Saturday, January 1, 2011

Cacatan & Coretan 2010


Hidup
  • Aku bersyukur kerana Allah s.w.t beri peluang untuk terus bernafas, diberi rezeki untuk menampung hidup yang kian sukar dan berkongsi apa yang ada dengan orang lain. 
  • Aku gembira kerana Allah s.w.t sentiasa ada bila perlu dan sentiasa mendengar luahanku bila mahu.
  • Namun aku sedih kerana nikmat yang DIA beri terlalu banyak tapi ibadahku untukNYA masih tak seberapa. =(
  • Aku juga kecewa kerana tak kuat untuk mengubah sesetengah benda yang mahu diubah dan usahaku tak seberapa untuk mengecap apa yang aku impikan.
  • Semoga Allah permudahkan kehidupanku di masa hadapan. Amin~

Thursday, December 30, 2010

KETAWA


"Sebuah KETAWA riang dapat menghilangkan kekhuatiran, kebimbangan, keraguan dan menghapuskan tekanan hidup pada zaman moden yang kuat."
(Orison S. Marden)


"Hanya *makhluk* saja yang dianugerahkan dengan kebolehan untuk KETAWA."
(Greville)