Selepas artikel LEGO Land aku mendapat kunjungan paling ramai dalam blog ni, sekarang aku nak kongsi kegunaan blok-blok LEGO lain yang super duper smart kat dalam blog ni. Memperkenalkan, Legotron, Mark I - sebuah kamera ciptaan jurugambar bernama Cary Norton!
Kalau dah namanya *orang seni*, semua perkara seni yang dilakukan mestilah diiringi dengan daya kreativiti yang tinggi. Bermula pada Ogos 2009, beliau bercadang untuk membuat 4x5 format kamera menggunakan blok-blok LEGO. Seterusnya beliau telah bersungguh-sungguh melukis dan menyediakan spesifikasi kamera tersebut menggunakan beberapa aplikasi LEGO dalam komputer.
Beliau tidak mahu model tersebut hanya wujud di layar skrin komputer, sebaliknya mahu model kamera tersebut benar-benar berfungsi. Dengan menggunakan lensa 27mm, kamera tersebut akhirnya berfungsi untuk mengambil potret-potret hitam putih yang sangat klasik!
*Potret hitam putih*
Menurut Cary Norton, projek membuat Legotron, Mark I ini sudah banyak kali bertangguh dan akhirnya mengambil masa setahun lebih untuk dihasilkan. Akibat bertangguh-tangguh juga, model kamera ini tiada ukuran yang khusus dan saiznya bergantung kepada blok-blok LEGO yang boleh memuatkan bekas filem. Beliau juga menghasilkannya secara suka-suka kerana beliau sangat suka mengambil gambar. Malah, beliau juga bukanlah true fans of LEGO. Uiks!
*Lensa & skrin paparan gambar*
Sekarang ni semua orang dah tahu begitu banyak fungsi blok LEGO ni, tapi hanya orang yang berfikiran seperti Cary Norton yang mampu menghasilkan idea sebegini. Senang cerita, beliau memang sangat kreatif dan tidak berputus asa melakukan sesuatu yang mencabar asalkan apa yang diimpikannya tercapai.
*Lagi gambar-gambar yang diambil menggunakan Legotron, Mark I *
Tengok cara Cary Norton ni, buat aku sedar kalau aku minat buat sesuatu tu, kadang-kadang aku hanya mampu buat benda tu
Kalaulah aku boleh sambung kerja yang tertangguh macam Cary Norton ni, mungkin aku boleh jadi lebih baik daripada yang sebelumnya. Mungkin.
Sumber:
Camera Made Essentially From LEGO Bricks
Legotron, Mark I — 4×5 Camera made of LEGO bricks
Cool....
ReplyDeleteTaman Gantung
cool gila ;D
ReplyDeletelawa jugak hasil dia kan..mcm gmbr zmn mak2 dulu..nice^^
ReplyDeleteerkkk, dla pun dh x seaktif dulu dah blogging, seminggu, 2,3 entry je sempat..sbb dla mmg xnak paksa cam dulu, betul2 ada masa n ada cite yg nak dishare baru laju sikit dla update..tp bnda ni x boleh tinggal lame2, nt jd blur kan nak taip..kalo dla la..
perghhh cair tengok gadget macam ni
ReplyDelete@Miecyber
ReplyDelete;)
@Scya Lollita
ReplyDeleteaah,cool kan? ^_^
@Dla
ReplyDeletehaha..klasik,gambar2 mak2 ye..
mmg ssh nak selalu update dla.skrg kerja byk gile.kat kpala idea mmg ada,tapi tula,dah kerja makan gaji..knla wat kerja..hoho
@Naz
ReplyDeletejom beli LEGO,buat gadjet camni..haha
MEMANG COOL LAH..
ReplyDelete@fairus
ReplyDeletecool,leh letak kat muzium tak?haha
klasik2 hehehe... nway thanks :)
ReplyDelete@shopping2u
ReplyDeletewelcome & thnks balik..ahaha