Sunday, August 21, 2011

Iklan KIA Picanto Yang Unik!


Pagi-pagi yang bosan membuatkan aku nak kongsi sesuatu di dalam blog ini. Seronok bila dapat berkongsi sesuatu yang kreatif, inovatif dan unik untuk tatapan orang-orang yang singgah di blog ini. ^_^


Demi mempromosikan kereta Picanto keluaran KIA, syarikat permotoran tersebut telah menghasilkan sebuah animasi yang dihasilkan oleh pelukis kuku professional. Setiap kuku mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk dilukis manakala 1200 botol pengilat kuku telah digunakan demi menghasilkan iklan ini. Selain itu, mereka mengambil masa selama 25 hari siang dan malam untuk melukis 900 kuku untuk iklan ini! (Lamanya bertapa. =P )



Iklan KIA Picanto yang berdurasi lebih kurang 1 minit 13 saat ini juga bukan sahaja memaparkan kereta Picanto yang berwarna-warni malah iklan ini juga memberi informasi tentang ciri-ciri istimewa yang terdapat di kereta tersebut seperti lampu LED dan airbag yang ada dalam kereta yang bersaiz kecil ini. 


P/S: Selalu berangan dapat tampal sticker kereta dengan design sendiri. Pergh!


Sources:
Stop-Motion Fingernail Art Animation Created For Kia Picanto Ad
Kia Picanto Nail Art Animation

5 comments:

  1. cantiknyaa..
    rumit tu nak lukis atas kuku.
    semangat betul diorang promote dgn cara ni.

    ReplyDelete
  2. wow, the details are very impressive! i love it!

    ReplyDelete
  3. ekekeke. kreatif jugak sebab tak pernah orang buat lagi promote kat kuku. hoho

    ^^

    ReplyDelete
  4. warghhhhh..gigih gila lukis atas kuku..menangis la kena lukis atas kuku yg kecik giler camtu..mmg kreatif dah xtaw thp ape dah ni..

    ReplyDelete

Oh,anda sangat comel bila anda tinggalkan pesanan!