnti kawen jemputla ye..hihi

    ReplyDelete
  6. lol!adeh..siyes la.mmg takde rupa sungai lgsg.mcm tak caye je dia tu arkitek..sb dlm otak ni dok imagine arkitek ni pandai melukis..hehe

    sdp je sy gelakkan org...hahaha!

    ReplyDelete
  7. @Intan
    Dia blum leh jadi architect lagi..kn lalui Part 1, part 2 dan ambil exam dr LAM (Lembaga Akitek Malaysia) untuk part 3 bru jd architect..tp mmg sungai dia tak reti buatla..hoho

    ReplyDelete

Oh,anda sangat comel bila anda tinggalkan pesanan!