Monday, August 8, 2011

Hiburan Hidup


Sejak akhir-akhir ni aku memang akui aku sangat sibuk. Jangan cakap sebelum puasa je sibuk, masa bulan puasa ni pun aku dah pernah sekali berbuka di ofis dan balik pada pukul 10 malam! Kalau dah kerja dan asyik fikir pasal kerja je, memang lama-lama boleh jadi stress! Aku pernah jadi macam tu masa aku bekerja di ofis lama dulu. Bayangkan, pada bulan puasa orang sibuk bersahur dan berbuka di rumah, aku pulak boleh stay up kat ofis sampai tidur di sana.

Namun sesibuk mana pun kita bekerja, kita tak boleh biarkan hidup kita ni menjadi terlalu *workaholic*! Macam aku pernah cakap sebelum ni, nilai seseorang itu bergantung kepada apa yang dia dah lakukan dalam hidup dia. Jadi walau sesibuk mana pun aku, aku takkan biarkan hidup aku ni diabdikan untuk bekerja. Semestinya hidup ini juga perlu diisi dengan sesuatu yang berguna dan dapat menggembirakan hidup kita atau dengan kata lain - Hidup Mesti Berhibur! ^_^

Macam bulan lepas, sibuk macam mana pun aku aku ada juga pergi tengok wayang *Harry Potter* kat Viva Home. Tension buat kerja, aku ajak officemate aku Najwa lari jap pergi sana. Nasib tak ramai orang. Huhu. Pastu walaupun hari Sabtu kami kerja full day, sempat juga kami pergi ke wedding ex-studiomates kami Uzair di Bangi. (Pandai-pandaila aku bodek bos minta kebenaran nak lari jap pergi kenduri orang kahwin! Hehe.)

Selain itu, kami juga berkesempatan pergi menyertai acara Walk Of Life kat Taman Pertanian Shah Alam. Aku rasa inilah kali pertama aku join benda macam ni tapi tak sangka agak enjoy juga exercise jalan-jalan kat dalam hutan macam ni. (Pastu esoknya dua-dua mengadu sakit kaki sebab naik turun bukit kat dalam tu. Haha.)

*Alasan utama nak pergi sebenarnya sebab nak dapat 'Goody Bag'*

*Dikelilingi orang-orang 'kuning' *


Lepas tu masa birthday officemate kami Shu Ni, aku bodek bos dengan wife dia belanja kek. Tapi sampai ofis mereka tak beli kek pun. Sebaliknya mereka ajak kami pergi High Tea di Hotel Palace Of Golden Horses. Woah! Tiba-tiba bos aku jadi pemurah nak belanja kami makan kat hotel macam tu. Hehe. Rezeki oh rezeki. Dah lebih setahun aku kerja baru nak ajak pergi makan kat tempat mahal-mahal camni. Erk.

*Makan macam buat rumah sendiri. Hihi.*

*Teruja tengok gula melekat kat lidi. (Selalu orang serve gula  pakai paket atau dalam bekas)*

Aktiviti hiburan hidup ini takkan lengkap kalau tak diisi dengan bertemu rakan-rakan lama. Tiba-tiba Najwa cadang nak buat reunion ex-studiomates kami masa belajar dulu. Tapi kami ajak kawan-kawan perempuan je dulu. Tup tap tup tap adalah 6 orang yang boleh join gathering kami untuk berkelah di Sungai Congkak pada hujung minggu tu. Walaupun hujan lebat, asal berhenti je kami turun ke sungai untuk lepak-lepak sambil borak-borak cerita perkembangan masing-masing.  Budak-budak ni sempat makan nasi lemak dan rambutan lagi masa kat dalam air! Haha.


*6 orang yang ceria! Haha.*


Walaupun 6 orang je yang datang, itu pun dah kira best. Disebabkan reunion yang pertama tu, kami rancang pula gathering yang kedua iaitu untuk berbuka puasa sama-sama. Mula-mula tengok 6 orang je yang dapat join pastu aku tengok muka yang sama je yang ada. Kebanyakan tak dapat datang sebab kami buat pada hari Sabtu. =( Tapi alhamdulillah bila dah contact semua budak-budak perempuan studio kami, ada lagi dua orang extra dapat join! Horray!



Memang seronok gile gathering kali kedua kat Restoran Bara One Bistro kat bangunan Axis Atrium ni. Aku yang pilih lokasi ni sebab dekat dengan rumah aku. Satu lagi sebab kami semua designer, jadi kalau nak makan mestilah pergi ke tempat yang ada *design* sikit. Hoho. Bila dah duduk semeja lapan orang, memang lagi meriah gathering ni. Lepas makan kami bersolat Maghrib dan lepak kat surau ramai-ramai. Kebetulan kat dalam tu kami jumpa cermin besar ni, kami ambil gambar ramai-ramai guna cermin tu. Haha. Inilah salah satu persamaan budak-budak course aku. Suka benor bergambar!

*AAD Girls yang Happening!*

Bagi aku perkara-perkara beginilah yang membuatkan hidup aku tak bosan dan tak sunyi. Mungkin hidup aku ni banyak dihabiskan di ofis dan kerja, tapi aku sentiasa akan pastikan aku ada masa untuk keluarga dan kawan-kawan aku. Lagi-lagi masa diri sendiri masih *single* ni. Huhu. Aku tengok kebanyakan kawan-kawan aku yang dah berkahwin jarang dapat buat aktiviti-aktiviti begini tapi aku harap lepas aku kahwin nanti, aku takkan jadi macam mereka. Insya-Allah. ^_^

Hidup memang perlu ada hiburan tapi jangan terlalu lalai dan alpa dengan semuanya. Hakikatnya dalam banyak-banyak aktiviti dan pertemuan yang berlangsung, jangan lupa pertemuan dengan YANG SATU itu. Semua orang tahu bulan Ramadhan ni ialah bulan yang paling best kalau kita selalu bertemu denganNYA. Kita kena selalu adakan masa kita untuk bertemu dengan Allah s.w.t. dalam solat Tarawih dan banyak-banyakkan baca Al-Quran pada bulan ini. Subhanallah. Nikmat yang ada di dunia ini takkan lengkap tanpa berhibur, mengutip pahala yang DIA tawarkan bertimpa-timpa di bulan mulia ini. 

Selamat Berhibur dalam Beribadah Semua! ^_^



11 comments:

  1. walau sesibuk mane kita, kita harus luangkan masa utk diri kita
    baru leh enjoy

    ReplyDelete
  2. MACAM2 CERITA ADA... SEMOGA KITA DAPAT KERJA YANG SENANG, KELUARGA MENYENANGKAN, HIDUP PUN SENANG... JOM KITA ENJOYYY.....

    ReplyDelete
  3. oh jeles ok. kat sini hiburan kurang.. in the end its all about with whom we spend our time is. berhibur dengan bini pun cukup da bagi aku.. hee

    ReplyDelete
  4. selagi bujang, enjoy dgn kwn2 dlu..dah kawin memang susah nak bagi komitmen kat kwn2..huhu (pandai2 je, sy ni kawin pon blom)

    ReplyDelete
  5. salam kak Aira...

    Akak g jacob ke aritu? saya pun pergi. awat lah tak nampak akak kan? selamat berpuasa kak:)

    ReplyDelete
  6. @Anum
    Aah,betul.masa untuk diri sndri pun penting supaya dri tak stress!

    ReplyDelete
  7. @Fairus
    haha..semuanya nak senang kan...Selamat berenjoy Fairus oi..=P

    ReplyDelete
  8. @Alan..
    haha..ko jauh sgt,kitorg nak buat reunion gak lps ni...takpela,ko balik msia kita reunion lagi..insya-Allah..terus2kanla berhibur dgn Huda ye..^_^

    ReplyDelete
  9. @asnizaziz
    Betul kan,ms bujang nila nak spend time dengan kawan2.Bila dah kawen nnti suami *ikat* plak..hoho

    ReplyDelete
  10. @Kimmy Kazuma
    wslm.
    oh,awak g gak ke?mmg sshla nak jumpa kat sn,ramai gile org kan.
    Selamat berpuasa Dik.^_^

    ReplyDelete

Oh,anda sangat comel bila anda tinggalkan pesanan!