Friday, January 7, 2011

Wanita & Eksploitasi


Sejak akhir-akhir ni mood aku malam dah malas sikit nak melepak depan PC. Sejak ada FOX Channel kat Astro aku layan cerita NCIS yang lawak pastu sambung Bones yang sweet! Kalau rajin aku tengok gak Criminal Mind yang mendebarkan. Tapi yang tak bestnya, Astro ni walaupun siaran berbayar, iklan dia sikit punya panjang. Sama je macam TV3 tu. Adeh. Kacau mood aku nak tengok TV pula.

Paling kacau bila sejak akhir-akhir ni, banyak kali pula iklan *Rexona* ditayangkan. Aku rasa ramai mesti perasan iklan tu yang memaparkan dua orang perempuan, tayar pancit lepas tu ramai lelaki datang tolong elok lepas mereka koyakkan baju. Mereka tolong sebab apa? Sebab tengok *ketiak* mereka! Gila! Apa motif iklan tu? Adakah kalau kat Malaysia ni, asal tayar pancit, kena tayang bahagian badan yang cantik, baru orang tolong?

*Tunjuk produk aku berani. Sebab dia warna purple!*


Kadang-kadang iklan-iklan ni banyak yang mengarut. Lagi-lagi iklan yang mengeksploitasikan wanita. Wanita ni pula macam tak sedar diri, malah seronok dan gembira bila jadi model. Semua orang kenal. Dapat pakai baju lawa-lawa. Mungkin sebab tu semua beria nak masuk *Dewi Remaja*, *Gadis Melayu*, *Pesona Nona* dan banyak lagi yang aku tak tahu. (Nasib Miss Malaysia dah diharamkan untuk orang Islam. Tapi artis-artis Malaysia ni pun dah taraf Miss World dah pakaian mereka.) Huhu.

Sorry to say la. Aku bukan cemburu tengok perempuan-perempuan cantik. Tapi kat Facebook aku ramai kawan-kawan aku yang jadi photographer. Apa yang buat aku sakit mata bila mereka ambil gambar perempuan-perempuan seksi yang aku sendiri musykil apa agama mereka. Kalau bukan kawan-kawan aku sendiri yang ambil gambar tu, ada pula photographer lain yang tag gambar-gambar perempuan yang mereka ambil ke dalam FB kawan aku. Aku nak delete kawan-kawan aku kat Facebook sebab *sakit mata* tengok gambar-gambar tu, tak patut pula. So apa patut aku buat?

Aku sedar gak, aku ni bukan baik. Tapi sorry to say. Ramai perempuan bertudung sekarang ni pun sangat suka diri mereka dieksploitasi oleh lelaki untuk menjadi model. Tak salah nak jadi cantik. Tapi yang korang buat aksi-aksi terbaring-baring dan terangkat-angkat tangan tu kenapa? Bukankah boleh tarik perhatian lelaki? Aku paling kesian bila tengok korang pakai tudung, tapi tak perasan tudung korang terselak dan nampaklah *bukit* tu. Adeh.

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya ."
(Surah An-Nur 24:31)

Firman Allah s.w.t.
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
(Surah Al-Ahzab: Ayat 59)

Aku minta maaf kalau teguran aku ni melampau. Tapi ini peringatan untuk aku juga. Kena berjaga-jaga dengan diri sendiri supaya tidak dieksploitasi oleh orang lain. Kita ni perempuan. Patut berhias dan jadi sangat cantik depan suami je. Tapi kita gunakan kecantikan kita yang ditambah dengan solekan dan perhiasan berlebih-lebihan itu untuk kita cari makan atau rezeki? Ok ke tu? Erm.

Tepuk dada, tanya iman. Yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu datang daripada kelemahan saya sendiri. Maaf terkasar bahasa. Wassalam.

 *Perempuan Berkalung Serban. Serius best cerita ni. Patut tengok!*

10 comments:

  1. Sophie sependapat. Wanita sekarang mudah dieksploitasi. Tapi masih tak sedar lagi eh.. pelik. Tapi tulah hakikat.

    *I like this post* dah lama nak buat post macam nie.hehe..

    ReplyDelete
  2. ezd, ko ade ke cite pompuan berkalung serban?
    mau pinjam buleh ker?

    namr

    ReplyDelete
  3. @Sophie.
    Huhu..Actually I pun takut nak tulis post camni.Takut kena *fire* balik.Haha.Anyway,it's good you also realize that Sophie.Tapi kalau nak ckp lebih2,kang hilang kawan plak.hihi.

    @namr
    aku tgk kat youtube thn lepas smbil nangis2..haha

    ReplyDelete
  4. kawan yang rasional tak akan lari hanya kerana fasal ketiak dan eksploitasi. benda benar, biar pun pahit cakaplah. kalau tidak, dunia hanya dipenuhi oleh hipokrasi demi menjaga hati...hehehehe

    ReplyDelete
  5. serius bagus sgt en3 ni..iklan skang byk yg mengarut..fesyen pun ramai yg tah hape..sm2 kita ingat-mengingati..thanx dear 4 dis en3, x ramai yg wat en3 camni..

    ReplyDelete
  6. @Tuan Singalaut
    Hipokrasi sudah jadi sinonim dalam perhubungan sesama manusia.Tak kira kawan atau lawan,demi keselematan kadang2 yang buruk terpaksa diangguk, yang baik terpaksa digeleng.Apa-apapun selemah-lemah iman,teguran daripada hati sajalah yg mampu.huhu.

    @D_La
    welcome.thanks sebab setuju juga.kadang-kadang nak tulis pun takut2.tapi dah geram sgt.sakit mata tengok iklan.haha

    ReplyDelete
  7. airaniez...baru sempat balas jejak..KAEDians ke? Neljar kat UIAM ke? hmm, setuju lah dengan entri ni. I like. Kalau rasa diri cantik, tak perlulah nak tunjuk cantik sebab? nanti hilang cantik nye dah...

    Cerita Semalam -Pesta Coklat Malaysia, Miod Valley

    ReplyDelete
  8. @Fasihah
    Haha.Betullah tu.Kalau cantik terlalu bnyk tunjuk sgt,lama2 orang anggap biasa je.
    (Yup.Kaed dlu.Fasihah course apa?)

    ReplyDelete
  9. Sy perasan skrg ni wanita dieksplotasi dgn fesyen.. bnyk dah sgt yg ngarut2 dan sy termasuk.. but kesedaran muncul.. Alhamdulillah.. sama2 berubah.. :)

    ReplyDelete
  10. @Lady Dyla
    Berfesyen tu tak salah Dyla.Tapi yang tak best bila *terlebih fesyen*.Insya-Allah.sama2 muhasabah dri k..^_^

    ReplyDelete

Oh,anda sangat comel bila anda tinggalkan pesanan!