Sunday, April 17, 2011

Tanda Harga & TESCO.



Semua orang mesti suka membeli-belah atau shopping. Semua orang mesti pernah pergi ke pasaraya besar seperti JUSCO, TESCO, GIANT, CARREFOUR, etc. Tapi bagi aku antara pasaraya yang boleh dikatakan terkenal dan ada di kebanyakan kawasan petempatan ialah Pasaraya Tesco.

Pasaraya Tesco yang paling dekat dengan rumah aku ialah Tesco Ampang (tepi MRR2). Manakala Tesco yang paling dekat dengan area ofis aku ialah Tesco Extra Cheras. Aku lagi suka pergi Tesco Extra Cheras sebab orang tak begitu ramai berbanding Tesco Ampang. Tesco Ampang tu gile sibuk. Pukul 11 pagi orang dah ramai. Paling menyakitkan hati bila nak pergi bayar, kaunter punyalah banyak tapi masih kena beratur panjang. Tak suka betul!


*Gambar: Lokasi Kejadian- Tesco Extra Cheras.*

Nak dijadikan kisah klasik masa depan, aku teman Najwa, officemate merangkap ex-studiomate aku (senang cerita kawan aku) pergi beli barang kat Tesco Extra Cheras. Sebenarnya aku yang nak beli barang, tapi akhir sekali aku hanya beli sikit je barang. Kot. Barang pertama yang aku nak beli ialah pelindung kereta (car sunshade) yang dijual dengan harga murah. Tengok kat tanda harga - RM3 je. (Semangat aku masuk dalam troli.)


*Benda yang sepatutnya nak dibeli. Tapi..*

Lepas tu Najwa usha nak beli selipar untuk digunakan kat ofis. (Untuk ambil wuduk.) Tengok ada selipar ni murah harganya, tak sampai RM5 tak silap aku. Sekali bila jalan ke depan sedikit dan tengok lokasi sebenar selipar tu diletakkan, dekat RM15 gakla harganya. Nasib tak terbeli. Mungkin sebab ada orang tak jadi beli main letak je barang tu kat bahagian selipar yang salah. Ish ish ish. (Geleng kepala.)

Seterusnya kami terpikat (macam tengok mamat hensemla pulak kan) tengok tuala berwarna kelabu yang tergantung bersama hanger. Nampak mahal, tapi di tanda harga tertulis hanya lebih kurang RM10 je. Mula-mula ada was-was gak. Tapi bila tengok tuala tu tersusun cantik di atas rak bersama warna-warna yang pelbagai tak mungkin harganya silap. Jadi Najwa sambar satu, masuk dalam troli. (Tak berapa semangat macam aku tadi sebab dia risau bajet lari malam tu. Haha.)


*Lebih kurang macam inilah rupa tuala tu. Tapi..*


Klimaks kisah klasik di Tesco bermula bila kami tiba di kaunter bayaran. (Bunyi macam suspen je kan kan?) Sunshade kereta yang aku semangat nak beli tu, tak boleh dibeli sebab takde bar code. Argh, sengal! Orang dahla beratur panjang, mahu ambil berapa minit minah cashier tu nak pergi berlari cari harga barang kat belakang! Terus aku cancel beli benda tu. 
=(

Tiba ke barang-barang yang dibeli Najwa, semuanya ok. Tapi elok lepas scan harga tuala, Najwa laju tanya berapa harga tuala tu. Boleh tak, harga tuala yang kononnya RM10 lebih tu tiba-tiba bertukar jadi harga RM33! Tak ke jauh beza harga tu? Cuba bayangkan kalau Najwa tak alert harga tuala tu lain daripada harga yang dipaparkan di tempat display asal tadi, mahu rugi lebih RM20! 

Dalam situasi begini, cuba bayangkan bagaimana pula situasi orang yang berbelanja beratus-ratus ringgit dengan barang penuh satu troli. Agak-agak mereka sedar tak ada harga barang di resit yang tak selari dengan harga yang dipamerkan di bahagian asal rak barang? Macam mana pula mereka yang menggunakan kad kredit? Sedar atau tak sebenarnya mereka dah terbayar lebih walaupun mereka slot kad je, duit keluar macam air? Paling kasihan kepada warga tua atau makcik pakcik yang mata dah kurang nampak. Tengok kat rak barang harga lain, kat resit tulis lain. Ish ish ish. (Geleng kepala lagi.)


*Betul ke harganya?*

Aku tak fahamlah Tesco ni. Kot ye nak jimat kertas, kenapa tanda harga kejap ada, kejap takde di rak tempat barang-barang pameran? Kalau ada pula, bila scan, harga jadi lain pula? Tambahan mesin imbas atau scan harga tu bukan ada banyak pun kat sana. Jadi agak menyusahkan pelanggan bila nak beli barang-barang kalau tak tahu harga.

Kenapa susah sangat Tesco nak letak tanda harga barang di barang yang dijual macam di Jusco dan Carrefour? Pekerja kan ramai, takkan tampal harga barang pun takleh? Seeloknya Tesco memperbaiki mutu perkhidmatan mereka lagi-lagi dalam soal harga barang macam ni. Jangan sampai pelanggan ditipu hanya sebab tersalah pandang harga.

*Tanda Harga Jusco (Bukan Malaysia punya. Haha)*

Aku tulis ni sebab nak kongsi apa yang berlaku kat dalam hidup aku untuk dijadikan pengajaran untuk semua. Pastikan korang semua alert tentang perkara ini. Jangan biarkan diri kita ditipu sebab sebagai manusia, kita berhak menuntut hak kita. 

Seperti Sabda Rasulullah s.a.w.:

“Semoga Allah merahmati seseorang yang sentiasa bertoleransi ketika menjual, membeli dan menuntut haknya.”


P/s: Sebenarnya kalau nak beli barang aku suka pergi pasaraya kecil belakang ofis aku- HERO atau 99 Speedmart. Harga jauh lebih murah berbanding kedai runcit biasa.


21 comments:

  1. saya setuju,, brg2 di 99 speedmart mmg murah... tp tak byk pilihan.. mebe sbb kecik kot...

    ReplyDelete
  2. dla pnh ms kat giant..amik kettle tulis kat situ 19.90 sekali nk byr hga 69.90..giler jauh tu..kensel la apelagi..nmpk sgt menipunye

    ReplyDelete
  3. @Anon
    aah.99 Speedmart mmg kecik.tapi ketara gak beza harga barang.sesuai utk shopping brg2 ringkas macam sabun.

    ReplyDelete
  4. @Dla
    haha..nampak sgt menipunyee..Usop Wilcha pun tak suka org nipu2 ni kan?sebab tu kena tgk cashier ms dia key in harga barang.

    ReplyDelete
  5. kalau bajet lari , agak tak best kan ?
    haha

    ReplyDelete
  6. ehm.. agaklah.. tapi kadang2 beli kat kedai biasa pun lagi murah n tak perlu beratur panjang dari beli di tesco.giant.jusco n adik beradik dia :p

    ReplyDelete
  7. @Nelly
    Haha.betul.lagi sakit kalau bajet lari,duit kena tipu...

    ReplyDelete
  8. @Zakiah.
    Tula.nak membayar & beratur tu satu hal.padahal beli coklat je pun.hihi

    ReplyDelete
  9. @Miecyber
    Tusco?hihi.Aah.mmg tak patut pun..

    ReplyDelete
  10. biasa kalau barang2 remeh ni pergi 99market je lagi berbaloi :)

    ReplyDelete
  11. @Naz
    Lelaki mmg anggap semua barang remeh..haha...

    ReplyDelete
  12. MEMBELI KENA BERHATI2 JUGAK... TAKUT KENA TIPU..

    ReplyDelete
  13. Tesco memang hampeh kalau dengan tanda harga. staff dorang ni memang terkenal dengan tahap kemalasan yg tinggi. nasib baik harga barang agak murah dan fresh food dia jauh (sangat jauh) lebih fresh dari giant. kalau tak, boleh blah la..

    ReplyDelete
  14. @Fairus
    Betul.kn tipu sekali boleh sabar lagi.tapi kalau dah berkali2..erm...

    ReplyDelete
  15. @Papabear
    Haha.betulla tu.Giant mmg I jarang pergi sbb sempit and over crowded.Fresh food tesco might be better then them too.

    ReplyDelete
  16. saya suka 99 speedmart. memang murah =)

    hurmm.. pernah terkena jugak psl tanda harga tu. kadang2 terfikir itu taktik ke apa. jahat lorh.

    ReplyDelete
  17. @Sophie
    Haha.suka 99 speedmart ye.mesti slalu g sn ni...tula,mmg jahat org tipu2 harga ni.kalau tak diadu mmg takkan setel.

    ReplyDelete
  18. umah saye pown belakang tesko ampang je..kalo malam n weekend xyah jejak tesko pown xpe..ramai giler..pastuh kaunter tuk fast lane xde lgsg..wat skit hati jep..

    ReplyDelete
  19. @Alya
    aah.betul.kaunter utk fast lane tu takde kan?tensi je kalau nak bayar.lagi2 kalau setakat nak beli 2-3 barang je.

    ReplyDelete
  20. Kalo kes cmni,anda leh dptkn balik rm20 tu kt kaunter customer service..hnya perlu tunjuk resit pembelian..

    ReplyDelete

Oh,anda sangat comel bila anda tinggalkan pesanan!