Monday, November 22, 2010

Mereka Di Sekeliling..

Kita hidup dalam harapan. Kita hidup dalam kepentingan orang lain yang memerlukan kita. Kita hidup dalam kebahagiaan, bila orang yang bersama, beri kita senyum, beri kita gembira dan beri kita ketawa. Tapi orang sekeliling yang kadang-kadang menjatuhkan kita, yang buat kita kecewa dan yang paling sinis, mereka melukai kita, sedangkan kita berkorban apa saja untuk mereka.

Kita selalu berharap, kita tak jumpa mereka yang melukakan. Kita belajar hidup sendiri. Pedulikan orang lain. Itu hidup mereka. Tapi sedarkah kita, tanpa orang lain, kita bukan siapa-siapa? Di bumi Tuhan yang kita sembah ini, kunci syurga itu salah satunya berbakti kepada orang lain. Sedangkan untuk masuk syurga, doa anak-anak soleh, amal jariah dan ilmu yang tersebar, bukankah melibatkan orang lain?

Jadi siapa kita tanpa mereka? Mereka yang membuat kita menangis? Mereka yang buat kita berduka? Kesakitan itu datangnya daripada hati. Hati ini. Kita derita kerana punya sayang. Diberi kepada orang yang salah. Dikongsi bersama orang yang tak patut. Perlukah begitu?

Malangnya kita bukan punya kuasa. Bisa menilik hati manusia. Yang kadang-kadang penuh penipuan. Penuh dengan tipu daya. Penuh dengan hasad dengki. Tapi kita yang punya dua mata, dua telingat, mulut dan satu hati hanya mampu berserah kepadaNYA. Dia yang bantu kita, tunjuk kita, orang yang benar.

Sunday, November 21, 2010

Cerpen: Bila Rintik Air Bertemu


Kisah ini berlaku 2 tahun yang lalu.

Mata berpandangan sekilas. Tapi rupa insan yang dilihat lekas pula melekat di kepala. Namun masing-masing ego ingin menyapa antara satu sama lain. Kalau nak beri salam tak salah. Lagipun salam itu sedekah. Tapi kedua-duanya mulut terkunci.

Mereka duduk hanya berbeza lebih kurang empat kaki. Hujan turun macam menangis. Seorang tunggu bas untuk pulang ke rumah sewa manakala seorang lagi hanya tumpang berteduh di pondok bas itu kerana terlupa membawa payung!

Telefon berdering.  “Hello!” Kepala terangguk-angguk menjawab panggilan. Mesti orang yang menelefon membebel panjang. “Ok. Kejap lagi Along balik belikan makanan. Hujan lebat ni.” Akhirnya ada ayat yang panjang keluar dari mulut.

Seorang lagi yang asyik memerhati lelaki bercakap telefon mula buka kotak minda. Dia menanti panggilan tersebut tamat. Cepatlah habis… Dia berdoa sendirian di dalam hati.

Saat lelaki itu mengalihkan telefon dari telinga dan hampir memasukkan semula ke dalam poket seluar, si dia yang dari tadi memandang cepat-cepat menghalang.

“Saudara, nanti dulu!”

Lantas lelaki yang digelar ‘saudara’ menghambur pandang. “Ya?”

“Erm… Boleh pinjam telefon?” Tanya si dia yang ingin pulang ke rumah sewa.

Tanpa fikir panjang tuan punya telefon bagi pinjam. Telefon bertukar tangan. Ikhlas.

Dengan tangan yang menggigil untuk menekan butang telefon Sony Ericsson, dia mula mendail nombor yang dia ingat tak ingat di dalam kepala. “Hello, Sarah! Ni aku Damia. Tolong datang ambil aku kat bus stop ni ha! Aku tak jadi pergi jumpa ‘dia’.” Bunyi perkataan ‘dia’ itu dialunkan dengan nada sayu.

Tuan punya telefon bernama Syamil buat-buat tak dengar perbualan sebentar itu. Dalam kepala otak berfikir sama ada minta ‘charge’ guna telefon atau minta nombor telefon orang itu. Sebaik panggilan berhenti, telefon tersebut terus dikembalikan kepadanya.

“Terima kasih. Sorry, telefon saya habis bateri.” Ujar Damia. Dia mengeluarkan not warna merah daripada dompet. “Nah, ni saya bayar duit kredit.”

Syamil jadi serba-salah untuk menerima duit tersebut. Tapi bila melihat duit yang dihulur masih belum berganjak, dia pantas mendapat satu idea.

“Duit yang awak bagi tu banyak sangat. Apa kata awak bagi saya nombor telefon awak. Nanti lain kali saya bagi awak baki.”

Damia jadi kaget dengan permintaan lelaki itu. Nak pulangkan baki sampai kena minta nombor telefon? Apa kena mamat ni? Dia angkat sebelah kening lalu berkata, “Awak nak tak duit ni?”

Amboi, jual mahalnya minah ni! Ingat cantik sangatlah tu. Getus hati Syamil. Terus dia hilang suara untuk menyambung cakap. Duit dan tuan punya duit dua-dua dijelingnya.

Seterusnya hujan masih menghentam kuat bumi. Guruh sabung-menyabung macam bertengkar di balik langit gelap. Damia dah mula cuak. Bilalah Sarah ni nak datang? Sesekali dia menoleh memandang Syamil yang selamba di situ bermain game di telefon bimbit.

“Awak...”

Tadi panggil ‘saudara’, kali ni panggil ‘awak’ pulak? “Ya.” Syamil langsung tak pandang. Pura-pura kusyuk main game.

“Pinjam telefon lagi...” Lembut Damia meminta.

“Tak boleh!”

“Kedekut!” Laju perkataan itu meluncur dari bibir Damia. Terus membuatkan mata Syamil menerjah muka Damia yang sama-sama memandangnya.

Serentak sebuah kereta Perodua Kelisa menghampiri stesen bas itu.

“Alhamdulillah.” Damia pantas bangkit dan berlari ke kereta. Langsung dia tidak mempedulikan Syamil lagi.

Syamil yang ternampak kereta itu tiba-tiba muncul lekas bangun dengan harapan diberi tumpang. Tapi malangnya belum sempat dia hendak menjerit memanggil Damia, kereta itu terus memecut laju meninggalkannya terkapai-kapai sendiri.

Syamil pasrah. Mungkin itulah balasannya kerana dia menjadi ‘kedekut’ sebentar tadi. Menyesal pula dia langsung tiada hati untuk berbuat baik kepada gadis itu. 

“Mana aku tahu ada kereta nak jemput dia...” Pada detik itu Syamil mengomel sendiri. Namun dia sedar, walau apapun terjadi, dia kini sendiri, menanti hujan reda dan menunggu mentari segera beri cahaya untuk dia pulang sebentar nanti.



Usaha TANGGA Kejayaan

Orang kata, usaha itu, tangga kejayaan. Tapi untuk menghasilkan tangga yang menarik, selamat dan kreatif, mesti kena ada usaha jugakan? Mari lihat *design* unik Tangga yang ada!



*Tangga rumahku (Tipu) *


*Tangga untuk anak-anak bermain (Tak perlu pergi 'playground'. Haha)*


*Tangga simpan buku. (Tak elok pijak 'ilmu' ok.)*


*Tangga untuk orang kaki kecil.*

LEGO Land

Salah satu daripada impian aku (No 13) ialah membeli set LEGO. Aku memang bercita-cita sangat nak beli banyak-banyak set LEGO lepas tu buat macam satu *bandar LEGO* yang terdiri daripada pelbagai bangunan dan tempat. Mesti seronok kan? Masa kecik, aku ni kira beruntung sebab berpeluang main permainan ni. Mungkin sebab main LEGO nila, aku terpengaruh nak jadi Interior Designer. Kot.


Dulu ayah aku rajin belikan set LEGO yang terdiri daripada cubes kecil yang berwarna-warni. Bila disambungkan atau dicantumkan jadilah objek atau benda, macam rumah, kereta, perabot, etc. Aku dengan adik-beradik aku bila main, mesti nak berebut sebab bendanya sikit je. Haha. Tapi ayah aku yang *kaya-raya* masa tu belilah juga set-set LEGO yang lain. Contohnya set restoran macam ni. Aku search internet, boleh pula jumpa. Sebijik sama!


*Oh, sangat sama design restoran ni!*



*Karektor-karektor yang ada. Makin ramai, makin best.*


*Pokok ni pun pernah ada. Oh, burung tu. (Rasanya burung tu paling awal hilang. Haha)*

Oh, serius sama set LEGO ni! (Sekarang dah tak tahu katne. Sedih.) Sangat rindu main benda ni. Sebenarnya aku nak beritahu juga kat ibu bapa yang berkemampuan, memang elok belikan permainan untuk anak-anak ni. Contohnya macam LEGO ni. Sebabnya, permainan yang anak-anak main ni, boleh bantu perkembangan minda mereka. Contohnya main Scrabble atau Sahibba, yang membantu menajamkan pengetahuan bahasa anak-anak dalam membentuk perkataan. Aku sejak main Scrabble ni memang banyak belajar perkataan baru. Permainan-permainan lain macam Chess, Monopoly, atau board games yang lain pun bagus juga. Kalau permainan macam PS3 pun ada kebaikan juga kadang-kadang. Bila tengok efek grafik dalam game tu, boleh buat budak-budak jadi kreatif juga sebenarnya.  


*Set LEGO dari China*

Actually, ibu bapa tak semestinya beli permainan yang mahal-mahal. Cukup untuk mengasah minda anak-anak daripada kecil, bagi mereka jadi kreatif dan bijak dalam menyelesaikan masalah. Aku cakap berdasarkan pengalaman, mak ayah aku yang memang tak kedekut belikan kami permainan. Mainan daripada pasar malam pun takde hal. Hasilnya, alhamdulillah, 5 orang daripada 6 orang adik-beradik aku, semua masuk universiti. Sebab kami 6 orang adik-beradik, semua *addicted* main game. Lagi-lagi game kat Facebook. Haha.

Ok, panjang pula bebel. Kat bawah ni, aku tunjukkan koleksi set LEGO  yang aku search gambar kat internet. (Of course bukan saya punya!) Doakan satu hari nanti aku dapat beli set LEGO yang banyak ni! 


*Bandar LEGO*


*Bandar LEGO yang pesat membangun*


*FUTURAMA LEGO*


*Set LEGO kereta api*


*Stadium JEPUN! Ramainya Penonton!*


*Aik? Manchester City je? Manchester United takde? =(*


*Kolam renang pun ada*

Info lagi banyak pergilah ke:



Thursday, November 18, 2010

Cuti & Raya


Pertama, nak ucap *Selamat Hari Raya Aildiladha* kepada seluruh umat Islam di Malaysia. (Sebab hari ni Malaysia baru raya, negara lain ada yang dah raya semalam. Heh.) Hari raya tahun ni aku sambut kat rumah jela. Pagi-pagi dah kena kejut dengan mak tolong buat kerja sikit - buat kuih tat, mak tiba-tiba nak makan. Huhu. Mak aku ni tokey kuih, bukan raya pun dia suka-suki buat, apatah Raya Haji camni.

Apa-apa pun tabik kat mak saya. Raya Haji ni pun dia masak nasi impit dan ketupat daun palas, masak lemak lodeh, ayam masak merah, sambal sotong dan paling penting, rendang daging. Saya sayang mak saya... Huhu... Tapi yang sedihnya, mak dah balik kampung. Aku dan adik-beradik lain yang kerja esok, tak dapatlah ikut sama.

Aku tak faham Malaysia ni, Raya Puasa yang patutnya sambut sehari, bagi cuti lama-lama. Tapi Raya Haji yang patutnya sambut 3 hari, cuti sehari je. Bukan nak salahkan negara kita, sebab banyak sangat perayaan disambut kat negara ni. Tapi Raya Haji patut dimuliakan juga. Sebab cuti sekejap ni, penghayatan untuk menyambutnya juga kurang. Sebab hari ni aku cuti, esok dah kerja dah. Rancangan TV pun takde yang betul-betul menggambarkan semangat Hari Raya Aidiladha kecuali kalau nak tengok takbir raya berulangkali, tengoklah Astro Oasis. ^_^

Cakap pasal cuti juga, sekarang dah nak masuk musim cuti sekolah. Maka banyaklah jemputan kenduri kahwin daripada kawan-kawan aku. Ada yang terpaksa ditolak sebab jauh sangat, tarikh kenduri jatuh pada hari Sabtu (sebab Sabtu aku kerja), tarikh jatuh pada hari sama dengan orang lain, tempat jauh, tiada teman dan yang paling tak best, tiada BAJET. 

Serius banyak sebab dan alasan kenapa aku macam berat hati nak pergi kenduri kahwin orang ni. Lagi-lagi bila kenduri tu memang tak jauh, tapi aku seorang kena drive dan aku seorang yang kena alert jalan. Sesungguhnya aku sangat tak suka travel dan sesat pastu orang yang travel dengan aku tu, juga tak membantu dan menolong cari jalan! Sebab aku memang seorang driver yang senang *gelabah* pastu bila bawa orang aku jadi terlalu berhati-hati lalu akhirnya akan salah jalan atau sangat takut terjadinya accident. Nauzubillah.

Jadi ada kenduri 28 November ni dan 5 Disember. 28 haribulan, tempatnya kat Port Dickson. Masalahnya gaji aku masuk 1 haribulan. Bulan ni banyak sangat duit nak guna untuk kereta. Walaupun ada orang nak teman, tapi aku kena tanggung segala duit minyak, tol, etc sebab teman aku tu takde kena-mengena dengan pengantin. Uiks. Tak tahu patut pergi ke tak.

5 haribulan ialah hari perkahwinan ex-studiomate aku masa kat UIA dulu. Walaupun rumah dia kat kampung aku, tapi serius aku takut nak drive seorang diri! Kawan-kawan aku memang harapkan aku nak pergi, tapi diorang sendiri tak reti jalan susah gak. Tapi kalau tak pergi, studiomate ni banyak gak tolong aku masa jadi student dulu. Erm...

Pastu sedar tak sedar, aku sangat jarang ambil cuti. Ada lagi baki 4 hari cuti! Aku teringin sangat nak pergi bercuti jalan-jalan. Dah berapa tahun aku tak pergi melancong. Paling jauh aku pergi Melaka, tapi itu pun pergi dan balik hari yang sama. Menyesal pula, selama ni bila cuti Sabtu, aku kerja hari Ahad. Uiks.


*Oh, sangat teringin nak pergi bercuti di mana-mana pulau... =( *

Sebenarnya kalau nak ikut logik, bak kata Hafiz, aku ni sibuk sangat nak gi kenduri kahwin orang, kenduri aku nanti, diorang datang ke? (Tapi ayat dia sebenarnya sebut "kenduri kita" tu memang best. Huhu.) Sebenarnya bukan harap sangat balasan orang, cuma itulah hakikat yang terjadi. Aku pernah datang ke kenduri beberapa teman sekolah dulu. Boleh dibilang dengan jari, berapa orang datang kenduri dia. Sebabnya dia memang tak pernah atau jarang hadir ke kenduri orang lain. Hasilnya, kenduri kahwin dia lebih ramai orang tua yang datang (mungkin kawan-kawan mak dan ayah dia) ke kendurinya. (Langsung takleh nak cuci mata. Haha.)

Jadi buat masa ni, aku belum buat keputusan penuh. Sebab nak rancang lebih-lebih kang, takut tak jadi. Huhu. Apa-apa pun doakan semuanya berjalan lancar ye. Thank you.