Tuesday, December 21, 2010

Mandi Gaya ORANG KAYA


Mandi gaya orang kaya bukan bermakna mandi dengan *duit-duit* bertaburan kat bath up. Maksud aku sebenarnya, mandi dengan persekitaran yang selesa, tenang dan bersih. Orang kata, kalau nak tahu rumah tu *bersih* atau tak, tempat pertama patut tengok ialah bilik airnya. 



Sebagai designer, adalah juga beberapa kali aku kena design bilik air untuk client. Bilik air yang baik ialah yang mempunyai sistem pengudaraan yang baik iaitu dengan mempunyai tingkap untuk menghantar *bau* atau udara yang tak elok dicium lama-lama. (Haha, faham-fahamlah ya.) 




Tak cukup bajet untuk ubahsuai bilik air? Cadangan aku, cukup dengan mengecat baru dengan warna-warna yang ceria dan menenangkan (Contohnya Hijau). Boleh juga tambahkan jubin atau tiles yang boleh dibeli murah secara pukal. Tak perlu jubin yang mahal-mahal, asal cantik di mata kita, cukuplah. (Ingat, yang nak guna bilik air tu bukan orang lain, diri sendiri juga!) 





Selain itu, tujuan menambahkan cermin di bilik air bukan untuk tengok muka masa *gosok gigi* je. Cermin juga boleh buat bilik air nampak luas dan terang kerana cermin boleh memantulkan  cahaya lampu yang sedia ada di dalam bilik air.



Nak lagi cantik, tambahkan aksesori lain macam penggantung tuala, tumbuhan-tumbuhan dalam pasu atau sabun-sabun kecil. Tapi jangan terlampau *over* pula letak decoration tu.




Seeloknya bilik air juga mesti ada kabinet sama ada tergantung di dinding atau di bawah sinki. Tujuannya untuk menyimpan peralatan untuk membersihkan bilik air seperti berus atau sabun basuh lantai. Ada juga orang letak kabinet untuk simpan tuala-tuala bersih. (Ala-ala hotel gitu.) Boleh juga tambahkan rak kecil untuk meletakkan barang-barang lain seperti tisu dan berus gigi.




Kalau ada duit lebih, nak tambah bathup apa salahnya. Tak teringin ke nak mandi dengan buih sabun sambil berendam tak ingat dunia. Haha. Beli yang second hand ada kot. Tapi pastikan masih elok. Jangan ambil yang dah takleh pakai. Huhu.




Akhir sekali, pastikan sistem perpaipan anda dipantau. Jangan biarkan bilik air terutama sinki tersumbat! Sediakan tong sampah kecil supaya ada tempat untuk buang sampah-sampah berkenaan.


Semoga tips-tips yang diberikan berguna kepada anda. Selamat Mandi! (Ayat takleh blah. Mandi sorang-sorang dahla. =P)


Sources:
Bathroom Design Tips

13 comments:

  1. Huh, Kalau nak buat kat rumah aku, banyak modal nak keluar ni..

    ReplyDelete
  2. @Fairus
    Beli pokok-pokok kecik atau letak botol-botol syampu hotel sikit2 dahla. Jadi kreatif skit.huhu

    ReplyDelete
  3. @Atikah
    Mandi pun kn glamer2 gak..huhu

    ReplyDelete
  4. kalau bilik mandi orang yang kaya dengan kemiskinan macam saya macam mana lah agaknya designnya ya...hihihi..jangan marah gurau.

    ReplyDelete
  5. @Tuan Singalautmetro
    Saya bagi contoh untuk orang *kurang berkemampuan* boleh tiru gaya org kaya.Tapi guna kreativiti sendri.Cari brg2 yang murah atau *do-it-yourself* @ DIY macam cermin dan rak kecil yg boleh dikitar semula.Apa lagi Tuan, inilah masanya nak bersenam *mengecat* rumah! Huhu

    ReplyDelete
  6. phew ! takat mandi setengah jam bilik mewah camnie bek tok usoh la...hulur2 la kpd yg lebih memerlukan.

    ReplyDelete
  7. @Fasha
    Haha.Mandi 30 min x seminggu=210minit! Setahun?Sebulan? Confirm bersih!

    ReplyDelete
  8. hahahaha...design yang amat ideal dan kontemporari jugak tu..

    ReplyDelete
  9. cantik2 semua..selalu jadi idaman :)
    interior designer ke? boleh tempah utk design bilik mandi rumah sy nanti :)

    ReplyDelete
  10. @Amirez
    thnks.ni gmbr sy *kutip* dr internet je.yup.I'm ID.boleh je nak design rumah.huhu

    ReplyDelete
  11. Salam. Sy rumah aprtmnt. Jd kamar mandi tidak la besar.. Ada cara tak nk letak bathtub, ada kenalan ke bole design dan buat. Mgkin kene pecah dinding untuk amek ruang master bedroom la kot..

    ReplyDelete
  12. Salam. Sy rumah aprtmnt. Jd kamar mandi tidak la besar.. Ada cara tak nk letak bathtub, ada kenalan ke bole design dan buat. Mgkin kene pecah dinding untuk amek ruang master bedroom la kot..

    ReplyDelete

Oh,anda sangat comel bila anda tinggalkan pesanan!