Thursday, March 10, 2011

Gabungan Meja Belajar & Meja Solek


Minta maaf sebab dah lama sangat tak update blog. Kerja banyak. Hari-hari ada client nak design rumah. (Bajet ramai client, padahal baru tunjuk harga dah cancel. Haha). Hari ni nak kongsi design meja belajar dan meja solek untuk client aku kat Damansara.


Design yang aku buat ni sangat simple kot. Sebab area agak kecil dalam Bilik Tidur Utama (Master Bedroom.) Material yang digunakan pun cuma gabungan acrylic dan melamine board.


Disebabkan ruangan agak sempit, maka warna lembut dan cerah dipilih untuk material dan cat. Aku saja letak warna purple kat situ. Tak tahulah tuan rumah rajin ke tak nak ada cat. Lagipun design belum proceed lagi ni. Doakanlah dapat ya. ^_^


Sekian saja entri ringkas aku pada hari ini. Ada kerja urgent untuk rumah Datin mana entah kena buat. Hari ni ada pekerja baru masuk opis aku. Harapannya, dia dapat meringankan beban kerja kat opis ni. Boleh aku buli dia nanti.. Haha.

Selamat bekerja semua! Salam.

14 comments:

  1. aira, ada keje kosong x?nak apply..hehe..best rrr keje camni..suke2..nice la design tu..mule berangan nk ada rmh sndiri ni

    ReplyDelete
  2. @dla
    sorryla dla..jawatan dah diisila..heh..nanti kite bukak company bukak kat tganu dla jagala ye..hoho

    ReplyDelete
  3. @Fairus
    Thanks.Total dalam rm9K.huhu

    ReplyDelete
  4. cantik, i suka macam ni compact dan cantik. sangat nice.

    ReplyDelete
  5. @KHRLHSYM
    thank you.bila space dah limit,mmg kn compact macam ni.cuma perlukan byk lighting,takut tempat sempit & gelap.

    ReplyDelete
  6. sangat suka hasil kerja kat sini..
    nak jugak...

    ReplyDelete
  7. @para2
    thnk u.boleh datang ofis kalau nak buat cabinet ok.^^

    ReplyDelete
  8. kenapa dalam gambar nampak kemas dan cantik tapi bila letak kat umah tak secantik tu pun?

    ReplyDelete
  9. @papabear
    sebab kat rumah takde effect *lighting* yg sama.satu lagi rumah bila terlalu banyak barang,rupa kabinet asal dah takkan sama.^_^

    ReplyDelete
  10. Nice design. Yet, still kelebihan 3DS yang buat design awak nampak menarik n presentable. Saya pun main 3DS gak.. but more to building design XD

    ReplyDelete
  11. @Faizal & Fashitah.
    Thanks for the comment.Actually 3d saya tak berapa bagus berbanding visualizer yg professional macam awak.Heh.

    ReplyDelete
  12. cantiknya design...=)
    plan nak buat meja study jugak di study hall sebesar 7' x 8'. pening cari idea hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Nak cari idea untuk meja study google je gambar pastu bagi kat carpenter, minta quotation dan pilih material.Pastu kalau ok,terus buat pasang siap.Senang.

      Delete

Oh,anda sangat comel bila anda tinggalkan pesanan!