Sunday, May 22, 2011

HIDUP & AJAL


Semalam aku OT (overtime) kat ofis sampai pukul 10 malam. Sibuk-sibuk tunggu render 3D dan main AutoCAD ada orang post kat Facebook pasal kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat. Berita lebih lanjut di sini.

Aku yang tengah buat kerja pun hilang mood sebab sedih sangat bila baca cerita macam ni. Betul orang cakap, ajal maut di tangan Tuhan. Tapi ajal yang disebabkan kelalaian manusia sendiri (bina bangunan tepi lereng bukit), perkara begini memang menyentuh hati. Lagi-lagi bila tengok ada mayat-mayat yang tertimbus di bawah runtuhan tersebut. Subhanallah. Sedihnya....

Gambar sumber dari Berita Harian. Klik sini untuk gambar lagi banyak.

Al-fatihah untuk semua yang terbunuh dan takziah buat ahli keluarga mereka juga. Kita sama-samalah doa semoga mereka semua berada di kalangan orang yang beriman. Amin~

Bercakap tentang ajal, sejak akhir-akhir ni memang aku asyik ingat mati je. Masa tengah bawa kereta ingat mati, sebelum tidur ingat mati... Bila-bila rasa nak ingat tu, akan ingat juga. Aku ingat tentang mati bukan sebab aku nak mati cepat. Tapi bila aku ingat tentang mati ni, aku akan rasa nak muhasabah diri aku balik. Aku renungkan balik apa yang aku buat hari-hari, apa yang aku dah buat sepanjang hidup 26 tahun ni. Banyak ke ibadah? Banyaknya dosa dan banyak ke amal kebaikan yang dibuat untuk tebus dosa tu semua?


Malam tadi aku terpanggil untuk baca buku bertajuk "Bawa Hatimu Kepada Tuhan" karya "Amaluddin Mohd Napiah". Dalam buku ni ada tulis tentang pesanan Luqmanul Hakim kepada anaknya:

"Wahai anakku, kalau engkau meragui benarnya mati itu, maka janganlah engkau tidur. (Namun) seperti mana engkau akan tertidur (juga akhirnya kerana terlalu mengantuk), maka demikian jugalah dengan kematian. Dan apabila engkau meragui pula kebenaran hari kebangkitan, maka janganlah (sekali-kali) engkau cuba bangun daripada tidurmu (namun nescaya engkau akan terjaga juga daripada tidurmu), maka demikianlah juga hari kebangkitan. Kamu akan dibangkitkan selepas kematianmu."



Tidur itu umpama mati seketika. Begitu juga dengan bila kita bersin, umpamanya kita mati satu saat. Dalam satu ceramah Dr. Fatma ElZahra (ustazah dalam rancangan Ar-Rayyan kat Astro), bila bercerita tentang tafsir dan fadhilat Al-Fatihah, beliau ada menyebut tentang kebaikan membaca Alhamdulillah terutama selepas kita bersin.

Kata beliau, bila kita bersin, semua sudah berhenti. Jantung dan nyawa semua sudah berhenti. Jadi bila semua dah berhenti dan hidup semula kita patut bersyukur dan mengucapkan Alhamdulillah. Sebab tu bila bersin, ucapkanlah Alhamdulillah kerana kita bersyukur, Allah s.w.t. bagi kita nyawa kita balik. Wallahualam.

Ajal atau mati ni tak kenal usia. Baru-baru ni aku nak wish birthday kat sorang mamat ni kat Facebook. Dia add aku dah lama dah, aku approve je sebab tengok dia macam baik. Sekali aku bukak wall dia, penuh dengan ungkapan Al-Fatihah. Rupa-rupanya dia dah meninggal dunia Januari lepas sebab sakit, pada usia dia belum lagi 28 tahun. Aku pun terkejut sebab walaupun aku tak kenal dia, tapi bila aku baca apa yang kawan-kawan dia post, diorang semua cakap dia kawan yang baik.


Masa tu jugalah aku teringat sahabat baik aku, Allahyarham Zaini yang meninggal dunia 3 Mei 2010 iaitu tahun lepas. Masa dia dah takde ni la, baru rasa betapa aku hargai dia sebagai kawan aku. Sekarang memang rasa sunyi sangat dia takde. Kalau tak selalu gak keluar dengan dia sebelum aku ada BF dulu. =(



Kematian menyebabkan kita insaf dengan hidup kita. Kematian membuatkan kita meneliti balik, nilai kehidupan kita. Officemate aku yang berbangsa Cina dan tak beragama pun ada cakap, nilai seseorang itu bergantung kepada apa yang dia dah lakukan dalam hidup dia. Aku sokong cakap dia tu, sebab walaupun dia tak percaya kepada Tuhan, sekurang-kurangnya dia tahu nilai hidup dia. (Tapi kalau dia percaya kepada Tuhan, mestilah lagi baguskan?)

Nilai hidup seseorang itu, kalau hidupnya sibuk dengan kerja, kerja dan kerja, bila dia mati dengan harta yang banyak pun, berapa sangatlah nilai dirinya. Berbanding dengan orang yang hidupnya juga bekerja tapi masih ada masa untuk orang lain, bersosial dan berjumpa kawan-kawan, ada masa nak borak-borak dengan keluarga, ada masa untuk diri sendiri, nilai hidupnya mesti lagi tinggi berbanding golongan yang pertama tadi. 


Namun yang paling penting bagi aku, selain hubungan sesama manusia, hubungan dengan Tuhan itu paling penting. Allah s.w.t. yang bagi kita pinjam hidup ni. DIA bagi percuma ke? Tak. Tapi DIA suruh kita hidup ingat kepadaNYA. Ingat nikmat kehidupan dunia ni dia nak suruh kita bersyukur kepadaNYA. Hidup untuk beribadah kepadaNYA. Astagfirullahala'zim. Semoga Allah s.w.t. tarik balik hatiku andai aku terlalai sekejap. Amin~

Kesimpulannya, sentiasalah ingat tentang kematian. Kita takkan tahu bila ajal kita Allah s.w.t. nak tarik. Segalanya bergantung kepada Allah s.w.t. Apa yang aku betul-betul doa, semoga Allah s.w.t. takkan tarik nyawa aku sebelum aku sempat bernikah dan berkahwin. Amin~

Get On Life! - Teruskan Hidup!
Save our Soul- Namun peliharalah hati ini. (hanya untukMU Ya Allah Ya Tuhanku.)


8 comments:

  1. memang serius sedih kan psl tanah runtuh tu..xleh byg camne..kite kene bersyukur sgt2 skang ni..dlm ms yg sm kene beringat, ajal x mengira tempat dan masa..Al-Fatihah kepada mangsa yang meninggal dunia..

    ReplyDelete
  2. @Dla
    tula kan Dla.budak2 ni kecik2 lagi.ajal dah sampai..kita ni ntah bila..

    ReplyDelete
  3. salam kak aoraniez...
    hmm,teringat ni...

    the man who decided to change on 12th hour dies on the 11th...

    ReplyDelete
  4. kadang insaf sesal seketika bila seseorang pergi. tetapi entah kemana rasa itu semua hilang bila dunia beri kita rasa gembira tak terperi. haihhh saya masih lemah dalam pelbagai aspek. saya cuba yang terbaik :)

    ReplyDelete
  5. @Fasihah
    Erm...sorry,tak pernah dgr quotes tu...ada movie pasal quotes tu ya?

    ReplyDelete
  6. @Naz
    =( Betul..bila orang hilang,insaf tu singgah sekejap je...takut bila kita hilang betul2...sama2 kita muhasabah dri k...

    ReplyDelete
  7. KITA HIDUP DI DUNIA MEMANG SEMENTARA... JADI SAMA2LAH BERINGAT.

    ReplyDelete
  8. @Fairus
    Hidup sementara ni yang paling menydihkan ialah bila kehilangan orang tersayang...=(

    ReplyDelete

Oh,anda sangat comel bila anda tinggalkan pesanan!