Masa kecik-kecik dulu siapa suka conteng dinding angkat tangan! Di sini aku nak buat pengakuan, aku antara pelukis *mural* tak bermoral conteng dinding rumah masa kecik. Huhu. sampai sekarang, cita-cita aku kalau ada rumah, aku nak conteng tangga rumah aku. Nak buat macam graffiti camtu. Berangan. Hihi.
Nasiblah mak aku tak marah teruk atas perbuatan aku tu. Kalau tak, tidaklah saya menjadi seorang *designer*, kan mak? Huhu. Mungkin pelukis dari British bernama Charlotte Mann ni juga suka conteng dinding masa kecil. Tengoklah hasilnya sekarang....
Cantikkan? Lukisan dinding ini dilukis menggunakan pen marker berdakwat tebal dalam skala 1:1. Lukisan dinding yang dihasilkannya juga nampak dalam bentuk 3 dimensi atau 3D walaupun sebenarnya dilukis di atas permukaan rata berwarna putih dalam 2D. Berapa banyak penlah dia gunakan agaknya ya?
*Agak creepy tengok orang-orang ni.*
Selain lukisan dinding, lukisan Charlotte Mann yang juga bekas pelajar jurusan fesyen ini juga dihasilkan sebagai props atau latar persembahan fesyen. Nak tengok lebih detail, boleh pergi ke sini.
Pada pendapat aku, Charlotte Mann ni tentunya seorang yang sangat detail dalam setiap hasil kerjanya. Nak buat lukisan macam ni perlu main dengan pelbagai saiz mata pen dan lineweight. Benda nampak mudah tapi kalau akulah, memang fail part sketching ni. Huhu. Walau bagaimanapun, hasil kerja beliau yang paling aku suka tentunya bila membabitkan interior design macam kat bawah ni!
*Macam real je tingkap tu kan?*
Jadi kepada para ibu bapa yang selalu marah-marah anak yang suka conteng dinding tu, eloklah jangan terus marah-marah mereka. (Macam mak aku.) Siapa tahu, bakat *menconteng* yang mereka ada itu, bila diketengahkan dan diberi sokongan, suatu hari nanti mereka boleh jadi seperti Charlotte Mann ni?
Nak tengok lebih hasil kerja beliau, boleh pergi ke website rasmi beliau di sini.
P/s: Tiba-tiba rasa rindu nak sketching. Kena bawa suruh si dia bawa buku sketch Ahad ni. Sambil dating boleh melembutkan jemari ni. Ewah...
wahhhhhh..kagum tengok hasil contengan dorang..tp bila hasil tu menjadi mmg rs puas giler kan..
ReplyDelete@Dla
ReplyDeleteTula.tengok hasil kerja orang lain terasa nak buat sendiri.Tapi taktaula jadi ke tak.Huhu
cantik.. i like.. :)
ReplyDelete@Fairus
ReplyDeletehaha.Nanti buatlah kat rumah Encik Fairus.Tampal hasil kerja hari tu.^_^
perghh sakit hati tengok karya mereka. cemburu tak ada bakat macam tu
ReplyDelete@Naz
ReplyDeleteCemburu dengan kelebihan orang lain.Dan saya cemburu dengan kelebihan Naz mengatur ayat2.^_~
tersangat la cool!!!
ReplyDelete@KHRLHSYM
ReplyDelete^_^
salm
ReplyDeletebetul betul art..cantik dan cool
@b.r.u.t.a.l.s.o.l.o
ReplyDeleteseni itu cantik.^_^
Eventhough I don't understand the text, the images are something else. Did the artist used charcoal or your ordinary lead pencil. In some parts they look like they had been sketched like caricatures, in others they look like one of those 3D art that had been put together.
ReplyDelete@Fort Lee Landscaping Design
ReplyDeleteHey Fort Lee.Thanks for visiting my blog.Based on my reading the images are drawn using technical pen/drawing pen.It's not charcoal because the best charcoal effect can be seen when its on canvas.Yup,there's 3D art that actually 2D.^_^
nampak real laa...
ReplyDelete