Tuesday, January 18, 2011

Dilema: KERJA atau MENGAJAR?


Aku suka kerja.
*Meja saya lagi bersepah daripada yang ini*

Aku suka kerja sebab dapat belajar benda baru. Aku suka belajar benda yang aku minat. Terutama tentang design. Hari-hari sebelum mula design aku mesti usha satu majalah, atau search daripada Internet gambar-gambar terbaru atau design yang ada dalam dunia. Everyday is a new day. Hari ni orang buat kereta jalan atas darat. Suatu hari nanti orang buat kereta jalan atas air, siapa tahu? Huhu. (Bila pulak aku design kereta. Viva aku pun dah lama tak basuh!)



Aku suka kerja sebab dapat kenal ramai orang. Tak kira client yang kaya-raya dan angkuh, supplier yang peramah dan pemurah, termasuk kontraktor yang bengang aku asyik tukar design itu ini. That's the reality life as Interior Designer. Aku jumpa dan kenal ramai orang hari-hari. Malah pekerja di syarikat ni pun silih berganti. Cuma aku yang agak *setia* dengan bos. Bos aku? Tengok mood dialah kalau dia ok atau tak. Tapi yang bagusnya, bos jarang lepaskan kemarahan dia kat orang lain. Hobinya ialah ketawa dan tengok video. (Even dalam bilik air rumah dia sekarang ada TV! Cet.)

*Agak mustahil untuk jumpa client yang senyum macam ni. Hensem apatah lagi. Erk.*

Aku suka kerja sebab aku dapat tengok rumah orang. Dulu aku kerja kat company lama, aku jarang dapat pergi site. Sekarang aku dapat tengok corak kehidupan orang lain. Haha. (Gelak jahat) Kadang-kadang timbul rasa cemburu. Cantiknya rumah orang! Kayanya orang tu dapat beli rumah besar-besar. Tapi apakan daya, aku pekerja makan gaji. Dengan situasi harga rumah yang melambung sekarang, jangan mimpi kita yang bergaji 3 ribu ke bawah mampu membeli rumah sendiri. Maka, aku seikhlas hati bekerja dan design rumah mereka, asalkan mereka gembira. (Tak dapat design rumah sendiri, berlatih design rumah orang lain dulu pun ok kan? *wink*.)


Aku tak suka kerja sebab gaji aku tak banyak. Jangan kata gaji Interior Designer banyak. Cepuk nanti baru tau! Kalau aku ada company sendiri mungkin income banyak. Tapi kalau kerja makan gaji, sama je macam orang lain. Aku tak tahulah gaji aku sikit sebab aku salah pilih company ke apa. Tapi itulah, apa-apa pun, kena bersyukur dengan gaji yang aku ada sekarang. (Apa yang penting kena berusaha bayar hutang PTPTN yang menyampahkan itu dulu ok!)

*Bestnya kalau duit berkepul-kepul keluar macam ni.*


Aku suka mengajar.

Aku suka mengajar orang skill komputer yang aku tahu. Malam semalam aku ajar junior aku AutoCAD. Aku tak kesah memandu dari Cheras ke Gombak semata-mata nak ajar orang benda yang aku tahu. Beberapa hari yang lepas aku pernah ajar orang buat 3D secara chatting kat Facebook. Haha. Tu lagi gila. Rasanya tak sampai sejam aku ajar, dia dah boleh buat. (Kot) Tapi mungkin sebab dia seorang yang cepat pick-up, so cepatlah dia belajar buat 3D. Huhu.

*Ajar orang main benda ni. Huhu*


Aku suka mengajar dan kenal orang baru. Pernah sekali, aku ajar sorang budak UITM yang aku baru kenal sehari sebab dia datang ofis nak jumpa officemate aku. Dia nak belajar 3D jadi aku offer dia belajar 3D dengan aku. Alhamdulillah dalam satu hari dia boleh buat. Lepas tu mak dia yang beria cakap terima kasih kat aku dan ajak aku datang rumah dia tolong pilihkan cat rumah. (Tapi sampai sekarang dia tak cat. Uiks.) Last-last aku baik dengan satu family dia termasuk kakak-kakak dia. Nasib baik dia takde abang, kalau tak mesti aku dah jadi kakak ipar dia. (Haha. Ada orang jeles part ni. *Wink*)

Aku suka mengajar sebab aku suka berkongsi ilmu. Aku bukan kata aku sangat pandai, tapi bila kita kongsi ilmu yang kita, sedikit sebanyak ilmu yang kita sampaikan itu dapat memberi manfaat kepada orang lain. Abu Hurairah r.a. ada menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda :

“Apabila mati seseorang insan, maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan daripadanya dan doa anak soleh yang sentiasa mendoakannya.” (HR. Muslim)

Sebab itulah kita perlu tahu, betapa mulianya pekerjaan seorang guru, pensyarah, ustaz dan ustazah atau yang sewaktu dengannya. Kalau mereka ikhlas menjadi pengajar (bukan apply KPLI sebab dah takde kerja, lepas tu ajar anak murid sambil lewa, etc. Bukan semua. Tapi memang ada.) dan berusaha menyampaikan ilmu yang mereka ada, insya-Allah Tuhan akan memberkati kehidupan mereka walaupun mereka sudah tiada. Jadi kenapa mesti ada istilah *kedekut ilmu*? Erm...

*Best jadi cikgu, dapat pegang rotan macam ni. Haha*

Aku suka mengajar sebab gaji orang yang mengajar banyak. (Tak banyak pun, mesti lagi banyak daripada gaji aku sekarang, betul tak?) Aku dah try apply jadi lecturer part time kat kolej area KL tapi takde yang panggil pun untuk interview? =( Adakah sebab aku apply as part-time, not as full time sebab tu susah nak dapat? Aku harap dapat mengajar separuh masa. Kalau sepenuh masa.. Erm..


Aku tak suka mengajar sepenuh masa sebab aku masih suka kerja. Mengajar atau jadi pensyarah memerlukan aku sambung study. Aku dah malas nak sambung study. Nanti hutang bertambah kecuali aku dapat biasiswa. Siapa nak bagi? Aku lagi suka belajar melalui pengalaman kerja sebab bidang aku ni bidang teknikal. Bukan ada banyak fakta kena hafal. Hihi.
*Duit dan biasiswa sekali gus*

Tapi kerja makan gaji ni buat hidup kian tersepit sebab gaji tak seberapa, susah nak bayar hutang sana-sini. Pastu orang bising-bising tanya bila nak kahwin, tanya macam kahwin ni pakai duit *Saidina*. (Kalau nak tolong sponsor boleh gak. =P ) Adui. Pening-pening. Jadi aku berada dalam dilema sekarang. Mana yang lebih bagus? Memilih jalan hidup yang menjanjikan kepuasan atau hidup yang menjanjikan keuntungan?

Fikir dan terus berfikir... Erm...

18 comments:

  1. kalo gitu, ajar lah akak 3D via FB plak..hehehe

    ReplyDelete
  2. ilmu tak akan habis kalau digali. Semakin dalam ilmu digali, semakin banyak rupanya ilmu yang kita tidak tahu.

    ReplyDelete
  3. @kak laila..
    Akak ada software 3ds max?leh je ajar klu reti basic..huhu

    @Tuan Hamid
    Ilmu yang paling bernilai ialah ilmu yang dikongsi.

    ReplyDelete
  4. weee..ajar aku autoCad..
    aku xpenah belajar..
    susah tak??


    hutang PtPtN 2 jgn lupa bayar..
    kih2..

    ReplyDelete
  5. @bact
    nak ajar boleh..sng je..tp ko budak electrical..ada guna ke?

    Yela..nnti aku bayarla..ko bila nak bank in duit?huhu

    ReplyDelete
  6. kak edz,,dua2 bidang pon buley blajar and mengajar,,
    beza n cume,,as an ID mengajar n belajar tu FREE je,,ta pyh byar n di bayar,,
    kalo jd PENGAJAR btauliah,,mengajar tu di bayar dan belajar(smbng stadi) pn kne bayar jgk! hehe,,
    yg penting kte hepi n tenang ngan pilihan yg kita buat! chaiyok kak edz,,=)

    ReplyDelete
  7. bila masa plak aku bdk electrical..
    aku pling xsuka kot elctric2 neh..


    wah..aku plak yg nk kena bank in..
    hutang mara aku sapa nk bayar?

    ReplyDelete
  8. @nadiah..
    thnks..tapi masih buntu..doakan..

    @bact..
    oh,bkn budak electrical..patutla tak knal pluck point..erk..hutang mara ko suruh pak mertua ko byr k?

    ReplyDelete
  9. kurang asam..pluck point 2 aku cuba translate dah..n pham dalam istilah potograpi la..aku rasa2 mcm shutter button je.. nasib xbuat2 bijak..kalo tak lg malu..kih22

    ReplyDelete
  10. owh bterbaikla kamu..jd cikgu gerrard gak la :P

    ReplyDelete
  11. @wan Gerrard
    Cikgu apa?ajar main bola tak retila..haha

    ReplyDelete
  12. cam dla ni mcm skill nak mengajar tu x bape ada..mcm blur2 gitu..dla prefer diajar dr mengajar..tp banyak pahala mengajar ni sebenarnya

    ReplyDelete
  13. kalau macam tu...boleh tak ajar saya nak buat template blog sendiri...........huhuhu

    oh ya....mengajar pun seronok juga...:)

    ReplyDelete
  14. @d_La
    aah.banyak pahala bila mengajar.tp pastikan ilmu yg nak diajar tu ilmu baik2..klu ajar ilmu temberang pahalanya kureng..hoho

    @Fasihah
    huhu..boleh je...kn pandai pkai designer template..background create sndri kat photoshop..*wink*

    ReplyDelete
  15. waahhh..ajar sophie buat 3D!!
    otak dah tepu nie.uhuhuhu..

    macammane aira boleh dari bidang archi terjun ID ni? kawan sophie ada mcm aira tp baru sebulan dah tak tahan. Sbb takde basic 3D max. agak susah la.

    apa software yg agak senang eh utk buat 3d? sophie cuma tahu sketch up..

    ReplyDelete
  16. @Sophie
    Terjun bidang ID? (mentang2la kamu cikgu renang..hihi) Actually ID is my passion. So I'm totally *ID minded*. Kalau tak minat, taklah explore smua bnda berkaitan ID.hihi..

    The software that i know only 3ds max, autocad & photoshop. Nak bljr 3d?boleh je..I'm teaching part time 3Ds max.as long u ada laptop then we can meet to learn 3d.bayaran leh dirunding..hihi...

    ReplyDelete
  17. kak.sy nk tnya.selalunya berapa range gaji interior design ni?untuk fresh graduate.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Range fresh graduate Rm1500-1800 (after probation).Awal2 gaji memang tak banyak.Tapi bila dah ada banyak pengalaman,banyak skill dan rajin,gaji untuk tahun kedua boleh mencecah RM3K.Insya-Allah

      Delete

Oh,anda sangat comel bila anda tinggalkan pesanan!