Friday, July 8, 2011

Kenapa Perlu Takut Dengan Warna *KUNING*?


KUNING merujuk kepada matahari dan musim panas. Selain itu, secara positifnya warna kuning membawa kepada kerjasama, kebahagiaan, kegembiraan, kehangatan, kesetiaan dan kebijaksanaan. Warna kuning juga merangsang aktiviti mental dan boleh menghasilkan ingatan bersama imaginasi yang logik.



Seperti yang sudah diketahui, warna KUNING adalah warna diraja dan membawa makna raja sebagai simbol kedaulatan negara (sovereign). Di dalam mitos Hindu, kuning membawa erti penguasaan intelek. 




Sebaliknya, orang Amerika menggunakan perkataan "yellow-belly" untuk membawa maksud penakut. Bagi orang Korea pula, warna KUNING boleh membawa maksud cemburu. Di akhir abad ke 19, warna kuning di Eropah memberi gambaran kurang siuman dan gila!


Negatifnya, warna KUNING memberi persepsi tekanan mental, pengkhianatan, kecemburuan, penipuan, kelemahan, penakut, aksi, idealisme, optimis, imaginasi, harapan, ketidak pastian, resah dan curiga.


Walau bagaimanapun warna KUNING juga turut merangsang aktiviti mental dan mampu menarik perhatian orang lain. Warna kuning membuatkan diri kita ceria dan ingin tersenyum. Tambahan, warna kuning adalah satu warna ceria yang memberi mesej kegembiraan dan KEAMANAN.


Setiap keburukan ada kebaikan dan begitulah sebaliknya. Jadi, kenapa kita perlu takut dengan warna KUNING


P/S: Insya-Allah akan pakai baju KUNING esok. Tak dapat join kerana kerja tapi akan mendoakan yang terbaik untuk mereka yang berusaha menuntut keadilan pada hari esok. Amin~

14 comments:

  1. @Fairus
    Merah pun tak bersalah kalau tak menumpahkan *darah*.hoho

    ReplyDelete
  2. ada yg mengutuk2 bersih nie...sy memg sejak azali tak suka kuning.hehe tak suka warna kuning..tp sekrang dah oklah....

    ReplyDelete
  3. @Fasihah
    Akak pun taklah suka atau benci sangat warna *kuning* ni.Tapi ada orang terlalu takut dengan warna kuning pula...huhu

    ReplyDelete
  4. @asnizapunye
    oh,good2.Pakai baju kuning ye 9 Julai ni..^_~

    ReplyDelete
  5. kesian kat warna kuning..baju harimau malaya pun kuning ape..hehe

    ReplyDelete
  6. @Dla
    Betul..Hidu Harimau Malaya!pasni match ngan Singapore harap menangla..

    ReplyDelete
  7. Saya nak share ya.. BERSIH 3.0. ^^

    ReplyDelete

Oh,anda sangat comel bila anda tinggalkan pesanan!