Friday, December 17, 2010

Kerusi untuk *Mengintai* Di tepi Jendela


Baca tajuk kat atas ni mesti orang *suka* je nak baca blog aku ni. Haha. Hello, blog ni bukan nak ajar orang *mengintai* atau mengendap ok. Kalau nak ajar *skudeng* takkan aku nak ajar kat sini kot. Haha. (Ayat nakal!) 

Baru-baru ni aku aku kena design Window Seating atau dalam bahasa Melayunya, *Kerusi di tepi Jendela* atau tingkap! Aku saja tambah perkataan *mengintai* tu bagi orang faham apa fungsinya. Haha. Gurau je. Actually window seating ini juga berfungsi untuk tempat melepak atau berehat sambil membaca buku atau minum kopi. Tempat duduk begini boleh juga dijadikan ruang untuk berbual-bual dengan kawan sambil bermesyuarat tingkap atau  bermuhasabah diri.

Wednesday, December 15, 2010

Resume Orang *SENI*


Beberapa hari yang lepas, aku tiba-tiba rasa nak *update* resume aku sebab nak cuba kerjaya baru. Kerjaya apa? Adalah, malu nak cakap. Tapi bukan nak berhenti kerja tau. Huhu. Dalam sibuk-sibuk nak memperbaharui resume aku, aku buat research dulu sebelum terus buat resume. Tak mahulah resume aku diadili dengan taraf *Fresh Grad* lagi. Haha. (Padahal baru kerja berapa lama. Gedik!)

Untuk pengetahuan semua, resume *orang seni* atau *designer* seeloknya kena ada *ciri-ciri* designer gak. Tak boleh dalam kertas A4 kosong, letak gambar pasport pastu guna font biasa dalam Microsoft Words. Kalau mereka buat macam tu, kira memang *rezeki* merekalah diterima kerja. Tapi kalau tak dapat-dapat kerja sampai sekarang tu, mari sini aku tolong bagi contoh-contoh *Designer's Resume * atau *Curriculum Vitae (CV)* yang aku search daripada Internet.


Ok, resume pertama yang aku bagi contoh ni, adalah resume yang boleh dikatakan *simple, clean and compact* sebab semua info dia tulis cukup-cukup nak beritahu info basic pasal diri sendiri. Aku rasa resume ni paling cepat nak buat, sebab tak payah serabut nak fikir pasal warna, susun letak info dan design. 3 jenis font adalah maximum untuk sebuah resume atau mana-mana design yang nak dibuat. (Flyers, Website, Presentation, Card, etc). Kombinasi warna pula cuba jangan melebihi 3 warna bila nak buat design. Hitam dan putih bukan warna, tapi *tona* jadi tambahkan dua tona ni dalam design supaya nampak *neutral* dan sekata. (Macam tips *make-up* pulak aku bagi ye. Huhu)

Tuesday, December 14, 2010

SAINGAN Terbaru Gadis MELAYU


Al-kisahnya tiba-tiba semalam seorang *Peminat* blog aku ni, (Peminatlah sangat!) atau Nadiah a.k.a adik BFF aku, Wawa bagi aku *assignment* baru. Tak tahulah kenapa dia bagi aku *task* macam ni, mungkin sebab dia jeles aku dah lama tak kena buat assignment kot? Huhu. Gurau je. Apa-apa pun, terima kasih kepada Nadiah kerana mahu tahu *pendapat* aku tentang isu yang telah dibangkitkan dalam surat khabar Harian Metro semalam. (Mungkin lepas ni kita tanya *Encik Hamid Karim-bekas Wartawan Metro* pula bagi pandangan dalam blognya, ok tak?) Hihi.

Tajuk artikel tersebut ialah *Belum Tercemar*. Sesiapa yang belum baca silalah klik di sini. Buat gadis dan wanita Melayu, diharap bertenang tatkala membacanya, ok? ^_^


Jadi selepas membaca dan meneliti gambar di atas, aku nak tanyalah sikit perasaan gadis dan wanita Melayu sekalian. Apa perasaan anda setelah membaca artikel tersebut?

A. Tak puas hati! (Ingat gadis Melayu tak cantik ke?)
B. Tak kesah. (Eleh, kitorang pun boleh cari *lelaki Maghribi* atau *lelaki Arab*. Ala-ala *Maher Zain* lagi.)
C. Tak percaya. (Ha, betul ke *belum tercemar*? Betul ke *pandai menari*. Kena praktis ni!)
D. Lain-lain *Tak*.


Saturday, December 11, 2010

Aku Tak Bodoh The Movie Vs Aku Yang Bijak Di Sekolah


Hui! (Awat ganas intro ni?) Ayat awal jadi macam tu sebab dah berapa hari rancang nak komen pasal movie Aku Tak Bodoh ni. Excited sebab cerita ni ditonton dengan si dia, yang *paksa* (bukan pujuk ok) tengok cerita ni walau ada berlambak movie best kat wayang sekarang. Harry Potter tak tengok lagi (walau novel dia dah khatam baca), Rapunzel macam comel nak tengok dan Skyline, Unstoppable, Narnia? Oh, akhir sekali terpaksa tengok Filem Melayu. Cet, tak semangat 1 Malaysia langsung! =P 



Tapikan, tak boleh nak kata cerita ni 100 % buatan Malaysia sebab ramai orang tahu, cerita ni diadaptasi daripada filem Singapura bertajuk 'I Not Stupid Too'. tapi jalan cerita agak lain sebab aku tanya gak ofismate aku yang tengok versi Singapura, banyak scene yang lain daripada filem asal. So, takleh juga nak kata filem ni *ciplak* ok.

Aku malas nak bagi sinopsis, nak tahu, baca sendiri kat Website dia k. Klik sini. (Tolong jangan baca sinopsis Bahasa Melayu yang ayatnya kelam-kabut. Aku baru perasan, tak faham langsung apa dia tulis! Aish.)

Friday, December 10, 2010

Apabila CINTA ini hendak kuberi...


Apabila CINTA ini hendak kuberi... 
Kepada seorang lelaki bergelar SUAMI...

1. Punya Pengalaman AGAMA Yang Kuat
Ukuranku, dia menjaga solat fardhunya, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Dia menjaga auratnya dengan memakai pakaian yang sopan terutama sewaktu bersukan. Aku utamakan pemuda yang kuat pengalaman agamanya demi sunnah Rasulullah s.a.w. kerana Baginda menerima pinangan Saidina Ali, seorang pemuda yang paling miskin tetapi paling bertakwa untuk menjadi suami Fatimah Az-Zahrah.


2. Akhlaknya AKHLAK Terbaik
Ketegasannya nyata tetapi sebenarnya dia seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Dia bertutur dengan sopan kerana melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia. rasa hormatnya kepada orang tua ketara. Dia suka menolong orang, pemurah, jujur, ramah mesra dan penyayang.

Long-Last-Childhood-Friendship


Macam kelakar, bila mengingatkan zaman kanak-kanak yang banyak main-main, banyak gaduh-gaduh, (sekarang pun ada sikit. Hihi) banyak berangan, banyak ketawa, banyak menangis dan banyak buat hal. Macam kelakar juga, ada perkara yang kita nak ingat pasal zaman kita kanak-kanak dan ada yang kita tak nak ingat langsung, sebab perkara-perkara tu agak memalukan. Hihi.

Terus-terang, tanpa berlindung dan bersembunyi, aku paling mengelak kalau ada *jiran-jiran* aku tahu aku punya Facebook. Haha. (Ini sedikit *poyo* namo eh.) Sebabnya, masa kecik aku banyak nangis, selalu kena buli, hitam, pendek dan banyak lagi. Kalau jiran-jiran aku tau Facebook aku ni, habislah, diorang cerita kat mak ayah diorang, "Anak *cikgu* tu, (sebab mak saya ialah cikgu berpuluh-puluh tahun, semua orang panggil gelaran tu) sekarang dah kerja.... Tinggal... Boyfriend... Amboi mak ai, gosip pasal akulah pulak kang! Tu yang aku malas tu. Huhu.

Tiba-tiba *Cik Faradilla Elinda Ghazali*  (saja highlight guna *pink*, sebab dia suka pink. Hihi) ni terjumpalah pulak Facebook aku. Dia add dan aku approved tanpa berfikir panjang. Sebab? Dia memang kawan rapat aku masa aku kecil, banyak share rahsia *bas sekolah* dengan aku dan masih ingat hal-hal zaman kanak-kanak (yang memalukan tu, mungkin?) yang kami pernah lalui bersama. ^_^

Thursday, December 9, 2010

Bosan

Teruknya aku!
Dah berapa hari tak update kot. Sibuk sangat kot? Malas sangat kot?
Banyaknya kot.

Ok.Cerita macam biasa,aku kat opis sorang-sorang ni. Sejuk! Padahal kat luar tak hujan pun. Officemate aku sorang pergi *kutip hutang* jumpa client (Minta payment). Sorang lagi dah selamat pergi *beribadah* keluar 40 hari cuti. (No Comment) Manakala bos masih di *site* atau Showhouse yang tak tahu bila nak siap sepenuhnya.

Aku? Pagi tadi dah buat Quotation untuk kitchen rumah kat *Sering Ukay*. Apakah nama tempat ni? Aku first time dengar confuse, Seri ke, sri ke? Last namanya Sering Ukay. Aku pun tak pernah pergi site ni. Tapi client aku ni pernah gakla datang ofis ni. Masuk semalam, dah 3 kali aku tukar design dia. Nak tengok?



Design 1st yang direject sebab warna biru. Biasalah, kadang-kadang warna pun memainkan peranan penting untuk meng*ampu* client. Huhu.

Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah 1432

DOA AKHIR TAHUN
Segala puji hanya layak untuk ALLAH, TUHAN semesta alam. Selawat dan salam ke atas Saidina Muhammad dan juga keluarganya dan juga para sahabat seluruhnya. Ya ALLAH, apa-apa kami lakukan pada tahun ini yang sesetengahnya ENGKAU larang dari kami melakukannya sedangkan kami belum bertaubat, dan ENGKAU pun belum meredainya, walaupun ENGKAU belum mahu melupakannya, namun ENGKAU masih mengasihi kami setelah menghukum kami, dan ENGKAU masih menganjurkan kepada kami supaya bertaubat selepas kami melakukan maksiat, maka dengan ini kami memohon ampun, maka ampunilah kami. Dan manakala apa-apa kebaikan yang kami lakukan mendapat reda-MU, ENGKAU janjikan pula pahala untuk kami, maka dengan ini kami memohonnya kepada ENGKAU wahai TUHAN yang punyai ketinggian dan kemuliaan, terimalah apa-apa dari kami dan janganlah ENGKAU kecewakan harapan kami ini. Semoga ALLAH merahmati Saidian Muhammad dan kaum keluarganya, juga para sahabatnya. Dan sekali lagi ditegaskan segala puji hanya layak untuk ALLAH, TUHAN semesta alam.
* Doa ini dibaca sementara menanti waktu Maghrib pada malam 29 Zulhijjah.

DOA AWAL TAHUN


Segala puji hanya layak untuk ALLAH, TUHAN semesta alam. Selawat dan salam ke atas saidina Muhammad semulia-mulia Rasul dan kaum keluarganya, juga para sahabat seluruhnya. Ya ALLAH, ENGKAU-lah yang kekal, yang sedia ada dari awalnya lagi, dan ENGKAU-lah yang mempunyai limpah kurnia yang besar dan pemurah yang melimpahi, maka pada tahun yang baru menjelang ini, kami memohon benteng perlindungan dari gangguan syaitan yang direnjam dan pemimpinnya, juga tentera-tenteranya. Juga minta bantuan dari gangguan nafsu amarah yang sentiasa mengajak kepada kejahatan, dan dipohon pertolongan dengan apa-apa yang boleh mendekatkan aku kepada-MU wahai TUHAN yang punyai ketinggian dan kemuliaan, wahai TUHAN yang amat Mengasihi. Dan semoga ALLAHrahmati Saidina Muhammad, Nabi yang ummi dan kaum keluarganya, juga sahabatnya. Dan segala puji-pujian untuk TUHAN Semesta alam.
* Doa ini dibaca selepas Maghrib malam 1 Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata, “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana ALLAH telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan.”