Wednesday, May 11, 2011

Konsert Opera Hidup Wings - Acoustica Bersama Superfriends


Kalau tanya kumpulan rock WINGS, siapa yang tak kenal, jangan duduk Malaysialah ye. Hihi. Selain kumpulan Search, kumpulan WINGS merupakan salah sebuah kumpulan Rock yang menjadi lagenda dalam industri muzik tempatan. Awie (vokalis), Joe (gitar), Eddie (bass) dan Black (drum) sama-sama mendaki puncak kegemilangan mereka bermula dengan album kedua bertajuk Hukum Karma yang dipasarkan pada penghujung tahun 1988. 1988 ialah tarikh Encik Hafiz lahir. Maka mungkin masa dalam perut mak dia, dia dah mula nyanyi lagu WINGS. Haha.


Memang niat sebenar untuk pergi ke Konsert Opera Hidup Wings ni semata-mata nak temankan Hafiz tengok secara live kumpulan kegemarannya. Sebenarnya aku pun minat juga lagu-lagu WINGS macam Sejati, Bernafas Dalam Lumpur, Di Ambang Wati, etc. Tapi aku rasa Hafiz lagi kenal lagu-lagu WINGS yang ada lebih 20 buah album sepanjang penglibatan mereka selama 25 tahun. Dasyat kan?

*Antara album yang best- Bazooka Penaka (Ada lagu 'Di Ambang Wati & Bernafas Dalam Lumpur)*

Kami pergi tonton konsert tersebut pada pukul 3 petang di Istana Budaya. (Nampaknya aku dah kena demam asyik pergi IB selepas Lat Kampung Boy - Sebuah Muzikal bulan lepas. Haha.) Sebelum konsert kami sempat usha-usha motor keluaran Harley Davidson kat lobi IB. Kalau dapat sebijik yang warna purple ni kan best. Hihi.

*Motor purple*


*Bergambar dengan motor-motor*

Bila dah masuk dalam dewan baru sedar yang konsert pada petang itu bukan Konsert Opera Hidup Wings - Rockestra atau konsert yang diiringi Orkestra Simfoni Kebangsaan. Sebaliknya, konsert yang kami tonton tu ialah Konsert Opera Hidup Wings - Acoustica bersama Superfriends!

Nak tahu siapa Superfriends? Tengok jela poster kat bawah ni.




Memang tak sia-sia pergi tengok konsert ni. Muzik mantap, lagu-lagu pun sedap-sedap. Bukan lagu nyanyian WINGS je yang dinyanyikan tapi juga lagu nyanyian otai-otai rock yang lain, contohnya lagu Srikandi Cintaku - nyanyian asal kumpulan Bloodshed yang dinyanyikan duet oleh Jaclyn Victor dengan Awie dan Hati Emas - nyanyian asal kumpulan Kembara yang dinyanyikan sekali lagi oleh M. Nasir dan Awie. Best ok! Tapi bagi gabungan paling mantap bila Lan Typewriter, Nash dan Awie bergabung menyanyi lagu Potret Monalisa. Vokal Lan memang superb sedap!

Sepanjang konsert, walaupun kami semua duduk selesa kat atas kerusi, tapi bila part nyanyi ramai-ramai memang happening habis! Aku tengok akak kat sebelah kerusi aku terkumat-kamit nyanyi. Ni mesti zaman muda-muda dia memang layan lagu WINGS je ni. Aku zaman muda layan KRU dengan 4U2C. Kahkah. 


Bagusnya konsert bersama Superfriends ni bukannya menghimpunkan penyanyi-penyanyi jemputan saja. Tapi Superfriends ni juga terdiri daripada pemuzik rock handalan antaranya Yazid (Search), Ujang (Slam), Kid (Gersang-Search) dan Man Kidal (Lefthanded). Memang seronok dapat dengar muzik secara live macam tu. Tapi kalau dapat dengar dengan orkestra.. Aduhai... Mesti lagi best.



Semestinya aku tak menyesal beli tiket untuk konsert ni walaupun harganya.. Erk. Kebetulan daripada duduk di tingkat atas sekali, kami dipindahkan ke tingkat bawah sikit dan boleh duduk mana-mana! Pemandangan dari tempat kami memang terus ke pentas sebab kerusi depan Hafiz kosong. Haha. 

Aku happy sebab dapat buat Hafiz happy. Dia memang sangat suka WINGS. Sebab tu sekarang dia dah jadi sebahagian Official Wings Fan Club - Sayap-sayap Wings!


*Kalendar & Fan Club Card*

*T-shirt*

Untuk gambar lagi banyak, boleh pergi ke Facebook Airaniez's Life Blog ok!


Sources: 
Konsert Opera Hidup Wings


P/s: Entri ni dah lama tulis. Baru berkesempatan nak publish. Sangat sibuk sekarang ni. Huhu

9 comments:

  1. Bestnya kalau dapat bawak motor tu..

    ReplyDelete
  2. wahhhhh...dpt kenal encik hafiz aira..hehe..kalo konsert camni msti gempak giler kan..best2

    ReplyDelete
  3. @Alan Rizque
    Haha.MMg best dapat bawa motor tu,tapi kena amik lesen barula kot...

    ReplyDelete
  4. @Dla
    ^_^
    Konsert camni bestnya takyah berdiri..duduk je kat seat & relax2 sebab ada aircond.haha

    ReplyDelete
  5. WAH.. ROCK TU.. WA CAYA LU... :)

    ReplyDelete
  6. @fairus
    28/29 Mei ni ada Konsert Double Trouble kat Melaka.Pergilah.huhu

    ReplyDelete

Oh,anda sangat comel bila anda tinggalkan pesanan!