Tuesday, January 11, 2011

Abang Angkat Dari *Korea*

(AMARAN: Entri ini agak sarkastik. Sila jangan baca kalau tak suka.)

Hari ni aku bosan sorang-sorang kat ofis selepas diarahkan oleh bos supaya memecat orang semalam. (Aku hanya mengikut arahan. Sumpah, I tak rela you!) Kerana terlalu sunyi, kecuali bunyi air-cond lama yang dah banyak kali rosak, aku blogwalking. Aku buka blog ~Wan Gerrard~ yang seronok main futsal dengan orang Korea. Siap belajar *skipping* Korean lagi tu. Huhu. 

Tiba-tiba bila tengok team futsal Korea tu, aku teringat abang-abang angkat aku yang dah lama aku tak jenguk kat Korea. Maklumlah, sejak kerja ni aku sibuk nak jenguk diorang. Huhu. Kalau aku nak tengok diorang berlakon pun, aku tengok filem online je. Nak tengok drama aku malas. Sebab panjang sangat nak tunggu upload kat internet. 

*Tinggal Kenangan. So Ji Sub. Ex-BF aku. Baju purple tu aku yang bagi.*

Lainlah dulu, masa kat UIA, ramai *murah hati* nak bagi aku pinjam CD atau DVD Korea terbaru. Terima kasih kepada dua orang bestfriend merangkap ex-studiomates aku- *Wang* dan *Ben* (Bukan nama sebenar) Diorang nila *supplier* cerita-cerita Korea dan Jepun untuk aku. Best woo masa tu. Aku siap buat *sewa CD* lagi tu sebab banyak sangat koleksi cerita Korea yang aku... Ehem...ehem daripada kawan-kawan aku. (Tolong jangan report. Aku dah tak buat kerja tu ok. Hihi.)

Sorry melalut panjang. Pasal apa tadi? Oh, pasal abang-abang angkat aku. *Abang-abang* maksudnya ramai. Hihi. (Gelak gedik. Sedar tak umur tu berapa oi?) So, korang nak berkenalan tak dengan abang-abang angkat aku ni? Kalau dah kenal baguslah. Cuma sebelum tengok, mengucap panjang dulu ya. Kot-kot tak sangka aku ada abang angkat *hot* cam dorang ni. Ahaks! (Gedik lagi!)

No 6
Lee Jun Ki

Abang angkat pertama aku ni aku kenal masa dia berlakon drama Korea yang famous pada tahun 2005- My Girl. Walaupun hanya berlakon sebagai hero kedua, tapi watak dia sebagai Seo Jung Woon dalam cerita tu cukup comel dan bersahaja. Maklumlah, berlakon as *playboy*. Kalau ganas-ganas sangat orang tak suka kan?


*Bro, rambut pendek you tak berapa smartlah. Tapi pakai sut macam ni ok. Huhu.*

Secara jujurnya, aku dengan dia mula saling tukar no telefon masa dia berlakon Virgin Snow kat Jepun. Kebetulan aku gi Jepun masa tu dan ternampak dia tengah berlakon dengan minah yang berlakon filen *Nana* fav aku ni- Aoi Miyazaki dalam cerita tu. Sweet je aku tengok diorang ni main silang jari kelingking dalam cerita tu. Huhu. Mungkin aku cemburu sikit. Tapi lepas tu Jun Ki cakap dia tak fasih sangat Bahasa Jepun. Aku offer belajar dengan adik aku kat Jepun. Tu yang kami rapat sampai sekarang tu. Hihi.

*Virgin Snow detik pertemuan pertama kami.*

Kerana kesibukan aku, aku dah jarang contact Jun Ki. Last aku contact masa birthday dia April tahun lepas. Sorry bro. Aku pun dah tak up to date apa filem terbaru dia. Filem *Fly Daddy Fly* dia bagi CD free pun aku tak sempat tengok. Lagi satu dengar khabar tahun lepas dia baru tubuhkan company sendiri nama *JG Company Inc*. Takpelah, orang banyak duit. (Nanti jumpa belanja saya ye Bang. Hihi) Apa-apapun aku ucapkan semoga berjaya kat dia. ^_^

No 5
Lee Dong Wook

Jun Ki pernah tanya aku, aku minat tak Lee Dong Wook ni? Aku jawab, oklah. Sebab muka dia ada mix. Hihi. Jun Ki cerita masa berlakon sama dalam drama My Girl mamat ni cool gak. So aku mintalah email dia. (Masa tu takde FB, email adalah. Nak chat kat MIRC Dong Wook ni takde masa. Adeh.)

*Muka tengah tengok mak dia masak apa kat dapur. (Dia email aku pic ni)*

Tak lama kemudian kami saling email antara satu sama lain. (Alamat email dia adalah rahsia. Gile apa aku nak bagi.) Dia cakap kat aku, dia bukan suka sangat berlakon jadi watak *hero macho* macam Seol Gongchan dalam My Girl tu. Sekali dia beritahu aku dia berjaya main watak *antagonis* dalam cerita Arang. Seram beb cerita tu. Masa tu tanpa aku sedari, rupa-rupanya aku *jatuh cinta* kat dia. Alahai...

*Muka 'antagonis' dalam Arang. Barulah ganas bro. Hihi.*

Terus-terang tak lama lepas tu aku break dengan dia. Sebab? Adalah sorang Studiomates aku bernama Najwa Talib suka gila kat dia. Aku tak sukalah ada abang angkat yang banyak skandal ni. Huhu. Sekarang aku dah lama tak contact dia. Aku dengar gosip dia ada singgah rumah Najwa kat Kedah. Tengok? Aku suruh singgah KL malas! Inilah dinamakan *pilih kasih!*

 *Comel macam mana pun, aku takkan maafkan dia!*

Nah, korang ambillah alamat Facebook dia. Tak tahulah betul ke tak. Aku tak *like* pun. Last aku tengok muka dia berlakon *Heartbreak Library*. Oklah cerita ni. Tapi kami dah break kan? Dia ada Najwa sekarang. Huhu.

No 4
Jang Geun-suk

Sorrylah. Ni takleh dikategorikan sebagai *abang* sebenarnya. Sebab dia muda daripada aku. Huhu. Korang tengok muka dia macam budak-budak, tapi matang beb. (Ala-ala BF I yang muda tula. Umur je 22 tahun tapi sifat macam *bapak orang* pun ada gak. Hihi. Sorry ngumpat kamu di sini.)

*Muka ganas sikit. Sebab tu tak nak pandang kamera. Uiks.*

Walaupun dia lagi muda, tapi aku nak gak senaraikan dia dalam list aku sebab aku suka dia berlakon! Sekarang pun kat 8TV dia berlakon cerita He's Beautiful. Aku tak sempat nak tengok lagi. (Alangkah bagus kalau ada orang tolong *download*. Huhu.) Apa-apa pun cerita yang aku paling suka tengok dia berlakon ialah *Baby and I*. Masa cerita tulah aku kenal dia lebih rapat. Sebab baby yang berlakon dengan dia tu anak jiran aku. Huhu

*Tengok? Muka ganas tapi boleh jadi bapa penyayang. Haha.*

Satu lagi cerita aku suka tengok dia berlakon (saat kami kamceng) ialah Do Re Mi Fa Sol La Si Do. Cerita ni pasal remaja gaduh-gaduh dalam band berebut awek. OST filem ni best ok. Tapi aku dah lupa ending dia. Huhu.

*Muka ajak dating. Sorry Bro, I tak naik motor.*

Aku dengan Geun-Suk ni contact lagi. Cuma mungkin dia jeles sikit dengan BF aku yang lagi muda daripada dia, dia ingat aku dah tak peduli dia lagi. Adeh. Don't worry Bro, *Akak* still support you dari jauh. Akak tengok gak *adik* berlakon cerita *Beethoven Virus* dulu. Tengok adik main trumpet macam masa zaman akak muda-muda dulu. All the best Geun-suk!

No 3
Jae Hee

Oit *Abang Jae Hee*, abang pergi mana? Lama tak tengok abang berlakon. Rindu.. (Gedik woi!) Erm.. Lupa nak tanya, korang kenal ke abang aku ni? Kalau budak-budak studio aku mesti confius dia ni dengan studiomate kitorang *Ider*. Haha. Sumpah lebih kurang muka diorang. (Maaf, gambar takleh disiarkan. takut GF dia marah. Ouch!)

*Pakai cermin mata pun masih menawan hati. Huhu*

Kali pertama kami bertentang mata ialah semasa dia berlakon drama Korea paling aku suka sepanjang hidup aku- Delightful Girl Choon Hyang atau Successful Story of Choon Yang. Cerita ni sangat kelakar dan sinemografi sangat cantik sebab setiap scene mesti ada warna-warna fluorescent. Tak caya? Klik sini. Comelkan?

*Trademark filem Korea. Comel!*

Cerita ni sangat best bagi aku. Satu sebab jalan cerita super duper menarik. Satu lagi sebab OST drama ni semua sedap-sedap lagunya. Lagu yang paling aku suka leh tengok MV dia kat sini. (Part awal-awal tu sila abaikan. Huhu.) Minah Han Chae Young yang berlakon sebagai Sung Choon Hyang ni pun pandai berlakon. Jae Hee namo eh Lee Mong Ryong dalam cerita ni. Bila ayah dia marah, akan jerit : "Lee Mong Ryong!" Kelakar ok. (Macam bunyi syok sendiri pulak. Sorry)

*Comel ok dia senyum. Belum tengok dia ketawa lagi.*

Selain drama Choon Yang, aku layan tengok Abang Jae Hee berlakon cerita Witch Yoo Hee.
OST drama ni pun best gak. Huhu. tapi lepas tu lama dah aku tak tengok Jae Hee berlakon. Mana dia pergi ya? (Kalau sesiapa ada maklumat pasal dia sila beritahu ya.)


No 2
Hyun Bin

Korang jangan marah ok. Ya, aku tahu dia memang kacak, macho, superb... Tapi aku memang dah lama ada *skandal* dengan dia sejak zaman dia berlakon dengan perempuan kuat makan tu dalam My Lovely Sam-Soon. Dia ada cerita kat aku, dia bukan suka sangat berlakon cerita tu. (Tapi jangan beritahu penerbit pulak. Kang kena saman. Uiks.) Apa-apapun dia menang award untuk drama tu as Top Excellence Actor, Best Actor- Popularity Award dan Best Couple Award dengan Kim Sun Ah (minah tu) dalam 2005 MBC Drama Awards. Ok lah kan? (Tak suka pun boleh menang. Tak faham aku. Erk.)


*Dia pandang macam ni sebab nak mengorat akulah ni! Ish!*

Hyun Bin cakap (Sorry Bro, I kantoikan rahsia kita..) dia tujukan movie *A Millionaire's First Love* untuk aku. Adui. Tolong jangan marah. Sebab cerita tu sedih woo. Menangis aku tengok. Dalam filem tu dia berlakon agak macho dan romantik. Serius buat aku cair. Hoho. Cerita lain yang aku tengok dia berlakon, Daddy Long Legs dengan The Snow Queen. Dua-dua tak berapa best. Tapi, erm.. Okla.. Sebab aku support semua hasil kerja dia. Hihi.

*Hello. Pleasela Bang, jangan pandang orang camtu. Tak baik!*

Ada gosip cakap dia berskandal dengan pelakon Song Hye Kyo belakang aku ok. Puncanya kerana mereka berlakon sama dalam drama The World That They Live In yang bagi aku tak berapa best sangatpun. (Aku? Jeles? Tolonglah!) Aku tengok cerita tu skip banyak kali sebab meleret sangat jalan ceritanya. Adeh. 

*Senyap-senyap diorang ni ada skandal belakang aku!*

Tapi baru-baru ni Hyun Bin ada menang anugerah untuk drama terbarunya. Drama apa? Sila *google* sendiri. Huhu. Tak kesahlah dia ada skandal ke apa kan? Dah status cuma *Abang angkat* bukan *In a Relationship* pun kan? =(

No 1
Won Bin

Dalam banyak-banyak abang angkat yang aku ada, Won Bin ialah abang angkat aku yang paling aku sayang suka. Walaupun dia tenggelam timbul dalam industri, tapi dia tak pernah lupakan aku. Masa dia kena *Military Service*, dia tak lupa tulis surat kat aku. (Baikkan? Cuma aku susah nak baca surat tu sebab dia tulis dalam Bahasa Korea. Terpaksa aku rujuk kamus) 

*Gambar macho dia pos kat aku. Tolong jangan copy* 

Rasanya ramai kenal abangku ini berlakon dalam *Autumn In My Heart* tapi sebagai hero kedua je. Drama lain yang aku suka ialah *Friends*, kolaborasi dia dengan pelakon Jepun  Kyoko Fukada. Bagi aku, Won Bin lagi menyerlah masa berlakon dalam filem seperti Taegukgi dan My Brother. Untuk Taegukgi je dia menang dua anugerah sebagai *Best Newcomer* dalam 2004 Golden Filming Awards dan 2004 Chinsa Film Art Festival.

*Semua gambar terus ke mata. Cair kan kan?*

Selepas beberapa lama tak berlakon, hari tu dia call aku tanya, ada tak tengok movie dia yang terbaru? Aduhai. Sorryla Bro. I sibuk kerja. (Alasan lagi) Rupa-rupanya dia ada berlakon filem ‘Ahjusshi’ aka ‘This Man’ aka The Man from Nowhere. Pastu aku tanya dia balik, "Kenapa ganas semacam cerita ni bang?" Dia jawab, "Mestilah ganas. Kalau tak, taklah abang menang 4 awards untuk filem ni!"



*Semput ok tengok Trailer filem ni. Nanti adik tengok ye Bang.*


Jadi korang dah tengok semua gambar abang-abang angkat aku. Aku minta maaf sebab terpaksa rahsiakan hubungan aku dengan mereka selama ni. Tambahan aku juga menghormati perasan mereka yang jauh di perantauan berjuang dalam bidang masing-masing. Kepada peminat-peminat, teruskan menyokong. Jangan beli CD cetak rompak! (Tengok online takpe. Haha.)

Ucapan terakhir untuk *abang-abang* saya:

"Saranghaeyo ♥"

8 comments:

  1. @Teratai Ibunda Catering
    Huhu.Comel ke? Sebenarnya banyak *merapek* di sini.Huhu

    ReplyDelete
  2. wah..minat korea gak eh airaniez........huhu ramai nya student uia yang suka korean ni..hehe

    ReplyDelete
  3. @Fasihah
    Haha..Dulu sy siap buat *sewa Cd* kat Mahallah Asma.skrg ada lg tak?Pastu rmai sisters & brothers layan cite korea ni kat bilik.Bila tensi lagi tgk..huhu

    ReplyDelete
  4. @Sophie
    Kan kan? comel sbb mata dia kecik je.. -__-

    ReplyDelete
  5. dla baru je wat review psl filem THE MAN FROM NOWHERE semalam..mmg giler tgk won bin dan semua makhluk2 di atas terutama LEE JUN KI, JANG GEUNG SEUK, HYUN BIN...won bin sgt sgt sgt ensem la!

    ReplyDelete
  6. @d_La dah tgk gak ye cite tu?kite pun bru tgk..mmg dasyatla lawan..darah sana sini..haha..terfikir gak nak buat review..tp takde ms skrg..(takut termengarut panjang asyik sebut won bin *hot*..haha)

    ReplyDelete

Oh,anda sangat comel bila anda tinggalkan pesanan!