Saturday, May 7, 2011

Selamat Hari Mak!


Selamat Hari MAK, untuk Mak saya. Saya tak panggil 'Ibu', tapi panggil 'MAK'. Jadi esok hari istimewa untuk mak saya. ^_^

Kelebihan MAK Saya.
1. Ibu tunggal yang membesarkan 6 orang anak seorang diri. 5 daripada kami semua berjaya masuk ke universiti.
2. Menjadi Guru sejak dari tahun 1979. Bermakna sudah 32 tahun menjadi pendidik dan bakal menyambut Hari Guru juga pada 16 Mei ini. ^_^
3. Lahir pada 14 Februari 1955 dan setiap tahun akan dapat banyak hadiah daripada anak-anak, guru-guru dan anak-anak murid yang menyenangi beliau.
4. Sangat pandai membuat kek dan kuih-muih. Malah, menjadikan perniagaan menjual kek dan kuih sebagai pendapatan sampingan untuk menampung kehidupan diri sendiri dan anak-anak. Boleh dikatakan setiap pagi sebelum pergi ke sekolah akan mengadun kek coklat, kek Carrot atau muffin yang ditempah pelanggan. 
5. Sangat sabar dan tabah, sangat rajin, sangat periang dan sangat suka bermain dengan cucu!


Terima kasih buat MAK kerana tabah membesarkan kami adik-beradik dan tak pernah sekali pun mengalah biarpun terpaksa menempuh pelbagai halangan dan dugaan di dunia ini. Semoga Allah s.w.t. merahmati hidupnya dan menggolongkan dirinya di kalangan penghuni syurga. Amin~



Akhir sekali, saya tujukan lagu *Kasih Tak Bersyarat* ini untuk semua ibu-ibu, mak-mak, mama-mama, dan semua yang pernah melahirkan, membesarkan dan menjaga anak-anak tanpa bersyarat. Selamat Hari Mak! ^_^

13 comments:

  1. Salam..Alhamdulillah...mak awak memang seorang ibu yang mithali. Cekal dan tabah membesarkan awak dan adik beradik yang lain sehingga menjadi orang yang berguna. Bulan ini ada 2 sambutan lah untuk mak awak ye.Selamat Hari Ibu dan Selamat Hari Guru:)

    ReplyDelete
  2. selamat hari mak kepada mak kak ezd!
    :)

    ReplyDelete
  3. buat ibu kamu makcik hebat ;)

    ReplyDelete
  4. SELAMAT HARI EMAK JUGA UNTUK MAK SAYA... :)

    ReplyDelete
  5. @Kimmy Kazuma
    Terima kasih Kimmy.2 sambutan.2 hadiah.haha

    ReplyDelete
  6. @Myss
    Thanks Huda.Happy mother's day for your mom too..Bila Huda nak jadi *mother* ni?haha

    ReplyDelete
  7. @Naz
    Thnks Naz.Emak awak juga tentu hebat.^_~

    ReplyDelete
  8. @Fairus
    Selamat Hari Emak utk mak awak juga.^_^
    Oh,to your wife too.^_^

    ReplyDelete
  9. aira.....jum kita syg mak kita hari2..hehe..

    ReplyDelete
  10. @Dla
    Wah..good idea.mmg sayang hari2.tapi nak ckp dpn2..mcm segan..knp ye?

    ReplyDelete
  11. kak ezd..erk ble eh nak org wish mother's day kat saya plak? *belum masanya lagi kot* hehe..papepun, doakan yg terbaik buat kami :D

    ReplyDelete

Oh,anda sangat comel bila anda tinggalkan pesanan!