Friday, May 20, 2011

PENGHARGAAN



Assalammualaikum w.b.t.

Hai Blog! Apa khabar? Sunyi sepi je kan? Biarlah sunyi. Kalau bising sangat nanti orang tak mahu singgah tanya khabar. Haha. Ye ke? Pandai-pandai je saya ni. Walhal blog ni akan sentiasa saya buka hari-hari. Cuma hanya lalu melintas. Tak lalu untuk mencoret. Sorry ye...

Hari ni nak membebel puas-puas! Ha, baru kau rasa blog! Terimalah hentakan huruf-huruf keyboard komputer ni! Haha. Padan muka. Ok. Sorry. Saya sayang blog ni. Banyak *khazanah* saya kat dalam ni yang saya tak mampu buang sampai bila-bila. Baru-baru ni blogspot tak boleh buka beberapa hari, tiba-tiba ada 2 komen hilang pun saya dah sedih, apatah lagi hilang semua benda-benda yang saya pernah cerita, coret dan cuit dalam blog ni...Ya blog, saya hargai awak sebagai tempat saya membebel dan berkongsi rasa. Terus tepat perasaan diluah dari hati!



Jadi maafkan saya blog. Awak maafkan saya kan? Saya manusia yang alpa dengan kesibukan dunia. Kesibukan yang kadangkala saya lupa apa hadiahnya. Saya berjuang untuk hidup. Cari duit. Cari rezeki. Cari kegembiraan yang timbul tenggelam. Tapi akhirnya bertemu kesedihan yang melukakan. Manusia. Memang begitu. Sangat senang lupa. Makanya, kata Mahathir tu salah! Bukan hanya "Melayu mudah lupa." Tapi sifat semulajadi manusia itu sendiri, mudah lupa dengan apa yang ada di depan mata.


PENGHARGAAN 1

Saya mencari penghargaan. Penghargaan daripada mereka yang rapat dan dekat. Saya cari semua itu daripada mereka. Saya tiada niat mengungkit. Saya cari penghargaan itu daripada perbuatan. Jangan harap! Orang yang *rapat* dengan saya itu kebanyakannya hanya *rapat dalam hati* tapi nun jauh dari pandangan mata. Jadi saya mengharapkan sekurang-kurangnya ucapan penghargaan itu dengan kata-kata. Tapi akhirnya apa yang saya dapat? 




Apa yang saya akhirnya dapat ialah, kata-kata sinis yang mengguris. Kata-kata ringkas tapi membekas. Saya umpama tersedar pada waktu itu. Adakah saya salah memilih orang untuk melemparkan tenaga bernama *pengorbanan*? Adakah apa yang saya laburkan dalam ikatan bernama ukhuwah persahabatan itu renjisnya bahasa untuk menempelak tiba-tiba?

Tapi Alhamdulillah. Allah s.w.t. itu Maha Pengasih dan Penyayang. DIA terbitkan dalam hati perkataan MAAF. Jadi saya maafkan. Saya ikhlas. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Biarkan kata-kata yang menyakiti. Ubatkan dengan kenangan yang pernah terpatri. Sahabat. Ada yang datang, ada yang pergi. Ingat tu wahai Ezdiani... ^_^



PENGHARGAAN 2
Saya juga merenung penghargaan seorang lelaki buat wanita yang ada di samping mereka. Oh lelaki. Hari ini saya bertanya berkali-kali. Mengapa masih ada perkataan curang di antara perkataan suami isteri? Mengapa ada orang ketiga yang tak sedar diri? Diambil hak orang tanpa menyedari mereka menyakiti kaum mereka sendiri?



Boleh tak saya cakap terus tembak? Oh, tak boleh lagi... Saya tak mahu ada yang termakan cili, rasa pedasnya hingga ke sendi. Saya ungkapkan di sini, betapa saya benci perempuan yang merampas kebahagiaan perempuan lain yang bernama ibu dan isteri. Sebab perempuan itu umpamanya pencuri dan suka sembunyi. Cuba terkena batang hidung sendiri, baru kau rasa sakitnya hati!

Kecewanya saya bila ada lelaki yang tak hargai perempuan yang sentiasa di sisi. Bila ada tak mahu hargai, bila sudah tiada, baru tercari-cari! Lelaki itu sebenarnya ramai yang tak mampu berdikari. Sentiasa mahukan teman pengubat sunyi. Bila teman jauh, mulalah cari pengganti. Oh, sanggup mereka lakukan begini! Dulu asyik menabur janji. Katanya akan setia sampai mati. Tapi kini....



Beraninya saya berbicara. Macam pernah ada pengalaman saja. Jujur saya adalah mangsa. Anak mangsa perpisahan ibu bapa. Betapa perit hidup tanpa ayah di sisi. Akibat dicuri perempuan tak kenang budi. Selamanya saya membenci perempuan si perampas suami. Namun dia ayah, ada darah dalam badan, saya maafkan tanpa mahu berfikir lagi...

Saya mahu ungkapkan penghargaan buat mereka yang masih hidup dan wujud di muka bumi. Saya mahu kongsi apa yang semua masih mampu baca dan perhati. Perkataan-perkataan yang baik saya taipkan di blog ini. Gambar-gambar yang di mata saya nampak indah, saya tatapkan biar berseni.

Itu penghargaan saya buat yang masih ada di bumi Ilahi. Buat mereka yang sudah tiada, penghargaan yang saya hadiahkan cuma doa ikhlas dari hati. Saya doakan, Allah s.w.t. pelihara dan lindungi mereka daripada azab kubur yang tak diingini.

Hargailah orang yang ingin dihargai. Hargailah mereka yang berkorban. Dan hargailah mereka yang masih ada. Kita takkan tahu nilai penghargaan itu sehinggalah diri kita dihargai oleh orang-orang yang menyayangi kita tak kira semasa kita masih hidup atau sudah tiada....

8 comments:

  1. mmg pantang kalau lelaki tak hargai wanita. ape dia igt, kite barang permainan. grr.

    btw, komen dengan entri yang hilang hari tu dah ade lah sayang. :)

    ReplyDelete
  2. sometimes kalo kes curang ni xleh salahkan perempuan je..org kata tepuk sbelah tgn xkan berbunyi..percayalah bhw setiap apa yg berlaku pasti ada hikmahnya..so, take care ye aira..hargailah org yg tersayang, sgt betul tu dear^^

    ReplyDelete
  3. @Cik Azeya
    Thanks again sbb singgah..lelaki mmg ssh nak hargai wanita..tapi apa leh buat..dah nafsu dorg tu *satu* tu je..hoho

    ReplyDelete
  4. @D_la
    betul gak tu..mmg takleh salahkan satu part je.tapi sedih gak,walaupun bnda tu tak jadi kat diri sndri..huhu...

    ReplyDelete
  5. @Miecyber
    Betul.peringatan untuk penghargaan.terima kasih komen. ^_^

    ReplyDelete
  6. TERIMA KASIH EZDIANI...

    ReplyDelete

Oh,anda sangat comel bila anda tinggalkan pesanan!