Tuesday, December 14, 2010

SAINGAN Terbaru Gadis MELAYU


Al-kisahnya tiba-tiba semalam seorang *Peminat* blog aku ni, (Peminatlah sangat!) atau Nadiah a.k.a adik BFF aku, Wawa bagi aku *assignment* baru. Tak tahulah kenapa dia bagi aku *task* macam ni, mungkin sebab dia jeles aku dah lama tak kena buat assignment kot? Huhu. Gurau je. Apa-apa pun, terima kasih kepada Nadiah kerana mahu tahu *pendapat* aku tentang isu yang telah dibangkitkan dalam surat khabar Harian Metro semalam. (Mungkin lepas ni kita tanya *Encik Hamid Karim-bekas Wartawan Metro* pula bagi pandangan dalam blognya, ok tak?) Hihi.

Tajuk artikel tersebut ialah *Belum Tercemar*. Sesiapa yang belum baca silalah klik di sini. Buat gadis dan wanita Melayu, diharap bertenang tatkala membacanya, ok? ^_^


Jadi selepas membaca dan meneliti gambar di atas, aku nak tanyalah sikit perasaan gadis dan wanita Melayu sekalian. Apa perasaan anda setelah membaca artikel tersebut?

A. Tak puas hati! (Ingat gadis Melayu tak cantik ke?)
B. Tak kesah. (Eleh, kitorang pun boleh cari *lelaki Maghribi* atau *lelaki Arab*. Ala-ala *Maher Zain* lagi.)
C. Tak percaya. (Ha, betul ke *belum tercemar*? Betul ke *pandai menari*. Kena praktis ni!)
D. Lain-lain *Tak*.



Disebabkan Cik Nadiah bertanya pendapat aku tentang artikel tersebut, seeloknya aku ulas dan pulas tanpa culas topik tersebut berdasarkan intisari artikel tu la ok. Aku tak berani nak bagi komen lebih-lebih, takut nanti orang yang nak *meminang* aku pergi cari *Gadis Maghribi* pulak. Haha. (Nauzubillah)


Harga semurah RM14,000

Zaman sekarang, perkara yang orang suka tanya termasuk aku ialah nilai *hantaran perkahwinan* untuk sesebuah majlis itu. Orang jarang tanya berapa *mas kahwin* walhal, mas kahwin atau mahar itulah, *nilai* sebenar yang *wajib* diberikan kepada seseorang wanita itu untuk berkahwin.

Firman Allah s.w.t.: "Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu mas kahwin mereka.” (Surah An-Nisaa’ ayat 4)

Sabda Rasulullah s.a.w. “Carilah untuk dijadikan mas kahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi .” (Riwayat Bukhari)

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Sebaik-baik mas kahwin ialah yang mudah” (Riwayat Abu Daud)

Aku menyokong ayat daripada pendapat ini (klik sini) yang menerangkan maksud *mudah* bukan maksudnya *murah*. Sebenarnya mas kahwin tak patut menyusahkan lelaki yang nak meminang kita, tapi seeloknya biarlah mengikut kemampuannya. Contohnya kalau gaji orang tu RM10,000, *kecik hatinya* kalau nak bagi mas kahwin RM100 kot. Lagi satu di Malaysia kerajaan setiap negeri dah selaraskan bayaran *mas kahwin* untuk setiap negeri. Tapi kalau nak bagi lebih pun apa salahnya kan? *wink*.

Oh, kembali kepada artikel di atas. Murah ke RM14,000 tu? Aku yang minta RM9696 ni pun, si jejaka itu minta diskaun RM6969. So, RM14,000 tu murah ke? Mungkinkah sebab kenduri hanya berlangsung kat rumah pengantin lelaki je? Atau mungkinkah kalau kat rumah perempuan Maghribi tu, wang kita ditukar kepada nilai sana, jadi tinggi, dapat buat wedding lagi *grand*? Uiks.

Pada pendapat akulah, secara jujur, trend masyarakat sekarang yang meletakkan *hantaran* tinggi itu ada sisi positif dan negatifnya juga. Hantaran tinggi selalunya diletakkan sebab nak meraikan perkahwinan seseorang tu yang berlangsung mungkin sekali seumur hidup. Selain itu, masa perkahwinan itulah kita nak bersedekah kepada saudara-mara dan rakan taulan selain mengharapkan doa mereka supaya jodoh kita berkekalan hendaknya. Insya-Allah. Lagi satu (off topic), untuk orang muda macam aku ni, masa kenduri kahwin inilah, masa nak *buat reunion* kawan-kawan lama dari sekolah, universiti dan tempat kerja lama. Betul tak? ^_~



Namun, macam aku tulis tadi, bahagian negatifnya pun ada juga. Satu part, akan timbulnya rasa *riak, takbur dan ujub* bila wedding kita *grand* daripada orang lain dan bila cerai pun grand gak, sebab nilai duit hantaran lebih sikit dapat daripada nilai duit nafkah. Lepas tu, sebab banyak habis duit untuk hantaran, terpaksa makan maggie selepas kahwin sebab bajet lari dan hutang sewa photographer merangkap kawan sendiri tak mampu nak bayar lagi. Hihi.


Memiliki kelebihan berbanding wanita tempatan

"Berkulit gebu, subur, belum ‘tercemar’ dan akan mengabadikan sepenuhnya jiwa dan raga terhadap lelaki yang menjadi suaminya."

Haha. Iya ke? Sebenarnya ini semua bergantung kepada diri gadis atau wanita itu sendiri. Kenapa mesti menilai daripada segi bangsa dan negara, tapi bukan dari segi agamanya? Bukannya takde gadis Melayu atau wanita *cop brand* Malaysia macam tu. Ramai ok. Kalau nak calon aku boleh tolong carikan kawan-kawan aku, especially student UIA yang macam tu. Heh, tiba-tiba aku buat ejen cari jodoh pulak, langsung abang ejen gadis Maghribi ni takleh cari makan! Haha. Gurau je.

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat". 


Semestinya, hadis ini dah cukup kuat menerangkan, ciri-ciri gadis atau calon isteri yang terbaik untuk dinilai dan dijadikan isteri. Kalau setakat kata pandai menari tu, siapa kata wanita Malaysia tak pandai menari? Kalau setakat menari Zapin, Inang, Cha cha, Ballet dan lain-lain tarian tu, kalau khas untuk tontonan suami, mesti boleh punya. Hihi.

Apa? Menitik beratkan soal makanan? Mandi wap? Minyak argan? Itu bukan *maintenance* tinggi ke tu? Wanita Melayu ada saja yang rajin berpuasa, mandi air panas yang dimasak sendiri tapi part minyak-minyak tu maaflah, aku sendiri tak berapa pasti. Huhu.

Statement yang paling memberi *tamparan-pang* untuk gadis Melayu dan Malaysia ialah:

"Gadis berkenaan juga belum ‘tercemar’ kerana tidak dipengaruhi budaya luar seperti budaya Barat."

Dalam soal belum atau sudah tercemar, semua ini sekali lagi bergantung kepada diri seseorang itu sendiri. Tak dinafikan, ayat yang dinyatakan, mungkin betul, mungkin salah. Tapi bagi pendapat aku, didikan agama daripada keluarga itu penting sebab ramai gadis-gadis Melayu yang aku kenal, ada ciri-ciri tersebut. Tak keluar dating (sila tolak markah saya), taat kepada perintah ibu bapa dan akur kepada perintah suami tak semestinya hanya wujud di kalangan gadis Maghribi saja. Tambahan ada saja gadis berbangsa Cina, India dan bangsa lain yang ada ciri-ciri tersebut tak kira mereka beragama Islam atau agama lain. Jadi sila nilai dengan mata, akal dan hati sendiri.


Risiko isteri menimbulkan masalah selepas berkahwin

Haha. (Gelak lagi). Masalah selepas berkahwin ni, ada macam-macam. Setakat gaduh balik raya tak ikut giliran itu kira *masalah manja-manja* je kan? Hihi. Pandai-pandai je aku ni. Tapi betullah tu, bila kahwin dengan gadis Maghribi, nak gaduh balik raya gapo. 

"Tahun ni kita raya kat Malaysia ya, sebab tiket mahal." "Tahun depan raya kat kampung abang kat Malaysia ya sebab cuaca kat Maghribi tu tak menentu." "Tahun depan pun balik raya rumah mak ayah abang ya, sebab mak ayah awak dah takde." 

Uiks. Boleh pula camtu. Tak patut kan?


Masalah bahasa dan makanan tu, aku sokong, semua tu boleh adjust. Sedangkan Ustaz aku bernama Spahic Omer dari Bosnia muka ala-ala David Beckham pun reti kecek kelate, apatah lagi isteri dari Maghribi kan? Soalnya ialah bagaimana kita mencorakkan isteri atau suami kita tak kira daripada bangsa dan dari negara yang berlainan atau Malaysia sendiri. Tolak-ansur mesti kena ada, tak boleh nak ikut kepala sendiri je. Inisiatif untuk sama-sama mengenali dan memahami cara hidup yang berbeza juga boleh membantu demi mengekalkan hubungan yang ada. (Cakap macam ada pengalaman pula saya ni. Huhu)



Pendapat Tanpa Pendapatan.

Jadi nak disimpulkan di sini, semua yang dinyatakan dalam artikel tersebut ada yang betul, ada yang tidak. Untungnya lelaki itu, dapat isteri dari Maghribi yang punya kelebihan tersendiri tapi tak semestinya tidak dimiliki oleh gadis dari Malaysia atau lain-lain negara di dunia. 

Hakikat yang paling jelas, peganglah kepada satu, iaitu Jodoh pertemuan itu ditentukan ALLAH s.w.t.. DIA yang berhak menentukan jodoh kita dengan siapa, bagaimana orangnya, apakah kelebihannya dan adakah kita bahagia bila bersamanya? ALLAH itu Maha Mengetahui segalanya. Kita manusia yang kerdil ini, kalau demand nak gadis atau pemuda yang *hot* tapi dapat yang *cool* pun kena bersyukur juga. Sebab setiap kelebihan itu, ada keburukan di dalamnya dan setiap keburukan itu, ada kelebihan di dalamnya. 

Aku harap Cik Nadiah atau sesiapa yang baca blog ni, fahamlah apa yang aku sampaikan, ulaskan, bebelkan dan terpulang sama ada nak terima atau tak pendapat peribadi aku ni. Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah s.w.t. dan yang buruk itu datang daripada kelemahan aku sendiri. Wallahualam.


Sumber:

3 comments:

  1. secara jujur, hanya anak tempatan jugalah yang terbaik. Perkahwinan adalah perkongsian jiwa dan roh pasangan untuk memenuhi fitrah memperbanyakkan zuriat. Perkahwinan bukan sekadar paras rupa dan seks semata-mata. Perkahwinan memerlukan pasangan itu berkongsi bahasa jiwa dan bahasa roh, selain berkongsi perbuatan fizikal dan spiritual. Contohnya: apakah bahasa rengekan seorang gadis magribi menepati rengekan anak gadis Melayu yang bersandarkan budaya tempatan. Apakah rajuk emosi wanita magribi sama nilainya kalau diintepretasikan makna rajuk itu dengan rajuk wanita Melayu? Suami berbangsa Melayu lebih memahami jeling isteri anak melayu berbanding jeling orang magribi, lebih memahami makna tersirat ketika isteri anak Melayu mengerutkan kening berbanding anak magribi, isteri anak Melayu akan berkias untuk menarik perhatian suami. Bolehkah isteri anak magribi memenuhi lompang yang ditinggalkan oleh wanita Melayu ini? Lagi...secara fizikal, bagaimanapula layanan isteri magribi terhadap keluarga suami jika budaya melayu tidak difahami sepenuhnya. Dan ketika marah, apakah marah isteri anak magribi sama marahnya dengan isteri wanita Melayu? ahhh...kalau ditulis dan diungkap satu persatu tak tidur 24 jam.. bagaimanapun kita kena ingat...jodoh di tangan Tuhan. Keenakan dan kenikmatan perkahwinan melibatkan wanita magribi dan melayu adalah umpama rasa kuih yang sama tapi dibuat oleh dua negara berbeza. Apakah nasi lemak Malaysia sama dengan nasi lemak Magribi? Apakah kebab magribi sama dengan kebab Melayu...tepuk dada tanya selera. hakikatnya anak Melayu pun cantik dan kecantikan itu bukan harus dinilai pada wajah tetapi mesti dinilai secara keseluruhan. Kesetiaan, keimanan, kesanggupan untuk berkorban dan kesediaaan menjadi wanita, isteri dan ibu sehingga ke akhir hayat!

    ReplyDelete
  2. lpas ni nikah kat masjid.pastu terus buat majlis doa selamat/kesyukuran kat masjid jugak..baca2 doa skit.tahlil skit..pastu terus makan2 kat laman masjid.ok senang..

    hahaha..just my 2cent thought.

    ReplyDelete
  3. @SingalautMetro
    Tuan! Sy sangat suka Tuan mempersoalkan ciri-ciri yang *tersembunyi* dalam gadis 2 bangsa berbeza ini. Semestinya hati manusia takkan sama bila diadun daripada 2 negara berbeza. Lelaki harus tengok ciri-ciri tersembunyi itu,baru kenal yang mana kaca, yang mana permata. Terima kasih.^_^

    @A. Aisya
    Terima kasih komen.Masjid itu Rumah Allah s.w.t. Setuju juga kalau semuanya nak dilakukan di Masjid. tapi harap kalau majlis yg nak diraikan kat masjid tu,jgnlah ganggu hal-hal lain kat masjid tu pula.

    ReplyDelete

Oh,anda sangat comel bila anda tinggalkan pesanan!