Saturday, December 11, 2010

Aku Tak Bodoh The Movie Vs Aku Yang Bijak Di Sekolah


Hui! (Awat ganas intro ni?) Ayat awal jadi macam tu sebab dah berapa hari rancang nak komen pasal movie Aku Tak Bodoh ni. Excited sebab cerita ni ditonton dengan si dia, yang *paksa* (bukan pujuk ok) tengok cerita ni walau ada berlambak movie best kat wayang sekarang. Harry Potter tak tengok lagi (walau novel dia dah khatam baca), Rapunzel macam comel nak tengok dan Skyline, Unstoppable, Narnia? Oh, akhir sekali terpaksa tengok Filem Melayu. Cet, tak semangat 1 Malaysia langsung! =P 



Tapikan, tak boleh nak kata cerita ni 100 % buatan Malaysia sebab ramai orang tahu, cerita ni diadaptasi daripada filem Singapura bertajuk 'I Not Stupid Too'. tapi jalan cerita agak lain sebab aku tanya gak ofismate aku yang tengok versi Singapura, banyak scene yang lain daripada filem asal. So, takleh juga nak kata filem ni *ciplak* ok.

Aku malas nak bagi sinopsis, nak tahu, baca sendiri kat Website dia k. Klik sini. (Tolong jangan baca sinopsis Bahasa Melayu yang ayatnya kelam-kabut. Aku baru perasan, tak faham langsung apa dia tulis! Aish.)


Apa yang aku boleh cakap, filem ni agak menarik juga. Awal-awal dah gelak. Memang pelakon-pelakon dia banyak yang tak familiar. 3 orang budak ni, yang sorang watak nama *Sudin* ni je aku macam pernah tengok dia berlakon kot. Amy Mastura dengan Riezman Khuzaimi tu memang familiarlah gak. Actually, perlu ke orang glamour je berlakon filem, tapi kalau mesej tak sampai, tak patut juga kan?

*Barisan Pelakon & Tenaga Kerja*

Filem Aku Tak Bodoh ni memang berjaya menyampaikan *maksud* atau mesej yang berguna untuk kita teladani pada zaman sekarang. Realiti, mak ayah yang tak suka *memuji* anak bila berjaya. Lagi satu bila mak ayah tak sokong minat anak-anak untuk ceburi bidang yang mereka minat. Macam dalam cerita ni, watak Roy yang suka tulis Blog dan siap menang *Anugerah Blogger* pulak tapi tak disokong mak dia walhal mak dia tu Editor Majalah. Logik ke? Huhu.

*Dua orang sahabat karib- Roy & Sudin*

Satu lagi ialah realiti mak ayah yang susah nak jawab soalan bila anak bertanya. Bila anak mereka bernama Jefri yang baru sekolah rendah tanya soalan, mak dia jawab sambil lewa je. Habisnya, budak tu pandai-pandai buat kesimpulan, bila lelaki dan perempuan pegang tangan, pusing-pusing keliling pokok, perempuan tu akan mengandung! Haha. Ni sebab pengaruh TV la ni. (Tapi ini bukan alasan untuk adakan *Pendidikan tentang Seks* di sekolah ok. Huhu)

*Rupa mak ayah bebel. Hihi*

Bila tengok movie ni dengan Hafiz, dia ada gak terasa bila tengok si Sudin ni kena marah dengan ayah Sudin ni sebab dapat markah tak berapa baik di sekolah. (Huhu. Dulu masa sekolah malas belajarlah tu. Tapi kat kolej dah jadi rajin ya. ^_^) Aku pula, bila tengok layanan cikgu lakonan Dato' Jalaluddin Hassan, memang terasa sebab masa sekolah, selalu dapat cikgu macam tu. Suka merendah-rendahkan murid terutama yang berada di kelas *bawah* atau kurang bijak. Ish.

*Cikgu yang garang. Uiks*

Biarlah aku selit sikit, pengalaman aku. (Tolong sudi baca- Nada ugutan tak melampau. Huhu) Masa aku sekolah menengah, aku masuk asrama penuh. Semua yang masuk, confirmlah UPSR 5A. Masuk sekolah tu, PMR aku dapat 6A je. Masuklah kelas D***** yang kononnya paling corot. Sedih masa tu kerana ada sesetengah cikgu layan kami macam budak bodoh. (Bukan semua, sebab ramai je yang baik. Sayang cikgu-cikgu saya - Nada ambil hati yang tak bodek. Huhu)

Ada seorang cikgu ni, asal masuk kelas je dia bukan mengajar. Tapi bagi sesi kaunseling. Ayat dia boleh dikatakan setiap kali subjek tu mula, "Apalah nak jadi kamu semua ni... Bla.. Bla..." Masa tu mulalah kepala *lentok* atas meja. Bangun-bangun dalam keadaan *mamai* cikgu cakap, "Ok, kita pergi ke Bab seterusnya." Haha. Ni memang realiti, aku tak tipu punya. Hobi aku masa sekolah ialah tidur. Mungkin sebab tu cikgu marah kot. Uiks.

Ok. Melalut panjang pula. Pasal cikgu mereka tadi, ada gaklah beberapa aksi kelakar masa cikgu nak rampas telefon bimbit dalam kelas. Masa tulah, si Sudin ni kena buang sekolah sebab nak dapatkan balik Handphone kawan baiknya, Roy. Sebab tu, ayah Sudin beria-ia *rasuah* Pengetua supaya dapat anaknya masuk semula ke sekolah dengan bagi hamper banyak-banyak. Ayah Sudin ni, walaupun garang, tapi romantik dan comel gak sebab dia suka cakap *I love you* kat anak dia. Haha.

*Ayah yang ganas di luar tapi dalam hati..Erm..*

Ada banyak lagi scene yang kelakar dalam cerita ni. Kalau ada anak-anak tu, sesuai juga bawa satu famili pergi tengok. Tak rugi bagi akula. Daripada 10 aku bagi 9 sebab ending dia sedih sikit. Huhu. Nampak sangat aku ni tak tahan sedih. Anyway, akhir kata daripada *pengomen tak bertauliah* ini, Selamat Menonton!

Maklumat lanjut & Sumber Gambar:

2 comments:

  1. dalam banyak-banyak dalam gambar tu saya minat kat Ahmad Puad Onah, hahahaha...dulu satu kerja...dia tu dulu Pengarang Berita harian Metro...hahaha. tapi apapun memang cerita tu okay..satu lagi yang lebih okay filem JANIN.

    ReplyDelete
  2. Haha.Tuan lagi nampak muka *Ahmad Puad Onah* daripada pelakon-pelakon yang ada ye. Mungkin sebab filem ni takde *heroin*, so,orang tak pandang sgt. Filem Janin tu bila keluar?Kalau cerita hantu saya jarang tengok.Takut.HIHI

    ReplyDelete

Oh,anda sangat comel bila anda tinggalkan pesanan!