Wednesday, January 26, 2011

Orang KETIGA


Pernahkah korang menjadi Orang Ketiga dalam perhubungan? Pernahkah hubungan korang diganggu Orang Ketiga? Siapakah Orang Ketiga itu?

Aku ulas topik ni sebab sejak akhir-akhir ni aku sedih bila mendengar nasib sahabat-sahabat yang hubungan mereka berantakan angkara Orang Ketiga yang muncul entah dari mana. Aku juga sakit hati bila ada kawan yang menjadi Orang Ketiga, tapi langsung tak punya rasa bersalah. Bagi mereka, kesalahan utama patut diletakkan kepada orang yang berlaku curang itu. Tapi kalau takde angin, masakan pokok bergoyang kan?


Maksud
Maksud Orang Ketiga mengikut tafsiran aku ialah insan yang muncul di antara pasangan yang bercinta, berkasih sayang ataupun yang sudah berkahwin. Orang Ketiga juga kadangkala tidak sedar diri mereka ialah Orang Ketiga melainkan diri mereka dilukai oleh salah seorang daripada pasangan terbabit. Pasangan itu pula terdiri daripada *pencurang* (betul ke ayat aku ni?) dan *mangsa curang*.

Ciri-ciri Orang Ketiga
1. Pentingkan diri sendiri
Mereka hanya mahu orang lain memahami situasi diri mereka, sedangkan mereka tak mahu memahami nasib mangsa yang mengalaminya.

2. Tamak
Selalunya orang ketiga tak rela berkongsi. Kalau mereka kata rela, cuma pada awal-awal perhubungan. Sampai masa, mereka kaut semua yang mereka nampak di depan mata.

3. Pandai berkata-kata
Ayat-ayat yang lahir daripada mulut Orang Ketiga selalunya wangi mengalahkan bunga. Semua yang diucapkan sedap didengar halwa telinga membuatkan pencurang terpedaya dengan kata-kata pujukannya.



4. Peneman yang baik
Orang Ketiga adalah peneman kepada pencurang. Mereka menjadi pendengar yang terbaik buat pencurang yang kononnya kurang kasih sayang daripada yang pasangan (mangsa curang).


5. Punya aset atau pandangan luaran yang baik
Aset utama Orang Ketiga dari segi pandangan luaran semestinya ialah *wajah*. Namun begitu, mereka juga selalunya punya aura tersendiri. Aura yang mereka ada itulah yang membuatkan pencurang sanggup berlaku curang!


6. Kurang kasih sayang
Punca utama Orang Ketiga mengharapkan kasih sayang daripada orang lain ialah kerana mereka kurang mendapat perhatian daripada orang yang sepatutnya. Selalunya mereka yang menjadi orang ketiga kerana kasih sayang yang mereka terima (terutama daripada keluarga sendiri) kurang berbanding orang lain.

7. Kuat cemburu
Orang Ketiga mudah cemburu melihat kebahagiaan orang lain. Pantang melihat orang lain bahagia, Orang Ketiga mengambil peluang mahu kecapi benda yang sama dengan merampas apa yang orang lain ada.

Bilakah orang ketiga muncul?
1. Bila hubungan goyah
Tatkala hubungan antara pasangan tak semanis awal-awal saat percintaan, maka Orang Ketiga mengambil peluang mendekati pencurang. Pencurang yang berada dalam kebuntuan berasa senang bila Orang Ketiga datang memberi kata-kata perangsang. (Tiba-tiba jadi kaunselor terbaiklah pulak!)


2. Bila kesunyian
Orang Ketiga suka mendekati mereka yang kesunyian dan memerlukan teman. Tugasnya jadi lebih senang bila si pencurang melayan baik dirinya yang juga berada dalam situasi yang sama. Bila dua-dua dilanda sunyi, masing-masing meluah rasa yang tersembunyi di dalam hati. Lantas mangsa yang dahulunya cinta dalam hati kini menjadi mangsa umpat dan benci!

3. Bila senang
Lumrah manusia, bila susah dibuang, bila senang dicari. Sasaran Orang Ketiga selalunya mereka yang berharta. Maka tak perlulah hairan kalau pencurang yang ada gelaran *Dato, Tan Sri, anak kepada *Dato'* atau gelaran lain menjadi sasaran utama Orang Ketiga.


4. Bila cinta
Bila cinta dan nafsu merajai hati, Orang Ketiga sudah tak peduli siapa sasarannya. Tak kira orang itu berharta atau tidak, demi cinta Orang Ketiga sanggup lakukan apa saja, walaupun menyakiti hati mangsa yang terbabit. Orang ketiga akan menggunakan alasan atau apa saja cara, asalkan orang yang mereka cinta berada dalam genggaman. (Bunyi kejam. Hihi)

Cara-cara mengelak orang ketiga daripada bermaharajalela
1. Komunikasi
Hadapi dengan tenang setiap masalah yang datang dalam perhubungan. Sebaiknya salah seorang mengalah dan cuba berbincang demi menyelesaikan masalah yang ada. Berkomunikasilah dan jangan memendam! satu lagi, elakkan daripada mengadu masalah perhubungan dengan jantina berlawanan atau orang yang ada ciri-ciri Orang Ketiga.

2. Kenangan
Dalam setiap perhubungan pasti ada kenangan yang tercipta ketika hidup bersama. Cuba kembalikan memori indah itu ke dalam ingatan masing-masing. Fikir balik, apa yang telah ditempuh bersama dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh pasangan masing-masing.


3. Bandingan
Bandingkan Orang Ketiga dan pasangan yang sedia ada. Bukan banding kelebihan oOrang Ketiga, tapi bandingkan kelebihan yang ada pada pasangan. Cuba bayangkan situasi jika Orang Ketiga berada di tempat pasangan. Contoh: Ketika kita sakit, pasangan telah menjaga kita sampai kita sembuh. Semasa kita susah pasangan kita juga sanggup susah sama. Sekarang, cuba bayangkan bila Orang Ketiga berada dalam situasi tersebut. Adakah dia mampu melakukan perkara yang sama?

4. Harta
Harta setiap pasangan tidak semestinya wang atau harta-harta dunia seperti rumah dan kereta. Harta kurniaan Allah s.w.t iaitu *anak* patut dijadikan perisai untuk menghalau Orang Ketiga daripada muncul dalam keluarga. Pasangan patut menghargai harta yang bernilai itu dengan memberikan kasih sayang yang sepenuhnya kepada mereka. Bukan kongsi kasih sayang itu dengan Orang Ketiga!


5. Hak
Pasangan yang menjadi *mangsa* sepatutnya berjuang habis-habisan daripada pasangan mereka dirampas Orang Ketiga Jangan biarkan Orang Ketiga yang selalunya menggunakan cara kotor (bomoh) menang dengan sesuka hati. Berusahalah menggunakan pertolongan Tuhan Yang Maha Berkuasa demi melawan anasir-anasir jahat ini.

6. Konfrontasi
Cuba berbual dengan cara yang baik dengan Orang Ketiga tanpa emosi yang melampau. Suruh Orang Ketiga mengundur diri sebelum dirinya tercedera akibat mengganggu hubungan orang lain. (Kalau tak makan saman juga, bawa lari pasangan daripada duduk dekat dengan orang ketiga. Jangan bagi mereka dekat walau seinci pun!)


7. Jadi lebih baik
Pasangan sebagai mangsa juga seeloknya tidak harus dengan mudah berputus asa. Berikhtiarlah dengan berdoa dan berusaha menjadi lebih baik untuk memperbaiki hubungan tersebut. Contohnya jadilah lebih caring atau mengambil berat terhadap pasangan. Kepada perempuan, berhiaslah (tapi jangan berlebihan, takut suami lari terus) dan layanilah suami dua kali ganda lebih baik daripada sebelumnya. Bagi lelaki, jaga hati isteri dan berilah sepenuh perhatian kepadanya supaya tidak berubah hati kepada yang lain.

8. Jodoh
Percayalah kepada jodoh yang Allah s.w.t. telah tetapkan. Yakin jodoh yang Allah telah berikan itu merupakan jodoh terbaik buat kita dan dia merupakan *amanah* Allah buat kita. Namun, jika Orang Ketiga merupakan jodoh yang sudah tertulis oleh Ilahi untuk pasangan anda, relakanlah bermadu (bagi perempuan). Manakala bagi lelaki, lepaskanlah pasangan itu daripada menanggung dosa *nusyuz* akibat menderhaka kepada suami. 

Pesanan aku buat...

Pencurang
Hentikanlah sikap suka menduakan pasangan. Kaji betul-betul perbuatan yang anda lakukan itu sama ada betul atau tidak. Jangan suka sakitkan hati pasangan dan terlalu mementingkan diri sendiri. Fikirkan akibat yang boleh terjadi kepada orang sekeliling. (Contohnya anak dan ahli keluarga yang lain). 

Lagi satu, jangan asyik nampak cantik itu ada pada Orang Ketiga manakala buruk hanya ada pada pasangan anda. Ingat balik cantik yang bertahun-tahun anda lihat pada diri pasangan yang anda cuba padam daripada ingatan. Selain itu, elak meletakkan kesalahan kepada pasangan anda seratus peratus. Cuba cermin diri sendiri dan lihat punca yang mengakibatkan hubungan menjadi dingin kerana mungkin anda juga menjadi sebab utama.

Akhir sekali, bersyukur dengan apa yang anda telah dapat. Tuhan mengurniakan orang yang terbaik untuk anda. Oleh itu, jangan mudah terpengaruh dengan kata-kata godaan Orang Ketiga!


Mangsa
Sila perjuangkan hak anda bersungguh-sungguh! Jika sudah termaktub, pasangan anda itu merupakan hak anda, jangan kalah dengan Orang Ketiga! Buktikan diri anda tidak lemah dan mudah berputus asa. 

Jangan mudah terpedaya dengan nasihat yang tidak boleh pakai yang diberikan oleh orang yang mahu anda berpisah. Orang begini jarang memahami situasi anda. Kecuali jika dia punya sebab yang bernas kenapa anda patut melepaskan hak anda. Apa-apa pun mohon petunjuk Tuhan kerana DIAlah yang lebih mengetahui baik buruk keputusan seseorang itu.

Tunjukkan kepada pasangan anda yang anda betul-betul menyayanginya. Tarik pandangannya daripada memandang kepada orang lain. Jadikan anda yang terbaik untuknya, bukan Orang Ketiga itu.

Tabah dalam menghadapi ujian yang tiba-tiba singgah. Allah memberi ujian itu buat mereka yang kuat dan mampu menghadapinya. Bersedialah untuk berkongsi kalau itu cara yang terbaik. Tapi jika tak kuat, lepaskanlah dia pergi dan doakan yang terbaik buat dirinya kerana kita sayangkan dia...


Orang Ketiga
Jika anda rasa perbuatan anda telah memporak-perandakan hubungan orang maka hentikanlah. Tak guna menyakiti hati orang lain sebab jangan sangka anda akan bahagia dengan apa yang anda kecapi sekarang. Merampas hak orang lain bukanlah cara terbaik untuk mempunyai hidup bahagia.

Jika anda hanya berkawan suka-suka dengan pasangan orang lain juga, hentikanlah. Kecuali anda berkawan dengan pasangannya juga. Jangan rasa diri anda tidak bersalah. Contohnya and boleh berkata, "bukan aku yang nak kat suami dia, suami dia yang terhegeh kat aku!" Perkataan angkuh anda itu anda ucapkan tanpa memikirkan perasaan orang lain, malah perasaan anda juga. Tunggu suatu saat, anda pula diuji begitu, adakah anda tidak terluka?

Jika anda kurang kasih sayang, carilah keluarga, teman-teman terdekat atau mereka yang masih belum berpunya. Isikan kesunyian itu dengan perkara-perkara berfaedah berbanding mengganggu keharmonian perhubungan orang lain. Paling bagus, dekatkan diri dengan Tuhan, jangan biarkan nafsu mengaut segala keinginan dengan cara yang salah!

Semoga apa yang aku ungkapkan di sini dapat memberikan kekuatan kepada mereka yang terbabit dan mengalaminya. Aku doakan kita sebagai manusia dikurniakan kekuatan dan kesabaran. Jangan ada dengki dalam hati dan jangan ada marah dalam kalah!


“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar (iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” (Al-Baqarah:155-156)

29 comments:

  1. wahhhh...pjgnye en3..oke, ni dla pnye pndpt taw..situasi dla agk berat, sbb dla pnh dituduh nakkan suami org..perit..sgt2 perit, mmg dla nangis sbb mmg dla xde hati pun kat suami dia..kat unit dla ni mmg dla je perempuan..tp pengalaman dla bekerja dgn lelaki, sorilah kalo ade lelaki bc komen dla..dorg pnye style bkn mcm perempuan..dorg mls nak lyn, maksudnye dorg xnak masuk campur..dla siap warning dah kat si suami tu jgn salu2 dekat dgn dla walaupun kdg2 dia nk tnye psl kerja je sbb isteri dia keje skali cume lain unit je..dla xnak dia pk bkn2..tp sang suami mmg x rs ape2, dla punyelah mls nak lyn tp sikit2 dia tanye pndpt dla..bg dla benda ni si isteri jgn terlalu emo, kene pro la..kene siasat dulu benda ni, jgn main tuduh sng2..mntang2 la dla ni single lg, bajet dla desperate sgt..si suami lak mcm bangga je, pdhal dla xde ati langsung kat dia..tp kalo betul2 pompuan tu yg goda, mmg patut kene cili..hehe..erkkkk, sori yunk terpjg lak komen ni...

    ReplyDelete
  2. pastikan orang ketiga tidak wujud dalam hidup ketika kita rasa berbahagia. Orang ketiga biasanya wujud apabila kita berdua...jadi maknanya orang ketiga itu samalah seperti syaitan yang sering mengganggu manusia apabila sedang berdua!

    ReplyDelete
  3. @D_la
    Kite simpati dgn Dila bila dituduh macam tu..Kalau kita dituduh orang ketiga (padahal tak) mestilah melentingkan. Jadi untuk elakkan orang tuduh sesuka hati, apa kata bagi *bukti* kukuh yang kita tak salah.cthnya cr *saksi* yg berada di tempat kejadian demi mbuktikan bukan kite yg *gatal* kat suami org tu. Paling best,sound je mamat tu dpn2. confirm lps tu dia dah tak brani nak jadikan d_la *kaunter pertanyaan* lagi dah..huhu

    ReplyDelete
  4. @Tuan Hamid
    Betul tu.*makhluk* ketiga tu mmg ada je kat mana2 nak suruh kita *gaduh* dgn pasangan kita.Apa2 pun kalau *doa* kita pada DIA tak putus, insya-Allah hubungan kekal hingga akhir hayat.amin~

    ReplyDelete
  5. @Arief
    Orang kelima di antara keempat?hihi

    ReplyDelete
  6. hummm.... pernah kot jadi orang ke tiga.. tapi saya datang dulu sebenarnya.... just saya da prinsip tak nak couple.. dia carik orang lain... macam mana tu? masih lagi setia, tapi tak berharap.. dia kontek, layan macam biasa je.. bila dorang broke up, dia nak balik kat kite.. dengan status jadi pakwe kite.. tapi kite tak nak ada istilah couple tu...

    last nya? memang tak ke mana.. skang dah tunang dgn orang lain.. lebih baik insha allah.. cuma kena tahan sabar sikit sebab dia banyak peminat.. humm

    ReplyDelete
  7. @Amni
    Hope u'll fine the right person already..jgnla jadi org ketiga ni..kdg2 kita tak slh,tp punca ckp2 org lain tula yg menyakitkan...

    ReplyDelete
  8. hurmm..kadang2 tak paham kenapa ada org seperti orang ketiga ni sanggup jadi org ketiga.huhu,

    ReplyDelete
  9. weh,bukan semua org ketiga tu salah k..aku tgh scandal dgn bf org..diaorang dh couple 5 tahun.aku bukan bitch yang nak flirt semua jantan aku ssh nak jatuh hati dgn org.dh jumpa rupanya bf orang... tapi aku dah tersuka kat dia ni.mula2 mmg la tak nak,tapi sapa boleh tolak kalau laki tu mmg taste aku..org ketiga pun mangsa jugak weh..pk2 kan ;)..skdr share pendpat

    ReplyDelete
    Replies
    1. hey org ketiga..kau yg jadikan diri kau itu mangsa..tak kan bahagia merosakkan hubungan orang..sendiri mau ingat la wei..

      Delete
    2. org ketiga yg sgt busuk hati..buta perut.. syaitan nirrojim....

      Delete
    3. Sy pon dah dlm keadaan org ke3.. Dulu org tu lah org ke3.. Bila dia masuk meminang dan keluarga pompuan terima dan pompuan hanya mengikut sebab laki abg angkat dia.. Kami berdua sedih apa dah berlaku.. Demi menjaga hati semua pihak pompuan tu pon bertunang lah.. Sy ni mcm mn? Pompuan tu pon suruh sabar dlm masa yg sm suruh sy berkwn dgn yg lain tp jgn bercinta.. Sy jd tertekan utk cuba move on.. Lagi sy cuba lagi sy lemah...pompuan tu pon faham keadaan sy dan kami mcm biasa.. Tp sy tersepit antara syg n jd org ke3.. Mgkin sy akan cuba nekad utk mengundur diri.. Tp perasaan sy dgn dia xmgkin pudar.. Dan sy masih berharap.. Doa kan sy kuat..

      Delete
  10. @Cik anon

    Kalaula Cik rasa Cik mangsa, kenapa sampai skrg cik masih tunggu Bf orang tu?kalau Bf org tu bkn jodoh gf dia skrg,knp mereka tak putus2 lagi? Harap2 cik bertemu dgn org yg lebih baik drp dia iaitu "Seseorang yang tak mampu memutuskan kasih untuk diberikan kpd siapa". ^_^

    ReplyDelete
  11. orang ketiga mmg menyusahkan...sampai skrg pon masih mencari suami saya...aduhhh..semoga Allah membuka pintu hatinya untuk bertaubat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uiks...semoga Cik banyak2 bersabar ye..Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayng.Doa banyak2 kat DIA ok..Semoga orang ketiga tu diberi hidayah..Insya-Allah..

      Delete
    2. ..Semoga Allah memberi petunjuk pada orang ketiga..janganlah mengganggu kebahgiaan rumahtangga yg kami bina selama ini.
      Walaupun org ketiga ini status janda ank 3..tolonglah jauhkan dari suami orang..

      Delete
  12. org ketiga ni pembunuh rumahtangga dan masa depan org lain.

    ReplyDelete
  13. Hmm..sy sgt mnyintai kkasih sy..dan mrancang unt mdirikn msjid taun nie..tp prasaan sy skrg sgt tganggu dgn khadiran org ke3 dlm phubungn kmi..dh 2 taun dia mganggu..xkira lh dr segi fizikal,emosi, dan spritual(sihir)..kdg2 rsa nk give up..tp ati tlalu syg kn kkasih..tlalu byk sgt dugaan yg dtg..skit..perit..pdih..hnya Allah yg tahu..Ya Allah Ya tuhan ku..kau matikn lh sgala niat jhat dia..dan kuat kn ati kmi bdua sperti kau kuat kn ati Adam dan Hawa..Aminnn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bersabarlah..sbb itu semua ujian Allah swt. Yakinlah yang jodoh kita Allah dah tetapkan. Jangan berhenti berdoa dan minta petunjuk drpNYA. Nanti bila sampai masanya kalau benar dia jodoh kita maka teruskanlah.Tapi kalau ada yang lebih baik,pergilah kepada yang terbaik.Allah Maha Mengetahui

      Delete
  14. orang ketiga antara bf&gf blh trima lg,tp klu org ketiga antara suami isteri tu memang orang ketiga yg xberhati perut....org yang dah xda harga diri sanggup jadi org kedua xda akal nak cr sdr....cepat pupus kan lah binatang yang blh merosakkan rumah tangga org tu

    ReplyDelete
  15. bkn sng nk mhadapi org ketiga ni..kini aku pun dlm dilema disbbkan org ketiga..dah la tinggalkan laki tu lps tu nk kembali semula dgn myesali apa yg terjadi..dah aku mcm mn..kitaorg dh nk bertunang pun tup2 dugaan dtg mcm ni..hanya Allah je yg tau hatiku skrg ni huhu..org ckp semua tu terpulang kat laki tu utk buat keputusan..urm..dugaan

    ReplyDelete
  16. Aku prnah kena jdi mansga org ketiga hnya allah thu btape skitt nye hti

    ReplyDelete
  17. Aku prnah kena jdi mansga org ketiga hnya allah thu btape skitt nye hti

    ReplyDelete
  18. I dont what to say tp,aku pernah berdoa..waktu aku betul2 kesunyian sebab bf aku seolah x prihatin perasaan dgn aku...tbe2 seolah kena tepat pd panahannya..ada org ke-3 yg try aku...dan aku da try to move on dan suh dia move on tp dia x nak..unless kalo dia da kawen kut..dan ble da dkt 6 bln ni,aku ajak jumpe si org ke-3 ni dia asyik elak sebab x ready..ekceli sebab faktor umur dan status maybe..,tp dr segi wsp mesej,we all intim

    Bkn aku x syg bf aku,so perfect bf aku dan aku da cuba nak move on ,tp its not easy sebab aku pn x tahu kenapa..maybe sbg tpt aku curahkan perasaan waktu aku kesunyian,ini realiti,bkn aku x cuba diskas problem dgn bf aku tp alasan yg sama bila aku nakkkan perhatian dia is ..dia penat sebab dia mmg kuat kerja..

    Betulla,ini semua ujian dr nya..x lama dr tu,ada pula sorg lagi nak cuba juga flirt..huuu aku stress sebab aku cuba cari kekuatan utk jd lebih baik utk bfku..amin3..dan aku x nak semua ni jd pd aku..ya Allah amin3..readers,pembaca2 sila doakanku ya..

    Saya x salahkan pembaca jika ada yg mengecam saya sebab ujian setiap manusia itu utk pengalaman dan teladan utk saya di masa akan dtg..amin3

    #i really try so hard..��
    #x tahu nak blame siapa
    #hanya mampu doa pd Nya..

    ReplyDelete
  19. Sy pon dah dlm keadaan org ke3.. Dulu org tu lah org ke3.. Bila dia masuk meminang dan keluarga pompuan terima dan pompuan hanya mengikut sebab laki abg angkat dia.. Kami berdua sedih apa dah berlaku.. Demi menjaga hati semua pihak pompuan tu pon bertunang lah.. Sy ni mcm mn? Pompuan tu pon suruh sabar dlm masa yg sm suruh sy berkwn dgn yg lain tp jgn bercinta.. Sy jd tertekan utk cuba move on.. Lagi sy cuba lagi sy lemah...pompuan tu pon faham keadaan sy dan kami mcm biasa.. Tp sy tersepit antara syg n jd org ke3.. Mgkin sy akan cuba nekad utk mengundur diri.. Tp perasaan sy dgn dia xmgkin pudar.. Dan sy masih berharap.. Doa kan sy kuat..

    ReplyDelete
  20. Dugaan bertunang ni sangat besar sama mcm sy alami.. Perkenalan sy dgn tunang hampir 8 tahun sehingga kami mengikat tali pertunangan.. Baru beberapa bulan bertunang datangnya orang ketiga.. Hati tunang sy berubah sampai terlalu syg sngt pada perempuan tu. Sampai satu tahap sy teringin nk jumpe perempuan tu dan menyatakan kami sudah bertunang. Respon yg saya dapat adalah dia kate ' tunang kamu nk kan saya, saya xboleh buat ape2' kirenya dia dah tahu hubungn kami tapi masih nk mengangggu hbungan kami.. Sy nmpk perubahan yg sangat ketara pd tunang sehingga kami pergi berubat darul syifa' menyatakan kami terkena sihir pemisah.. Tunang sy xpercaya langsung perbuatan perempuan tersebut.. Ini bukan skli brubat.. Banyak tempat lain mnyatakan prmpuan ni yg buat.. Sampai lah dlm tempoh tunang saya tak tahu rupenya tunang sy dh terlanjur dgn perempuan tu dan mereka bernikah. Perkara ni dirahsiakan sehinggalah setahun seolah olah tiada ape yg berlaku.. Pernikahan mereka berlangsung secara senyap dan kluarga pihak llaki tidak tahu langsung.. Tunang sy bernikah dgn mmblkagkan ibu ayahnya sendiri dan sy xdpt kabar angin tntg pernikahannya.. Pernikahan mereka hnya bertahan 2 bulan sahaja dan bercerai.. Tunang sy layan sy seperti biasa sebb ketika itu dia berstatus duda sehingga sekarang.. Sehinggalah Allah nk beri petunjuk saya nmpak tunang sy curang.. Tapi sy knl perempuan tu.. Ade yg mengatakan sy perampas suami orang sedgkan sy tidak tahu apa apa atas nama Allah sy dikhianati seteruk itu, menabur fitnah tentang sy sedgkan mereka dh bercerai.. Sblum ni sy perasan layanan tunang pd sy sngt baik semuanya berjalan dgn lancar sehingga sy bersuara bila kluarganya nk tetapkn tarikh nikah.. Terus berubah sehinggalah kami putus tunang dan tunang sy bgthu dia akan bersama smula dgn bekas isterinya. Ya Allah hati ni terlampau remuk seolah olah bebanan pada bahu saya. Sy dikhianati, dianiaya dan telah berjanji utk menikahi sy.. Merasakan maruah sy ditindas tanpa belas kasihan.. Hinanya saya dimata perempuan itu dan bekas tunang sy.. Sy ingin bernikah ikhlas kerana Allah.. Segala kebaikan yg diberi dibalas dgn kejahatan.. Kpercayaan diberi dblas dgn pengkhianatn.. Janji itu bahkan dimungkiri.. Bhgiakah mereka mmbina rumahtangga atas derita org lain. Allah sahaja mampu mmbalasnya.. Buat perempuan tu, tahniah memisahkan kami dgn gunakan cara kotor. Semoga Segala fitnah yg dilemparkan pd saya akan ade pmbalasannya.. Buat ex tunang saya semoga kamu dapat lihat kebenaran yg sebenar.. Pmpuan yg kamu snjung itu akan jdi paling hina suatu hari nanti.. Persoalan saya, adakah sy ini perampas suami orang???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada pandangan saya, Allah dah tunjuk yang dia tidak layak dijadikan suami anda. Bersyukurlah kecewa awal daripada dah kahwin, beranak pinak dia buat hal lg susah.

      Delete
  21. tak minta jadi mcm ni tetapi sy tlh hadir sbgai org ke-3.. jujur dri hati yg sy xde niat atau angan2 utk pisahkan mereka.. sy dh mngaku dan sy dh mnta maaf diatas kesalahan sy..

    ReplyDelete

Oh,anda sangat comel bila anda tinggalkan pesanan!