Thursday, April 14, 2011

PENYAKIT & PERINGATAN


PERINGATAN buat diri sendiri dan orang-orang yang melintas dan membaca blog ini.



Penyakit ILMU ialah LUPA.


Penyakit CANTIK ialah RIAK.


Penyakit IMAN ialah KUFUR.


Penyakit MASA ialah TANGGUH.


Penyakit SANJUNGAN ialah LUPA DIRI.

P/s: Bertanya kepada diri sendiri, mengapa menulis blog? Adakah kerana sanjungan? Adakah kerana mengejar jumlah pembaca? Adakah kerana mendambakan *trafik blog* dan duit Nuffnang yang tinggi? Atau... Kembali ke fitrah asal. Menulis dengan niat ikhlas untuk berkongsi.?

Wednesday, April 13, 2011

Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal


Aku suka baca komik atau majalah humor. Masa aku kecik aku dibesarkan dengan majalah humor seperti Gila-Gila, Ujang dan kalau ada sisipan kartun di bahagian surat khabar, aku takkan terlepas baca. Antara otai-otai kartunis yang famous zaman dulu yang aku suka baca ialah Rejabhad, Ujang, Reggie Lee, Cabai dan semestinya Dato' Lat

Disebabkan sukanya aku dengan kartun-kartun *Buatan Malaysia* ni, masa studio projek 3rd Year, aku buat Muzium Lat. Masa itula aku kaji tentang latar belakang Lat dari beliau kecil sampailah beliau berjaya menjadi kartunis terkenal. Memang enjoy buat project museum ni sebab sambil buat research, sempat aku baca kartun-kartun Lat terutama kartun Kampung Boy, yang buat aku gelak sorang-sorang masa baca ceritanya.



*Haha. Tolong jangan gelak. Kerja time student ni.*

Jadi bila aku tau kartun Lat akan diangkat menjadi teater, aku yang tengok teater setahun sekali ni bersemangat memandu ke Istana Budaya untuk beli tiket. (Sampai sesat-sesat!) Sebelum pementasan bermula aku dah aim hari nak pergi tengok, iaitu 3 April, pukul 3 petang. Mula-mula aku nak beli tiket harga RM75 tapi belum mula teater, tiket dah habis dan hanya tinggal tempat duduk yang tak berapa nak best. Jadi aku beli tiket RM40 tapi tempat duduk dia betul-betul di tengah dan memang clear la dapat tengok. Huhu.


*Tu dia tiket dan buku cenderahati berharga RM15. (Yang aku mampu beli)*

Friday, April 1, 2011

Mahu Jadi Seperti Siti Khadijah?


Assalammualaikum. Selamat menyambut penghulu segala hari, hari Jumaat. ^_^

Entri pada hari ini agak panjang. Dah pernah post kat *notes* di Facebook aku. Tapi hari ni nak kongsi kepada pembaca-pembaca blog. Kisah cinta agung, Nabi kita Muhammad s.a.w dengan wanita pertama yang dicintainya, Siti Khadijah r.a.. 

Kisah Pernikahan Rasulullah S.A.W. dengan Siti Khadijah



Bermimpi Matahari Turun Ke Rumahnya.

Dia adalah Khadijah r.a, seorang wanita janda, bangsawan, hartawan, cantik dan budiman. Ia disegani oleh masyarakat Quraisy khususnya, dan bangsa Arab pada umumnya. Sebagai seorang pengusaha, ia banyak memberikan bantuan dan modal kepada pedagang-pedagang atau melantik orang-orang untuk mewakili urusan-urusan perniagaannya ke luar negeri.

Banyak pemuka Quraisy yang ingin menikahinya dan sanggup membayar mas kawin berapa pun yang dikehendakinya, namun selalu ditolaknya dengan halus kerana tak ada yang berkenan di hatinya. Pada suatu malam ia bermimpi melihat matahari turun dari langit,masuk ke dalam rumahnya serta memancarkan sinarnya ke semua tempat sehingga tiada sebuah rumah di kota Makkah yang luput dari sinarnya. Mimpi itu diceritakan kepada anak bapak saudaranya yang bernama Waraqah bin Naufal. Dia seorang lelaki yang berumur lanjut, ahli dalam mentakbirkan mimpi dan ahli tentang sejarah bangsa-bangsa purba. Waraqah juga mempunyai pengetahuan luas dalam agama yang dibawa oleh Nabi-Nabi terdahulu.

Waraqah berkata: "Takwil dari mimpimu itu ialah bahwa engkau akan menikah kelak dengan seorang Nabi akhir zaman."
"Nabi itu berasal dari negeri mana?" tanya Khadijah bersungguh-sungguh.
"Dari kota Makkah ini!" ujar Waraqah singkat.
"Dari suku mana?"
"Dari suku Quraisy juga.
"Khadijah bertanya lebih jauh: "Dari keluarga mana?"
"Dari keluarga Bani Hasyim, keluarga terhormat," kata Waraqah dengan nada menghibur. Khadijah terdiam sejenak, kemudian tanpa sabar meneruskan pertanyaan terakhir:
"Siapakah nama bakal orang agung itu, hai anak bapa saudaraku?"Orang tua itu mempertegas: "Namanya Muhammad SAW. Dialah bakal suamimu!"

Khadijah pulang ke rumahnya dengan perasaan yang luar biasa gembiranya. Belum pernah ia merasakan kegembiraan sedemikian hebat. Maka sejak itulah Khadijah sentiasa bersikap menunggu dari manakah gerangan kelak munculnya sang pemimpin itu.


Nabi Muhammad Berniaga 

Muhammad, bakal suami wanita hartawan itu, adalah seorang yatim piatu yang miskin sejak kecilnya,dipelihara oleh bapa saudaranya, Abu Thalib, yang hidupnya pun serba kekurangan. Meskipun demikian, bapa saudaranya amat sayang kepadanya, menganggapnya seperti anak kandung sendiri, mendidik dan mengasuhnya sebaik-baiknya dengan adab, tingkah laku dan budi pekerti yang terpuji.

Pada suatu ketika, Abu Thalib berbincang-bincang dengan saudara perempuannya bernama 'Atiqah mengenai diri Muhammad.
Beliau berkata: "Muhammad sudah pemuda dua puluh empat tahun. Semestinyalah sudah kahwin.Tapi kita tak mampu mengadakan perbelanjaan, dan tidak tahu apa yang harus diperbuat.
"Setelah memikirkan segala ikhtiar, 'Atiqah pun berkata: "Saudaraku, saya mendengar berita bahwa Khadijah akan memberangkatkan kafilah niaga ke negeri Syam dalam waktu dekat ini. Siapa yang berhubungan dengannya biasanya rezekinya bagus, diberkati Allah SWT.
Bagaimana kalau kita pekerjakan Muhammad kepadanya? Saya kira inilah jalan untuk memperolehi nafkah, kemudian dicarikan isterinya.
"Abu Thalib menyetujui saranan saudara perempuannya. Dirundingkan dengan Muhammad, ia pun tidak keberatan.
'Atiqah mendatangi wanita hartawan itu, melamar pekerjaan bagi Muhammad, agar kiranya dapat diikut sertakan dalam kafilah niaga ke negeri Syam .
Khadijah, tatkala mendengar nama "Muhammad", ia berfikir dalam hatinya: "Oh... inilah takbir mimpiku sebagaimana yang diramalkan oleh Waraqah bin Naufal,bahwa ia dari suku Quraisy dan dari keluarga Bani Hasyim, dan namanya Muhammad, orang terpuji, berbudi pekerti tinggi dan nabi akhir zaman." Seketika itu juga timbullah hasrat di dalam hatinya untuk bersuamikan Muhammad, tetapi tidak dilahirkannya karena khuatir akan fitnah.
"Baiklah," ujar Khadijah kepada 'Atiqah, "Saya terima Muhammad dan saya berterima kasih atas kesediaannya. Semoga Allah SWT melimpahkan berkatnya atas kita bersama.".
Wajah Khadijah cerah, tersenyum sopan, menyembunyikan apa yang tersudut di kalbunya. Kemudian ia meneruskan: "Wahai 'Atiqah, saya tempatkan setiap orang dalam rombongan niaga dengan penghasilan tinggi, dan bagi Muhammad SAW akan diberikan lebih tinggi dari biasanya.
"Atiqah berterima kasih, ia pulang dengan perasaan gembira menemui saudaranya, menceritakan kepadanya hasil perundingannya dengan wanita hartawan dan budiman itu. Abu Thalib menyambutnya dengan gembira. Kedua bersaudara itu memanggil Muhammad SAW seraya berkata:
"Pergilah anakanda kepada Khadijah r.a, ia menerima engkau sebagai pekerjanya. Kerjakanlah tugasmu sebaik-baiknya."
Muhammad SAW menuju ke rumah wanita pengusaha itu. Sementara akan keluar dari pekarangan rumah bapa saudaranya, tiba-tibalah ia mencucurkan air mata kesedihan mengenang nasibnya. Tiada yang menyaksikannya dan menyertainya dalam kesedihan hati itu selain para malaikat langit dan bumi.

Tuesday, March 29, 2011

Colors~



“The purest and most thoughtful minds are those which love color the most.”




"It is not the form that dictates the color, but the color that brings out the form."
-Hans Hofmann



"We are like chameleons, we take our hue and the color of our moral character, from those who are around us."
-John Locke



Wisdom does not show itself so much in precept as in life - in firmness of mind and a mastery of appetite. It teaches us to do as well as to talk; and to make our words and actions all of a color.
-Lucius Annaeus Seneca



“In order to have friendship you must look past the color to the soul, because within the soul lies a rainbow of many colors.”


“I found I could say things with color and shapes that I couldn't say any other way - things I had no words for.”

Wednesday, March 23, 2011

Cemerlang.Gemilang.Terbilang?



Ok. Hari ni super duper *malas* nak buat kerja sebab pagi-pagi tadi dah kena pergi rumah bos ada meeting. Biasala, orang kerja design rumah, maka meeting company pun kat *rumah* la. Hoho. 

So apa cerita hari ni? Result SPM dah keluar? Macam mana result *adik-adik* semua. (Panggil adik-adik ya. Sedar diri dah *tua*. Ouch!) Harapan akak adik-adik dapat keputusan yang cemerlang, gemilang dan terbilang la ye. Hihi.




Keputusan SPM yang cemerlang tak semestinya apabila dapat berbelas-belas A wahai adik-adik sekalian. Kalau adik-adik dapat *A yang lurus* (Straight A's) tapi masa periksa adik tiru kawan-kawan kat sebelah atau dapat soalan bocor sebab cikgu sekolah adik-adik antara orang yang buat kertas peperiksaan pun tak guna gak. (Heh, cakap macam ada pengalaman pula. Uiks.)

Cemerlang maksudnya di sini ialah adik-adik berhempas pulas belajar dan stay up waktu malam. Adik rajin buat latihan, nota dan buat kerja sekolah yang cikgu berikan. Bangun malam buat solat hajat, tahajjud dan taubat minta tolong DIA. Baca Yassin. Lalu bila adik dapat keputusan, tengok-tengok subjek yang adik selalu gagal (contohnya Add Math atau Matematik Tambahan) tiba-tiba adik LULUS!



Keputusan yang cemerlang juga maksudnya adik-adik hormat ibu bapa, guru-guru dan orang-orang yang bantu adik semasa belajar dulu. Sebab kadang-kadang dalam kelas ilmu susah nak masuk, jadi bila tanya kawan-kawan barulah adik faham apa yang diajar di dalam kelas sebelumnya. Lantas kecemerlangan yang adik peroleh hakikatnya adalah kecemerlangan adik dan orang-orang yang ada bersama dengan adik sewaktu adik belajar dahulu.

Heh. Akak ni pun pandai *cakap* je kan. Terus-teranglah adik-adik sekalian, keputusan SPM akak pun dulu tak setinggi mana. Akak cuma dapat A untuk subjek-subjek *Teras* macam Bahasa Melayu (kau tak dapat BM A, jangan duduk Malaysia la Dik.. Gulp!), BI, Matematik Moden dan Agama. Huhu. Kalau tanya keputusan yang lain menangis adik-adik tengok. Haha.

Akak dulu tak berapa bijak dalam subjek Sains. Terutama Kimia atau Chemistry. Masa kelas Kimia akak selalu tidur kat makmal Kimia. Bila cikgu tanya unsur-unsur Kimia kat Jadual Berkala tu sumpah akak tak ingat. Kecuali o2, Oksigen. (Itupun akak tanya ofismate ni ha. Ada ke aku ingat H2o tu Oksigen. Padahal itu air! Adui. Tiba-tiba dilanda amnesia pula.)


*Heh, ni bukan 'Jadual Berkala Kimia' ye adik-adik. Ini Jadual Code Internet!*

Tuesday, March 22, 2011

Jepun: Gempa Bumi & Tsunami.


Walaupun peristiwa gempa bumi dan tsunami di Jepun ni dah berlalu iaitu pada 11 Mac lalu, tapi aku nak tulis juga entri tentang malapetaka ni. Ternyata apa yang berlaku ni ujian daripada Allah dan petunjuk buat kita yang kadangkala sibuk mengejar hal dunia ni je. Tak percaya? Bacalah ayat ni:


Apabila berlaku hari kiamat itu, 
Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya. 
Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar) dan meninggikan (golongan yang taat). 
(Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebenar-benar goncangan. 
Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya, 
Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran..
(Surah Al-Waqiah Ayat 1-6)

Dalam Al-Quran, memang banyak petunjuk Allah s.w.t. nak bagi supaya kita beringat kepada apa yang mungkin akan berlaku. Tapi nasi sudah jadi bubur. Setinggi mana pun ilmu seseorang itu, takkan dapat lawan ilmu DIA. Jepun yang memang mempunyai kepakaran tinggi dalam teknologi masa depan dan bergelar negara maju juga akhirnya tewas dengan kuasa Allah s.w.t.

Apa-apa pun aku tetap respek dengan negara Jepun yang mempunyai teknologi dan persediaan yang boleh tahan hebatnya dalam menghadapi malapetaka seperti gempa bumi dan tsunami. Bukan negara je, malah rakyat mereka juga dah diajar tentang latihan keselamatan bila berlaku kecemasan. Lebih hebat bila berlakunya gempa bumi berskala 9 masih ada bangunan yang tetap berdiri kukuh dan tak rebah serta-merta! Respek dan tabik aku dengan mereka, lagi-lagi bila tengok video ni: 


Sepanjang aku belajar dalam bidang membabitkan bangunan, aku memang banyak kali didedahkan tentang skema pembinaan bangunan yang terbaik oleh negara Jepun. Ada cerucuk dikorek dalam tanah yang membantu bangunan tetap berdiri utuh walaupun gegaran berlaku di situ. Struktur bawah tanah itu juga disokong oleh satu tapak sokongan atau base isolation pads yang membantu bangunan daripada tumbang serta merta ke tanah.


Sunday, March 20, 2011

Antara Kemalasan Dan Kerajinan.



Ini adalah status aku di Facebook malam semalam. Aku tulis status macam tu sebagai peringatan kepada diri sendiri. Aku sedar aku dah jarang update blog. Serius rindu blog ni. Tapi aku tetap kena buat pilihan. Kadangkala aku kena korbankan blog demi kerjaya aku. Lagi pun aku tulis blog sebagai hobi. Tapi kerjaya aku... Separuh daripada hidup aku sekarang.


Aku pernah cerita pasal dilema kerja aku dulu. Alhamdulillah, sekarang aku dah tetapkan pendirianku. Aku akan terus berada dalam bidang aku sekarang. Tahniah buat diri sendiri sebab dah tiga kali tolak tawaran jadi pensyarah atau lecturer. Huhu. Orang lain beria dan berebut-rebut nak jadi pengajar. Tapi aku...

Kepuasan bekerja sekarang bukan sebab duit. Serius aku cakap kat korang. Gaji aku tak sampai RM2000. Hidup kat Kuala Lumpur ni, gaji di bawah RM3000 berada dalam golongan *miskin tegar*. Maknanya aku kerja sekarang bukan sebab duit semata-mata. Tapi kepuasan dalam bekerja itu penting. Daripada kepuasan itu juga mendatangkan pekerjaan yang ikhlas. Insya-Allah.



Kerjaya Interior Designer ni orang kata glamour. Dapat design rumah orang-orang kaya. Dapat travel jauh-jauh kalau kerja dengan company besar. Betul. Tapi kepuasan dalam kerja aku sekarang bukan datang daripada design rumah orang kaya. Tapi...

Kisahnya bila ada walk-in customer datang ofis aku. Akak ni datang nak buat kabinet dapur. Untuk grab pelanggan, kena cepat bagi harga atau cepat tawarkan servis supaya pelanggan tak lari. Jadi aku terus tawarkan diri untuk pergi buat ukuran di rumah dia. Sampai sana aku tengok dapurnya agak kecil. Maklumlah, tinggal di apartment jenis rekaan lama. Di dapurnya cuma ada concrete top untuk dia letakkan dapur dan sink. Kabinet dapur langsung takde, jadi bahagian bawah dapur hanya ditutup dengan kain langsir.

Saturday, March 12, 2011

Penghadang Dua Ruang.


Assalammualaikum dan salam sejahtera. Maaf sekali lagi sebab dah jarang update blog dan blogwalking. Sibuk yang dibuat-dibuat dan bila malam hanya mahu berehat di TV. Haha. Sumpah addicted tengok cerita Burn Notice kat Fox Channel Astro. Hensem dan lawak mamat Jeffery Donovan yang berlakon sebagai Michael Westen tu. Uiks.

*3 Mamat Hensem dalam 3 Siri Cerita yang aku suka tengok- Royal Pains, Burn Notice dan White Collar*

Kerana kemalasan dan kesibukan juga, niat untuk buat blog tentang design masih tak tercapai. Idea dah ada, tapi nak buat template dan background khas sikit punya lemah nak buka PC dan design. Doakanlah kerajinan itu terbit dalam diriku ini. Amin~



Hari ni nak kongsi design *penghadang* atau dalam English called as partition or divider. Penghadang ni bagus ada di rumah sebagai dinding sementara dan membahagikan ruang dalam rumah kepada dua bahagian dengan fungsi yang berbeza. Selain itu, adanya penghadang juga dapat menjimatkan kos anda untuk membina dinding baru hanya sebab mahu ruang tambahan dalam rumah. 





Thursday, March 10, 2011

Gabungan Meja Belajar & Meja Solek


Minta maaf sebab dah lama sangat tak update blog. Kerja banyak. Hari-hari ada client nak design rumah. (Bajet ramai client, padahal baru tunjuk harga dah cancel. Haha). Hari ni nak kongsi design meja belajar dan meja solek untuk client aku kat Damansara.


Design yang aku buat ni sangat simple kot. Sebab area agak kecil dalam Bilik Tidur Utama (Master Bedroom.) Material yang digunakan pun cuma gabungan acrylic dan melamine board.


Disebabkan ruangan agak sempit, maka warna lembut dan cerah dipilih untuk material dan cat. Aku saja letak warna purple kat situ. Tak tahulah tuan rumah rajin ke tak nak ada cat. Lagipun design belum proceed lagi ni. Doakanlah dapat ya. ^_^


Sekian saja entri ringkas aku pada hari ini. Ada kerja urgent untuk rumah Datin mana entah kena buat. Hari ni ada pekerja baru masuk opis aku. Harapannya, dia dapat meringankan beban kerja kat opis ni. Boleh aku buli dia nanti.. Haha.

Selamat bekerja semua! Salam.

Saturday, March 5, 2011

Sebelum Saya Mati...



Tajuk entri macam nak tinggalkan wasiat terakhir je kan? Huhu. Tapi siapalah yang boleh ramal kematian. 3 benda yang Tuhan dah tentukan, JODOH (dah jumpa ke?) REZEKI (Insya-Allah ada) dan MATI. Tahu tak bila?

Apa-apa pun sebelum mati, setiap orang akan ada impian masing-masing. Orang yang tiada impian atau matlamat umpamanya tiada hala tuju yang jelas. Impian yang kita citakan itu boleh jadi mustahil atau akan jadi kenyataan suatu hari nanti. Malah, setiap impian kita itu boleh jadi dapat membantu orang lain atau hanya diri kita sendiri



Sebab tu aku suka cara Candy Chang, seorang perancang bandar dan designer yang mengambil inisiatif untuk mengetahui impian penduduk di sekitar New Orleans. Beliau mengetahui kehendak dan impian mereka dengan mendirikan sebuah papan tulis di atas sebuah dinding rumah yang terbiar. Setiap penduduk boleh mengekspresikan kehendak itu dengan menyambung ayat *Before I die I want to* atau Sebelum aku mati aku mahu dan setiap impian mereka itu dapat dibaca oleh mereka yang melalui di jalan tersebut.




Usaha beliau itu ternyata memberi respon yang baik daripada penduduk di situ. Setiap patah kata yang tercatit di atas dinding hitam menggunakan kapur memaparkan impian orang ramai yang semestinya tidak mustahil untuk direalisasikan di muka bumi ini.


Adanya dinding sebegini, suara setiap orang dapat diluahkan dengan lebih abstrak dan kadangkala menyentuh hati nurani setiap orang yang membacanya. Niat baik manusia yang punya impian contohnya "Sebelum saya mati, saya mahu menyelamatkan hidup orang lain" menunjukkan masih ramai orang yang baik hati di dunia ini.




Tuesday, March 1, 2011

Bercinta Dengan Buku: Tiga Kali Seminggu


Bulan lepas aku berjaya membeli lima buah buku. Empat buah buku Bahasa Inggeris dan satu buku Melayu karya penulis kegemaranku, Faisal Tehrani. Buku bertajuk Tiga Kali Seminggu ini merupakan buku keempat tulisan beliau yang aku baca selepas novel Manikam Kalbu, 1515 dan 1511H Kombat.


Sebelum aku ulas lebih panjang tentang buku Tiga Kali Seminggu, ingin aku kisahkan mengapa aku begitu menggemari karya Pemenang Hadiah Sastera ini. Cerpen pertama beliau yang aku baca dalam buku teks Sastera suatu masa dulu, Kerana Manisnya Epal merupakan rujukan utama ku untuk menyusun ayat-ayat indah dalam penulisan ku. Seterusnya buku 1515 yang aku pinjam dari perpustakaan UIA tambah menguatkan minat ku terhadap hasil karyanya. Watak srikandi Tun Nyemah Mulya dalam buku tersebut begitu mempengaruhi aku sehingga aku pernah mencari kebenaran sama ada watak tersebut wujud atau tidak semasa zaman Portugis menjajah Melaka. 1511H Kombat juga aku pinjam dari perpustakaan namun jalan ceritanya aku sedikit lupa. Novel Manikam Kalbu pula adalah novel pertama yang aku beli berkisar tentang sisipan sejarah asal-usul baju kurung dan pakaian tradisional Melayu.


Berbalik kepada buku Tiga Kali Seminggu, buku yang menghimpunkan 15 cerpen karya Faisal Tehrani ini baru diterbitkan tahun lepas namun nukilannya adalah kesinambungan hasil karya beliau dari zaman awal penulisan beliau hingga kini. Cerpen Tiga Kali Seminggu yang diangkat menjadi tajuk buku merupakan ocehan beliau tentang seorang ustaz bernama *Ustaz Agil* yang menjadi rebutan di sebuah kampung. Kisahnya bersangkutan pula dengan janda bernama *Zaheeda* yang kesunyian setelah diceraikan suami. Cerpen ini ditulis dengan niat memberikan kisah sensasi dalam bentuk hiburan kerana nama watak utama hampir mirip kisah seorang ustaz atau *celebriti* di negara ini yang akhirnya berkahwin dengan seorang penyanyi bertudung. (Rasanya semua orang sudah dapat menangkap siapa mereka.)

Sunday, February 27, 2011

Bestfriend Saya Dah Kahwin!



Tahun 2011 ni ramai sahabat aku yang akan melangsungkan perkahwinan. Bestnya orang lain murah rezeki nak kahwin, aku ni duit simpanan nak kahwin pun tak tahu tahun bila baru cukup. Huhu.

Perkahwinan sahabat aku tahun ni dirasmikan oleh bestfriend aku sejak zaman sekolah rendah, Suhaida. Lama dah aku kawan dengan dia, sejak kami Darjah 1 Delima kat SK Convent Bukit Nanas 1 (CBN). Seingat aku hanya masa darjah dua kami lain kelas, yang lainnya semua belajar di kelas yang sama.


Aku rapat dengan Suhaida atau Su sebab utamanya sebab dia banyak cakap. Haha. kalau sapa kata dia pendiam memang tak kenal diala. Tapi kami paling rapat sebab kami naik bas sekolah yang sama masa aku darjah 5 dan 6 kerana kebetulan rumah kami sama-sama di area Ampang ni. Pukul 6 pagi dah kena naik bas sekolah untuk ke sekolah bawah Menara KL tu.

Banyak sangat kenangan masa sekolah rendah yang kami kongsi bersama. Biasalah, budak-budak. Main batu seremban, main getah, main baling kasut, dan semua permainan yang budak sekolah perempuan akan main. Haha. Paling kelakar masa darjah 6 kami pernah ada satu group *Sailormoon* yang selalu study sama-sama habis kelas tambahan. (Sebenarnya banyak *study sing* daripada study group kot.) Dalam group ni Su jadi Sailor Mars, aku jadi Sailor Venus. Haha. Gile kanak-kanak masa tu.


*Sailor Venus & Sailor Mars yang masih bekerja. Mungkin yang lain dah bersara kot. Haha*