Thursday, January 6, 2011

PTPTN & UJRAH


Beberapa hari ni, mood malas aku nak buat kerja makin bertambah. Padahal semalam dah genap setahun bekerja kat company ni. Sengal aku ni. Mungkin satu sebab pembukaan minggu ni agak tak best untuk aku. Ohps! (Ejaan Oh + Ops= Gedik!) Minggu aku bermula pada hari Selasa. Sebab aku masuk kerja hari Isnin pukul 1, so tak kira sangatlah hari Isnin tu. Huhu.

Apa aku bebel panjang ni? Sorry. Seperti yang dijanjikan, di sini aku menceritakan kisah Pinjaman PTPTN dan Ujrah yang agak *hot* dibicarakan di FB aku hari Selasa yang lalu. Sebelum mengutuk menceritakan dengan lebih lanjut, sesiapa yang nak baca ayat skema daripada PTPTN pasal Ujrah, boleh klik sini.

Ok, secara ringkas dan jitu aku terangkan, Ujrah ni ialah cara pembayaran balik pinjaman yang mengurangkan kos pentadbiran atau upah 3% bayaran kepada 1% daripada jumlah pinjaman PTPTN kita dahulu. Kiranya PTPTN nak buat baik kat kitalah. Dulu kita kena bayar 3% *bunga*, sekarang bayar upah diorang *ikhlas* bagi pinjaman 1% je. (Selamba aku beritahu, 3% dan 1% tu lebih kepada *bunga* daripada *upah* sebab dah kata pinjaman daripada kerajaan, takyahlah nak caj lebih. Uiks.)



Cara-caranya? Pergi je kat sini dan isi borang kemaskini. Sebab PTPTN nak buat perjanjian baru dengan kita. Perjanjian lama kita dulu tu dia dah buang kot. Jadi dia malas nak refer balik. (Heh. Pandai-pandai je aku.) Lepas tu PTPTN akan suruh kita check email kita untuk upgrade maklumat terkini kita. (Pertukaran alamat, dah kerja ke belum, etc). Pada ketika ini, ramai akan  mengalami masalah kerana tiada balasan email daripada pihak PTPTN! Kenapa? Sebab kalau guna Gmail seminit email dah balas. Tapi kalau YahooMail, sila buka SPAM email anda ye. Di situ baru ada. (Nampak sangat PTPTN ni bunyi cam *virus* kan? Haha.)


(Klik Untuk Imej Lebih Besar)
*Status Bapa: Tidak Diketahui. Huhu.*


Selepas dah upgrade maklumat diri dan send ke PTPTN, beberapa minggu atau bulan kemudian, mereka akan hantar perjanjian baru di email anda. Ada dua file, satu Peraturan Am Mengisi Dokumen Perjanjian UJRAH dalam bentuk PDF dan satu lagi Surat Perjanjian Pembiayaan Pendidikan (Ujrah)- Perjanjian Baru untuk Peminjam.

(Klik Untuk Imej Lebih Besar)


(Klik Untuk Imej Lebih Besar)
*Nampak tak Duit Setem RM10 & RM20 tu? Sempat lagi 'pau' duit kita. Aish.*

(Klik Untuk Imej Lebih Besar)
*Nampak tak Duit Ansuran Bulanan RM178 tu? Huhu. Kalau gaji aku lebih RM2000 bestla nak bayar. Uiks*

Ok. Sebenarnya bukan isu besar sangat nak bayar RM178 tu. Insya-Allah boleh bayar sebab dah wajib kan. (Huhu. Macam manalah nak simpan duit kahwin ni? Isk isk.) Cuma sebab nama benda ni *Perjanjian* atau Agreement, maka aku nak pastikan semuanya betul dan lengkap. Malangnya PTPTN dengan *pandainya* meletakkan nama *ayah* aku sebagai *penjamin*. Masalahnya aku dah beritahu status ayah aku *Tidak Diketahui*. Jadi kenapa masih diletakkan sebagai penjamin?

(Klik Untuk Imej Lebih Besar)
*Anggap jela nama bapak aku 'Jamil'.*

Bila masalah ni timbul, aku pun cubalah try panggilan *Hot* tak PTPTN ni. (O3-20804455. Sumpah aku dah boleh hafal nombor ni!) Aku try call pakai Handphone berapa banyak kali. Sampai minta nombor IC, dia terputuslah, senyaplah. Lepas tu hari Selasa aku pun call pakai telefon ofis (Maafkan I bos. Huhu.) Barulah PTPTN angkat. Aku tanya pasal hal penjamin ni, kot dia boleh tukarkan penjamin jadi ahli keluarga lain contohnya kakak aku ke. Bijak tak PTPTN, suruh aku pergi jumpa Pesuruhjaya Sumpah pulak untuk mengesahkan ayah aku dah takde!

Sebabnya, PTPTN dah letak semua penjamin ialah ibu bapa kita. Aku tanyalah, kalau mak ayah dah meninggal, takkan mereka jadi penjamin gak? Dia jawab, kalau dah meninggal, sertakan *sijil kematian.* Kalau macam tu siapa pula jadi penjamin kepada anak yatim piatu? Kenapa tak bagi kita tukar penjamin dengan orang yang masih hidup dan masih ada? Sebelum ni pun, masa aku pinjam PTPTN awal-awal dulu aku guna nama Makcik aku sebagai penjamin, bukan ayah aku. (Sebab tu aku kata PTPTN dah buang kot Agreement 1st dulu. Huhu.) Aku siap bagi contoh, kalau orang nak beli kereta, kena ada penjamin, takkan nak letak nama ayah yang sudah meninggal dunia? Gila apo?

Ayat paling kelas orang PTPTN ni sound aku: "Beginilah Cik, kalau cik rasa susah sangat Ujrah ni, kami hanya tawarkan Ujrah ni kepada mereka yang betul-betul berminat."

Apakah? Betul-betul berminat? Cuba bagitau aku, ada ke orang dalam dunia ni tak berminat nak kurangkan bayaran hutang? Kalau Bill Gates hutang PTPTN pun dia mesti nak minta kuranglah! Aish!

Lepas tu aku mula berdebat dengan orang PTPTN ni. Aku siap kata, "Boleh tak cik yang bekerja di PTPTN ni tolong beritahu pihak PTPTN, janganlah menyusahkan orang yang nak membayar. Sekejap guna kaedah manual atau pos, sekejap guna online. Kasihan orang yang tak alert pasal PTPTN ni kat website."

Dia jawab, "Cik boleh kemukakan maklumbalas atau aduan kat website kami ya." Amboi, tak nak tolong langsung! Aku yang memang hobi buat *aduan* ni, pergilah website aduan dia nak bagi maklumbalas. (Gile Emosi!)


(Klik Untuk Imej Lebih Besar)
*Isi borang penuh!*

Penat kot aku taip panjang-panjang aduan aku. Sekali bila nak hantar, tak lepas! Apakah? Kalau sesiapa tahu cara nak hantar dan beritahu aku apa *binatang ID Tiket* ni? Mana nak dapat? Aku pun blur!

(Klik Untuk Imej Lebih Besar)
*ID Tiket? Apakah itu?*

Kerana tak faham ID tiket tu apa, aku try call PTPTN lagi sekali. (Sorry bos, guna phone ofis lagi. I tak claim la duit minyak bulan lepas. Hihi.) Kali ni panggilan bersambung dengan ayat, "Anda ialah pemanggil kelima, sila tunggu giliran anda." Apakah? Aku ni tengah beratur kat kaunter PTPTN ke? Gile la. Sampai dalam telefon pun kena beratur! Malas aku. Terus aku tutup telefon.

Setelah aku bengang dengan sikap PTPTN yang menyakitkan hati dan menyusahkan tu, aku meluahkan kat FB aku pasal benda ni. Seorang kawan aku bernama *Shadot* (bukan nama sebenar. haha) kata:

"xpyh la pki ujrah tu..lg susahkn kite sbnarnye..potong gaji la..pe byk gaji nk kne potong..byr snri jer..bile2 ade 5000 ke pon still boleh byr..xpyh nk ssh2 potong gaji la mintak pengesahan sane cni..klu ptptn nk potong rm200 (contoh) epf,socso potong rm200 (contoh lg) dh rm400..ade ke yg snggup potong gaji smpi rm400 sebulan? adehh...gilo. yg penting bulan2 byr jelah hutang ptptn tu..jgn lupe diri..kite ttp berhutang.ptptn jgk yg tlg masa kite blaja..(wlaupun dia sshkn kite blek pas abeh blaja dengan *bunga2 cinta* tuu..) huhu.."

Aku sangat bersetuju dengan kawan aku ni. Sebabnya, kalau gaji aku RM5000 sebulan, takkanlah aku nak biarkan hidup ni muda-muda dah dibelenggu hutang kan? Buat pening kepala je. Serius kalau ada hutang ni, hidup takkan tenang! Tak boleh masuk syurga tau tak!


Kesimpulannya, aku dah malas nak buat Ujrah. Biarlah aku bayar *3% bunga-bungaan busuk PTPTN* tu. Tapi kalau korang nak guna gak Ujrah tu, silakan. Aku rasa bukan semua orang senasib dengan aku kena pergi jumpa *Pesuruhjaya Sumpah* tu. Aku dah malas nak fikir. Bulan depan aku bayarlah PTPTN tu sikit-sikit. Daripada tak bayar langsung, sekurang-kurangnya aku *mengenang budi* PTPTN ni. (Ayat iklan PTPTN kat radio. Erk.)



11 comments:

  1. Ini yang dikatakan orang pentadbiran kerajaan memang macam zaman sebelum perang Jepun. Sekarang zaman paperless sepatutnya tak ada masalah susah dan rumit yang timbul. Ini adalah sikap dan minda mereka yang bekerja kerajaan (Saya tahu sebab saya pernah bekerja dengan kerajaan). Sepatutnya gunakan budi bicara dan akhirnya menyenangkan SEMUA pihak bukan pihak dia ajo!

    ReplyDelete
  2. Betul tu Tuan. Kalau mereka *bising* hutang PTPTN tak dibayar oleh ramai peminjam, mereka patutnya memudahkan cara pembayaran. Tapi sekarang ni tambah menyusahkan!

    ReplyDelete
  3. Oh,i loike!ingatkan sy sorang je yg bengang ngan PTPTipu ni,rupenye ada gak yg senasib..yg pelik tu,kenapa kebanyakan org yg keje kerajaan takde budi bahasa ek?kemain lg kempen budi bahasa kat public,tp dorang sendri yg wat slek.apekah??haha..

    btw,salam ziarah..sy akan slalu meronda di blog awak,sb i loike interior design!>.<

    ReplyDelete
  4. @intan junsu
    bkn smua org gomen camtu..(tp mostly yg kerja kat ptptipu camtu kot?huhu) Doakanlah mrk berubah.hihi..

    Thnks for visiting..^_^

    ReplyDelete
  5. kalau cmni la gamaknye..xyah la tukar pelan ujrah tuh..mmg da agak dah banyak betul birokrasinye..
    kate dah dunia IT..tapi still nak pengesahan sane sini..

    ReplyDelete
  6. @alya nasir
    yup.agak menyusahkan PTPTN ni.Tapi kalau tak perlu ppengesahan tu,truskan buat ujrah tu.kebaikannya,hutang dapat dikurangkan.sebab caj *bunga* ptptn akan meningkat tahun demi tahun.

    ReplyDelete
  7. Bagus betol la awak ceritakan semua dari A-Z. Saya tak faham sangat pasal Ujrah ni tapi nasib baik saya memang tak berkenan nak join Ujarah. Orang PTPTN siap telefon tanya saya kenapa taknak join Ujrah, saya cuma jawab yang saya tak berminat. Hehehe. Susah-susah baik tak payah. Lebih pening dari senang kan. :)

    ReplyDelete
  8. @Ichi
    Oh,PTPTN siap tepon ke?mereka mmg nak kita join sbb duit bulan2 dorg dapat collect lagi sng.thnks for reading anyway.=)

    ReplyDelete
  9. salam..

    saya menghadapi masalah sama seperti kamu..just called PTPTN just now and received exactly the same answer..my parents dah divorce n mmg bukan dad i yg jadi penjamin dulu...so xkanla masa nak byr hutang i nak g minta sign dia..ntah apa2..mmg menyampah!!! BUT i ada terjumpa sesuatu yang menyatakan bahawa tidak perlu melengkapkan borang tersebut dengan sepenuhnya

    refer to this link!
    http://www.ptptn.gov.my/gateway/docs/FAQ%20Ujrah%20versi%202.pdf


    "saya telah ditawarkan pertukaran Ujrah pada 10 April 2011 dan sedang
    melengkapkan dokumen tawaran berkenaan. Saya tidak boleh 3
    mendapatkan tandatangan penjamin dan pengesahan majikan untuk
    potongan gaji. Adakah dokumen saya dianggap tidak lengkap?
    Jawapan : Mulai Mei 2011, PTPTN telah pun melonggarkan syarat
    penjamin dan pegesahan majikan untuk potongan gaji. Semua dokumen
    yang dikembalikan (termasuk tawaran sebelum Mei 2011) tanpa melengkapkan maklumat berkenaan diterima sebagai lengkap"

    ReplyDelete
  10. @Cik Anon

    Thanks for the info.Dalam soal minta tanda tangan parents sebagai penjamin ni sy mengaku yang sy juga ada masalah sbb sy tak tahu ayah saya di mana.Disebabkan itu sy kn buat surat & minta tanda tangan *pesuruhjaya sumpah* yang mengesahkan penceraian ibu & ayah. Tapi bagi sy bnda ni menyusahkan, jadi saya tak buat. Walaupun syarat2 dah dilonggarkan, sy masih juga tak berminat sebab potongan gaji PTPTN lakukan agak byk dan agak membebankan untuk sy yang gaji cukup2 ni. Apa2pun Saya doakan cik Anon berjaya apply ujrah ni & segala urusan dipermudahkan. Amin~

    ReplyDelete
  11. PTPTN dah potong gaji dah pun.. Tapi secara sukarela la. Bukan paksa. Haha.

    RM410 sebulan untuk tempoh 26 tahun.

    Boleh baca dalam post ni.

    Potongan gaji bayaran balik pinjaman PTPTN


    ReplyDelete

Oh,anda sangat comel bila anda tinggalkan pesanan!